Quantcast
0123165553 [email protected]

Siapa? Apa? Kenapa?

Siapa Hadee Roslan? Apa yang ada di dalam website Hadee Roslan? Kenapa tuan dan cik puan patut meluangkan masa di website Hadee Roslan ini?

Semua persoalan tersebut akan terjawab di sini, dan lebih lagi.. InsyaAllah.

Hadee Roslan, Dari Engineer IT ke Digital Marketer

Siapa den ya? Orang biasa biasa jer. Seorang bapa kepada 5 orang anak yang sedang giat membesarkan diri. Anak anak yang sedang membesar, si bapanya dah cukup besar dah.. Hehehe..

Sedikit berkenaan latar belakang kerjaya saya. Pernah bekerja sebagai seorang Systems Engineer di sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur. Lama juga saya berkhidmat kepada syarikat IT tersebut. Ada kot lebih kurang 15 tahun.

15 tahun dalam satu company. As a matter of fact, itulah satu satunya company di mana den makan gaji.

Lepas dari situ, den berhenti untuk memulakan hidup sebagai seorang usahawan Network Marketing. Den dapat jadi operator kedai Cosway. Dapatlah pengalaman menjalankan kedai yang ada serba serbi produk. Jenuh juga nak handle kedai yang ada 1001 macam produk nih. Siapa nak belajar belajar berniaga ada kedai tapi tidak ada modal yang besar, bolehlah cuba dapatkan kedai Cosway.

Bisnes Cosway den tak lama. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, den terpaksa hand over kedai semula kepada Cosway. Rezeki den bukan pada kedai Cosway.

Selepas itu, den pun mulakan bisnes Internet. Instead of jual produk kat kedai, den buat website (tentunya WordPress) dan promote produk produk Cosway dan lain lain melalui website. Website pun den buat sendiri jer.

Kenapa tak outsource buat website? Semasa masih bekerja lagi den dah mula berjinak jinak dengan website. Den dan beberapa gang di opis ada buat satu sistem blogging. Ramai juga yang jadi pelanggan kami (free jer pun – mostly kawan kawan).

Kepompom.Net. Rasanya itulah antara platform blogging pertama yang wujud di Malaysia pada ketika itu. Hosted menggunakan server yang sudah tidak digunakan di ofis. Bila Kepompom.Net tutup, den pun buka akaun blogger. Masa tuh Google belum beli blogger lagi. Akaun Blogger den masih wujud lagi. Cuma tak aktif dah la.

Bila dah ada Blogger, rasa macam lagi best kalau ada domain sendiri. Makanya, muncullah KodeeXII.Net. Masa mula mula dulu, KodeeXii.Net den host dalam PC den kat office jer. Hahaha.. Running on versi Linux yang den dah tak ingat dah.

Nak tahu platform apa den guna untuk blogging masa tuh? Ada lagi platform tu sekarang. Check out Bloxsom di Sourceforge. Lepas blosxom, ada la lagi beberapa platform lain yang den guna untuk KodeeXII.Net. Antaranya Dasblog, DotNetNuke dan Mambo.

Sehinggalah satu hari, bila den dah tak boleh lagi host website den dalam office. Den pun berjinak jinak dengan webhosting. Bluehost menjadi pilihan. Sehinggalah sekarang. HadeeRoslan.My ini pun dalam Bluehost.

Bila dah ada Shared Hosting, maka bermulalah era penggunaan WordPress. Dari situ, tiada lagi sistem lain yang menarik perhatian den. WordPress sangat mudah pada den. Yang lain lain, terlalu complicated.

Even masa tu lagi, den dah mula bina website korporat dan ecommerce dengan WordPress. Mostly website bisness kawan kawan yang tak banyak songeh la. Hampir semua sites dulu dah tak live dah pun sekarang nih.

Setelah sekian lama menggunakan Shared Hosting Bluehost, den upgrade pula kepada Reseller Hosting. Kenapa? Sebab dah banyak sangat website hosted dalam akaun shared hosting den yang satu tuh. Mana taknya, dari website website sendiri sampaikan ke website website client den semua den sumbat dalam shared hosting tuh. “Unlimited Hosting” la katakan.

Alamak! Panjang pulak celoteh den. Meracau tak tentu hala. Hahaha.. Ada ke yang masih lagi baca ni? Ke.. semua dah tekan butang X kat browser tuh? Kalau ada yang masih setia membaca, terima kasih. Anda memang hebat.

Hadee Roslan Sekarang

Sekarang, den fokus kepada membina website dengan WordPress. Nak website apa? Website korporat? Den guna WordPress. Nak website Kedai Online? Den guna WordPress. Nak website Affiliate? Den guna WordPress. Nak website Dropship? Nak website blog? Tentunya den guna WordPress.

Workshop WordPress

Tapikan, den akui juga ada platform lain yang mungkin lebih bagus untuk website website tertentu. Contohnya, OpenCart. Platform ini memang den akui bagus untuk bina website Kedai Online. Den sendiri ada satu site yang dibina dengan OpenCart. Tapi, itulah.. ianya bukan WordPress.. hehehe.. bias kan den nih..

Di samping Digital Marketing, den juga masih lagi melakukan kerja kerja Systems Engineer. Masih lagi melayan panggilan panggilan customer yang memerlukan khidmat hardware support and maintenance. Masih lagi melakukan server dan system installations.

Perlukan engineer untuk install, maintain dan troubleshoot sistem HPUx, Solaris, Windows Server, Linux dan VMWare? InsyaAllah den dan partner den sedia membantu.

Hadee Roslan dot My Ni Untuk Apa?

Laman web HadeeRoslan,My ini den nak buat tempat den kongsi ilmu dan perjalanan den sebagai Digital Marketing solution provider. Kalau dalam KodeeXii.Net pengisiannya dalam English, HadeeRoslan.my pula akan menggunakan Bahasa Malaysia.

Oklah, den campur campur la sikit. Kadang kadang payah nak translate perkataan yang timbul dalam kepala dalam English nih. Makan masa sikit. Baik den taip jer terus apa yang keluar dalam kepala. Rasanya anda yang membaca masih boleh fahamkan..

So, sekiranya anda ada apa apa topik yang anda ingin saya kupaskan, boleh lah tinggalkan komen di mana mana dalam website ini. Tak pun, PM jer den kat FB Profile den kat sini atau dalam Fanpage Al-Hadee Digital Marketer ya.

Siapa? Apa? Kenapa? was last modified: 2013-12-28T06:46:28+00:00 by Hadee Roslan