Quantcast
+601165755151 [email protected]

Hosting Review – Exabytes LiteSpeed WordPress Hosting

Jan 24, 2021 | Review

Banyak Syarikat Web Hosting hari ini menyediakan plan WordPress Hosting. Apa benda WordPress Hosting nih sebenarnya? Apa beza WordPress Hosting dengan hosting biasa? Secara amnya, WordPress hosting adalah plan hosting yang telah dibina khusus untuk anda gunakan untuk membina website berasaskan WordPress. Dalam artikel hari ini, den nak buat ulasan atau “Review” plan WordPress Hosting dari Exabytes.

Siapa Exabytes?

Exabytes nih kira lebih kurang antara otai Web Hosting Malaysia la – setakat yang den ingatlah. Kalau nak baca sejarah Exabytes, boleh baca artikel Web Hosting Secret Revealed ni.

Exabytes WordPress Hosting

Jom kita tengok apa plan yang disediakan oleh Exabytes WordPress Hosting.

Ada 4 plan – WP12 Beginner, WP12 Business, WP12 Ecommerce dan WP12 Ultimate.

Exabytes WordPress Hosting Plans

Plan yang den akan review dalam artikel ini adalah plan WP12 Business. Apa yang anda dapat dengan plan WP12 Business ini?

  1. Anda boleh daftar 1 domain (.com, .com.my & .my) baharu percuma.
  2. Anda boleh gunakan hosting akaun anda untuk bina 90 website.
  3. Anda diberikan ruang SSD sebanyak 90GB.
  4. Setiap Website anda ada sijil SSL percuma dari LetsEncrypt.
  5. Webserver yang digunakan adalah LiteSpeed Enterprise (berdesup perginya nih)
  6. Aspek keselamatan akaun hosting anda dipantau oleh Imunify360.
  7. WordPress di install secara otomatik untuk domain utama anda.
  8. Backup secara otomatik setiap hari dengan jangka simpanan backup selama 14 hari.
  9. Memory untuk akaun hosting anda adalah 2GB dan PHP max_memory anda adalah 512M.
  10. Hosting Panel yang digunakan adalah Plesk.

Senarai penuh fungsi hosting yang anda dapat dalam plan WP12 Business boleh anda dapatkan di halaman “WP Hosting Features” ini.

Baiklah, tak perlulah den nak cerita secara lebih detail lagi tentang spesifikasi plan WordPress Hosting ini. Jom kita cerita tentang perkara yang lebih menarik.

Ya, tentu anda nak tahu tentang kelajuan website kan..

Kelajuan WordPress Hosting Exabytes

Bila nak cerita pasal kelajuan website, perlu den ingatkan, kelajuan website itu bergantung kepada banyak perkara. Untuk ulasan ini website yang den gunakan dibina dengan:

  1. WordPress 5.6
  2. Divi Theme
  3. WooCommerce
  4. LiteSpeed Cache
  5. Docket Cache
  6. MailPoet
  7. Yoast SEO
  8. PHP 8

Hasil ujian yang den lakukan, boleh tahan berdesup perginya plan WP12 Business ni.

Exabytes WordPress Hosting Inspect Performance

Homepage website WooCommerce yang simple nih boleh load dalam masa 848ms. LiteSpeed Server load HTML page dalam masa 27ms. Website ini den optimize secara asas sahaja. Den set minimize CSS dan JS jer. Disamping itu, den juga tak load apa apa script dari pihak ketiga. Tiada Google Font, tiada analytics, tiada FB pixel. tiada YouTube videos dan lain lain.

Den tak nak apa apa script dari luar mengganggu ujian kelajuan hosting yang den lakukan.

CloudFlare pun den set DNS Only Mode supaya Browser dapat berhubung secara terus dengan server Web Hosting.

Khidmat Sokongan Exabytes

Den setup dua domain dalam hosting WP12 Business den. Dua dua website duduk di belakang CloudFlare dengan “Proxy Mode On” (CF awan oren).

Den tak install apa apa dalam website lagi. Macam biasa, den akan letak “phpinfo” dalam “index.php” sebelum den install apa apa dalam website. Ini untuk den test HTTPS dan segala PHP settings yang diperlukan.

Bila den akses website, den dapat:

Exabytes WordPress Hosting Ticket 1 CF Proxy On

Pelik kejap den. Kenapa tak dapat screen PhpInfo? Godek punya godek, den try la disable CloudFlare Proxy kat DNS CloudFlare.

Exabytes WordPress Hosting Ticket 1 CF No Proxy

Aaaahhh.. boleh pun. Pelik juga. Ini kali pertama den jumpa kes lagu macam ni. So den, pun hubungi khidmat sokongan Exabytes melalui Chat. Ding dong kejap dengan Sokongan Tahap Pertama, dia pun rekomen suruh den buka tiket.

Maka den pun mula la berhubung dengan Khidmat Sokongan Tahap Kedua dalam tiket. Makan dua hari juga nak selesaikan masalah ini. Setelah ding dong dengan “Support” dekat dua hari, akhirnya den jumpa punca masalah.

CloudFlare SSL untuk domain tersebut dalam tetapan “Flexible”. Disebabkan domain dah ada SSL sendiri (LetsEncrypt), sepatutnya CloudFlare SSL diletakkan dalam tetapan “Full” atau “Full (strict)”. Den pun tukarlah ke “Full” dan masalah tersebut selesai.

Secara keseluruhan, pada pendapat den, khidmat sokongan dari Exabytes ni antara yang bagus la.

Den ada juga beberapa kali berhubung dengan Chat Exabytes sekadar untuk bertanyakan tentang teknologi dan spesifikasi plan plan yang mereka sediakan. Setakat ini, tak mengecewakan.

Hosting Panel Plesk

Exabytes WordPress Hosting Plan menggunakan platform Plesk sebagai “Hosting Control Panel”. Sekiranya anda dah biasa guna Plesk, ia tidak menjadi masalah.

Jika anda dah biasa guna cPanel, anda mungkin akan rasa kekok sedikit pada mulanya.

Tapi, pada den, Plesk tak susah untuk digunakan. Agak mesra pengguna. Den pun lebih banyak guna cPanel. Tapi boleh jer biasakan diri dengan Plesk dalam sehari dua.

Plesk, pada den, ada kelebihannya dari segi integrasi dengan WordPress. Dengan Plesk, anda tak perlu nak login ke WP-Admin sangat untuk menguruskan WordPress. Setakat nak buat updates, boleh buat dari Plesk terus. Sangat memudahkan jika anda menguruskan lebih dari dua website WordPress.

Penggunaan Plesk sebagai Hosting Control Panel untuk WordPress Hosting Plan, adalah satu keputusan yang baik.

Rumusan Ulasan – Berbaloi ke WordPress Hosting Exabytes ni?

Baiklah, den dah berikan ulasan tentang WordPress Hosting Exabytes. Sekarang den nak rumuskan segala yang den dah ceritakan. Berbaloi tak plan terbaharu Exabytes ni?

  • Dari segi spesifikasi hosting, plan WP12 Business yang den ulas nih memang dah tip top dah. Pada den, ianya plan paling minima yang perlu anda ambil jika anda perlukan WordPress Hosting.
  • Dari segi kelajuan, LiteSpeed Enterprise, memang platform pilihan den.
  • Dari aspek khidmat sokongan, pada den, Exabytes antara hosting yang mempunyai khidmat sokongan yang responsif.
  • Dari aspek “Hosting Control Panel”, Plesk antara yang terbaik yang ada sekarang.
  • Dari segi harga pula, anda ada 3 pilihan untuk WP12 Business:

Exabytes WordPress Hosting WP12 Business Pricing

Nak murah, dapatkan plan tiga tahun terus. Den rekomen, ambil plan setahun dahulu. Dekat nak tamat tempoh nanti kalau rasa WordPress Hosting WP12 Business ni berbaloi, boleh la renew untuk 3 tahun terus. Boleh tanya Exabytes kot depa ada bagi diskaun untuk renew tiga tahun.

Kalau tak silap den la, sebelum ni Exabytes memang dah ada sediakan plan WordPress Hosting. Cuma sebelum ini, WordPress Hosting Exabytes menggunakan platform Nginx sebagai Web Server.

Nginx vs LiteSpeed. Dua dua pun platform webserver yang bagus dan secara amnya lebih berdesup dari Apache.

Den jer tak berapa nak gemor guna Nginx. Mungkin sebab nak kena pilih Cache Plugin rasanya. Kalau guna LiteSpeed, tak perlu nak pening pening pilih Cache Plugin. Guna jer LiteSpeed Cache plugin yang sedia ada.

Apa pun, jika anda berminat nak gunakan Exabytes WordPress Hosting untuk website anda, silalah daftar melalui link yang den sediakan.

Klik Sini Untuk Daftar Exabytes WordPress Hosting

Hosting Review – Exabytes LiteSpeed WordPress Hosting was last modified: 2021-01-24T23:44:38+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan

Salam. Sila Install HadeeRoslan App ke fon anda

Install
×