Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Ramai pemilik website bermula dengan platform Shared Hosting. Bila Shared Hosting sudah tidak dapat menampung keperluan website, mereka berpindah ke VPS atau Cloud Hosting. Apakah Hosting Control Panel Percuma yang boleh digunakan oleh pemilik VPS? Jom kita tengok CyberPanel.

CyberPanel adalah Hosting Control Panel Percuma yang boleh digunakan untuk mengawal selia VPS, Cloud atau Dedicated Hosting anda. Den pilih CyberPanel kerana ia mempunyai semua fungsi Control Panel yang den perlukan untuk mengurus server VPS den.

Antara fungsi yang den perlukan dan terdapat dalam CyberPanel adalah:

  1. File Management
  2. Backup Management
  3. Database Management
  4. SSL Management
  5. Php Management
  6. Cron Management

Nanti den ulaskan penggunaan setiap fungsi ini satu persatu. Sebelum itu izinkan den terangkan cara cara nak pasang CyberPanel ka dalam VPS anda dulu.

Cara Nak Install CyberPanel ke Dalam VPS

Sebelum anda pasang CyberPanel ke dalam VPS, anda perlukan:

  1. Domain – Boleh jer pasang CyberPanel tanpa domain. Tapi kalau dah beli domain dulu pun bagus jugak. Tak pernah beli domain? Den selalu beli kat NameSilo.
  2. DNS Management – Ya, CyberPanel ada DNS Management. Den lebih suka gunakan DNS asing. Kalau VPS kena serang, hanya website jer yang terkesan. Fungsi lain seperti DNS dan email tidak terkesan. DNS den guna Cloudflare.
  3. Akaun VPS atau Cloud Hosting – Den cadangkan anda gunakan sekurang kurangnya 1CPU, 1GB RAM dan 30GB SSD.

    Den pernah install CyberPanel dalam server f1 micro di Google Cloud dengan 1CPU, 0.6GB RAM dan 30GB HDD – Not recommended lah. Confirm akan overutilize resources nanti. Walaupun den install CyberPanel minimal.

    Antara tempat anda boleh dapatkan VPS PERCUMA (setahun) adalah di Google Cloud Platform dan Microsoft Azure. Daftarlah di sana.

    Di Digital Ocean juga anda boleh dapatkan VPS PERCUMA dengan kredit USD50 yang den kongsikan ini – Kredit $50 Digital Ocean.

    Nak guna VPS 2CPU 3GB RAM 30GB SSD? Klik Sini Sekarang.
  4. SSH Client seperti PuTTY untuk masuk ke terminal VPS anda. Download PuTTY Portable dari PortableApps. Download dan install PuTTY ke dalam komputer anda.

    Den ada juga guna Chrome Secure Shell App. Boleh la cuba kalau berminat.

    Selain itu, Windows 10 pun dah ada SSH client. Sekiranya Windows 10 anda updated, anda boleh berikan arahan “ssh [email protected]” dalam tetingkap “command prompt” untuk masuk ke server VPS anda.
  5. EMail Mailbox Provider sekiranya anda perlukan email untuk domain domain anda. Ya CyberPanel datang dengan sistem EMail menggunakan PostFix. Den rekomen anda gunakan sistem EMail dari penyedia eMail seperti GSuite, MS360 dan Zoho (percuma 5 users).
  6. SMTP Provider untuk menghantar email notifikasi dari website website anda. Den rekomen anda gunakan penyedia SMTP seperti SendGrid, ElasticEmail dan MailGun (penghantaran 10,000 email sebulan).

Berikut adalah spesifikasi VPS untuk CyberPanel:

  1. Centos 7.x
  2. Python 2.7
  3. 1024MB RAM atau lebih
  4. 10GB HDD

Baiklah, den anggap anda semua dah ada semua keperluan yang den senaraikan di atas lah ya. Nak terangkan satu persatu dalam artikel ini, nanti jadi panjang sangat pula. Ada masa nanti den buatkan artikel lain la kot. InsyaAllah.. 😀

Langkah 1 – Login sebagai root ke dalam VPS anda.

Gunakan PuTTY (Den anggap anda telah pun install PuTTY dalam komputer anda) dan akses VPS anda.

CyberPanel Launching PuTTY

Masukkan IP address atau nama subdomain anda (jika dah buat tetapan dalam DNS) ke dalam ruangan “Host Name (or IP address)“. Tekan butang “Open“.

CyberPanel - PuTTY Security Alert

Sekiranya ini kali pertama anda akses server anda menggunakan PuTTY, anda akan menerima paparan amaran seperti dalam gambar. Klik terus pada butang “Yes“.

Anda perlu akses VPS anda menggunakan root. Akses sebagai user yang menggunakan sudo tidak mencukupi. So, pastikan anda ada password untuk root.

Langkah 2 – Gunakan Skrip Install CyberPanel

Setelah login sebagai root, anda kini boleh terus melakukan pemasangan CyberPanel dengan menggunakan kod berikut:

sh <(curl https://cyberpanel.net/install.sh || wget -O - https://cyberpanel.net/install.sh)
Pasang CyberPanel - Pilih CyberPanel atau Addons

Langkah 3 – Pilih Modul CyberPanel Apa Yang Anda Nak Install

Anda diberi pilihan sama ada ingin install CyberPanel atau Addons. Addons yang dimaksudkan di sini adalah Memcached dan Redis.

Untuk sesi kali ini, memandangkan ini kali pertama anda lakukan pemasangan CyberPanel dalam server ini, pilihlah “1. Install CyberPanel“.

Pemasangan CyberPanel - Pilih versi Lite Speed Web Server.

Anda kini diberi pilihan antara OpenLiteSpeed dengan LiteSpeed Enterprise. Apa beza antara kedua dua nya?

OpenLiteSpeed adalah versi percuma LiteSpeed Web Server. Tiada lesen diperlukan untuk menggunakan OpenLiteSpeed. Anda boleh gunakannya untuk membina seberapa banyak website yang boleh ditampung oleh server anda.

LiteSpeed Enterprise adalah versi berbayar LiteSpeed Web Server. Penggunaannya adalah percuma untuk satu website sahaja (lesen pendaftaran masih diperlukan). Sekiranya ingin membina lebih dari satu website dalam satu server, lesennya berbayar.

Pilihan di tangan anda. Untuk artikel ini, den pilih untuk buat pemasangan CyberPanel dengan OpenLiteSpeed. Maka den pilih “1. Install CyberPanel with OpenLiteSpeed“.

CyberPanel didatangkan dengan beberapa modul sokongan:

  • PowerDNS – DNS server untuk domain yang anda hostkan di server ini. Kalau ikut cara den, PowerDNS tak diperlukan. Den gunakan Cloudflare sebagai DNS untuk semua domain den dan client den. Kalau server ini gagal berfungsi, ia hanya melibatkan website sahaja. DNS dan fungsi fungsi lain tidak terkesan.
  • Postfix – eMail server untuk website yang anda hostkan di server ini. eMail juga den lebih gemar letakkan di luar server website. Pengasingan ini den lakukan kerana den akan gunakan khidmat penyedia eMail untuk mengendalikan email bagi setiap domain yang den gunakan. SMTP server khidmat lain. Mailbox server pula khidmat lain.
  • Pure-FTPd – FTP server memang tidak lagi den gunakan. SSH dan File Manager ada.

Pemasangan CyberPanel secara minimal bermakna kesemua modul tambahan di atas ini tidak akan di install. Den suka minimal, sebab den tak perlukan ketiga tiga modul sokongan tersebut, maka den pilih “Y“.

Setelah itu, anda diberi pilihan untuk password admin CyberPanel. Tak perlu nak fikir panjang. Pilih “d” terus. Bila dah siap install nanti boleh tukar password.

Pasang CyberPanel - pilihan memcached dan redis.

Pilihan seterusnya adalah untuk pemasangan JS Delivr untuk meningkatkan kelajuan panel bagi pengguna Asia Pasifik. Usah di tanya.. Tekan “Y” jer. Depa kata laju, laju lah kot. 😀

Kemudian anda boleh pilih nak install Memcached dan Redis atau tidak. Kedua duanya adalah modul cache untuk meningkatkan prestasi website anda. Maka seeloknya ia di pilih. Tekan “Y” untuk semuanya. 😀

Selesai membuat pilihan yang diberikan, proses pemasangan CyberPanel pun bermula.

Pasang CyberPanel - Selesai pemasangan.

Proses pemasangan CyberPanel mengambil masa 20 – 30 minit, bergantung kepada kelajuan server dan internet. Sempat la den nak layan satu episod Iron Man Animated kat NetFlix sambil menunggu tuh.

Bila dah selesai, anda diberikan paparan seperti di atas. Butiran ringkas tentang server dan CyberPanel anda ada dalam paparan.

Langkah 4 – Login Ke CyberPanel

Anda sudah boleh akses CyberPanel anda melalui link berikut:
https://IPServerAnda:8090

Akses CyberPanel - Amaran Tiada SSL

Kali pertama anda akses website CyberPanel anda menggunakan URL yang diberi, akan memberikan anda halaman dengan amaran – “Your connection is not private

Ini berlaku kerana SSL belum lagi dipasang ke untuk CyberPanel anda itu. Klik butang “Advanced” dan kemudian “Proceed to IPAddress Server Anda (unsafe)” untuk mendapatkan halaman login CyberPanel anda.

Akses CyberPanel - Halaman Login

Ada catit di mana mana tak password untuk CyberPanel admin user? Den rasa anda semua otak geliga kan, tak perlu nak catit admin pasword yang diberikan tadi. Hehehe..

Ok lah..

Kot kot lah ada yang terlepas pandang atau kurang beri perhatian di awal sesi pemasangan tadi. Password untuk admin user ialah … 1234567. Melainkan anda tak pilih “default” semasa pemasangan tadi.

Bagi yang betul betul tak ingat password admin user, boleh gunakan kod berikut dalam sesi PuTTY tadi (kalau belum exit lagi lah):
adminPass PASSWORDBARUANDA

CyberPanel - Home Page

Sekiranya anda tiada masalah dengan admin password, anda akan melihat paparan seperti di atas.

Tahniah! Anda telah berjaya Install dan kini sedang akses CyberPanel di dalam VPS atau Cloud host anda.

Membuat Tetapan Asas CyberPanel

Anda dah berjaya pasang CyberPanel dan sudah pun berjaya akses dan login ke modul pengurusan CyberPanel. Sebelum anda buat apa apa, ada baiknya anda buat tetapan asas untuk website website anda terlebih dahulu.

Tukar Password Admin

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah tukar Password untuk admin.

CyberPanel - Edit User Profile

Untuk mengubah Password admin, anda perlu klik pada link “Edit Profile” seperti yang tunjukkan dalam gambar di atas.

CyberPanel - Modify User

Di dalam halaman yang diberikan ini, anda boleh ubah maklumat user di dalam ruang ruang yang disediakan. Tukarlah password admin mengikut kesesuaian anda. Den rekomen gunakan password seperti ..

Katakan keju cyberpanel 5678#
Katakan keju gmail 5678#
Katakan keju yahoo 5678#

Ianya senang nak ingat supaya tak perlu nak catit atau simpan di mana mana.

Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai website – hanya tukar bahagian website (cyberpanel, gmail & yahoo) ikut keperluan.

Setiap kali nak tukar password, hanya perlu tukar nombor di bahagian belakang kepada turutan nombor baru.

Tuning LiteSpeed Di Dalam CyberPanel

CyberPanel datang dengan OpenLiteSpeed Web Server. Ada baiknya anda singgah sebentar ke ruangan “LiteSpeed Tuning” untuk melihat tetapan yang sedia ada.

CyberPanel - LiteSpeed Tuning

Antara tetapan asas yang boleh anda ubahsuai mengikut keperluan adalah:

  • Max Connections: Ia menetapkan jumlah Concurrent Connections yang boleh ditampung oleh OpenLiteSpeed dalam satu masa. Kena fahamkan dahulu apa maksud Concurrent Connections.

    Nilai asal yang ditetapkan adalah 2000. Agak terlalu besar pada den.

    Apa kebarangkalian untuk 2000 orang klik pada mana mana link website anda secara serentak dalam satu masa?

    Den lebih suka mulakan dengan kadar lebih rendah. Kalau tak cukup tambah sikit sikit.
  • Max SSL Connections: Tetapan ini sama seperti Max Connections. Cuma, ia khusus untuk pelawat yang menggunakan HTTPS sahaja. Nilai Max SSL Connections perlu kurang dari nilai Max Connections.
  • Connection Timeout: Jumlah masa yang diberikan kepada setiap sambungan yang senyap tidak buat apa apa sebelum ianya di tutup.

    Nilai asal 300s (5 minit) agak terlalu lama rasanya. So, den turunkan la dulu kepada 180s (3 minit). Kalau rasa macam tak berapa nak cukup, boleh naikkan semula.

    Macam mana nak tahu cukup ke tidak? Itu den belum study lagi
  • Keep Alive TimeOut: Setiap Connection dengan server hanya akan dibiarkan terbuka selama mana yang ditetapkan di sini. Bagi sambungan yang menggunakan HTTP1.1, Keep Alive TimeOut ini membolehkan satu sambungan digunakan untuk muat turun beberapa sumber/file sekaligus.

    Nilai yang ideal untuk Keep Alive adalah 2 – 5 saat. Buat tinggi tinggi nanti mudah nak kena DDOS. 😀

    Tidak diperlukan untuk HTTP2
  • Cache Size in Memory: Den tak jumpa apa apa dokumentasi atau perbincangan tentang tetapan ini. Nanti den selidik lain. So, kita ikut je apa yang dah ditetapkan kat sini.
  • Enable GZip Compression: Ini tentunya perlu biarkan “Enable” (tetapan asal). Cuma, anda perlu pilih “Enable” jika nak “Save” apa apa perubahan. Kalau tak nanti keluar Error masa “Save”.

Itu dia tetapan untuk LiteSpeed Tuning yang den gunakan dalam CyberPanel den. Kalau anda tak nak ikut pun tak jadi masalah. CyberPanel dan LiteSpeed tetap jalan.

Tetapan Php Extension Di Dalam CyberPanel

Bagi yang dah biasa dengan CPanel, tentunya anda biasa juga dengan modul CPanel seperti PHP Selector dan MultiPHP Editor. Kedua dua modul ini membolehkan anda menguruskan Php Extension yang digunakan dalam website anda.

CyberPanel - Php Extensions

Dalam CyberPanel, anda ada modul PHP > Install Extensions. Dalam modul ini, anda boleh install mana mana Php Extension yang diperlukan oleh website anda.

Tapi, itulah dia.. anda hanya boleh install sahaja. Tak boleh uninstall atau deactivate.

Edit Php Configs

Kita semua tentunya dah biasa kena tukar pelbagai Php Parameter mengikut keperluan WordPress dan pelbagai plugin serta themes. Biasanya kita kena update Php Parameters seperti – max_memory_limit, post_max_size dan upload_file_size kan?

CyberPanel - Php Configs

Dalam Modul PHP > Edit PHP Configs > Basic > 7.3 (untuk Php V7.3) anda boleh membuat tetapan untuk Php Parameter yang biasanya perlu diubah.

Sekiranya tetapan yang anda perlukan tidak tersenarai, anda perlu masuk ke ruangan Advanced yang membolehkan anda Edit file Php.ini secara terus. Berhati hati ya bila gunakan ruangan Advanced. 😀

Tetapkan Nama Domain Untuk CyberPanel

Baiklah. Anda dah buat pelbagai tetapan asas untuk CyberPanel. Tapi perasan tak, anda masih lagi akses CyberPanel menggunakan IP Address?

Tak syoklakan. Takkan nak guna IP address sampai bila bila. Den kurang gemor nak ingat IP Address.

So, sekarang, den nak tunjuk cara nak buatkan supaya anda boleh akses CyberPanel dengan nama domain. Makanya, anda kena pilih satu nama domain khusus (subdomain lagi bagus) untuk CyberPanel. Nama domain pilihan den untuk CyberPanel ini adalah warmachine.maaxii.com

CyberPanel - Create Website

Untuk memberikan CyberPanel anda URL beserta domain dengan SSL, anda perlu klik pada “Create Website” dan isikan maklumat pada ruang yang disediakan.

  • Select Package: Pilih “Default”. Package digunakan untuk mengawal selia had had hosting untuk website. Untuk kegunaan Web Hosting.
  • Select Owner: Pilih “admin”.
  • Domain Name: Masukkan nama domain pilihan anda.
  • EMail: email di mana notis berkaitan domain akan di hantar.
  • Select PHP: Versi Php untuk website.
  • Additional Features (SSL): Jika dipilih, SSL akan dipasang terus. Pastikan telah ada A Record untuk domain di dalam DNS (CloudFlare) anda.
  • Additional Features (DKIM_Support): Tak perlu.
  • Additional Features (open_basedir Protection): Untuk memastikan skrip skrip yang dilancarkan dari website ini tidak melangkaui batas domain sendiri.

Dah selesai mengisi maklumat, jangan lupa nak Klik Butang “Create Website“.

Sekiranya tiada apa apa masalah dihadapi ketika membina Website, anda akan dapat melihat paparan “Successfully Installed” dan “Website successfully created” di skrin anda.

Seterusnya, anda perlu pasang SSL pada hostname domain yang anda bina tadi.

Anda perlu masuk ke SSL > Hostname SSL dan pilih website dari yang terkandung dalam senarai “Select Website”. Sepatutnya cuma ada satu website la kan. Dalam senarai den ada warmachine.maaxii.com sahaja.

Bila dah pilih, tekan butang “Issue SSL”.

Sekiranya tiada apa apa masalah, anda akan menerima notis “SSL issued. You can .. “

Sekarang anda sudah boleh akses CyberPanel menggunakan pautan https://namadomain.anda:8090 tanpa sebarang error berkenaan SSL.

NOTA PERINGATAN: Den menggunakan DNS di CloudFlare. Oleh itu, den kena pastikan yang den dah ada A Record dalam DNS untuk warmachine.maaxii.com yang mengandungi IP VPS server den ini.

DNS for CyberPanel domain in CloudFlare

Anda juga kini boleh akses website http://warmachine.maaxii.com yang akan memberikan anda paparan berikut:

CyberPanel - Default Website Homepage

Semua website yang anda letakkan di dalam CyberPanel akan mempunyai Homepage awal seperti paparan. Untuk mengubah paparan tersebut, anda perlu edit satu file di dalam server anda:

/usr/local/CyberCP/index.html

Mungkin CyberPanel akan menyediakan satu modul untuk edit file tersebut dengan mudah di masa akan datang. Den harap lah. 😀

Bagi yang guna CloudFlare, pastikan record untuk cyberpanel anda tidak melalui Cloudflare – pastikan Awan CloudFlare Kelabu. Ini kerana CyberPanel guna port 8090 yang memang tak lepas dalam CloudFlare.

Letak Website Anda Dalam CyberPanel

Wooohooooo! Anda dah berjaya menyediakan CyberPanel sebagai Web Hosting Control Panel di VPS anda. Sekarang anda boleh mula letakkan website ke dalam CyberPanel.

Sebelum itu, den nak berikan sedikit penerangan tentang Users dan Package yang perlu di pilih untuk Website di dalam CyberPanel.

CyberPanel User

CyberPanel v1.8 memperkenalkan user jenis Reseller. Maka sekarang, terdapat 3 jenis User di dalam CyberPanel:

  1. Admin: Boleh buat apa sahaja.
  2. Reseller: Boleh “Create User“. Boleh “Create Package“. Boleh “Create Website“. Boleh “Restore Backup“. Boleh buat apa yang “User” boleh buat.
  3. User: Boleh akses akaun CyberPanel sendiri sahaja. Boleh “Manage Website“. Boleh buat “Backup“. Boleh “Manage Database Website sendiri“. Boleh “Manage SSL Website sendiri” Boleh “Manage Domain” sendiri.

CyberPanel Package

Apa benda Package ni? Kalau anda ada pengalaman mengendalikan Reseller Hosting dalam CPanel, tentu anda biasa dengan Package. Ia membolehkan anda meletakkan had tertentu kepada website yang diletakkan dalam CyberPanel anda:

  • Jumlah Domain: Default 20.
  • Saiz Disk: Default 1000MB. Hampir 1GB. Anda perlu edit atau buat package baru sekiranya inginkan saiz disk yang lebih besar untuk website anda.
  • Saiz Bandwidth: Default 1000MB. Hampir 1GB. Anda perlu edit atau buat package baru sekiranya inginkan saiz bandwidth yang lebih besar untuk website anda.
  • Jumlah akaun FTP: Default 1000.
  • Jumlah Database: Default 1000.
  • Jumlah akaun eMail: Default 1000.

User dan Package ini hanya perlu sekiranya anda nak letak website pelanggan dalam server CyberPanel anda ini. Sekiranya VPS dan CyberPanel ini hanya untuk website anda sendiri, gunakan sahaja Package Default yang sedia ada. Edit dan modify setting dalam Default ikut keperluan anda.

Baiklah. Jom kita masukkan satu website ke dalam CyberPanel. Untuk artikel ini, den akan tambah website den sendiri iaitu KodeeXII.Net ke dalam CyberPanel.

Tetapan DNS Untuk Website

Sebelum itu, memandangkan den gunakan CyberPanel Minimal Install, maka den perlu buat tetapan A Records dalam DNS untuk kodeexii.net.

Den gunakan CloudFlare sebagai DNS. Den rekomen anda gunakan CloudFlare sebagai DNS untuk semua website anda.

Masuk ke CloudFlare DNS (atau mana mana penyedia DNS pilihan anda) dan pastikan A Record untuk kodeexii.net ditetapkan dengan alamat IP server CyberPanel anda. Pastikan juga simbol awan berwarna kelabu. Ini menandakan anda hanya gunakan CloudFlare untuk DNS sahaja untuk record tersebut.

Selepas menukar IP untuk A Record, ada baiknya anda uji dahulu sekiranya penukaran IP itu telah berlaku pada DNS lain (DNS Propagation). Kalau guna CloudFlare, biasanya dalam beberapa minit selepas tukar IP dah terus boleh guna.

Macam mana nak test IP dah update? Sonang jer. Launch Command Prompt dalam Windows, dan gunakan command ping kodeexii.net (gunakan nama domain anda sendiri la ya). Kalau dapat respond macam dalam gambar Pinging kodeexii.net [13.76.194.36] .. (Nama dan IP Server anda la ya) maknanya tetapan DNS dah aktif dah la tu.

Boleh la kita masukkan website KodeeXII.Net ke dalam CyberPanel.

CyberPanel Website

Proses untuk tambah website ini sama sahaja seperti yang telah anda lakukan untuk tambah website untuk CybePanel di awal artikel ini tadi.

Anda hanya perlu Klik pada link Create Website dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah dipenuhkan semua ruang seperti yang tertera dalam gambar (gunakan nama domain dan email anda tau..), klik pada butang Create Website.

Setelah anda melihat pesanan “Successfully Installed” dalam CyberPanel, bolehlah anda membuat capaian ke domain anda (den guna kodeexii.net lah). Anda akan dapat melihat paparan seperti gambar di atas.

Ini menandakan website anda kini sudah siap sedia untuk digunakan dan dipasang dengan WordPress atau apa sahaja perisian yang anda perlukan. SSL pun dah siap dipasang pada website.

Menguruskan Website Dalam CyberPanel

Website dah sedia dah. So sekarang den nak tunjuk fungsi fungsi pengurusan website yang disediakan oleh CyberPanel.

Untuk menyenaraikan semua website yang boleh anda uruskan dalam CyberPanel, anda perlu klik pada link List Websites.

Untuk mengurus website yang baru anda tambah tadi (kodeexii.net untuk den), anda perlu klik pada link Manage yang terdapat pada bahagian kanan skrin.

Inilah dia system pengurusan website yang disediakan oleh CyberPanel. Tak boleh nak lawan CPanel, dari segi jumlah modul atau fungsi yang ada. Namun, apa yang ada, secara asasnya, cukup untuk menguruskan website.

Jom kita cara cara nak menguruskan website menggunakan CyberPanel.

Pengurusan Log Website

Setiap pemilik website perlu mempunyai cara untuk mendapatkan akses ke fail fail log yang tersedia untuk website. CyberPanel memberikan akses secara terus kepada 2 log – Access Log dan Error Log.

CyberPanel Website Access Logs

Access Log memberikan anda maklumat tentang fail fail yang telah diakses oleh pelawat. Maklumat yang terkandung dalam Access Log boleh anda gunakan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat cobaan untuk menggodam website anda – bila terdapat banyak akses ke wp-login.php dari IP yang tidak anda kenali.

Access Log juga boleh memberitahu anda sekiranya website anda digunakan untuk mencuri maklumat perbankan dengan cara phishing – bila anda lihat wjudnya akses ke folder atau file yang menyerupai nama bank.

CyberPanel turut menyediakan ruang untuk memantau Error Logs. Tetapi, fungsi Error Logs ini seakan akan tidak berfungsi. Setakat ini, den belum lagi terjumpa apa apa di dalam ruangan Error kogs.

Pengurusan Domain dan Subdomain

Nak tambah domain atau subdomain dalam akaun webhosting anda di CyberPanel? Di sinilah tempatnya.

Klik pada icon Add Domain.

CyberPanel Add Domain

Isikan ruangan yang disediakan dengan maklumat domain/subdomain yang anda perlukan.

  • Domain Name: Masukkan nama penuh domain atau subdomain anda. Den masukkan uno.kodeexii.net untuk artikel ini.
  • Path: Biarkan kosong dan CyberPanel akan buat folder ikut nama domain yang anda mahukan di bawah folder domain utama anda. Nanti den tunjuk dalam File Manager aturan folder untuk domain tambahan.
  • Select PHP: Pilih versi Php yang anda perlukan. Den cadangkan guna yang terkini – Php 7.3
  • Additional Features:
    • SSL: Nak guna SSL? Pastikan anda pilih SSL supaya CyberPanel akan terus aktifkan SSL untuk domain anda.
    • DKIM Support: Den tak pilih ini kerana dalam CyberPanel tidak ada DNS dan juga Email Server. Maka ia tidak diperlukan.
    • open_basedir Protection: Pastikan anda aktifkan open_basedir Protection ini. Ia untuk keselamatan website di bawah kendalian akaun website anda.

Setelah semua ruangan diisikan dengam maklumat lengkap, tekanlah butang “Create Domain“.

Sekiranya tiada apa apa masalah berlaku ketika domain anda diletakkan dalam CyberPanel akaun anda, pesanan “Successfully Installed” akan dipaparkan.

Sekiranya anda layari alamat domain/subdomain tersebut, anda akan dapat paparan “CyberPanel Installed“.

Sekarang klik pula icon List Domain.

Domain yang baru anda tambah tadi boleh dilihat dalam senarai domain. Sekiranya anda mahu buat sebarang perubahan pada versi PHP yang digunakan untuk domain ini boleh buat perubahan di sini.

Jika tadi anda terlupa nak pilih SSL, boleh juga tambah di sini. Nak Delete domain/subdomain pun boleh.

Sekiranya anda perlukan Domain Alias, klik sahaja pada icon “Domain Alias

CyberPanel Domain Aliases

Sebelum den teruskan dengan cara nak buat Domain Alias, ada baiknya den terangkan apa fungsi Domain Alias bagi yang belum tahu. Sekiranya anda sudah faham fungsinya, boleh skip bahagian ini.

Domain Alias berfungsi untuk membawa pelbagai domain ke website yang sama. Kalau zaman dulu dulu (beberapa tahun lepas jer pun), ia dipanggil Domain Parking.

Katakan den buat maaxii.com sebagai domain alias kepada kodeexii.net. Bila pelawat melayari website maaxii.com, mereka akan melihat kandungan kodeexii.net sekiranya website itu statik.

Sekiranya website itu dibina dengan WordPress Multisite, WordPress boleh menjana website kodeexii.net dan maaxii.com yang berlainan. Satu WordPress untuk banyak website.

Baiklah, den harap anda jelas dengan penerangan ringkas den tentang fungsi Domain Alias. Jom kita buat Domain Alias.

Klik pada butang “Create Alias

CyberPanel Create Domain Aliases

Masukkan maklumat Domain Alias yang diperlukan

  • Alias Domain:
  • Additional Features:
    • SSL:

Klik butang “Create Alias”. Sekiranya tiada apa apa masalah dan Alias berjaya dibina, anda akan melihat paparan “Alias successfully created. Refreshing page in 3 seconds.”

Selepas 3 saat anda akan melihat paparan seperti di bawah.

CyberPanel List Domain Aliases

Senarai Domain Aliases yang telah didaftarkan di dalam akaun CyberPanel anda dipaparkan. Anda boleh pasang SSL atau padam mana mana Domain Alias yang tersenarai.

Domain Alias ini tidak terhad untuk domain utama sahaja. Anda boleh buat Domain Alias untuk sub domain juga.

Pengurusan Cron Jobs

Cron Jobs” adalah arahan yang diberikan kepada perisian cron dalam Server untuk dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

Sekiranya ada apa apa skrip yang perlu anda lakukan secara berkala seperti backup, pembersihan fail fail log dan penghantaran email, boleh lah anda jadualkan skrip tersebut menggunakan cron.

Klik pada icon “Cron Jobs” untuk menguruskan Cron Jobs anda.

Cyber Panel Cron Jobs

Anda perlu pilih Website terlebih dahulu. Selepas website dipilih, senarai cron job yang sedia ada (jika ada) akan dipaparkan. Anda boleh padam atau edit mana mana cron job yang tersenarai.

Sekiranya anda ingin menambah Cron Job unuk server, klik pada butang “+

CyberPanel - Add New Cron Job

Masukkan butiran cron job yang diperlukan:

  • Pre defined: Pilih mana mana jadual yang telah ditetapkan dalam senarai – dari setiap minit hingga setiap tahun.
  • Minute: Minit ke berapa
  • Hour: Jam ke berapa
  • Day of month: Hari ke berapa dalam bulan
  • Month: Month: Bulan ke berapa
  • Day of week: Hari ke berapa dalam minggu
  • Command: Skrip atau arahan yang ingin anda jadualkan. Pastikan skrip telah anda letakkan ke dalam server terlebih dahulu.

