+601165755151 [email protected]

Di Mana Nak Dapatkan Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Anda?

Jun 14, 2016 | WordPress

Blog dan gambar berpisah tiada. Gambar memainkan peranan yang penting untuk sesebuah blog. Paling tidak, setiap artikel blog yang anda tulis, mestilah ada satu gambar buat penyeri. Persoalannya, di mana nak dapatkan gambar percuma untuk blog WordPress anda?

Tak boleh ke kopi pes gambar dari mana mana website atau dari Google?

Senang kata, kalau anda tidak mahu berdepan dengan masalah Copyright, Copyleft, Copycat, ataupun kopi ais, den cadangkan supaya elakkan dari membuat kerja kerja tidak berfaedah itu. Lebih lebih lagi kerana anda kini mempunyai banyak alternatif.

Sekarang sudah wujud pelbagai website di mana anda boleh mendapatkan gambar percuma untuk blog WordPress anda. Boleh digunakan tanpa was was.

Plugin Image Percuma Untuk WordPress

Berita baik untuk anda! Sekarang bukan sahaja ada banyak website menyediakan gambar percuma. Anda juga boleh menggunakan pelbagai plugin yang memudahkan lagi tugasan anda mencari gambar.

Di sini, den akan huraikan secara ringkas, 3 plugin yang boleh membantu anda mendapatkan gambar percuma untuk blog WordPress anda.

Plugin Pixabay Images

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Anda Dengan Plugin Pixabay Images

Plugin Pixabay Images ini membolehkan anda membuat carian dan memilih gambar dari Pixabay. Anda boleh membuat carian dari dalam ruangan admin WordPress anda sendiri. Tidak perlu ke website Pixabay.

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dari Plugin Pixabay Images

Mudah dah cepat. Gambar yang anda pilih akan terus di upload ke dalam server anda. Anda kemudian boleh menggunakan fungsi fungsi Media Library untuk meletakkan gambar tersebut ke dalam blog anda.

Plugin Unsplash WP

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dengan Unsplash WP

Plugin Unsplash WP ini membolehkan anda membuat carian imej dari website Unsplash.com terus dari ruang penulisan post blog WordPress anda sendiri.

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dengan Unsplash WP

Plugin ini tidak menyediakan fungsi carian. Untuk mencari gambar yang diingini, anda perlu melihat satu persatu gambar yang ada di website unsplash. Jika ada yang anda berkenan, anda boleh pilih dan gambar tersebut akan diupload ke dalam Media Library WordPress anda.

Setelah itu, anda boleh menggunakan gambar tersebut seperti mana mana gambar yang ada di dalam sistem WordPress anda.

Ketiadaan fungsi carian menjadikan plugin ini agak kurang menarik pada den. Jenuh nak kena cari dan pilih gambar dari koleksi penuh Unsplash.com.

Plugin ImageInject (WP Inject)

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dengan Plugin ImageInject

Plugin Imageinject ini dahulunya dikenali sebagai WP Inject. Ia membolehkan anda melakukan carian gambar dari dua buah website tersohor – Flicker dan Pixabay.

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dari Flicker dan Pixabay Dengan Plugin ImageInject

Fungsi carian membolehkan anda mencari gambar di Pixabay, Flicker atau kedua duanya sekali.

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dengan Plugin ImageInject

ImageInject turut memberikan pilihan kepada anda jika anda ingin menggunakan gambar yang terpilih di dalam artikel anda. Anda boleh pilih untuk gunakan imej pada saiz yang tertentu (3 pilihan – Kecil, Sederhana dan Besar).

Selain itu anda juga mempunyai pilihan untuk menjadikan gambar tersebut sebagai gambat utama (Featured Image) untuk artikel anda itu.

Pada den, plugin ini memenuhi citarasa den untuk mendapatkan gambar percuma untuk blog WordPress den. Anda bagaimana?

Website Yang Menyediakan Image Bebas Royalti Tanpa Bayaran

Kalau anda macam den, tentu anda tidak berapa minat untuk terus menggunakan imej percuma itu terus tanpa sebarang ubah suai. Betul tak?

BACA JUGA  Browser Push Notifications Dengan WordPress

Sebelum digunakan, tentunya nak tambah “seri” sedikit pada gambar. Nak letak text berkaitan. Nak tambah filter filter tertentu. Nak tambah special effect tertentu.

Oleh itu, anda perlu tahu website website yang menyediakan gambar percuma untuk blog WordPress anda.

Unsplash

Website Unsplash kini menjadi salah satu dari website pilihan utama bagi para blogger yang mencari gambar gambar percuma. Lebih lebih lagi kerana adanya plugin Unsplash WP. Sekiranya anda ingin mencari gambar gambar yang kurang digunakan (pada ketika anda menulis lah), and perlu melihat di dalam ruangan “New”.

Image Percuma Untuk WordPress dari Unsplash

Untuk mencari gambar yang berkaitan dengan artikel blog yang sedang anda tulis, anda boleh lah menggunakan ruang carian. Masukkan kata kunci anda di situ dan lihat sekiranya ada gambar yang menarik untuk anda gunakan.

Life Of Pix

Website Life of Pix ini di gerakkan oleh sebuah agensi iklan bersama rangkaian jurugambar mereka. Website ini menyediakan gambar gambar berkualiti tinggi secara percuma.

Image Percuma Untuk Blog WordPress Dari Life of Pix

Life of Pix turut menpunyai fungsi carian yang boleh digunakan untuk mencari gambar gambar yang berkaitan dengan tajuk artikel blog yang anda sedang ilhamkan.

New Old Stock

Website New Old Stock ini memberikan anda gambar gambar vintage dari zaman silam yang boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Tidak tertakluk kepada apa apa syarat Copyright.

Image Percuma Untuk Blog WordPress dari New Old Stock

Ada menyediakan fungsi carian, namun topik carian yang boleh digunakan agak terhad. Den cuba cari gambar berkaitan “Coffee”. Tiada gambar. Den cuba pula “cat”, ada dalam 7 gambar. Akhir sekali den cuba pula dengan “cat bird”. Ada satu gambar.

Perlukan gambar gambar berciri klasik atau vintage? Gunakan New Old Stock.

Pixabay

Laman web Pixabay mungkin adalah laman web paling terkenal sekarang yang menyediakan pelbagai gambar dengan lesen CC0 (Creative Commons). Secara mudahnya, setiap gambar yang diletakkan di dalam Pixabay boleh digunakan untuk apa sahaja. Komersial atau tidak. Tidak perlu memberi sebarang “attribution” kepada pemilik gambar.

Image Percuma Untuk Blog WordPress dari Pixabay

Menyediakan lebih dari 600,000 gambar dalam pelbagai kategori dan topik. Perlukan gambar yang sesuai untuk tajuk penulisan anda? Gunakan fungsi search dan pilihlah dari gambar gambar yang tersenarai selepas melakukan carian.

Sekiranya gambar gambar Pixabay menepati citarasa anda, ada baiknya anda menggunakan plugin Pixabay Images yang den senaraikan di atas nun. Mudah kerja.

Freepik

Freepik menyediakan pelbagai gambar gambar berkualiti tinggi. Freepik bukan sahaja menyediakan gambar gambar secara percuma. Ia turut menyediakan imej imej Vector dan PSD secara percuma juga.

Dapatkan Image Percuma Untuk Blog WordPress Dari Freepik

Fungsi carian yang disediakan turut membenarkan carian untuk Vector dan PSD. Secara amnya, carian akan mendapatkan gambar, Vector dan PSD yang berkaitan dengan apa perkataan yang anda cari. Namun, anda boleh pilih untuk mendapatkan gambar sahaja.

Ada kalanya, blog menjadi lebih unik sekiranya anda menggunakan Vector dan bukan gambar biasa sebagai image dalam blog. Boleh di cuba sekali sekala. Mungkin dapat memberikan sedikit kesegaran untuk blog anda.

Jaymantri

Jaymantri adalah sebuah laman web gambar percuma yang di sediakan oleh salah seorang penyumbang gambar ke website Unsplash. Jaymantri juga turut menyumbangkan gambar gambar ke website pixabay.

BACA JUGA  [Tip Pantas] Cara "Add To Cart" Produk Variasi WooCommerce Menggunakan URL

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dari Jaymantri

Laman Jaymantri masih belum mendapat perhatian ramai, buat masa ini. Oleh itu, kebanyakan gambar gambarnya boleh dikatakan kurang digunakan lagi. Bagus sekiranya anda perlukan gambar gambar yang unik untuk blog anda.

Tiada fungsi carian. Perlu tengok satu persatu gambar yang ada di situ. Oleh itu, sekali sekala boleh la den gunakan website ini.

Kaboom Pics

Kaboom Pics adalah sebuah website image percuma yang agak baru. Dimulakan oleh seorang web designer yang minat mengambil gambar. Setiap gambar di dalam Kaboom Pics boleh digunakan tanpa was was.

Anda cuma tidak boleh jual atau edarkan gambar gambar dari Kaboom Pics tanpa kebenaran mereka. Selain dari itu, tiada masalah. Gunalah lagu mana pun. Tak perlu letak “credit” atau “link back” pada mereka.

Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Dari Kaboom Pics

Adanya fungsi carian, memudahkan lagi kerja kerja mencari image yang sesuai untuk artikel blog anda.

Nak cari gambar gambar yang kurang digunakan oleh orang ramai? Kaboom Pics masih baru dan rasanya penggunaan image dari sini masih belum berleluasa. Den perhatikan, image image yang ada dalam site ini pun boleh tahan juga kualitinya. Cubalah ..

Ada Lagi Masalah Mencari Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Anda?

Den dah berikan 3 plugin disertakan dengan 7 website di mana anda boleh dapatkan imej percuma. Rasanya akan ada lagi tak masalah mencari imej?

Gambar dah sedia. Bila dah ada gambar, jangan pula lupa nak optimizekan gambar untuk SEO. Bila dah banyak gambar, bab pengurusan gambar pun tak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Seandainya memang tiada langsung gambar yang sesuai untuk anda di dalam kesemua website yang den berikan ini, hanya ada satu sahaja option untuk anda.

Anda perlu ambil gambar sendiri. Gunakanlah kamera pada handphone anda itu. Gunakanlah sebarang prop yang boleh anda capai di hadapan anda. Susun prop seeloknya mengikut kreativiti anda. Ambil gambar. Kemudian edit gambar itu dengan image editor pilihan anda.

Ini Prop Yang Ado Buat Gambar Percuma Untuk Blog WordPress

Hahaha.. sekarang anda tahu dari mana den dapat Featured Image untuk post ini.

Anda ada website dan plugin yang menarik untuk dikongsikan bersama den dan para pembaca Hadee Roslan? Apa kata tinggalkan sepatah dua kata di ruangan komen.

Di Mana Nak Dapatkan Gambar Percuma Untuk Blog WordPress Anda? was last modified: 2016-06-14T23:24:20+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan