+601165755151 [email protected]

Tetapan PHP Untuk WordPress Dalam CPanel

Jan 26, 2020 | WordPress

Sebelum anda install WordPress dalam akaun Webhosting, penting untuk anda semak tetapan PHP dalam webhosting. Pastikan tetapan PHP dalam akaun tersebut adalah sesuai untuk WordPress. Kalau tak buat, anda bakal menghadapi pelbagai masalah dengan WordPress anda.

Antara masalah yang bakal anda hadapi adalah:

  1. Tak boleh upload Theme sebab saiz theme terlalu besar
  2. Tak boleh nak guna Page Builder sebab tetapan memory terlalu kecil
  3. Tak boleh upload gambar sebab tetapan max_execution_time terlalu pendek
  4. Tak boleh akses WordPress sebab extension MySQL tidak di pasang

Di dalam CPanel, ada dua “widget” yang boleh digunakan untuk membuat tetapan PHP. Ada hosting guna “Select PHP Version“. Ada hosting guna “MultiPHP Manager & Multi PHP INI Editor“.

Tetapan PHP Dengan “Select PHP Version”

Cpanel anda menggunakan “Select PHP Version” sekiranya anda melihat paparan seperti berikut dalam CPanel anda.

Klik pada “Select PHP Version” untuk membuat tetapan PHP bagi WordPress dalam Webhosting anda.

Select PHP Version” membolehkan anda membuat 3 jenis tetapan:

  1. Versi PHP
  2. PHP Extensions
  3. PHP Options

CPanel Select PHP Version

Current PHP version” menunjukkan versi PHP yang sedang digunakan didalam webhosting anda. Ketika artikel ini ditulis, versi PHP 7.4 baru sahaja dikeluarkan. Oleh itu den masih lagi menggunakan PHP 7.3 untuk website den. 

Untuk ruangan PHP extensions, pastikan anda pilih sama ada mysqli dan mysqlnd atau mysqlnd dan nd_mysqli.

Lain lain extension, boleh rujuk kepada  senarai yang diletakkan dalam dokumen WordPress Server Environment ini.

Selepas buat tetapan Versi PHP dan Extension, bolehlah anda tekan butang “Switch to PHP options” pula.

Select PHP Version - Options

Dalam halaman “PHP Options” ini anda boleh tetapkan nilai yang diperlukan untuk kegunaan website WordPress anda:

  • max_execution_time – 180
  • max_input_time –  180
  • memory_limit – 256M
  • post_max_size – 128M
  • upload_max_filesize – 64M

Info lanjut mengenai tetapan ini boleh anda dapatkan di dalam “PHP Manual” di SINI

Nilai yang digunakan ini ditentukan oleh “theme” dan “plugin” yang dipasang di dalam website anda. Contohnya, jika anda menggunakan Divi (den guna Divi), anda boleh dapatkan nilai tetapan di dalam ruangan “Divi Support Center”.

Divi Support Center

Anda tak guna Divi? Tidak jadi masalah. Boleh gunakan juga tetapan yang den berikan di sini.

Tetapan PHP Dengan “Multi PHP Manager” & “Multi PHP INI Editor”

Sekiranya CPanel anda menggunakan “Multi PHP Manager” & “Multi PHP INI Editor”, anda akan melihat paparan seperti berikut dalam CPanel:

CPanel MultiPHP Manager & INI Editor

MultiPHP Manager membolehkan anda membuat tetapan PHP untuk setiap domain yang terkandung di dalam CPanel anda. Apabila anda klik pada MultiPHP Manager, anda akan menerima paparan seperti berikut:

CPanel MultiPHP Manager PHP VersionAnda boleh pilih untuk gunakan PHP versi berlainan untuk setiap domain mengikut keperluan.

Setelah memilih versi PHP yang ingin digunakan untuk setiap domain, anda boleh kembali semula ke halaman utama CPanel dan melancarkan pula MultiPHP INI Editor.

CPanel MultiPHP INI Editor

Masukkan nilai untuk tetapan PHP seperti yang den berikan sebelum ini. Jangan lupa untuk pilih domain yang ingin ditetapkan.

BACA JUGA  Browser Push Notifications Dengan WordPress

Cara Lain Nak Buat Tetapan PHP

Terdapat juga kes di mana webhosting tidak menyediakan fungsi PHP Version Selector dan MultiPHP Manager. Sekiranya anda melanggan webhosting seperti ini, ada beberapa cara lain yang boleh anda gunakan untuk membuat tetapan PHP bagi website anda.

Tetapan PHP dalam htaccess

Letakkan tetapan PHP di dalam htaccess seperti berikut:

php_value post_max_size 16M
php_value memory_limit 32M
php_value upload_max_filesize 16M
php_value max_execution_time 180
php_value max_input_time 180

Nota: Ada kemungkinan webhosting anda tidak membenarkan penetapan PHP dilakukan dalam htaccess, 

Tetapan PHP dalam php.ini

Selain htaccess, anda boleh juga meletakkan tetapan PHP anda di dalam file php.ini. Letakkan php.ini di dalam folder utama domain anda dengan kandungan seperti berikut:

max_execution_time = 180
max_input_time = 60
memory_limit = 256M
post_max_size = 128M
upload_max_filesize = 64M

Tetapan PHP menggunakan plugin

Ya. Jangan tak percaya, ada plugin untuk buat tetapan PHP dalam WordPress. Sekiranya anda jenis yang tak suka nak sentuh htaccess secara terus. Plugin yang den maksudkan adalah “Custom PHP Settings”

WP Custom PHP Settings Plugin

Plugin ini akan meletakkan tetapan yang anda masukkan di dalam htaccess atau user.ini, bergantung kepada jenis server yang webhosting anda gunakan.

Menguji Versi Php Yang Digunakan

Anda dah berjaya lakukan tetapan untuk menggunakan versi Php yang anda mahukan. Sekarang macam mana anda nak tahu sekiranya website anda menggunakan tetapan yang baru sahaja anda lakukan tadi?

Page PHPInfo

Caranya adalah dengan membina satu page yang menggunakan arahan PHPInfo. Mudah jer. Ikut jer apa yang den tunjukkan di sini. InsyaAllah.

CPanel File Manager Add New File

  1. Lancarkan File Manager dalam CPanel anda (Tiada dalam gambar)
  2. Pilih folder “public_html”
  3. Klik “+File”
  4. Masukkan nama file “infophp.php” – nak guna nama lain pun boleh.
  5. Klik butang “Create New File”

Sekarang anda dah ada fail bernama infophp.php dalam sistem. Fail ini masih tidak mengandungi apa apa di dalamnya. Jom kita masukkan satu baris kod ke dalam fail tersebut.

CPanel File Manager Edit File

  1. “Right Click” pada nama file baharu yang anda buat tadi (infophp.php)
  2. Klik pada pilihan “Edit”
  3. Klik butang “Edit” dalam popup yang dipaparkan.

Anda akan melihat paparan kandungan fail infophp.php anda. Sepatutnya tiada apa apa yang terkandung dalam fail tersebut. Jika ada, mungkin anda tersalah pilih fail la. 

CPanel File Manager Edit PHPInfo

Sekarang anda hanya perlu kopi pasta kod berikut ke dalam fail infophp.php itu:

<?php phpinfo(); ?>

Setelah itu, tekan butang “Save

Sekarang anda dah ada satu page yang menunjukkan anda maklumat tentang PHP yang digunakan. Anda boleh akses page ini melalui URL https://domainanda.com/infophp.php

PHPInfo

Nota Keselamatan: Page infophp.php ini seeloknya anda delete apabila tidak diperlukan. Page ini memberikan pelbagai maklumat berkenaan server anda. Ia mungkin boleh digunakan oleh geng jahat untuk mendapatkan maklumat server yang boleh digunakan untuk menyerang website anda.

WordPress Site Health

Cara yang lebih mudah, adalah dengan menggunakan page yang disediakan oleh WordPress sendiri. Masuk ke ruangan WP-Admin dan lihat di dalam ruangan Site Health.

WordPres Site Health Info

  1. Masuk ke WP-Admin
  2. Klik “Tools”
  3. Klik “Site Health”
  4. Klik “Info”
  5. Klik “Server”
BACA JUGA  Panduan WordPress Multisite - Satu WordPress Pelbagai Website dan Domain

Versi PHP yang digunakan akan dipaparkan dalam PHP Version.

Cara Mana Patut Anda Pilih?

Den sendiri biasanya hanya menggunakan cara “Select PHP Version” atau “MultiPHP Manager“. Benda dah disediakan dalam webhosting. Buat apa nak pening pening kepala guna cara lain. 😀 

Den cadangkan anda gunakan cara yang sama. Sekiranya webhosting tidak menyediakan fungsi Select PHP  Version atau MultiPHP Manager, den cadangkan anda hubungi webhosting dan minta pertolongan mereka untuk mengubah tetapan PHP ini untuk anda.

Sekiranya anda menggunakan hosting control panel selain dari Cpanel, tentunya ada tidak mempunyai “widget” seperti yang den ulas dalam artikel ini. Setiap Hosting Control Panel tentunya mempunyai cara tersendiri untuk membuat tetapan PHP ini. Sila rujuk kepada panduan hosting control panel anda tersebut secara mendalam.

Tetapan PHP Untuk WordPress Dalam CPanel was last modified: 2020-01-26T10:54:52+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan