3 Cara Buat Website Perniagaan Anda

Dis 29, 2015 | Pemasaran Online | 2 Komen

Tahun berganti tahun. Rasanya tak perlu lagi lah den tekankan kepentingan untuk buat website perniagaan. Wawasan 2020 dah lama berlalu. Malaysia kan sepatutnya dah jadi negara maju pada tahun 2020. So bisnes bisnes pun dah maju juga la kan.

InsyaAllah..

Pada tahun 2013, hanya lebih kurang 30% dari keseluruhan 1 juta SMEs telah mempunyai website perniagaan. Maka, untuk menggalakkan peniaga peniaga membina website, kerajaan telah mewujudkan program “Get Malaysian Business Online” (GMBO). Para peniaga disponsor untuk buat website.

Macam mana sambutan program tersebut? Tak tahulah den.

Apa agaknya yang jadi pada kesemua website yang disponsor itu? Ada lagi ke sekarang? Berapa % pulak yang ada website sekarang?

Since GMBO dah takda dah sekarang, apa option yang para usahawan sekarang ada untuk buat website?

Upah web designer untuk membina website perniagaan

Cari web design agency atau freelance web designers (macam den la) untuk binakan website. Bayar, provide info, tunggu website siap. Ini adalah jalan paling mudah.

Anda tak perlu pening kepala perah otak nak design. Bagi je arahan nak website macam mana. InsyaAllah, siap la website seperti yang diinginkan.

Tapi, ia bukan jalan paling murah. Nak upah orang buat website bukan murah. Paling murah pun dalam RM300+. Ok, mungkin ada yang offer lagi murah dari itu (biar betul) .. cuma, kalau tak kenal, hati hati..

RM500 – RM1900 tu kira harga biasa untuk bina website bisnes. Itu pun bergantung kepada fungsi yang anda inginkan dalam website tersebut. Jangan terkejut, ada website boleh cecah harga puluhan ribu ringgit. Tentunya, kalau dah harga seperti itu, ia bukan sekadar website biasa. Adalah sistem tertentu yang dibina sekali di dalam website tersebut.

Sekiranya anda merasakan yang anda kurang kemahiran untuk membina website sendiri dan tidak ingin pening pening kepala buat design. Gunakan khidmat web designer.

Buat website perniagaan sendiri dengan aplikasi “Web Builder”

Ada banyak aplikasi/sistem “Web Builder” yang boleh digunakan sekarang. Antaranya ialah Wix, SimpleSite dan SquareSpace. Kebanyakannya memang menyediakan sistem yang mudah untuk membina website.

Wix Web Builder

Malah, ada yang boleh membina website perniagaan anda dengan percuma. Saya tidak menggalakkan anda menggunakan platform ini secara percuma. Pakej percuma akan meletakkan iklan iklan platform tersebut ke dalam website anda. Disamping itu, pakej percuma juga tidak memberikan anda domain anda sendiri. Anda akan menggunakan subdomain seperti namabisnesanda.wix.com dan namabisnesanda.simplesite.com.

Perniagaan anda. Branding anda. Maka gunakanlah pakej yang membenarkan anda menggunakan domain anda sendiri dan bukan branding platform.

Apa faedah menggunakan platform Web Builder seperti “Wix” ini? Learning curve yang rendah. Kebanyakan platform “Web Builder” ini mempunyai antara muka yang mudah untuk digunakan. Mereka juga mempunyai tutorial dalam bentuk pdf dan video yang memudahkan pembelajaran.

Dengan platform Wix berbayar, anda boleh menggunakan Domain anda sendiri.

Ikut sahaja apa yang ditunjukkan dalam video dan anda bakal mempunyai website perniagaan anda.

Platform platform itu turut menyediakan pelbagai template yang boleh anda gunakan sebagai panduan membina website anda. Pilih template, ubah kandungan mengikut kesesuaian perniagaan anda. Siap.

Bagi yang ingin membina website kedai online pula, sistem kedai online seperti Kiah Store, OrderSini dan Shopee mungkin lebih sesuai untuk anda.

Nak sistem Kedai Online yang mudah untuk dikendalikan? Gunakan Kiah Store. Berikut adalah contoh kedai yang anda boleh dapatkan dari Kiah Store.

Contoh Kedai Online Kiah Store

Jika anda baru sahaja menceburkan diri ke alam perniagaan dan masih hanya menggunakan WhatsApp sebagai perantara dengan pelanggan, maka Kiah Store sangat sesuai untuk anda gunakan. Kiah Store ada menyediakan borang mudah untuk anda berikan kepada pelanggan di WhatsApp. Cubalah gunakan Kiah Store sekarang.

Pilihan Kedai Online kedua yang boleh anda gunakan adalah OrderSini. Dengan OrderSini, anda boleh mendapatkan satu sistem kedai online yang lengkap dan website anda akan kelihatan seperti gambar berikut:

Buat Website Kedai Online dengan OrderSini

OrderSini ada menyediakan panduan video (Tutorial OrderSini) untuk anda sekiranya anda berminat nak buat website perniagaan anda menggunakan OrderSini.

BACA JUGA  Jenis Website Serta Webpage dan Kegunaannya

Website perniagaan yang anda bina dengan Shopee pula akan kelihatan seperti berikut:

Kedai Online Shopee

Dapatkan panduan lengkap untuk membina kedai online Shopee di SINI.

Bina Website Perniagaan Online Anda Dengan WordPress

Pilihan ketiga untuk anda adalah dengan membina website perniagaan Internet anda dengan WordPress. Langkah ini mungkin agak rumit dan memerlukan “Learning Curve” yang lebih tinggi. Namun, ianya adalah langkah yang memberikan anda kuasa sepenuhnya ke atas aset digital anda.

Untuk membina website dengan WordPress, anda perlukan:

  • Nama Domain
  • Web Hosting
  • Install WordPress

Nama Domain boleh anda daftarkan melalui website website pendaftar domain seperti GoDaddy, NameCheap dan MyDomain. Sekiranya anda ingin mendaftarkan nama domain berupa .com.my atau .my, anda boleh daftarkan melalui pendaftar domain .my seperti Exabytes dan NetKL

Mencari Panduan Menggunakan WordPress

Saya kongsikan sedikit tip untuk mendaftar domain .com pada harga murah untuk tahun pertama. Gunakan Google untuk mencari “GoDaddy coupons” dan anda boleh dapatkan pelbagai kupon untuk mendaftar domain di GoDaddy pada harga yang sangat murah. Ingat, ianya untuk tahun pertama sahaja. Tahun tahun berikutnya, cuba cari “GoDaddy Renewal Coupon” pula.

Kos domain? Bergantung kepada jenis domain dan dari mana anda beli, harga domain .com/.net/.org adalah sekitar RM50 – RM80 setahun. Untuk .com.my pula sekitar RM80 – RM100 setahun. Manakala untuk .my sekitar RM90 – RM120 setahun.

Web Hosting adalah tempat anda meletakkan dokumen dan fail untuk website anda. Ada pelbagai jenis web hosting yang boleh anda pilih, antaranya:

  • Shared Hosting – anda berkongsi “web server” dengan pemilik website lain.
  • Dedicated Hosting – “web server” itu anda yang punya untuk website website anda
  • Virtual Private Server – server itu anda yang punya (virtual server) untuk website website anda
  • Reseller Hosting – Anda mempunyai Shared Hosting anda sendiri untuk website website anda dan pelanggan anda
  • Colocation Hosting – Server itu anda yang punya (server fizikal), anda sewa ruang di dalam data center.

Setelah ada nama domain dan webhosting, anda perlu mengubah setting DNS supaya nama domain anda merujuk kepada web hosting anda tadi.

Tip – kalau nak mudah (tak perlu nak setting DNS), anda boleh daftarkan domain ketika membeli web hosting. Dengan cara ini, domain dan webhosting anda menggunakan penyedia yang sama. Mudah, tapi saya lebih menggalakkan agar anda menggunakan penyedia domain dan webhosting yang berbeza. Mudah untuk anda melakukan pemindahan webhosting sekiranya perlu.

Kos Web Hosting juga bergantung kepada jenis hosting dan di mana anda beli. Secara amnya:

  • Shared Hosting: RM300 – RM600 setahun
  • Dedicated Hosting: RM3000 – RM8000 setahun
  • Virtual Private Server: RM1500 – RM5000 setahun
  • Reseller Hosting: RM1000 – RM5000 setahun
  • Colocation Hosting: RM8000 – RM30000 setahun

Sebagai permulaan, dapatkan pakej Shared Hosting dahulu. Sekiranya perlu, di masa hadapan boleh lah upgrade kepada pakej yang lebih tinggi seperti WordPress Hosting.

Domain dah ada, web hosting pun dah ada. Sekarang anda hanya perlu “install” WordPress ke dalam web hosting anda. Berita baik untuk anda, kebanyakan web hosting yang berasaskan CPanel, ada menyediakan module module seperti Softaculuos, Fantastico dan SimpleScripts.

Module installers ini memudahkan anda untuk install WordPress ke dalam web hosting anda. Anda tidak perlu tahu mengenai database. Anda tidak perlu download dan upload WordPress ke dalam web hosting anda. Anda cuma perlu klik pada Module yang tersedia dan pilih untuk install WordPress. Isikan beberapa butiran ringkas seperti nama website, nama admin dan password dan script tersebut akan install WordPress untuk anda.

Dengan WordPress, anda bebas untuk memilih themes dan plugins untuk kegunaan website anda.

Themes menentukan rekabentuk website anda. WordPress menyediakan ribuan themes percuma untuk anda. Sekiranya perlu, ada juga pelbagai penyedia themes berbayar yang anda boleh pilih. Percuma, murah dan mahal, anda pilih sendiri. Pilihan saya, Divi dari ElegantThemes.

BACA JUGA  Iklan Online Atau Iklan Offline

Plugins pula menambah fungsi untuk website anda. Perlu fungsi kedai online untuk menjual produk fizikal? Woocommerce pilihan saya. Ingin menjual produk digital? WP eStore pilihan saya. Perlukan sistem affiliate untuk perniagaan anda? WP Affiliate Platform ada.

Pilihan Di Tangan Anda

So, ada 3 Cara Untuk Anda Membina Website Perniagaan Anda. Saya ringkaskan sekali lagi pilihan yang ada:

  • Upah Web Designer.
    Sekiranya anda tiada masa untuk belajar membina dan mengendalikan website anda sendiri. Ini pilihan terbaik untuk anda. Ada ramai yang menyediakan khidmat membina website. Anda cuma perlu memilih yang terbaik untuk budget yang anda ada.
    Cuba tanya rakan rakan anda sendiri, bagaimana mereka membina website perniagaan mereka. Mungkin juga ada rakan anda yang menyediakan khidmat berkenaan. Sekiranya ada, bolehlah gunakan khidmat mereka.
  • Gunakan sistem “Web Builder” seperti Wix, SimpleSite dan SquareSpace.
    Sekiranya anda ingin membina sendiri website tanpa perlu belajar secara teknikal tentang platform yang digunakan. Inilah pilihan untuk anda. Anda kuasai platform pembinaan tersebut dan bina rekabentuk website anda berpandukan “template” yang disediakan.
    Anda cuma perlu tahu menggunakan platform tersebut. Tidak perlu fikir tentang perkara perkara teknikal berkaitan dengan webhosting dan updates.
  • Gunakan Webhosting dan WordPress.
    Sekiranya anda jenis yang suka belajar bina website perniagaan anda sendiri, kaedah ini memberikan anda kuasa penuh dalam membina dan mengendalikan website perniagaan anda. Banyak yang perlu dipelajari dan dikuasai. Kaedah ini mungkin nampak susah, namun ada pelbagai tutorial online dan kursus berupa hands-on workshop (den sendiri anjurkan) yang dapat membantu anda.

Berapakah kos untuk membina website dengan kaedah kaedah yang saya nyatakan?

Kos Upah Web Designer: RM1500 – RM5000 setahun.
Kos Sistem “Web Builder”: RM300 – RM1500 setahun.
Kos Bina Sendiri  Web Hosting + WordPress: RM800 – RM3000 setahun.

  • Domain (.com): RM50 setahun
  • Web Hosting (Shared Hosting) : RM200 setahun
  • WordPress: Percuma
  • Themes: RM0 – RM400 setahun (themes berbayar – keahlian)
  • Plugins: RM0 – RM2000 setahun (plugins berbayar – keahlian)

Tidak kira kaedah mana yang anda pilih, setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Yang penting, anda pilih ikut kemampuan anda.

Ramai peniaga yang terlalu berkira kira untuk mengeluarkan modal membina website. Izinkan saya memberi pandangan saya akan fungsi sesebuah website untuk perniagaan anda.

Website anda adalah asset perniagaan anda. Berikut adalah beberapa fungsi website anda:

  • Ianya berfungsi seperti staff anda yang bekerja 24 jam sehari, 365 hari setahun, tanpa cuti rehat dan cuti sakit.
  • Ianya mempromosikan perniagaan anda.
  • Ianya menjawab soalan soalan lazim berkenaan perniagaan/produk anda.
  • Ianya menerima tempahan untuk anda.
  • Ianya menerima bayaran melalui kad kredit untuk anda.
  • Ianya menghantarkan produk produk digital yang dibeli kepada pelanggan anda.
  • Ia juga menyediakan laporan laporan berkenaan jualan produk anda.

Oleh itu, sekiranya anda membelanjakan sehingga RM5000 setahun pun untuk website anda, ianya tetap berbaloi. Anda tidak mungkin dapat mencari seorang pekerja yang sanggup dibayar gaji RM5000 setahun untuk melakukan segala yang dibuat oleh website anda.

Mungkin anda perlu menggajikan 2 – 3 orang untuk melakukan kerja kerja untuk bina website perniagaan anda? Setiap pekerja tersebut anda perlu gajikan RM900 – RM2500 sebulan. Cuti sakit dan cuti tahunan. Perlu bayar KWSP, SOCSO, insurans, dan pelbagai kos lain lagi.

Setiap perniagaan di dalam era Internet kini perlukan sebuah website untuk bersaing dengan peniaga peniaga lain. Sudahkah anda membina website untuk perniagaan anda? Jika belum, sudahkah anda sediakan bajet untuk membina website perniagaan anda?

Anda nak buat Kedai Online? Den rekomen anda rujuk Panduan eCommerce ini.

Ada apa apa persoalan yang ingin anda kemukakan kepada saya tentang pembinaan website perniagaan anda? Gunakan ruangan komen untuk bertanya ya.

3 Cara Buat Website Perniagaan Anda was last modified: 2015-12-29T21:13:00+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan