Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Sekarang anda sudah boleh menghantar pesanan secara berjadual kepada pelanggan menggunakan FB Messenger Autoresponder. Ya .. bagi yang dah biasa dengan email autoresponder, boleh lah sekarang masukkan email sequence anda ke dalam FB Messenger Autoresponder pula.


Nak tahu lebih lanjut? Teruskanlah membaca .. insyaAllah.

Apa itu AutoResponder?

Sebelum den teruskan, izinkan den berikan pengenalan ringkas tentang AutoResponder dulu. Bagi yang dah biasa guna AutoResponder, boleh lah skip section ini.

AutoResponder adalah sistem yang boleh menghantar pesanan kepada pelanggan secara berjadual. Pada kebiasaannya, autoresponder berfungsi untuk menghantar pesanan melalui email. Namun hari ini den akan perkenalkan dan tunjukkan kepada anda sistem AutoResponder yang menggunakan FB Messenger.

Ada dua cara AutoResponder menghantar pesanan kepada pelanggan:

  1. Broadcast (berjadual atau tidak) – Sistem akan menghantar pesanan yang anda bina kepada semua pelanggan secara terus atau pada jadual yang anda tetapkan. Setiap pelanggan akan menerima pesanan yang sama pada hari yang telah ditetapkan.
  2. Follow Up (berkala) – Sistem akan menghantar pesanan kepada pelanggan mengikut urutan berkala. Bergantung kepada bila pelanggan tersebut masuk ke dalam senarai anda. Biasanya setiap kempen berkala mempunyai 7 atau lebih pesanan. Setiap pelanggan akan menerima pesanan yang berlainan bergantung kepada bila mereka masuk ke dalam senarai pelanggan anda.

Ok. Den harap semua fahamlah apa fungsi AutoResponder. Kalau masih kurang faham, bolehlah tinggalkan pesanan di ruang komen nanti. InsyaAllah den tolong nanti.

FB Messenger API

Facebook telah membuka akses kepada Messenger API mereka pada April 12, 2016. Dengan adanya Messenger API, maka terhasillah pelbagai aplikasi yang dibina berasaskan FB Messenger. Antara fungsi yang terbina adalah:

  1. FB Messenger ChatBot – Membolehkan pemilik fanpage membina automasi untuk menjawab soalan soalan lazim yang sering ditanya pelanggan.
  2. FB Messenger AutoResponder – Membolehkan pemilik fanpage menghantar pesanan secara berjadual dan berkala kepada pelanggan.
  3. FB Messenger Artificial Intelligence – Membolehkan pemilik fanpage berinteraksi secara automatik dengan pelanggan di dalam FB Messenger.
  4. FB Messenger Payments – Membolehkan pengguna Messenger membuat belian dan pembayaran di dalam FB Messenger.

Ada pelbagai lagi fungsi yang berjaya dibina untuk pelbagai jenis industri. Antara platform FB Messenger yang kini berada di pasaran adalah:

  1. FeelSocial
  2. ShotMessenger
  3. ChatFuel

Hari ini den nak perkenalkan kepada anda satu platform FB Messenger Chatbot yang baru sahaja den jumpa. Platform yang den maksudkan adalah ChatFuel.

ChatFuel – FB Messenger Chatbot Percuma

Ya, anda tak salah baca. ChatFuel menyediakan platform FB Messenger Chatbot secara PERCUMA.

alhadeeroslan-chatbot-demo-795x416.png

Den dah siapkan satu FB Messenger AutoResponder dengan ChatFuel. Nak tengok macam mana ia berfungsi? Boleh jer Klik Sini ..

Baiklah, sebelum kita boleh bina AutoResponder, kenalah ada akaun ChatFuel dulu..

Daftar Akaun di ChatFuel

 Mula mula, kenalah daftar akaun di ChatFuel.com dulu. Klik Sini untuk daftar ChatFuel ..

chatfuel-home-795x416.jpg

Bila dah berada di website ChatFuel:

  • Kliklah pada butang “Get Started for FREE“.
  • Ikut sahaja apa yang diminta di dalam skrin skrin Pengesahan Facebook yang turut dipaparkan.

