SEO dan kajian kata kunci (Keyword Research) adalah satu bahagian penting dalam Pemasaran Digital. Anda ada buat SEO untuk setiap artikel anda? Jika ada, tentunya anda akan melakukan sedikit kajian kata kunci sebelum menekan butang “Publish” kan. Dalam artikel ini den nak perkenalkan anda kepada satu Keyword Tool bernama Keywords Everywhere.
Apa Dia Keywords Everywhere Ini?
Keywords Everywhere ialah extension yang boleh ditambah kedalam Google Chrome dan Mozilla Firefox.
Ia memberikan anda maklumat “Search Volume” dan “Cost Per Click” ketika anda dalam proses mencari keyword. Extension ini menjimatkan masa anda. Anda tidak perlu lagi melalui proses nak copy keyword dari pelbagai website dan kemudian paste ke dalam “keyword tool” seperti Keyword Planner untuk mendapatkan jumlah carian dan maklumat CPC.
Keywords Everywhere memberikan anda Jumlah Carian untuk setiap keyword yang diberikan dalam ruangan Google Suggests.
Menarik? Teruskan membaca ..
Jom den tunjukkan cara nak install dan gunakan Keyword Everywhere Keyword Tool ini.
Install Keywords Everywhere
Ianya boleh anda dapatkan di Google Chrome Web Store
Install Chrome Extension ini ke dalam Google Chrome Browser anda – Klik pada butang “Add To Chrome”
Selepas anda install, akan ada satu icon dengan huruf “K” di ruangan “Tool Bar” Google Chrome anda.
Dapatkan API Key
Langkah seterusnya, anda perlu mendapatkan API Key untuk dimasukkan ke dalam halaman “Settings”
- Klik pada icon Keywords Everywhere Keyword Tool.
- Klik pada pautan “Click here to generate a FREE API Key”
Anda akan dibawa ke halaman Keywords Everywhere.
- Masukkan alamat email anda
- Klik pada butang “Email me API Key”
Link untuk mendapatkan API Key anda akan anda terima melalui email. Semak email anda (lihat dalam SPAM folder kalau ia tiada dalam Inbox selepas 10 minit).
Buka email tersebut dan klik pada pautan “API Key here”.
Di dalam email tersebut juga ada beberapa pautan lain yang akan membawa anda ke halaman video tutorial mereka. Jika perlu, klik lah di situ.
API Key yang perlu anda gunakan kini berada di depan anda. Highlight dan copy API Key tersebut. Anda akan menggunakannya dalam ruangan Setting Keywords Everywhere Keyword Tool selepas ini.
Masukkan API Key ke Ruangan Settings
Klik pada icon Keywords Everywhere Keyword Tool dan kemudian klik pada pautan “Update Settings”.
- Masukkan API Key yang anda copy tadi ke dalam ruangan API Key
- Klik pada butang “Validate”
Dalam halaman “Settings” ini ada pelbagai tetapan yang boleh anda godek. Tapi buat permulaan ini, biarkan semuanya seperti sedia ada. Tak perlu nak ubah apa apa terlebih dahulu.
Extension Keywords Everywhere anda kini telah sedia untuk digunakan.
Cara Nak Guna Keywords Everywhere Keyword Tool
Cara pertama nak gunakan extension ini adalah tentunya semasa membuat carian di Google. Salah satu tempat pertama yang anda gunakan dalam Kajian Kata Kunci tentunya Google Suggests. Bila anda masukkan kata kunci ke dalam ruang carian di Google, anda akan diberikan beberapa pilihan kata carian.
Tanpa extension, kata carian yang diberikan tidak mempunyai apa apa data. Ini menyukarkan anda membuat pilihan kata carian terbaik untuk digunakan sebagai kata kunci.
Bila dah install Keywords Everywhere, anda akan dapat melihat Jumlah Carian dan data CPC untuk setiap kata carian yang Google berikan kepada anda. Carian anda akan kelihatan seperti berikut:
Keywords Everywhere kini memberikan anda maklumat tambahan berkenaan “Volume”, “CPC” dan “Competition” untuk keyword yang anda ingin kaji. Ia juga turut memberikan senarai “People also searched for” beserta data yang memudahkan anda melakukan kajian kata kunci.
Jika anda pergi ke bahagian bawah halaman Google Search Results itu, anda juga akan dapat melihat maklumat trafik disertakan oleh Keywords Everywhere.
Sebelum den teruskan, izinkan den berikan sedikit penerangan tentang “Volume”, “CPC” dan “Competition (Comp)”.
“Volume” adalah jumlah carian yang dilakukan menggunakan keyword tersebut dalam sebulan.
“CPC” adalah “Cost Per Click” atau kos yang perlu dibayar untuk satu click bagi pengiklan Adwords.
“Competition” adalah jumlah pesaing yang membida untuk keyword tersebut dalam Adwords.
So.. sekiranya anda sedang membuat kajian kata kunci untuk artikel blog anda, maka anda hanya perlukan data “Volume” yang dipaparkan.
Dengan adanya Keywords Everywhere, anda dah boleh dapatkan senarai keyword dengan jumlah carian tinggi menggunakan Google Search sahaja.
Di sini den sertakan video panduan berkenaan Keywords Everywhere.
https://www.youtube.com/watch?v=s4ZS-qSy5SU
Jika anda mempunyai blog yang sememangnya fokus di dalam satu niche yang terhad. Maka dengan menggunakan Keywords Everywhere, anda akan dengan mudah mendapatkan keyword yang mempunyai trafik terbaik untuk anda tulis artikel.
Keyword Volume adalah langkah pertama yang perlu anda lakukan ketika melakukan kajian kata kunci. Sekiranya anda berada di dalam niche yang mempunyai persaingan tinggi, kajian volume sahaja tidak mencukupi. Namun, seandainya anda berada di dalam niche yang tidak kompetitif, volume research sudah memadai.
Pandangan den, bagi pasaran Malaysia dalam bahasa Melayu, secara amnya, kebanyakan niche masih lagi tidak berapa kompetitif dari segi persaingan SEO.
Anda ada website dan blog perniagaan dropship atau affiliate untuk pasaran dalam Malaysia dan bahasa Melayu? Sekarang adalah masa terbaik untuk mulakan SEO.
Den nak minta sedikit pandangan dari anda!
Den harap anda telah terhibur dan mendapat manfaat, walau hanya sekelumit, dari apa yang den kongsikan di sini.
Sekiranya ada persoalan tentang SEO atau pembinaan website WordPress yang anda kurang faham, tanyalah. InsyaAllah den cuba berikan jawapan semampu yang boleh.
InsyaAllah dan Terima Kasih kerana sudi membaca sehingga penghujung artikel :D