Pengurusan PHP

Di awal artikel tadi den ada tunjuk cara nak buat tetapan PHP di peringkat server. Namun, ada kemungkinan, anda perlukan versi PHP yang berbeza untuk website tertentu. Mungkin website WordPress anda ada menggunakan plugin yang memerlukan PHP 7.0, contohnya.

Oleh itu, anda perlulah mengubah versi PHP untuk website tersebut sahaja.

Tekan icon “Change PHP

CyberPanel - Change PHP

Pilih versi PHP yang diperlukan dan kemudian tekan butang “Change PHP“.

Anda juga boleh mengubah tetapan parameter PHP seperti max_memory_limit, post_max_size, dan lain lain. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi “vHost Conf” yang disediakan.

Tekan ikon “vHost Conf“.

CyberPanel Website Management - Editing PHP parameters in vHost Conf.

Anda perlu menambah parameter yang diperlukan ke dalam vHost Conf. Cari bahagian phpiniOverride dan tambah seperti yang den tunjukkan dalam gambar.

Dalam contoh ini, den telah menambah

php_value upload_max_filesize “200M”
php_value post_max_size “250M”
php_value max_memory_size “512M”

Pengurusan htaccess

htaccess adalah antara fail yang penting dalam pengurusan website. Lebih lebih lagi untuk website berasaskan CMS seperti WordPress.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan LiteSpeed Enterprise (berbayar) semasa pemasangan CyberPanel, anda tidak perlu risau tentang htaccess. LiteSpeed Enterprise boleh membaca htaccess secara terus.

Sekiranya anda memilih OpenLiteSpeed (percuma), anda disarankan untuk menggunakan fungsi Rewrite Rules di dalam CyberPanel untuk mengubah htaccess anda, jika perlu.

CyberPanel Website Management - Rewrite Rules

Den sendiri pun belum habis eksperimen dengan plugin yang ada ubah htaccess. So, sekiranya anda ada gunakan plugin yang menambah kod ke dalam htaccess, berhati hati lah ya.

Den akan update lagi artikel ini bila den ada peluang untuk mencuba plugin plugin tersebut.

Pengurusan SSL

Tak nak guna LetsEncrypt sebagai penyedia sijil SSL? Anda boleh menambah sijil SSL anda secara manual.

Tekan ikon “Add SSL

CyberPanel Website Management - Add SSL

Letakkan SSL Certificate dan SSL Key untuk domain anda ke dalam ruang yang disediakan. Selesai “Save“, SSL untuk domain anda telah dipasang dan anda boleh melayari website anda menggunakan HTTPS.

Pengurusan File

Antara fungsi yang paling kerap den gunakan dalam pengurusan website adalah File Manager. File Manager pula mestilah ada fungsi fungsi berikut:

  • Upload/Download
  • Edit
  • Cipta fail baru
  • Tukar nama
  • Pindah folder
  • Copy
  • Compress/Extract Zip

File Manager yang disediakan oleh CyberPanel menepati segala keperluan yang den sebutkan di atas.

CyberPanel Website Management - File Manager

Untuk menggunakannya, tekan ikon “File Manager“.

CyberPanel Website Management - File Manager

Pengurusan Backup

Backup merupakan salah satu perkara utama yang perlu anda jadualkan sekiranya anda menguruskan apa apa website. Tanpa backup, anda sememangnya mengundang masalah yang sangat besar.

Bila bila sahaja website anda boleh gagal berfungsi. Tanpa backup, anda tidak boleh menghidupkan website anda dengan segera.

CyberPanel datang dengan fungsi backup tersedia tanpa sebarang kos tambahan. Fungsi backup ini akan membuat backup untuk kesemua fail dan juga database untuk website yang di pilih.

Nak buat backup? Buka menu Backup dan tekan pautan “Create Backup”

CyberPanel Create Backup

Pilih website yang ingin anda backup. Pilih destinasi backup – Home sahaja yang ada buat masa ini. Selesai buat pilihan, tekan butang “Create Backup“.

CyberPanel - Backup Created

Sekiranya tiada apa apa masalah ketika melakukan backup, anda akan dapat melihat lokasi fail backup anda dipaparkan.

Selain dari fungsi backup, anda juga perlukan fungsi restore. Anda boleh dapatkan fungsi ini melalui pautan “Restore Backup“.

Untuk Restore, anda perlu pilih backup file yang ingin anda restore dari senarai yang diberikan. Selepas pilih, tekan butang “Restore“.

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang Restore:

  1. Hanya pengguna bertaraf admin dan reseller sahaja yang boleh Restore dari Backup.
  2. Fail yang hendak di Restore perlu diletakkan di dalam folder /home/backup. Anda perlu lakukan ini melalui SSH sebagai root.

Pengurusan Database (Bukan Mailing List ya)

Bila dah ada webhosting, tentunya anda perlukan fungsi untuk menguruskan database. Dengan CyberPanel, anda boleh menguruskan database MySQL (MariaDB) dengan mudah.

Untuk membina database, anda perlu klik pada pautan “Create Database“.

CyberPanel - Create database

Isikan maklumat yang diperlukan:

  • Select Website: Pilih website yang memerlukan database tersebut
  • Database Name: Berikan database anda nama (nama sebenar database dipaparkan di hujung ruangan tersebut).
  • User Name: Berikan nama user untuk database tersebut (nama sebenar user ada di hujung ruangan tersebut).
  • Password: Tetapkan Password untuk user tersebut (boleh gunakan fungsi “Generate” jika inginkan password yang dibina secara rawak.

Setelah semua ruangan diisi, tekan butang “Create Database“.

Untuk memadam database yang telah dibina, anda boleh klik pautan “Delete Database“.

CyberPanel - Delete Database

Pilih website dan database yang ingin anda hapuskan, kemudian tekan butang “Delete Database“.

Untuk menyenaraikan database yang wujud, anda perlu klik pautan “List Database“.

CyberPanel - List Database

Anda perlu pilih website dan senarai database yang wujud untuk website tersebut akan dipaparkan.

Anda boleh tekan butang “Change” untuk menukar password bagi user database tersebut.

CyberPanel juga menyediakan aplikasi PhpMyAdmin jika anda perlu mengakses database untuk menguruskan data yang terkandung di dalam database tersebut. Untuk menggunakan PhpMyAdmin, anda hanya perlu klik pada pautan “PHPMyAdmin“.

CyberPanel - PHPMyAdmin

Halaman login untuk PHPMyAdmin akan dibuka untuk anda dalam browser tab yang baru (den gabungkan PHPMyAdmin dalam CyberPanel di sini untuk memudahkan penerangan).

Anda perlu gunakan username dan password yang telah anda tetapkan ketika membina database tadi untuk masuk melalui PHPMyAdmin. Ya, ini agak berbeza dengan CPanel di mana anda login ke PHPMyAdmin secara otomatik.

CyberPanel phpMyAdmin Empty Database

Setelah berjaya login, anda akan dapat akses kepada database yang ibina untuk user berkenaan. Dalam gambar, database masih lagi kosong.

Untuk mengakses database yang dibina oleh CyberPanel untuk aplikasi seperti WordPress, anda perlu menggunakan username dan password terkandung dalam wp-config.php (boleh akses guna File Manager).

Pengurusan Aplikasi Dalam Website

Baiklah, tiba masa untuk anda memasang aplikasi ke dalam website anda. Buat masa ini, CyberPanel menyediakan “One Click Installer” untuk 4 aplikasi – WordPress, Joomla, Git dan Prestashop.

CyberPanel Pemasangan Aplikasi

Dalam artikel ini, den akan hanya tunjukkan pemasangan WordPress sahaja. Tekan ikon WordPress.

CyberPanel Website Manager - WordPress Installer

Isikan butiran yang diperlukan dan tekan butang “Install Now”.

Sekiranya tiada masalah ketika pemasangan, apabila proses pemasangan selesai, anda dah boleh melayari website WordPress baru anda.

CyberPanel Website Management - WordPress Installed

Website anda kini telah sedia untuk dibina mengikut kepakaran anda menggunakan WordPress.

Setiap website WordPress yang anda aktifkan dengan CyberPanel akan diaktifkan dengan LiteSpeed Cache plugin.

Penggunaan LiteSpeed Cache plugin di dalam CyberPanel adalah terbaik kerana kini Website WordPress anda berhubung secara terus dengan modul LiteSpeed Cache yang disediakan oleh OpenLiteSpeed.

CyberPanel + VPS Percuma Untuk 1 Tahun

Terima Kasih dan Tahniah den ucapkan kepada anda kerana masih kekal bersama den hingga ke penghujung artikel yang mega panjang ini. Den dah pun tunjukkan cara nak pasang CyberPanel dan uruskan website di dalamnya. Den harap anda semua tiada masalah untuk menghadamkan apa yang den kongsikan di sini.

Antara perkara menarik minat ramai orang untuk menggunakan CyberPanel ialah harganya. Ianya PERCUMA. Ya, anda tidak perlu mengeluarkan apa apa kos untuk menggunakan CyberPanel bersama OpenLiteSpeed.

Webserver dah FREE. Hosting Control Panel Pun dah FREE. Tahukah anda yang sekarang, anda boleh dapatkan juga server FREE untuk satu tahun.

Daftarlah sekarang ke Portal Microsoft Azure. Anda akan diberikan kredit sebanyak RM850 untuk dihabiskan dalam masa 30 hari. So, daftarlah di https://portal.azure.com

Selepas mendaftar (kad kredit/kad debit diperlukan. Den guna CIMB KWIK) anda boleh mula bina server anda sendiri. Ikuti video tutorial yang den sediakan untuk bina server di Portal Azure.

BACA JUGA  Panduan VPS & VestaCP
CyberPanel – Hosting Control Panel FREE Untuk VPS Anda was last modified: 2019-07-22T08:48:20+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<