Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Ramai orang nak berniaga. Lebih lebih lagi kalau model perniagaan itu tidak memerlukan modal yang besar. As a matter of fact, kalau boleh semua nak berniaga tanpa keluar modal. Betul tak? Salah satu model perniagaan yang memenuhi ciri ciri tidak perlukan modal untuk mula adalah bisnes model Dropshipping. So, dalam artikel ini den nak review satu produk panduan dropship dari tuan Aqif Azizan – Dropship Lab.

Advertisement


Apa Itu Dropship Lab?

Dropship Lab adalah produk berupa video tutorial tentang cara nak mulakan perniagaan dropship menggunakan AliExpress + Facebook Page + Facebook Ads.

Semasa den buat review ini, produk ini menyediakan 6 video panduan. Setiap video panjangnya 4 – 7 minit, kecuali video ke 5 yang agak panjang sedikit (hampir 15 minit).

DropshipLab Videos

Secara amnya, video video di dalam panduan ini mempunyai isi kandungan yang ringkas dan padat.

Setiap langkah yang perlu anda lakukan untuk menjayakan perniagaan dropship anda ditunjukkan dengan jelas, satu persatu.

Ke enam enam video yang diberikan merangkumi topik topik berikut:

  1. Cara mendapatkan produk yang sesuai untuk dijual di Facebook. Di dalam video ini anda ditunjukkan bagaimana tuan Aqif memilih produk terbaik untuk di jual dalam Facebook. Apakah ciri ciri yang perlu ada pada produk pilihan anda.
  2. Cara membuat tempahan kepada vendor produk untuk dihantar kepada pelanggan anda. Video ini penting untuk memastikan pelanggan anda tidak disailang oleh vendor produk dropship anda itu sendiri.
  3. Cara menerima bayaran dengan pantas dan mudah di dalam Facebook. Di dalam video ini, anda ditunjukkan platform terbaik yang boleh anda gunakan untuk menerima bayaran dari pelanggan antarabangsa di dalam Facebook. Video ini juga penting kerana ia sangat sangat memudahkan kerja kerja menerima bayaran.
  4. Cara membina Facebook Page untuk menjual produk pilihan anda. Bagi yang belum pernah membina Facebook Pages, video ini mudah diikuti. Kalau dah biasa buat, jadikan refresher.
  5. Cara membina Facebook Ads untuk mempromosikan produk dropship pilihan anda. Di dalam video ini anda ditunjukkan langkah langkah ringkas dan cepat untuk membina Facebook Ads. Di samping itu, anda juga akan belajar cara melayan pengguna facebook yang menunjukkan minat terhadap produk anda.
  6. Cara nak “Close Sale” menggunakan Facebook Messenger. Di dalam video ini anda diberikan cara cara untuk menghasilkan jualan dengan berinteraksi dengan bakal pelanggan melalui Facebook Messenger.

Apa Yang Patut Tuan Aqif Perbaiki Dalam DropShip Lab?

Satu perkara yang den kurang berpuas hati adalah kualiti audio dalam video video DropShip Lab. Den rasa macam audionya tak keluar 100%. Kedengaran macam tuan Aqif rakam video gunakan microphone dari notebook.

Walau demikian, audio dia taklah sampai tak dengar langsung. Cuma kurang clarity jer.

Satu lagi kekurangan yang mungkin boleh tuan Aqif perbaiki adalah tiadanya teks teks ayat yang digunakan dalam video. Sekiranya beliau boleh sertakan teks teks yang digunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan, produk ini akan menjadi lebih bernilai lagi.

Sekiranya boleh disediakan teks teks contoh, maka pembeli yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris turut boleh menggunakan teks tersebut sebagai template untuk mereka berinteraksi dengan bakal pelanggan nanti.

Siapa Patut Beli Dropship Lab?

Pada den, Dropship Lab ini sesuai untuk peniaga semua peringkat.

Bagi Newbies, tengok, fahamkan, hadamkan dan lakukan seperti yang ditunjukkan dalam setiap video. InsyaAllah anda akan berjaya membuat jualan. Cuma perlu sedia untuk keluarkan sedikit modal untuk buat FB Ads la.

Bagi peniaga yang ada sedikit pengalaman berniaga di Facebook, den rasa ada beberapa ilmu dropship AliExpress dan Facebook Ads yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

Bagi otai otai pula, panduan ini boleh dijadikan sebagai refresher dan mungkin juga lubuk dan teknik baru untuk dicuba. Mungkin terbaik untuk otai otai yang nak venture guna AliExpress. Den rasa part part lain – facebook pages dan facebook ads, tentu otai otai dah pakar dah kan.. nama pun otai.. 😀

Tuan Aqif turut membayangkan yang beliau akan memberikan video video tambahan secara bulanan kepada pembeli DropshipLab.

Ini sudah bagus! Terbaiklah tuan Aqif.

Apakah ini turut bermakna yang harga produk ini akan meningkat lagi nanti? Pada den, sekiranya benar akan ada video video tambahan secara berkala, harga yang ditawarkan sekarang ini memanglah sangat sangat berbaloi.

Oklah.. bagi yang nak mula dropshipping.. memang den rekomen anda dapatkan produk ini.. lepas tengok video seround dua, terus buat.

Den pun nak hadamkan seround lagi video video nih.. and nak buat terus. Kalau ada masa nanti, den update kat dalam blog nih (artikel lain la kot) resultnya. InsyaAllah.. 😀

Macam Mana Nak Dapatkan Dropship Lab?

Dropship Lab ini kini dijual pada harga USD29.99. Ianya boleh anda dapatkan melalui link yang den sediakan DI SINI. Anda juga boleh dapatkan produk ini melalui butang yang den sediakan di bawah ini.

Dapatkan Dropship Lab Sekarang

Bonus Dari HadeeRoslan.my Untuk Pembeli Dropship Lab

Khas buat anda yang membeli Dropship Lab ini dari link den di SINI (atau butang di atas), den nak berikan sedikit Bonus.

 

Dropshipping 101

Discover How To Build A Six Figure Online Physical Products Business Without Spending a Dime On Inventory Or Ever Shipping Anything Yourself…

WP FB Link Post Plugin

WP FB Link Post Plugin. Membolehkan anda membuat Image Post yang boleh membawa pelawat Facebook ke website pilihan anda dengan satu klik.

WP FB Link Post 250x250
Dropship Lab Dari Aqif Azizan Review Seorang Pengguna was last modified: 2017-07-07T01:37:36+00:00 by Hadee Roslan
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<