Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Anda ada gunakan JVZoo, WarriorPlus dan ThriveCart untuk pasarkan produk digital anda? Jika ada, maknanya anda akan perlukan plugin yang den review dalam artikel ini. Ya, hari ini den nak review satu WordPress Plugin yang sangat berguna untuk semua pemilik produk digital. Hari ini den nak buat WP Download Express Review.

Kenapa Perlukan WP Download Express?

Setiap pemilik produk digital yang memasarkan produk menggunakan WordPress, menghadapi satu masalah utama. Masalahnya ialah bagaimana nak menghalang download page dari diakses oleh mereka yang bukan pembeli.

Ada 3 cara pelawat boleh mendapat akses kepada download page anda.

  1. Menggunakan Google Site Search. Fungsi ini akan memberikan pelawat setiap page yang di index oleh Google untuk website anda. Ini boleh dielakkan dengan menghalang Google dari menyimpan page download anda di dalam Search Index nya.
  2. Menggunakan fungsi search dalam WordPress. Fungsi search WordPress boleh digunakan untuk menyenaraikan setiap post dan pages yang terdapat di dalam sistem WordPress anda. Ini turut boleh dihalang dengan mengelakkan WordPress dari menyenaraikan pages anda di dalam search nya.
  3. Mendapat link download dari pembeli yang “share” link download anda kepada orang ramai atau rakan rakan mereka. Bagi pasaran Malaysia, masalah ini mungkin tidak begitu ketara. Tapi jika anda menjual di peringkat antarabangsa, ianya masalah yang agak besar. Ada banyak website di mana mereka berkongsi link link download.

Dengan menggunakan plugin WP Download Express, pemilik produk tidak perlu lagi risau tentang perkara perkara di atas. Walaupun page tersebut tersenarai dalam Google Search dan WordPress search, hanya pelawat yang betul betul telah membeli produk anda yang boleh mendapat akses kepada kandungan download page anda.

Bagaimana WP Download Express Berfungsi?

WP Download Express menghalang akses kepada kandungan di dalam download page anda. Setibanya pelawat ke download page anda, mereka akan melihat:

WP Download Express Protected Page

WP  Download Express akan melakukan semakan email yang dimasukkan dengan email pembeli yang sah dari sistem JVZoo, WarriorPlus atau ThriveCart. Sekiranya email tersebut ada dalam senarai pembeli, WP Download Express akan membenarkan pelawat tersebut akses kepada kandungan download page anda.

Jika email yang dimasukkan tiada dalam senarai email pembeli, pelawat akan kekal melihat screen yang sama.

Nak cuba? Klik SINI.

WP Download Express Mudah Untuk Digunakan

Ramai pengguna WordPress menggunakan plugin Membership untuk mengawal akses kepada download page mereka. Den sendiri menggunakannya. Itu sebelum den jumpa WP Download Express.

Den suka WP Download Express kerana ianya mudah untuk digunakan. Ada beberapa settings sahaja yang perlu anda lakukan untuk mengawal akses ke download page anda. Di sini den tunjukkan settings yang perlu dilakukan.

Setting WP Download Express Di Download Page

Gambar berikut menunjukkan settings yang perlu dilakukan pada download page anda.

WP Download Express Download Page Settings

Di sini, anda hanya perlu membuat 6 settings sahaja:

  1. Lock this Page – klik pilihan ini sekiranya anda ingin mengawal download page ini dengan WP Download Express.
  2. Product ID – letakkan nama produk anda di sini.
  3. IPN URL – ruang ini akan di isi secara otomatik apabila anda masukkan Product ID.
  4. Heading Text – Di sini anda letakkan Header yang akan dilihat oleh pelawat.
  5. Description Text – Di sini anda letakkan sedikit maklumat yang berkenaan.
  6. Button Text – Di sini anda letakkan text yang akan dipaparkan di dalam butang download.
BACA JUGA  4 Cara Hadkan Jumlah WordPress Revisions Untuk Setiap Post

Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk download page anda.

Setting WP Download Express Di JVZoo

Anda juga perlu melakukan sedikit setting pada produk anda di dalam JVZoo, WarriorPlus dan ThriveCart – mana mana yang anda gunakan. Kalau tak guna, tak perlu lah nak setting.

WP Download Express JVZoo Settings

Untuk produk yang dipasarkan melalui JVZoo, anda hanya perlu melakukan 3 settings sahaja:

  1. Delivery Method – Anda perlu pilih untuk menggunakan “Thank You Page”
  2. Thank You / Download Page – Di sini anda letakkan URL ke Download Page anda.
  3. JVZoo IPN URL – Di sini anda letakkan URL yang telah dibina secara otomatik oleh WP Download Page dalam download page anda tadi di ruang IPN URL

Itu sahaja yang perlu anda lakukan di dalam settings produk anda di JVZoo.

Mudah bukan?

Satu Kekurangan Pada WP Download Express

Pada pendapat den, hanya ada satu sahaja kekurangan pada WP Download Express ini. Penggunaannya hanya terhad kepada JVZoo, WarriorPlus, ThirftCart dan Zaaxaa sahaja. Sekiranya anda menggunakan mana mana platform jualan lain seperti DealGuardian, ClickBank dan lain lain lagi di luar sana, ianya tidak boleh digunakan.

Namun, oleh kerana den pun hanya gunakan JVZoo, WarriorPlus dan WPeStore (baca Review WPeStore) sahaja, maka ianya bukan masalah yang terlalu besar buat den.

Perlukah Anda Menggunakan WP Download Express?

Sekiranya anda menggunakan WordPress dan memasarkan produk anda melalui JVZoo, WarriorPlus, ThriveCart dan Zaaxa, anda perlu dapatkan plugin ini. Jika tidak, tidak perlu.

Apa pun, sekiranya anda seorang pemilik produk digital, ada baiknya anda menggunakan JVZoo atau WarriorPlus. Kedua dua platform ini menyediakan begitu ramai affiliate yang boleh memasarkan produk untuk anda.

Perlu dapatkan WP Download Express? Mudah sahaja. Klik pada butang di bawah ini.

3 Thumbs Up

 

 

 

WP Download Express Review was last modified: 2016-06-06T03:47:42+00:00 by Hadee Roslan
WCB Premium - Kajian Keyword
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<