Setelah selesai dengan pengesahan Facebook, skrin berikut akan dipaparkan.

chatfuel-choose-page-connect-795x416.jpg

  • Pilih Facebook Page yang ingin anda gunakan untuk membina FB Messenger AutoResponder anda.
  • Klik pada butang “Connect To Page“.

Skrin berikut pula akan dipaparkan.

chatfuel-chatbot-builder-795x416.jpg

ChatFuel Serba Ringkas

Meh den terangkan sedikit sebanyak apa yang anda nampak dalam paparan ini:

  1. Welcome Message: Ini adalah block untuk configure pesanan yang pelawat akan dapat bila mereka singgah buat pertama kali ke dalam FB Message page anda.
  2. Default Answer: Ini adalah block untuk configure pesanan utama yang akan diterima oleh pelawat sekiranya mereka memberikan input yang tidak mempunyai sebarang jawapan yang telah anda set.
  3. Ruangan Text Card: Di sini anda boleh meletakkan text yang akan dipaparkan di dalam FB Messenger apabila Block Welcome Message anda aktif (anda sedang edit block “Welcome Message” sekarang).
  4. Butang “Main Menu”: Lihat 5
  5. +ADD BUTTON: Anda boleh meletakkan 3 butang pilihan yang boleh dipilih oleh pelawat bila block Welcome Message ini dipaparkan dalam FB Messenger. Secara amnya, butang “Main Menu” telah di sediakan (kalau tak nak, boleh delete). Bila pelawat klik “Main Menu”, block Default Answer akan dipaparkan.Sekiranya anda ingin tambah pilihan untuk pelawat, klik pada butang ADD BUTTON.chatfuel-chatbot-builder-addbutton-795x416.jpg
  6. Gallery: Module ini membolehkan anda memaparkan pelbagai gambar (gambar produk?) di dalam format Gallery di dalam FB Messenger.chatfuel-chatbot-builder-gallery-795x416.jpgSetiap gambar ada ruang Headline masing masing. Anda turut boleh meletakkan Description dan juga URL untuk setiap gambar.
  7. Text Card: Ini adalah paparan text dengan 3 butang pilihan yang den dah ulas dalam point 3 di atas.
  8. Image: Membenarkan anda memaparkan satu image di ruangan FB Messenger. Upload jer image yang ingin anda paparkan. Tiada setting lain yang di sediakan untuk Module ini.
  9. Quick Reply: Membolehkan anda meletakkan butang butang jawapan yang boleh di klik oleh pelawat.
    chatfuel-chatbot-builder-quickreply-795x416.jpg

    Seeloknya Quick Reply ini diletakkan selepas Text Card yang mempunyai soalan. Pelawat hanya perlu klik pada jawapan yang anda sediakan. Jawapan yang dipilih akan membawa pelawat ke block yang anda tetapkan atau website yang anda tetapkan.

  10. Plugin: Butang plugin memaparkan pelbagai module tambahan yang boleh anda gunakan. Di sini juga terdapat module module integrasi dengan servis servis pihak ketiga seperti Zapier dan IFTT.

    chatfuel-chatbot-builder-plugin-795x416.jpg

Baiklah. Cukup rasanya den berikan penerangan ringkas tentang beberapa fungsi yang terdapat dalam ChatFuel. Kalau nak cerita segala yang ada, nanti tak kesampaian pulak hajat den nak tunjuk cara setup AutoResponder dalam ChatFuel nih.

Setup FB Messenger AutoResponder dalam ChatFuel

Apa yang akan kita bina? Den nak setup satu sistem dimana den boleh kumpul FB Messenger list dari pelawat yang nak download eBook Panduan FB Ads secara percuma. Selepas itu den akan buat hantarkan kepada mereka yang download eBook, beberapa pesanan terus ke dalam FB Messenger mereka secara berkala. Pesanan adalah berbentuk informasi dan softselling produk Sales Copy pula .. jom ..

Langkah 1: Block Welcome Message

Setiap pelawat yang cuba berhubung dengan Facebook Page den (Al-Hadee Digital Marketer) akan dapat melihat pesanan dalam Welcome Message. Oleh itu, den akan terus membuat tawaran download eBook di sini.

Berikut adalah paparan Welcome Message yang den sediakan.

chatfuel-chatbot-autoresponder-welcome-795x416.jpg

Di sini, den gunakan Text Card dan Quick Reply buttons sahaja.

Di dalam Text Card, den beritahu den nak berikan eBook percuma. Den juga berikan dua pilihan “Saya Nak” dan “Tak Naklah“. Pilihan yang dipilih oleh pelawat, den simpan di dalam satu “user attribute” bernama – {{subscribed}}. {{subscribed}} akan hanya mempunyai nilai “saya nak” atau “tak naklah” sahaja. Kita akan gunakan nilai ini dalam step akan datang nanti.

Quick Reply “Saya Nak” akan activate block yang bernama “Panduan FB Ads“. Manakala Quick Reply Tak Naklah” pula akan activate block “Default Answer“.

Perhatikan yang anda boleh gunakan kod {{first name}} untuk memaparkan nama pelawat. Letak sikit personal touch la.. walaupun den rasa pelawat sure tahu yang dok jawab tuh robot.. hehehe.

Langkah 2: Block Panduan FB Ads

Setelah kita siapkan Block Welcome Message, kita buat pula block Panduan FB Ads. Apa yang kita perlukan di sini adalah sekeping gambar, sepotong text dan satu butang untuk membawa pelawat ke squeeze page untuk kita dapatkan email pelawat ke dalam email autoresponder kita juga.

Kalau anda tidak ada email autoresponder, boleh skip bahagian URL itu.

chatfuel-chatbot-autoresponder-panduanfbads-i-795x416.jpg

Di sini den gunakan module Image untuk memaparkan gambar Panduan FB Ads. Selepas itu, den gunakan pula Text Card untuk memaparkan pesanan ringkas “Dapatkan eBook anda Sekarang”. Den turut meletakkan URL ke squeeze page Panduan FB Ads sebagai salah satu butang pilihan Text Card.

Den juga gunakan Quick Reply “Teruskan”. Nilai “teruskan” ini den simpan dalam “user attribute” {{panduanfbads}}. Nilai ini akan digunakan ketika buat pesanan Broadcast nanti.

Itu dia, selesai bahagian pertama Block Panduan FB Ads ini. Seterusnya kita lihat apa yang den letakkan selepas pelawat klik “Teruskan”

chatfuel-chatbot-autoresponder-panduanfbads-ii-795x416.jpg

Setelah pelawat klik pada butang “Teruskan” den paparkan pula pesanan yang memberitahu, beliau akan mendapat message dari den dengan link download dalam masa 10 minit.

Jika pelawat klik Teruskan di sini, dia akan di bawa ke block “Default Answer”.

Itulah dia Block Panduan FB Ads den. Simple simple jer kan..

Sebelum den tunjukkan bahagian Broadcast, kita ada satu lagi block yang perlu di bina dulu – block Default Answer.

Langkah 3: Block Default Answer

Block Default Answer ini basically digunakan untuk memaparkan jawapan bagi soalan soalan yang tak masuk book. Soalan yang tidak di sediakan jawapan la.

Di sini, den gunakan Default Answer ini untuk memaparkan soalan utama den.

chatfuel-chatbot-autoresponder-defaultanswer-795x416.jpg

Untuk Default Answer, den gunakan Text Card dan letakkan 3 pilihan – Bina Website, Bantuan WordPress dan Tips WordPress. Ketiga tiga pilihan itu akan memaparkan block masing masing.

Anda boleh lah letakkan soalan utama anda sendiri dan juga pilihan pilihan anda sendiri.

Kita dah bina 3 block utama untuk Chatbot – Welcome Message, Panduan FB Ads, dan Default Answer. Sekarang den nak tunjuk bahagian Broadcast pula.

Langkah 4: Follow Up Pertama – Download Broadcast

Dalam block Panduan FB Ads tadi kita telah memberitahu pelanggan yang pesanan download mereka akan dihantar dalam masa 10 minit. Jom kita tengok macam mana nak hantar pesanan dalam masa 10 minit itu.

chatfuel-chatbot-autoresponder-broadcast-i-795x416.jpg

Di sini den perincikan siapa yang bakal mendapat pesanan dengan maklumat untuk download eBook Panduan FB Ads. Ingat lagi nilai “subscribed” dan “panduanfbads” yang den dapatkan dalam langkah 1 dan 2 tadi? Ya.. di sinilah den akan gunakan kedua dua nilai tersebut.

Nilai {{subscribed}} is “Saya Nak” den gunakan sebagai filter untuk memastikan pesanan ini hanya akan dihantar kepada pelawat yang telah klik pada butang “Saya Nak” di langkah pertama tadi.

Klik pada butang “User Filter” dan anda akan melihat:

chatfuel-chatbot-autoresponder-broadcast-userfilter-795x416.jpg

Pastikan anda gunakan setting “If {{subscribed}} is  Saya Nak” di dalam User Filter itu.

Setting ini akan memastikan yang pesanan broadcast ini hanya akan diterima oleh pelawat yang telah bersetuju untuk menerima Panduan FB Ads. Mereka yang klik “Tak Naklah” tidak akan dapat pesanan ini.

Setelah itu, den gunakan nilai “{{panduanfbads}} is Teruskan” untuk menentukan bila download link akan dihantar secara broadcast. Di sini, “Send Time” den letakkan 8 minit. Maka pesanan ini beserta URL download akan dihantar kepada pelanggan 8 minit selepas mereka klik pada butang “Teruskan” dalam Langkah 2 tadi.

 chatfuel-chatbot-autoresponder-broadcast-messagesequence-i-795x416.jpg

Module yang den gunakan – Image, Text Card, Quick Reply.

Image untuk memaparkan gambar eBook yang bakal di download.

Text Card untuk memaparkan pesanan beserta URL untuk download eBook tersebut.

Quick Reply untuk memberi pilihan kepada pelanggan untuk “Teruskan” dan kembali ke paparan Utama – Default Answer.

Langkah 5: Follow Up Hari Hari Seterusnya

Sekarang den nak tunjuk pula macam mana nak setup pesanan Follow Up hari hari seterusnya bagi pelanggan yang subscribe ke FB Messenger List anda.

chatfuel-chatbot-autoresponder-followup-day1-795x416.jpg

Nak setup Follow Up nih sama jer macam nak setup Follow Up Pertama tadi. Bezanya cuma pada “Send Time”. Untuk kali ni, den pilih “1 day at 9:30AM User’s TimeZone”. Dengan setting ini, sistem akan menghantar pesanan kepada pelanggan sehari selepas pelanggan melakukan Langkah 2. Tepat jam 9:30 pagi, waktu pelanggan (kalau dia dok US, dia akan terima 9:30am waktu US).

Simple jer kan. Macam mana nak letak pesanan? Boleh lah guna mana mana module yang ada tuh – Gallery, Text Card, Image, dan lain lain.. Part itu, pandai pandai la kan.. kalau dah sedia ada skrip follow up yang biasa letak dalam email, gubah semula untuk letak dalam format FB Messenger nih.

Mungkin kena guna beberapa module Text Card, kalau skrip email tuh panjang berjela.

Link link ke mana mana website, boleh la letak dalam Text Card punya butang pilihan.

Bila dah siap segala setting, jangan lupa nak tukar “New Sequence Item” kat atas tuh kepada “On” – bagi tukar kasi warna hijau. Kalau tak buat nih, tak jalan Follow Up Item yang dah di setup nih.

Hehehe.. den dah terkena dah.. dok tunggu la follow up message.. tak sampai sampai.. rupanya terlupa nak switch on.

Lain Lain Jenis Broadcast – Ringkasan

Dalam Section Broadcast, ada lagi beberapa jenis broadcast yang boleh anda gunakan:

  1. Deliver Your Message Now – Anda gunakan Broadcast jenis ini untuk menghantar pesanan kepada pelanggan terus pada waktu itu.
  2. Schedule for Later – Anda gunakan Broadcast jenis ini untuk menghantar pesanan kepada pelanggan pada waktu waktu yang anda sendiri tetapkan.
  3. Autopost From External Source – Anda gunakan Broadcast jenis ini untuk menghantar pesanan yang anda ambil dari sumber luar seperti RSS Feed Blog anda atau mana mana blog lain. Anda perlu menggunakan module plugin dan pilih salah satu sumber dari situ. Setiap kali ada kandungan baru dari mana mana sumber tersebut, ChatFuel akan menghantar kandungan tersebut kepada pelanggan anda.

So, kiranya ada keperluan, boleh lah anda pilih salah satu dari tiga jenis Broadcast yang ada, selain dari Sequence.

Mengendalikan Pelanggan Yang Unsubscibe

Bila dah boleh subscribe, tentunya perlu sediakan cara nak unsubscribe. Tak boleh tidak, tentunya ada dari kalangan pelanggan anda yang ingin berhenti menerima pesanan dari anda. Oleh itu, anda perlu menyediakan cara untuk mereka unsubscribe.

Untuk menyediakan cara untuk unsubscribe kepada pelanggan, den menyediakan satu block khas bernama “unsubscribe”.

chatfuel-chatbot-autoresponder-unsubscribe-795x416.jpg

Di dalam block “unsubscribe” ini, den letakkan satu Text Card untuk paparkan pesanan Terima Kasih kepada pelangan tersebut. Di samping itu, perlu juga gunakan module “Set up user attribute” dari dalam plugin. Den tukarkan nilai  “user attribute” {{subscribed}} kepada “Unsubscribe”.

Dengan ini, setiap “broadcast” tidak akan sampai kepada pelanggan yang telah “unsubscribe” kerana “user attribute” {{subscribed}} tidak lagi mempunyai nilai “Saya Nak” (lihat langkah 4).

Block unsubscribe dah siap. Macam mana nak activate kan block ini bila user masukkan perkataan “unsubscribe” dalam FB Messenger?

Haaa.. ini lah masa kita nak gunakan fungsi “Set Up AI”.

chatfuel-chatbot-autoresponder-setupai-795x416.jpg

Di dalam ruangan “If users say something similar to” den letakkan “unsubscribe”, “stop”, dan “stop notifications”.

Di dalam ruangan “Bot replies with” den pilih “Block” dan pilih block “Unsubscribe” yang telah di sediakan di atas tadi.

Dengan ini, bila pelanggan masukkan salah satu perkataan/ayat – “unsubscribe”, “stop”, atau “stop notifications”, sistem akan memaparkan apa yang telah den sediakan dalam block “unsubscribe” tadi. Pelanggan juga akan dikeluarkan dari senarai subscribers dan tidak lagi menerima broadcast dari sistem.

Perlukah Anda Menggunakan FB Messenger AutoResponder?

Baiklah.. Den dah tunjukkan kepada anda macam mana den bina FB Messenger AutoResponder menggunakan ChatFuel. Nak kata susah, tak lah susah mana. Cuma mungkin agak belit belit sikit la.

Tapi persoalannya, perlukah anda menggunakan autoresponder FB Messenger seperti ini?

Pada den, tak wajib. Tapi, ia memberikan anda satu lagi channel untuk menyampaikan pesanan marketing anda kepada pelanggan anda. Yalah kan.. Ada orang selalu buka email. Ada orang tak buka email tapi selalu buka FB.

Makanya, jika anda guna dua dua – email dan juga FB Messenger, lebih ramai lagi lah yang akan dapat melihat pesanan marketing anda itu.

Lagipun, anda hanya perlu setup benda nih sekali sahaja dan ianya akan berjalan dengan sendiri. Tidak perlu dipantau terlalu kerap.

Kalau anda belum ada email autoresponder, mungkin anda ingin mulakan dengan cara ini dahulu?

Kenapa ChatFuel?

Well.. Den dah try FeelSocial. Den dah tengok ShotMessenger. Den dah guna ChatFuel. Pada den, ChatFuel lebih mudah nak guna. Of course lah, ChatFuel pun ada advantage dari segi harga juga. Tapi bukan itu sebab utama den – den dah beli FeelSocial tau.. Jumpa ChatFuel semasa den sedang mencuba cuba FeeSocial pun.

ChatFuel juga mempunyai senarai pelanggan yang agak meyakinkan. Antaranya – Adidas Women UK, MTV, British Airways, TechCrunch, Goal dan banyak lagi. Bolehlah tengok macam mana syarikat syarikat besar ini gunakan ChatFuel dalam pemasaran mereka.

Kelemahan ChatFuel?

Setakat yang den guna ChatFuel, den jumpa satu kekurangan. Dalam FeelSocial, ada satu fungsi yang menarik – autoreply di FB Messenger dari komen orang dalam post pilihan anda.

Dalam FeelSocial, den boleh set supaya bot itu menjawab komen (bergantung kepada keyword) orang dalam post di Facebook Page melalui FB Messenger.

Fungsi ini tidak ada dalam ChatFuel. Tapi.. dev ChatFuel ada kata yang fungsi ini sedang dalam development. So, kita tunggu dan lihat sama ada ia akan muncul atatu tidak.

Update Jun 22 2017.

ChatFuel dah ada fungsi Autorespond terhadap komen dalam post di fanpage. Ianya terletak dalam ruangan Grow > Aquire Users from Comments.. Anda perlu klik “+ADD RULE” untuk menambuh fungsi auto respond terhadap komen.
chatfuel-autorespond-comments-795x447.jpg

1. Letakkan nama untuk Rule comment autoresponder anda ini. Nama yang memberitahu fungsi autoresponder ini.

2. Anda boleh pilih sama ada nak buat fungsi ini untuk setiap post yang terdapat dalam fanpage (any post) atau hanya untuk post yang tertentu (specific post) sahaja.

3. Isikan ruang ini dengan URL post pilihan anda – sekiranya pilih untuk specific post.

4. Anda juga boleh pilih untuk menjawab setiap komen atau hanya komen komen tertentu sahaja.

5. Sekiranya anda pilih untuk komen tertentu, maka anda boleh masukkan Keyword di sini supaya Chatbot akan hanya membalas komen yang menggunakan keyword pilihan anda itu tadi.

6. Mesej yang akan dihantar kepada orang yang meninggalkan komen tadi melalui FB Messenger.

7. Jangan lupa klik “Done” bila dah selesai ya. 😀

Dah itu dia satu fungsi yang sememangnya dinanti nantikan oleh orang ramai. Chatfuel berikan kepada panggunanya tanpa sebarang caj.

Akhir Kata ..

Ok lah.. dah panjang lebar dah den cerita pasal FB Messenger Percuma dengan ChatFuel nih. Den harap, penulisan den ini adalah memberi faedah (sikit pun jadilah) kepada anda yang sudi membaca sampai hujung nih. Hehehe..

Sekiranya anda turut menggunakan ChatFuel, boleh la kot kalau den request sepatah dua komen dari anda tentang ChatFuel nih. Anda rasa bagus ke tak bagus ChatFuel ni?

Nota akhir: Sekiranya anda menggunakan FB Messenger untuk broadcast kepada pelanggan, pastikan pesanan anda itu tidak terlalu bercirikan marketing ya.. Takut nanti kalau pelanggan komplen kat FB.. sia sia jer akaun kena block nanti.. hehehe.. Gunakan FB Messenger ini sebagai platform untuk memberi… Selitkan link link ke website anda.. menjual lah di website anda itu..

InsyaAllah dan Terima Kasih.

FB Messenger AutoResponder Percuma Dengan ChatFuel was last modified: 2017-05-03T09:11:39+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 860 times, 23 visits today)

Advertisement



Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<