+601165755151 [email protected]

[Tip Pantas] Ini Cara Nak Masuk Muka Pertama Google Search

Ogo 20, 2020 | Google

Ramai pemilik website nak duduk dalam muka pertama Google Search. Mungkin bukan ramai kot.. tapi semua.. 😀 😀 😀

Masalahnya.. kebanyakan website perniagaan itu tidak ada kandungan yang Google boleh letakkan dalam muka pertama. Ramai yang bina website untuk berniaga tapi bila dah siap, website tersebut akan dibiarkan tanpa kandungan tambahan.

Kebanyakan halaman website yang dibina, tidak berapa sesuai untuk Google paparkan di dalam muka pertama. Google hanya akan letakkan halaman yang mempunyai kandungan terbaik untuk katakunci yang dicari.

So.. katakan anda nak duduk dalam muka pertama Google Search untuk kata carian “Minyak Zaitun”..

Apakah ada halaman dalam website anda yang mempunyai kandungan terbaik tentang “Minyak Zaitun”?

Halaman terbaik tentang “Minyak Zaitun” tuh macam mana?

Secara amnya, halaman tersebut mestilah memenuhi segala persoalan yang pencari perlukan tentang minyak zaitun.

Dari Mana datangnya minyak zaitun?
Apa jenis minyak zaitun?
Apa khasiat minyak zaitun?
Apa kegunaan minyak zaitun?
Apa keburukan minyak zaitun?
Macam mana nak ambil minyak zaitun?
Siapa patut ambil minyak zaitun?
Siapa tak boleh ambil minyak zaitun?
Apa jenama minyak zaitun yang terbaik?
Mana nak beli minyak zaitun?

Berapa banyak halaman kandungan yang perlu ada dalam website untuk masuk page pertama Google Search?

Seberapa banyak yang diperlukan.

Ianya bergantung kepada niche dan kata carian yang menjadi sasaran.

Pada den, paling tidak pun.. buatlah 3 – 5 halaman kandungan berkaitan topik yang anda sasarkan. Jadikan salah satu dari halaman tersebut sebagai halaman utama untuk topik tersebut.

Contoh tajuk untuk halaman kandungan utama.
“Kenapa minyak zaitun baik untuk kesihatan pesakit …”

So, dalam halaman ini anda tuliskan maklumat tentang minyak zaitun.. selengkap lengkapnya maklumat yang boleh anda kumpulkan.

Kemudian, buatkan 3 halaman sokongan dengan tajuk seperti..
“10 kebaikan minyak zaitun yang perlu anda tahu”
“10 orang yang perlu mengambil minyak zaitun”
“10 resepi masakan sihat menggunakan minyak zaitun”

Pastikan dalam setiap halaman sokongan itu ada internal link ke halaman utama tadi.

Tengok Google Search selepas 3 minggu. Kalau masih belum masuk muka pertama Google, tambah satu dua kandungan lagi.

Cubalah.. tempoh untuk masuk ke muka pertama itu mungkin berbeza bagi setiap website.

Tak ada masa nak buat kandungan?

Ada ramai yang menyediakan servis penulisan kandungan.

Den pun ada sediakan servis penyediaan kandungan beserta kajian kata carian. Den akan buatkan Keyword Research dan buatkan kandungan berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Keyword Research, kalau tak buat.. nanti anda akan membuat kandungan yang tidak dicari orang. Penat jer menulis tapi takde orang mencari..

😀 😀 😀

[Tip Pantas] Ini Cara Nak Masuk Muka Pertama Google Search was last modified: 2020-08-20T18:03:42+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan