SEO Gambar – Cara Optimakan Gambar Dalam Website Untuk Paparan Enjin Carian

Dis 8, 2018 | WordPress | 4 Komen

Google suka artikel yang ber “authority”. Selain dari artikel, kerja kerja mengoptimakan sesebuah halaman web itu termasuk juga proses mengoptimakan gambar untu SEO. Ya, gambar yang disertakan di dalam sesebuah page itu juga perlu di SEO kan. Oleh itu dalam artikel ini den nak kongsi cara optimakan gambar dalam website untuk paparan enjin carian. Jom Belajar SEO Gambar.

Kenapa Perlu Belajar SEO Gambar WordPress?

Setiap pemilik website, lebih lebih lagi website perniagaan, tentu mahukan websitenya berada di muka pertama enjin carian seperti Google. Untuk itu, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah berkaitan optimasi SEO untuk gambar.

Sekiranya gambar gambar dalam halaman web anda itu telah dioptimasikan, maka kedudukan halaman tersebut di mata Google akan menjadi lebih baik.

Kena juga ingat, Google mempunyai ruang khas untuk melakukan Carian Gambar (Image Search).

Google Image Search - Minyak Zaitun Asli Bertolli

Oleh sebab itu, gambar yang diletakkan di dalam artikel anda perlu dioptimakan supaya Google tahu gambar itu tentang apa. So, anda sudah bersedia untuk Belajar SEO Gambar WordPress? Jom Belajar ..

Nama Fail Gambar

Proses mengoptimasikan gambar untuk SEO bermula dengan nama fail gambar tersebut.

Semua (rasanya la) kamera digital akan memberikan nama fail sesebuah gambar dalam format seperti DSC2345.jpg atau yang seangkatan dengannya. Nama seperti ini tidak membantu Google untuk memahami apa yang terkandung dalam gambar tersebut.

Sekiranya gambar yang digunakan itu memaparkan sebotol minyak zaitun Bertolli, maka ada baiknya file gambar itu diberikan nama seperti sebotol-minyak-zaitun-bertolli.jpg.

Penggunaan nama seperti ini memberitahu Google apa yang terpapar dalam gambar tersebut.

Tetapan Alt Text Untuk Image HTML Tag

Apabila anda meletakkan gambar di dalam artikel, terdapat satu tetapan untuk image HTML Tag yang perlu anda isikan. Parameter yang den maksudkan adalah tetapan “Alt Text”. Letakkan sedikit maklumat tentang gambar di dalam paramenter Alt Text.

Tetapan Alt Text Dalam WordPress Add Media

Untuk gambar contoh yang den gunakan di atas, boleh lah letakkan “Sebotol Minyak Zaitun Asli Bertolli” di ruangan “Alt Text” untuk gambar tersebut. Kandungan yang diletakkan dalam Alt Text ini akan dipaparkan oeh Browser apabila gambar itu tidak dapat dipaparkan.

Tetapan Alt Text dipaparkan pengganti gambar

Sitemap Gambar

Google memberi saranan agar gambar yang digunakan dalam setiap artikel turut diletakkan dalam fail sitemap gambar. Seperti mana anda ada sitemap.xml untuk setiap posts dan pages di dalam WordPress, Anda juga perlu ada sitemap untuk gambar yang terkandung dalam artikel.

Sitemap gambar disediakan oleh Yoast SEO plugin

Bagi pengguna plugin Yoast SEO, sitemap gambar telah disertakan dalam bersama post dan page sitemap masing masing. Oleh itu, ianya tidak perlu difikirkan lagi.

Saiz Fail Gambar

Google sangat suka kepada website yang laju. Salah satu sebab kenapa laman web menjadi perlahan adalah kerana saiz fail fail yang perlu dimuat turun oleh browser. Antara fail yang besar, biasanya adalah fail gambar. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengoptimakan gambar untuk tujuan SEO, pastikan saiz fail gambar yang anda muat naik ke dalam server telah dioptimakan.

BACA JUGA  Cara Mudah Nak Install CyberPanel Menggunakan Droplet DigitalOcean

Anda boleh baca artikel yang den kongsikan sebelum ini tentang pengurusan saiz gambar untuk paparan dalam halaman website anda.

Gambar Responsive

WordPress secara amnya, akan menggunakan gambar pada saiz yang berpadanan dengan saiz peranti yang digunakan. Sekiranya pelawat menggunakan peranti desktop, gambar yang dipaparkan adalah gambar yang saiznya bersesuaian dengan untuk paparan desktop.

Ya, WordPress memang secara otomatik akan membina gambar gambar tambahan bersesuaian dengan saiz paparan yang diperlukan.

Gambar gambar ini akan digunakan dalam tetapan srcset bagi setiap imej yang diletakkan dalam artikel.

WordPress Image SrcSet

Penggunaan tetapan SrcSet ini membolehkan browser membuat pilihan sendiri gambar saiz mana yang akan dipaparkan untuk peranti yang digunakan. Dengan itu, peranti bersaiz kecil tidak akan memaparkan gambar bersaiz besar.

Perhatian bagi pengguna tema dan page builder seperti Divi. Divi menggunakan fungsinya sendiri untuk paparan gambar. Dalam Divi, dan kebanyakan page builder lain juga, SrcSet tidak digunakan. Maka ia tidak memaparkan gambar pada saiz yang optima untuk peranti berlainan saiz.

Sekiranya anda ingin mengembalikan fungsi SrcSet ke dalam Divi, anda boleh menggunakan kod yang dikongsikan oleh Lucian Florian di dalam github sini.

Lokasi Gambar Di Simpan

Den ada terbaca dalam forum dan juga group di mana ada yang menyatakan lokasi di mana gambar itu disimpan mempengaruhi nilai SEO.

Adakah lokasi di mana gambar itu di simpan memang mempengaruhi nilai SEO signal yang diberikan oleh Google?

Belajar SEO Gambar - Lokasi Gambar Tak Penting

Den agak musykil dengan statement berkenaan. Den tak nampak kenapa lokasi gambar boleh mempengaruhi nilai SEO bagi sesebuah halaman. Lokasi sebenar gambar itu tidak penting. Apa yang penting, kelajuan gambar tersebut dipersembahkan kepada pelawat.

Jika lokasi gambar tersebut menyebabkan halaman web dipaparkan lebih laju, markah positif untuk SEO. Jika ia melambatkan paparan, markah negatif untuk SEO.

Kesimpulan

Den dah kongsikan 5 perkara yang perlu anda buat untuk memastikan SEO Gambar dalam website WordPress anda dilakukan dengan betul. Antara yang telah den kupaskan dalam artikel ini adalah:

  1. Nama Fail Gambar – gunakan nama fail yang memberi maklumat tentang gambar tersebut.
  2. Tetapan Alt Text – letakkan sedikit maklumat tentang gambar.
  3. Sitemap Gambar – dilakukan secara otomatik oleh plugin Yoast SEO.
  4. Saiz Fail Gambar – perlu dilakukan untuk menjamin kelajuan laman web.
  5. Gambar Responsive – memang sedia ada dalam WordPress. Di ubah oleh tema yang ada page builder seperti Divi.

Den juga nak berikan satu lagi tip yang den rasa penting untuk anda semua. Optimakan gambar di dalam artikel secara berpada pada. Tidak perlu untuk buat semua langkah yang den kongsikan ini ke atas setiap gambar, kecuali yang memang dilakukan oleh WordPress dan pluginnya secara otomatik – sitemap, gambar responsive.

Perkara 1 dan 2 boleh lah dibiarkan seadanya (tak di optimakan) untuk beberapa gambar dalam artikel. Kita tidak mahu kelihatan “over optimized” pada Google.

Dengan adanya gambar gambar yang telah dioptimakan, halaman web anda kini berpeluang untuk menarik traffik melalui Google Image Search. Bertambahlah saluran saluran trafik yang kini anda kuasai.

BACA JUGA  Masalah Terlupa Nak Renew Domain - Anda Perlu Tahu Kitaran Hidup Sebuah Domain

Lebih banyak traffic lebih baik untuk website perniagaan anda. Tak begitu?

SEO Gambar – Cara Optimakan Gambar Dalam Website Untuk Paparan Enjin Carian was last modified: 2018-12-08T16:50:48+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan