Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Setiap laman web memerlukan storan untuk menyimpan fail, imej dan juga video yang dipaparkan di dalam laman web tersebut. Saiz storan yang diperlukan oleh sesebuah laman web secara amnya bergantung kepada jumlah imej yang digunakan. Ramai pemilik perniagaan yang baru dan ingin membina laman web WordPress akan menggunakan khidmat “Shared Hosting”. Masalahnya, kebanyakan “Shared Hosting” murah memberikan jumlah storan yang terhad. Oleh itu, sangat penting untuk anda mengurus saiz imej laman web WordPress tersebut.

WCB Premium - Pemasangan WordPress

Sebagai sebuah sistem pengurusan kandungan (Content Management System – CMS), WordPress turut menyediakan fungsi pengurusan media, terutamanya dalam format imej. Umum mengetahui yang imej yang besesuaian dengan artikel itu penting untuk setiap laman web. Di samping itu, imej yang dipaparkan dalam laman web seeloknya mempunyai saiz dan resolusi yang berpadanan dengan alat paparan. Oleh itu, WordPress secara otomatik akan membina imej sokongan dalam saiz yang tertentu.

Saiz saiz imej ini ditentukan oleh theme dan plugin yang digunakan.

Imej Dibina Oleh WordPress

Setiap satu imej yang dimuat naik ke dalam laman web WordPress anda, akan mempunyai sekurang kurangnya 3 imej lain yang dibina oleh WordPress secara otomatik.

Jika anda lihat di ruangan Settings > Media

Mengurus saiz imej laman web WordPress - Settings Media

Setiap kali anda muat naik satu imej, WordPress akan membina secara otomatik 3 lagi imej mengikut saiz yang ditetapkan seperti dalam imej di atas – “Thumbnail”, “Medium Size” dan “Large Size”.

Tiga imej, pada dasarnya. Sebenarnya, WordPress akan membina lebih dari tiga imej tambahan seperti yang den tunjukkan dalam paparan berikut:

Imej Tambahan Binaan WordPress

  1. Imej asal yang den muat naik ke dalam WordPress
  2. Imej binaan WordPress pada resolusi 150×150
  3. Imej binaan WordPress pada resolusi 300×157
  4. Imej binaan WordPress pada resolusi 1024×536

Imej 2 – 4 telah dibina WordPress mengikut saiz resolusi yang anda tetapkan dalam Settings > Media.

Imej imej yang lain pula WordPress bina mengikut saiz yang telah ditetapkan oleh theme dan plugin yang digunakan. Dalam kes ini, den menggunakan theme Extra dari Elegant Themes.

Sekarang anda dah melihat sendiri bagaimana WordPress membina secara otomatik imej dalam pelbagai saiz dan resolusi. Makanya, ini menjadi masalah bagi pemilik laman web WordPress baru yang menggunakan “Shared Hosting”. Terutamanya mereka yang mempunyai saiz storan (disk) yang terhad.

Jika anda menggunakan theme Extra seperti den (dalam demo site den), setiap imej yang dimuat naik akan mempunyai 15 imej lain yang dibina WordPress.

Masalah bagi mereka yang menggunakan “Shared Hosting” bersaiz kecil. “1GB storage” tentunya akan habis dalam masa yang singkat.

Setiap masalah, ada penyelesaiannya. Di dalam artikel ini den akan kongsikan 3 plugin yang boleh anda gunakan untuk mengurus saiz dan jumlah imej yang dibina oleh WordPress.

Plugin Simple Image Sizes

WordPress Plugin Simple Image Size

Berikut adalah senarai fungsi plugin Simple Image Sizes:

  1. Menyenaraikan setiap size imej di dalam laman web anda seperti yang telah ditetapkan oleh “theme” dan “plugin” yang anda gunakan.
  2. Membolehkan anda mengubah saiz (resolusi) imej yang digunakan.
  3. Memadam dan membina semula imej yang telah dibina sekiranya anda telah mengubah saiz

Anda boleh dapatkan plugin Simple Image Sizes ini di dalam Direktori WordPress Plugin. Apabila ia telah diaktifkan di dalam laman web WordPress anda, ruangan Settings > Media akan menunjukkan paparan seperti berikut:

Ya, itulah itulah dia paparan semua saiz imej yang akan dibina oleh WordPress untuk setiap imej yang anda upload. Banyakkan?

Di sini anda boleh mengubah saiz resolusi (“maximum width” & “maximum height”) untuk imej imej yang telah ditetapkan. Namun anda perlu ingat, thumbnail thumbnail yang telah dibina sebelum anda buat perubahan tidak akan diubah. Sekiranya anda ingin mengubah saiz imej, termasuk yang lama, anda perlu meggunakan fungsi “Regenerate Thumbnails” yang disediakan.

BACA JUGA  Cara Nak Kawal Penggunaan RSS Feed WordPress Anda

Anda juga boleh menambah saiz “thumbnail” sendiri sekiranya anda mahu dengan butang “Add a new size of thumbnail”.

Baiklah. plugin Simple Image Sizes ini anda gunakan untuk mengurus saiz imej laman web WordPress. Terutamanya saiz resolusi imej yang dibina. Sekarang lihat plugin kedua pula.

Dari apa yang telah anda lihat setakat ini, anda kini tahu yang WordPress akan membina secara automatik semua imej yang didaftarkan oleh theme dan plugin yang anda gunakan. Sekiranya ada 15 imej yang didaftarkan, maka 15 imejlah yang akan dibina.

Ini adalah cara yang kurang optima kerana anda tidak memerlukan setiap saiz imej itu setiap waktu. Bukankah lebih optima jika imej imej itu dibina secara automatik dikala ianya pertama kali diperlukan?

Untuk mendapatkan fungsi ini, anda perlu mencari plugin berikut

WordPress Plugins - Optimize Images Resizing

Plugin Optimize Images Resizing

Cari, “Install” dan “Activate” plugin Optimize Images Resizing seperti yang ditunjukkan. Plugin ini akan membuatkan WordPress hanya membina imej imej “Thumbnail” seperti yang didaftarkan hanya apabila ia diperlukan.

Setelah anda “Activate” plugin ini, anda akan dapat melihat satu menu baru – Tools > Remove Image Sizes.

WordPress Plugin Optimize Images Resizing - Remove Image Sizes

Ruangan ini anda gunakan untuk membuang segala imej “Thumbnail” yang telah terbina. Tidak perlu risau, ianya akan dibina dengan sendiri sekali lagi apabila diperlukan nanti.

Plugin Optimize Images Resizing ini tidak memberikan sebarang ruang tetapan. Ianya terus berfungsi setelah anda “Activate”.

Inilah hasilnya selepas anda melakukan “Remove Image Sizes”.

WordPress Plugin Optimize Images Resizing - Remove Image Sizes

Sekiranya di awal artikel ini tadi den tunjuk ada 15 imej “Thumbnail” untuk setiap imej, selepas “Remove Image Sizes”, hanya tinggal 4 imej sahaja. Imej “Thumbnail” yang lain hanya akan dibina sekiranya ia diperlukan sahaja. Jika tidak diperlukan, ia tidak akan dibina. Jimat storan anda. 😀

Selesai 2 plugin. Kita pergi ke plugin ketiga pula.

Kali ini den nak tunjuk plugin yang membantu anda menguruskan saiz fail fail imej yang terdapat dalam laman web WordPress anda itu sendiri.

Plugin Compress JPEG & PNG

Anda hanya perlu ke ruangan Plugins > Add New dan masukkan “compress jpg” ke ruang carian.

WordPress Plugin Repository - JPG Compression Plugins

Banyak betul plugin yang boleh anda gunakan untuk mengurus saiz fail imej anda. Anda boleh pilih mana mana yang anda suka. Semuanya melakukan fungsi yang sama, iaitu mengecilkan saiz fail imej yang dimuat naik ke dalam sistem WordPress anda.

Dalam artikel den ini, den akan gunakan plugin “Compress JPEG & PNG Images”. Itu plugin yang biasa den gunakan dalam laman web yang den bina untuk diri sendiri dan pelanggan.

Selepas anda “Install” dan “Activate” plugin ini, ruangan “Setting” > “Media” laman web anda akan menunjukkan paparan seperti berikut:

WordPress Plugin Compress JPEG & PNG - Setting Media Registration

Sebelum plugin ini boleh berfungsi sepenuhnya, anda perlu “Register Account” terlebih dahulu. Isikan maklumat seperti yang diminta dan klik butang “Register Account”. Setelah akaun anda diaktifkan, anda akan melihat paparan seperti berikut:

WordPress Plugin Compress JPEG & PNG Registration Complete

Plugin Compress JPEG & PNG ini menggunakan servis TinyPNG.com. Ia akan mengecilkan saiz fail setiap image dalam sistem WordPress anda. Anda boleh membuat pilihan imej mana yang anda mahu atau tidak mahu kecilkan. Dari gambar yang den tunjukkan, kita dapat lihat, ia ada memberitahu berapa banyak imej (29 imej) yang boleh dikecilkan dalam sebulan dengan akaun percuma.

Akaun percuma membolehkan anda mengecilkan sehingga 500 imej setiap bulan. Ingat, setiap imej yang anda muat naik, akan turut menghasilkan beberapa lagi imej “Thumbnail”. Sekiranya anda perlu mengecilkan lebih banyak gambar, kurang kan bilangan “Thumbnail” atau upgrade akaun anda.

Baiklah. Sekarang plugin Compress JPEG & PNG anda sudah pun aktif. Mari kita lihat fungsi fungsi yang disediakan oleh plugin tersebut.

BACA JUGA  4 Cara Hadkan Jumlah WordPress Revisions Untuk Setiap Post

Fungsi pertama yang anda akan dapat lihat ada di ruangan “Media” > “Bulk Optimization”. Klik pada menu tersebut dan anda akan melihat:

WordPress Plugin Compress JPEG & PNG - Bulk Optimization

Ruangan ini memberikan anda maklumat tentang jumlah dan saiz imej yang terkandung di dalam sistem WordPress anda. Dalam situasi laman web demo den ini, terdapat 347 imej yang dimuat naik dan menghasilkan 827 imej untuk dioptimakan. Ternyata, jumlah 827 itu melebihi jumlah imej yang boleh den optimakan dalam sebulan (500 imej) dengan akaun percuma.

Apa pun, sekiranya laman web anda masih baru dan tidak mengandungi banyak imej lagi, anda boleh tekan butang “Start Bulk Optimization”. Ianya akan mengecilkan fail semua imej dalam sistem WordPress anda. Mudahkan?

Namun, sekiranya anda mempunyai laman web yang sudah agak lama dan mengandungi jumlah imej yang banyak, “Bulk Optimization” mungkin kurang sesuai. Mungkin anda perlu “optimize” secara berkala dengan cara manual.

Cuba lihat dalam ruangan “Media” > “Library” laman web anda. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:

WordPress Plugin Compress JPEG & PNG - Media Library

Melalui paparan “Media Library” ini, anda dapat melihat dan memilih imej yang ingin anda “Optimize”. Kuota anda, 500 imej sebulan. Bergantung kepada jumlah artikel baru jumlah gambar yang anda letakkan dalam artikel, anda boleh membuat anggaran sendiri berapa banyak imej lama boleh anda “optimize” dengan cara ini setiap bulan.

Bak kata bijak pandai dari planet Marikh.. pelan pelan kayuh 😀

Sekarang, tiba masa kita lihat kesan daripada “optimization” yang dilakukan oleh plugin ini. Anda hanya perlu tekan butang “Compress” dan plugin akan mula “Optimize” imej imej berkenaan. Selesai proses, anda akan melihat paparan berikut

WordPress Plugin Compress JPEG & PNG - Media Library Post Compression

Paparan menunjukkan yang plugin telah “Optimize” 4 fail imej yang berkaitan “Imej Cobaan I”. Ianya telah berjaya mendapatkan kadar penjimatan storan sebanyak 21% untuk fail fail tersebut.

Jika dilihat dari sudut fail fail itu sendiri, anda akan dapat melihat seperti paparan seterusnya:

WordPress Plugin Compress JPEG & PNG - Before and After

Sebelum di “Optimize”, jumlah saiz ke empat empat fail adalah 96.7KB. Selepas di “Optimize”, jumlah saiz mereka kini menjadi 85.24KB.Lebih kurang 11.46KB berjaya dikurangkan.

Rumusan Mengurus Saiz Imej Laman Web WordPress

Baiklah, anda kini dah tahu tentang 3 plugins yang mengurus saiz imej laman web WordPress anda.

  1. Gunakan plugin Simple Image Sizes untuk menguruskan definisi saiz resolusi imej imej “Thumbnail” yang digunakan.
  2. Gunakan plugin “Optimize Images Resizing” untuk memastikan yang imej “Thumbnail” hanya dibina bila diperlukan.
  3. Gunakan plugin “Compress JPEG & PNG” untuk memastikan imej yang terkandung dalam sistem telah di “Optimize”.

Mungkin ada juga yang bertanya, “Perlu ke guna ketiga tiga plugin ini?”

Macam yang den ceritakan di awal artikel ini. Ketiga tiga plugin ini hanya anda perlukan sekiranya anda menggunakan khidmat “Shared Hosting” yang memberikan storan kecil. Jika storan tidak menjadi masalah untuk anda, anda tidak perlukan plugin 1 dan 2.

Plugin 3 atau mana mana plugin yang boleh “Optimize” imej anda memang diperlukan untuk memastikan setiap imej yang dimuat naik telah di “Optimize” sebaik mungkin. Ini penting untuk memastikan laman web anda beroperasi pada tahap terbaik dan kelajuan optima.

Apakah anda sedang mencari panduan untuk membina laman web perniagaan anda dengan WordPress? Sila kemukakan soalan di ruangan komen jika ada, ataupun sila lihat panduan WordPress ini.

3 Plugin Mengurus Saiz Imej Laman Web WordPress Jika Storan Anda Terhad was last modified: 2018-07-04T16:01:31+00:00 by Hadee Roslan
WCB Premium - Pemasangan WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<