RunAWebinar Review

Mac 21, 2016 | Review | 1 Komen

Ini adalah post Review produk RunAWebinar. RunAWebinar, seperti namanya adalah produk yang membolehkan anda mengadakan seminar secara online – “Webinar”. Sejak kebelakangan ini banyak produk webinar yang berasaskan Google Hangouts telah dibina. Antara yang terkenal adalah WebinarJam dan RunClick.

RunAWebinar adalah produk webinar yang tidak berasaskan Google Hangouts. Sebaliknya, ia adalah produk yang berasaskan BigBlueButton. Tak pernah dengar tentang BigBlueButton? Sama lah kita.

Kalau tak disebabkan oleh beberapa “error message” yang keluar, den pun tak tahu tentang BigBlueButton. Tapi, masa den test RunAWebinar, ada keluar beberapa mesej tentang WebRTC. Bila den Google “error message”, banyak keluar rujukan ke BigBlueButton. Bila den test demo BigBlueButton, memang sebiji dengan RunAWebinar. Version mungkin lain sikit la. Macam ada button button yang berbeza.

Apapun, jom kita berbalik kepada tujuan asal post ini iaitu Review RunAWebinar.

RunAWebinar Mudah Digunakan

Salah satu sebab kenapa den suka RunAWebinar ialah, ianya agak mudah untuk digunakan. Nak jadualkan satu webinar? Senang..

  1. Klik jer butang “Create A New Webinar”.
  2. Bagi nama dan pilih nak rakam webinar atau tidak.
  3. Pilih Template untuk “Registration Page”
  4. Customize Registration Page
  5. Setkan tarikh dan masa Webinar
  6. Setkan reminder email untuk mereka yang sudah mendaftar

Set.. Dalam masa kurang dari 10 minit, webinar dah sedia untuk di promosikan. Anda cuma perlu kongsikan URL “Registration Page” anda kepada target market.

Perkara pertama yang bakal peserta webinar anda akan nampak ialah “Registration Page” anda. RunAWebinar menyediakan 5 template untuk anda pilih sebagai laman pendaftaran.

Okla. Terus terang den cakap, “Registration Page” dalam WebinarJam lebih menarik kot. Namun demikian, apa yang disediakan dalam RunAWebinar taklah buruk. Cuma mungkin kurang “Flashy” la. Whatever that means. Hahaha..

Nak tengok salah satu template yang ada sekarang?

RunAWebinar Template

Tak nak guna templates yang sedia ada? No worries. Depa ada sediakan embed code yang boleh anda letakkan dalam “Registration Page” yang anda design sendiri.

Interface Webinar RunAWebinar

RunAWebinar mempunyai “Interface” yang mesra pengguna. Secara amnya, setiap peserta webinar akan melihat skrin seperti berikut:

RunAWebinar Attendee

Browser terbaik untuk peserta menyertai webinar adalah Google Chrome. Namun, secara amnya, peserta boleh menggunakan apa sahaja desktop browser moden asalkan ianya boleh melancarkan aplikasi Flash.

Bagi presenter pula, browser yang perlu digunakan adalah Firefox 32bit. Ya. Pastikan Firefox anda versi 32bit. Chrome dan Firefox 64bit tidak boleh digunakan kerana kedua duanya tidak lagi mempunyai sokongan terhadap applikasi berasaskan Java Plugin. Tiada lagi cara untuk “enable” atau “whitelist” Java Plugin.

Den menghabiskan beberapa jam juga menggodek perkara ini kerana dalam komputer den cuma ada Chrome dan Firefox 64bit sahaja. Akhirnya, selepas penat menggodek, den pun install la Firefox 32bit. Nasib baik Firefox memang membenarkan anda install kedua dua versi browser dalam satu komputer.

Cuma tak boleh run kedua duanya serentak la.

Bina Mailing List Dengan RunAWebinar

Antara tujuan utama seorang Marketer melakukan webinar adalah untuk membina “Targeted Mailing List”. Sekiranya seorang itu sanggup meluangkan masa untuk menghadiri webinar anda, tentunya dia sangat berminat dengan topik webinar tersebut. Maka list yang terbina dari webinar itu adalah sangat sangat “Targeted”.

BACA JUGA  Dropship Lab Dari Aqif Azizan Review Seorang Pengguna

Masa adalah satu komoditi yang sangat berharga. Maka pastikan juga webinar anda itu berbaloi untuk mereka yang menghadirinya.

RunAWebinar boleh diintegrasikan dengan pelbagai sistem Autoresponder seperti Aweber, GetResponse, dan beberapa autoresponder lain.

RunAWebinar Autoresponder

Semasa den menggunakan sistem ini, fungsi Autoresponder ini hanya diberikan kepada pengguna level Pro sahaja. Namun ada ura ura yang mengatakan fungsi ini akan turut diberikan kepada pengguna level “Standard” juga.

Namun, sekiranya fungsi ini tiada, RunAWebinar tetap ada menyimpan maklumat (nama dan email) mereka yang telah mendaftar. Anda boleh download maklumat ini dalam bentuk CSV. Importlah ke dalam autoresponder yang anda gunakan.

Patutkah Anda Menggunakan RunAWebinar?

Sekiranya anda masih belum mempunyai sistem webinar untuk digunakan, RunAWebinar adalah satu belian yang bagus. Lebih lebih lagi kerana harganya yang mampu milik.

Sekiranya sekarang ini anda menggunakan sistem webinar yang berasaskan Google Hangout dan tidak suka dengan lag (30 saat) yang terdapat pada Google Hangout. RunAWebinar tidak menggunakan Google Hangout. Walaupun ia tetap ada lag, tapi cuma untuk lebih kurang 1 – 2 saat sahaja (tak sampai pun).

Apa Kekurangan RunAWebinar?

Tentunya RunAWebinar ada kelemahan dan kekurangan. Tiada apa yang “Perfect”. Benda ciptaan manusia.

Kalau anda tak suka flash dan tak suka Chrome. “Tough Luck”. Sistem ini menggunakan Flash dan juga Java Applet (untuk presenter dalam fungsi “Share Desktop View”). Tanpa Java Applet, fungsi “Desktop Share” tidak dapat digunakan, So, kalau anda tak guna Desktop Share, tak perlu Java Applet.

Fungsi Java Applet tidak lagi disokong oleh kebanyakan browser baru. Hanya FireFox 32bit yang masih mempunyai sokongan untuk Java Applet.

Penggunaan Flash juga bermakna, sistem ini tidak boleh digunakan dalam mobile. Itu pandangan den pada mulanya. Tapi, bila den cuba akses dengan mobile den, rupanya ada versi HTML5 untuk platform tanpa Flash.

Cumanya.. versi HTML5 yang den nampak dalam mobile den, kurang memberangsangkan. Mungkin ianya masih dalam fasa penambahbaikan. Atau mungkin den tak cuba betul betul. Hahaha..

Webinar on mobile? Tak berapa kena kot.. Sekiranya mobile itu penting untuk anda, Beritahu den. Nanti den buat proper evaluation sistem ini dalam mobile.

Macam Mana Nak Dapatkan RunAWebinar?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan RunAWebinar. Mudah sahaja. Kilk SINI atau Klik pada butang di bawah ini.

4 Thumbs Up Dapatkan Akses

RunAWebinar Review was last modified: 2016-03-21T00:05:25+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan