Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Assalamualaikum. Den percaya anda yang sedang membaca artikel ini tentunya tahu tentang perniagaan model dropship. Tak perlulah den terangkan panjang lebar tentang apa itu dropship supaya den boleh fokus kepada topik berkenaan drop shipping automation. Secara ringkas, dropship adalah model perniagaan di mana kita menjual produk orang lain tanpa perlu simpan stok dan tak perlu buat penghantaran.

Sekali pandang memang lebih kurang sama dengan perniagaan model Affiliate. Bezanya, transaksi jual beli itu berlaku antara anda dengan pelanggan. Pelanggan beli produk dari anda. Anda terima duit. Selepas berlaku transaksi jual beli dengan pelanggan, anda akan kirimkan butiran pelanggan kepada pemilik produk yang akan membuat penghantaran kepada pelanggan.

Dropship Flow

Kebanyakan peniaga yang bertindak sebagai ejen dropship tidak mempunyai sistem tempahan. Proses jual beli berlaku melalui WhatsApp, Telegram dan Facebook Messenger. Aliran jual beli adalah seperti:

  1. Ejen iklankan produk.
  2. Prospek bertanya tentang produk.
  3. Ejen berikan maklumat beserta “Tawaran Istimewa” kepada prospek.
  4. Prospek minta no akaun bank untuk buat pembayaran.
  5. Ejen berikan no akaun beserta minta maklumat penghantaran.
  6. Prospek buat pembayaran dan hantarkan bukti pembayaran serta maklumat penghantaran yang diminta.
  7. Ejen semak pembayaran dan hantarkan tempahan dan bayaran kepada pemilik produk.
  8. Pemilik produk semak pembayaran dan buat penghantaran produk kepada pelanggan.

Aliran jual beli seperti di atas ini boleh dikatakan lumrah bagi setiap penggiat perniagaan model dropship. Bagi yang mempunyai website/kedai online, alirannya mungkin kurang sedikit. Tidak perlu berinteraksi dengan prospek secara “direct”. Tugas itu dilakukan oleh website/kedai online.

Ejen masih perlu membuat semakan pembayaran dari pelanggan. Ejen masih perlu membuat tempahan dan bayaran kepada pemilik produk.

Baiklah. Di sini den nak tunjukkan satu sistem di mana anda, sebagai ejen dropship, boleh meng otomasikan proses tempahan dan pembayaran produk dropship anda.

Tempahan dan Pembayaran Produk Dropship Dengan BillPlz Payment Gateway

Apa itu BillPlz? BillPlz adalah sebuah sistem yang membolehkan anda menyediakan satu borang tempahan dan bayaran. Anda hanya perlu memberikan URL kepada borang tempahan tersebut kepada pelanggan anda.

Sebagai contoh, jika anda (andaikan diri anda sebagai pelanggan) klik pada pautan ini => https://billplz.com/keretalumbaf1 anda akan dapat melihat borang tempahan seperti gambar berikut:

BillPlz Payment Form Kereta Lumba F1

Dengan borang tempahan ini, anda boleh isikan butiran seperti nama, email, no telefon, alamat dan bilangan unit produk yang anda inginkan. Setelah itu, anda boleh terus membuat bayaran dengan menekan butang “Pay”

BillPlz FPX Bank Selections

Anda kini boleh melakukan pembayaran melalui akaun bank dengan membuat pilihan bank dari senarai yang diberikan.

BillPlz Pay Button

Setelah memilih bank, klik pada pilihan “I AGREE ..” dan klik pada butang “PAY”.

BillPlz FPX Bank Login

Anda kini dibawa ke halaman login untuk akses ke khidmat online bank pilihan anda tadi. Pastikan URL di browser anda adalah URL bank anda sendiri.

Anda hanya perlu login dan buat pembayaran melalui bank anda. Anda tidak perlu tahu no akaun pihak yang dibayar kerana BillPlz akan uruskannya untuk anda.

Anda akan menerima email dari BillPlz dan juga FPX berkenaan transaksi yang baru anda lakukan tadi.

Itulah dia aliran proses membuat tempahan dan pembayaran menggunakan BillPlz yang pelanggan akan lalui.

Drop Shipping Automation Dengan BillPlz, Bagaimana?

Tadi, den dah tunjukkan kepada anda bagaimana “Payment Form” BillPlz berfungsi. Sekarang den nak tunjukkan pula cara membina “Payment Form” tersebut.

Pendaftaran Akaun BillPlz

Mulakan dengan Bismillah .. 😀 😀 😀  .. sambil sambil anda melawat ke website BillPlz di SINI

BillPlz Homepage Signup

Simple kan halaman utama BillPlz. Tak banyak yang boleh anda lakukan di laman web utama mereka ini. Anda hanya ada dua pilihan – “Login” (bagi yang sudah ada akaun) dan “Apply Now” sahaja.

Mulai bulan September 2016, FPX telah mengeluarkan arahan supaya segala transaksi FPX hanya boleh dilakukan ke akaun syarikat sahaja.

Apa maksudnya? Sekiranya anda ingin menggunakan BillPlz bagi tujuan menerima bayaran dari pelanggan, anda perlu mempunyai syarikat dan akaun bank syarikat tersebut. Anda juga perlu mendaftar di BillPlz menggunakan akaun Organization dan bukannya individual (Update: BillPlz tidak lagi menerima pendaftaran akaun Individu).

So.. dah daftar syarikat ke belum? Kalau belum, sila daftar SSM dan bank akaun syarikat dahulu. Ini kehendak FPX, bukannya syarat BillPlz.

Jom tekan butang “Apply Now” – Siap diberi RM3 credits dalam akaun. Dapatlah buat dua transaksi secara percuma 😀

BillPlz Account Registration

Di halaman pendaftaran ini, anda perlu mengisi semua ruang ruang yang diperlukan. Setelah semuanya diisikan, tekan butang “Submit”

Setelah anda “Submit” borang pendaftaran, anda perlu “activate” akaun anda. Semak akaun email anda. Anda sepatutnya telah menerima satu email dari BillPlz.

BillPlz Activation eMail

Buka email tersebut. Di dalamnya ada satu pautan bertajuk “Please click here to activate your Billplz account”. Klik pada pautan tersebut. Anda akan dibawa masuk ke dalam sistem BillPlz di mana akaun anda telah pun diaktifkan.

BillPlz Billing Dashboard

Anda kini ada RM5.00 RM3.00 dalam akaun anda. Bonus dari BillPlz kerana mendaftarkan akaun anda. Jumlah kredit ini akan digunakan untuk membayar segala cas yang dikenakan oleh BillPlz. Sekiranya perlu tambah, anda hanya perlu tekan butang “Reload Credit” “Select Plan”.

Ada eloknya, sebagai langkah permulaan anda semak dahulu segala butiran yang anda masukkan.

BillPlz Account Settings

Di halaman “Settings” ini, anda patut pastikan maklumat Bank anda sememangnya betul. Anda juga perlu membuat pengesahan akaun bank anda. Tekan butang “Verify Account”.

UPDATE: Account Verification dilakukan secara automatik. BillPlz akan melakukan satu test payment ke akaun anda dan sekiranya tiada masalah, akaun anda akan di “Verified” dalam masa 3 hari. Sekiranya selepas 3 hari akaun anda masih belum “Verified”, sila hubungi team@billplz.com. Anda masih boleh melakukan transaksi jualan walaupun akaun belum verified. Cuma jumlah kutipan dari setiap transaksi tidak akan masuk dalam akun bank jer la.. sehinggalah akaun bank anda berjaya di verify. 😀 😀 😀

BillPlz Integration Settings

Di dalam halaman Settings ini juga terdapat butiran berkenaan “Keys & Integration”. Maklumat di dalam ruangan ini akan anda gunakan sekiranya ingin menggunakan BillPlz sebagai payment gateway untuk WooCommerce, Shoppify dan Xero (banyak lagi sebenarnya, tak tersenarai jer).

Bina BillPlz Payment Form

Setelah selesai semua kerja kerja asas pendaftaran, anda kini boleh mula membina “Payment Form” untuk produk produk anda. Gambar den ini dah ada payment form yang den sedang gunakan. Paparan yang anda lihat tentunya kosong lagi.

BillPlz Payment Form

Klik pada menu “Payment Form”. Kemudian klik pada butang “Create Collection”. Anda akan melihat paparan seperti berikut:

BillPlz New Payment Form

Isikan segala maklumat yang berkenaan untuk “Payment Form” anda ini. Berikut adalah penjelasan tentang ruang ruang tersebut:

  1. Nama Produk Anda.
  2. Maklumat ringkas tentang produk anda.
  3. Gambar produk (saiz 960×960)
  4. Harga Produk Anda
  5. Ruang peratusan cukai yang anda nak caj (boleh letak GST)
  6. Pilih sekiranya nak benarkan pelanggan beli lebih dari satu produk
  7. Link khas untuk form anda. Boleh gunakan link yang mudah ingat
  8. Ruang rujukan. Den gunakan untuk pelanggan isikan Alamat.
  9. Ruang rujukan. Den gunakan untuk pelanggan isikan Nota.
  10. Ruang untuk letakkan URL di mana pelanggan anda akan dibawa selepas transaksi bayaran.

Itu sahaja butiran yang perlu anda masukkan untuk membolehkan anda menggunakan “Payment Form” tersebut.

Setelah siap mengisi semua ruang yang berkenaan, anda perlu tekan butang “Save” untuk melihat sendiri borang tempahan/bayaran yang anda telah bina.

BillPlz Payment Form Preview

Jika sudah berpuas hati, anda perlu klik “Back Button” Browser anda beberapa kali untuk kembali semula ke halaman paparan senarai Payment Form anda. Feature yang kurang best sikit rasanya dalam “Flow Payment Form Creation” nih.

BillPlz Payment Form Bills

Siap sudah “Payment Form” anda. Anda boleh klik “Copy” untuk “Payment Form” anda dan berikan link tersebut kepada prospek yang ingin membeli produk anda.

BillPlz Split Payment

BillPlz menyediakan fungsi “Split Payment”. Dengan “Split Payment”, anda boleh terus kongsikan bayaran yang anda terima bersama satu lagi pihak ketiga. Fungsi ini sangat sesuai untuk perniagaan berkonsepkan ejen.

Contohnya: Dropship Ejen boleh terus buat bayaran kepada Vendor Dropship apabila menerima bayaran dan tempahan dari pelanggan.

Ejen bina Payment Form. Letakkan Split Payment %10 untuk diri sendiri (memang kadar yang telah dipersetujui antara Vendor dan Ejen).

Ejen promote menggunakan Payment Form yang dia bina. Apabila Ejen menerima tempahan dan bayaran melalui Payment Form tadi, BillPlz akan pecahkan bayaran tersebut kepada dua. 90% masuk ke akaun Vendor, 10% masuk ke akaun Ejen. Kedua dua vendor dan ejen akan menerima butiran tempahan tersebut.

BillPlz Split Payment Settings

Di bahagian Split Payment anda boleh letakkan:

  1. Email akaun (pengguna BillPlz) dropship vendor anda.
  2. Nilai bahagian anda mengikut jumlah (“Fixed Cut)
  3. Nilai bahagian anda mengikut peratusan (“Variable Cut”).

Untuk menggunakan fungsi “Split Payment” ini, kedua dua pihak mestilah mempunyai akaun BillPlz.

Sekiranya anda seorang ejen dropship dan vendor anda pun menggunakan BillPlz, perniagaan dropship anda kini semakin mudah. Anda boleh kekal fokus kepada kerja kerja menarik traffik dan menambah pelanggan. Anda tidak perlu lagi membuat tempahan dan bayaran kepada vendor dropship anda. Semuanya dilakukan secara otomatik dalam “Payment Form” BillPlz anda.

Nota untuk Split Payment: Setting yang anda lakukan ini tidak boleh diubah. Sekiranya anda perlu ubah setting “Split Payment”, anda perlu “Stop Collection” dan bina “Payment Form” yang baru.

UPDATE: Split Payment hanya boleh dilakukan di antara pemegang Organization Account sahaja.

Bila Anda Terima Bayaran Dari BillPlz?

Setiap transaksi pembayaran dari FPX tidak akan masuk terus ke akaun bank anda. Ianya akan melalui akaun BillPlz terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda tidak perlu melaburkan wang dan masa anda untuk berurusan dengan FPX dan bank bank yang menjadi ahli. BillPlz menjadi orang tengah.

BillPlz akan menerima bayaran dari pelanggan melalui FPX secara terus. Kemudian, BillPlz akan transfer jumlah transaksi tersebut ke dalam akaun anda dan juga akaun “split payment” (jika ada).

Bila pemindahan ini akan berlaku?

BillPlz Settlement Schedule

Setiap transaksi yang berlaku pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu akan dimasukkan ke akaun anda pada hari berikutnya – Selasa, Rabu, dan Khamis.

Transaksi yang berlaku pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu, dan Ahad akan dimasukkan ke akaun anda pada hari Isnin.

So.. kalau perlu nak rolling duit pada kadar segera, jangan guna BillPlz pada hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Hari Isnin baru duit masuk.

BillPlz Tetap Ada Had dan Kekurangannya

Jika anda lihat pada “Payment Form” BillPlz anda itu, tentu anda dapat lihat beberapa kekurangan dan kelemahan yang ada pada borang tersebut. Jom kita lihat di mana letaknya kelemahan kelemahan BillPlz.

  1. Tiada ruang untuk kos penghantaran. Buat masa ini, “Payment Form” BillPlz tidak mempunyai ruang untuk meletakkan kos penghantaran. Oleh itu, kos penghantaran terpaksa dimasukkan sekali ke dalam harga produk. Ini boleh membuatkan harga produk melambung tinggi untuk produk produk yang ringan sekiranya pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak.
  2. Satu form untuk satu jenis produk. Tiada ruang khas untuk anda meletakkan variasi produk seperti warna dan saiz. Sekiranya produk anda hanya ada satu variasi, anda mungkin boleh menggunakan ruangan Reference 2 sebagai ruang menyatakan variasi yang dipilih. Namun sekiranya terdapat lebih dari 1 variasi, tiada tempat untuk menyatakannya dalan tempahan.
  3. Tiada ruang khas untuk alamat. Sekiranya ada ruang khas untuk alamat, ruang Reference itu boleh digunakan untuk variasi.
  4. Tiada ruang untuk memasukkan kupon discount atau cabutan bertuah.

Itu sedikit sebanyak kelemahan yang den dapat fikirkan buat masa ini. Anda ada nampak lain lain kelemahan?

Tapi.. (ada tapi pulak), setiap kelemahan yang den nyatakan ini, boleh diatasi sekiranya anda menggunakan sistem shopping cart yang boleh menggunakan BillPlz sebagai payment gateway seperti WordPress + WooCommerce. (Hubungi den kalau nak bina shopping cart yang menggunakan BillPlz)

Cas Setiap Transaksi BillPlz

Sebelum den akhiri posting den ini, den nak sentuh sedikit tentang cas cas yang dikenakan oleh BillPlz kepada anda.

BillPlz Fees per transactions

  1. Secara amnya, RM1.50 untuk setiap transaksi, bergantung kepada credit yang anda reload dan plan yang anda pilih.
  2. RM0.15 untuk setiap SMS yang dihantar. BillPlz akan hantar SMS kepada pelanggan sekiranya mereka ada masukkan no telefon mereka di ruangan telefon dalam “Payment Form”.
  3. Untuk “Split Payment”, pihak ketiga yang menerima bayaran (dropship vendor anda) tidak akan dikenakan sebarang cas. Hanya akaun anda, selaku tuan punya “Payment Form” yang akan dikenakan bayaran.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan yang menerima banyak tempahan, ada baiknya anda menggunakan Unlimited Plan. Topup RM1500 setiap bulan dan anda boleh menerima transaksi tanpa had. Katakan anda menerima 3,000 transaksi sebulan, Topup RM1500 sebulan. Maka setiap transaksi, anda hanya dicaj RM0.50. Murah sangat dah tuh.

Apa Jadi Jika Tak Topup Wallet

Ramai yang bertanya.. “Kalau takde duit dalam wallet, tak boleh buat transaksi online ke?”

Jawapannya, tiada masalah. Anda masih boleh terus melakukan transaksi online. Perniagaan anda masih terus berjalan.

Sekiranya anda tidak melakukan topup ke dalam wallet anda, BillPlz akan topup untuk anda RM100. Tapi RM100 ini akan datang dari payout yang mereka sepatutnya masukkan ke dalam akaun bank anda lah.

Katakan hari ini duit dalam wallet anda tinggal RM3.00 sahaja dan anda terlupa nak topup. Alhamdulillah, perniagaan anda masih terus berjalan dan anda menerima 5 transaksi bayaran berjumlah RM200 setiap satu.

5 transaksi bernilai RM200 menjadikan total transaksi BillPlz berjumlah RM1000. So, sepatutnya BillPlz masukkan RM1000 ke dalam akaun anda esok.

Tetapi, di dalam wallet anda ada balance RM-4.50 (anda hutang RM4.50 – 3 transaksi). Oleh sebab itu, BillPlz akan topupkan RM100 ke dalam wallet anda menggunakan payment yang anda terima tadi.

Oleh itu, esok, anda akan hanya menerima RM900 di dalam akaun anda. RM100 ditolak untuk topup wallet. Balance wallet anda pun akan ada RM95.50 (setelah tolak hutang tadi).

Lebih kurang begitulah kira kiranya..

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh hubungi team@billplz.com secara terus.

Patutkah Ejen Ejen Dropship Menggunakan BillPlz?

Kesimpulan yang den dapat, BillPlz boleh mempermudahkan kerja kerja bagi ejen dropship. Akan tetapi, ianya terhad kepada satu produk. Oleh itu, ia tidak begitu sesuai digunakan secara “standalone” untuk ejen dropship yang menjual pelbagai jenis produk.

Sekiranya anda seorang ejen dropship yang menjual pelbagai jenis produk, anda masih boleh melakukan drop shipping automation dengan BillPlz. Tetapi, anda perlu menggunakan BillPlz yang diintegrasikan dengan sistem Kedai Online seperti WooCommerce dan OpenCart.

Setting BillPlz Plugin Untuk WooCommerce

Sebelum den akhiri post ini, den nak tunjukkan secara ringkas bagaimana nak setting BillPlz untuk kedai online WordPress yang menggunakan WooCommerce.

1. Install WordPress
2. Install, Activate dan Configure WooCommerce
3. Install, Activate dan Configure BillPlz for WooCommerce

Di sini den akan cover bahagian 3 tuh jer. Part 1 dan 2 tuh kalau nak cover dalam nih, alamat tiga hari baca baru habis. 😀 😀 😀

Ok. bila dah setup dan configure WordPress dan WooCommerce, boleh la install BillPlz for WooCommerce. Senang jer. Search jer dalam WordPress Plugin Repository tuh. Letak term “BillPlz” tekan “Enter”. Dapatla nanti paparan macam yang kat bawah nih.

BillPlz WooCommerce Plugin Search

Bila keluar “BillPlz for WooCommerce” klik Install dan Activate jer terus. Takde masalah, insyaAllah.

Lepas install dan activate, haruslah nak kena Configure pulak.

1. Click WooCommerce
2. Click Settings
3. Click Checkout
4. Click BillPlz

Anda akan dapat paparan seperti berikut:

BillPlz WooCommerce Plugin Search

Di dalam paparan ini, anda perlu isikan butiran butiran seperti yang den nyatakan di sini:

5. Enable BillPlz: Pilih untuk “Enable BillPlz” sekiranya anda ingin menggunakannya.
6. Title: Letakkan tajuk yang sesuai untuk pembayaran menggunakan BillPlz. Den letak Online Banking jer.
7. Description: Maklumat ringkas tentang BillPlz Payment Gateway ini.
8. API Secret Key: Maklumat ini boleh anda dapatkan di dalam akaun BillPlz anda. Lihat ruangan “Settings”
9. Collection ID: Maklumat ini anda dapatkan dari ruangan Billing BillPlz. Anda perlu “Create Collection” di situ terlebih dahulu. Prosesnya lebih kurang seperti nak buat Payment Form. Cuma tak banyak info perlu di isikan. Bila dah “Create Collection” copy Collection ID tersebut dan masukkan di sini.
10. X Signature Key: Maklumat ini boleh anda dapatkan di dalam akaun BillPlz. Ruangan Settings.
11. Bill Notiication: Anda ada beberapa pilihan – No Notification, Email Only, SMS Only, Both. Den akan gunakan Email only. SMS ada cajnya.
12. Click to Clear Cart Session – Den biarkan as is jer.
13. Debug Log – So far den belum pernah guna lagi
14. Instuctions – Letakkan apa apa pesanan tambahan kepada pelanggan anda di sini.
15. Error Message: Anda boleh customize error message yang dipaparkan kepada pelanggan

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. BillPlz sekarang sudah boleh digunakan di dalam kedai online WooCommerce anda.

Sekiranya anda ada menggunakan plugin BillPlz for WooCommerce ini, jangan lupa untuk belanja developernya pizza.

BillPlz Untuk Anda?

Anda rasa BillPlz sesuai untuk anda? Sekiranya anda seorang Dropship Vendor, aktifkan lah akaun BillPlz anda sekarang. Rekomenkan kepada ejen ejen dropship anda supaya turut menggunakan BillPlz.

Kongsikanlah artikel Drop Shipping Automation Dengan BillPlz den ini kepada rakan rakan dropship anda.

InsyaAllah

😀 😀 😀

.

Dropship Dengan BillPlz – Payment Gateway Untuk Online Banking di Malaysia was last modified: 2016-06-04T13:57:10+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 1,027 times, 25 visits today)
Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<