Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Dari WordPress Single Site ke WordPress Multisite ke WordPress Multisite Network.

Advertisement


Semua pengguna WordPress pastinya tahu cara nak install WordPress di dalam akaun webhosting masing masing. Tidak kiralah webhosting jenis apa sekalipun, WordPress “Famous 5 minute installation” membolehkan anda install WordPress dengan mudah. Biasanya, anda akan buat satu installation untuk setiap website di dalam webhosting anda. Bagi yang ada multiple domains dalam satu webhosting la.

Satu WordPress untuk setiap website, itulah yang dinamakan WordPress Single Site. Ini biasa anda lihat. Apa yang jarang anda lihat adalah WordPress Multisite.

Apa Itu WordPress Multisite?

WordPress Multisite membolehkan anda membina lebih dari satu website dengan WordPress. Anda cuma perlu install WordPress satu kali sahaja. Dengan WordPress Multisite, anda mempunyai pilihan untuk membina site WordPress baru dalam konfigurasi folder atau subdomain.

Konfigurasi folder membolehkan anda membina website berbentuk domainanda.com/website1, domainanda.com/website2, dan seterusnya.

Konfigurasi subdomain pula membolehkan anda membina website berbentuk website1.domainanda.com, website2.domainanda.com, dan seterusnya.

Setiap website (website1, website2, dan seterusnya) adalah website yang berbeza. Setiap website ada Administrator sendiri. Setiap website boleh activate theme sendiri. Setiap website boleh activate plugin sendiri. Setiap website boleh assign role tertentu pada user ikut keperluan sendiri.

Ya, Administrator untuk setiap website hanya boleh Activate theme dan plugin yang mereka mahukan. Administrator tidak boleh install atau delete themes dan plugins. Kebolehan untuk install dan delete hanya ada pada Super Administrator. Ini bagi mengelakkan Administrator dari mendelete theme atau plugin yang sedang digunakan oleh website website lain.

Ramai pengguna WordPress Multisite, menggunakan plugin domain mapping untuk menjadikan website1.domain.com (atau domain.com/website1) kepada website1.com. Walaupun cara tersebut boleh digunakan, namun cara yang lebih baik adalah dengan menggunakan WordPress Multisite Network.

Apa Itu WordPress Multisite Network?

WordPress Multisite Network membolehkan anda membina website pelbagai domain dan subdomain hanya dengan menggunakan satu installation WordPress di dalam webhosting anda. Dengan Multisite Network, anda membina jaringan WordPress Multisite.

Anda boleh membina domainanda.com, domainsaya.com, domaindia.com, dan seterusnya.

Setiap domain tersebut pula boleh mempunyai subdomain1.domainanda.com, subdomainA.domainsaya.com, subdomain$.domaindia.com, dan seterusnya. Tidak perlu menggunakan domain mapping plugin.

Sebelum anda mula membina Multisite dan Multi Network, ada baiknya anda baca dahulu Requirements Untuk membina WP Network.

Bagaimana Nak Install WordPress Multisite?

Nak install WordPress Multisite tidak lah begitu susah. Anda hanya perlu edit dua file sahaja iaitu wp-config.php dan .htaccess. Oleh itu, sila pastikan anda mempunyai akses kepada kedua dua file tersebut terlebih dahulu. Pastikan juga yang anda boleh membuat edit pada file tersebut. Sila hubungi webhosting anda jika anda tiada akses atau tidak boleh edit file tersebut.

Sebelum anda mula edit file, anda juga perlu pastikan yang webhosting anda memberikan akses kepada wildcard subdomains untuk domain anda. Anda perlu tambah *.domainanda.com pada definisi subdomain anda. Setelah itu, pastikan apabila anda akses test.domainanda.com atau apa apa subdomain (yang belum wujud dalam webhosting anda), anda akan mendapat website domainanda.com dan bukannya paparan “No Website”.

Langkah 1: Wildcard Subdomain

Jom kita tambahkan konfigurasi wildcard subdomain untuk domainanda.com.

wpmultisitenetwork-cpanel-subdomains-795x416.jpg
  1. Login ke cPanel webhosting anda
  2. Klik pada Subdomains

wpmultisitenetwork-cpanel-createasubdomain-795x416.jpg

  1. Masukkan ” * ” pada ruangan subdomain seperti yang den tunjukkan dalam gambar
  2. Plih domain yang yang ingin anda gunakan (sekiranya ada banyak domain dalam webhosting anda)
  3. Pastikan “Document Root” adalah root folder untuk website anda. Biasanya public_html
  4. Klik butang “Create”

Cuba akses test.domainanda.com (gantikan domainanda.com dengan nama domain anda sendiri lah ya). Ia sepatutnya membawa anda ke domainanda.com dan bukannya paparan “No Website”.

Baik, anda kini sudah bersedia untuk menjadikan WordPress Single Site anda kepada WordPress Multisite.

Langkah 2: Deactivate Plugin

Eh, tunggu sat. Ada satu lagi perkara yang perlu anda lakukan sebelum mula membina WP Multisite. Anda perlu “Deactivate” segala plugin yang sedang active di dalam website anda. Anda boleh activate semula selepas website anda menjadi Multisite.

Nota: Kebanyakan plugin boleh digunakan di dalam Multisite. Namun, ada juga plugin yang tidak boleh berfungsi di dalam Multisite. Ada pula plugin yang perlu lesen tambahan untuk berfungsi di dalam Multisite. Sekiranya anda ada masalah dengan plugin tertentu setelah “Activate” semula selepas menjadi Multisite, sila rujuk pada dev plugin tersebut.

Langkah 3: Settings Dalam WP-Config dan HTAccess

Dah “Deactivate” semua plugin? Haaa.. Ikuti langkah langkah yang den sediakan berikut:

wpmultisitenetwork-cpanel-filemanager-wpconfig-codeeditor-795x416.jpg
  1. Masuk ke “File Manager” di dalam cPanel Webhosting anda
  2. Cari file wp-config.php di mana anda install WordPress anda
  3. Tekan butang “Code Editor”
wpmultisitenetwork-wpconfig-codeeditor-wpallowmultisite-795x416.jpg
  1. Masukkan kod berikut ke dalam wp-config.php seperti yang tertera di dalam gambar
  2. Save edit yang anda baru lakukan

Berikut adalah kod yang perlu anda gunakan.

 // Setup WordPress Multisite define ("WP_ALLOW_MULTISITE", true); 

Sekarang, bila anda masuk semula ke WP-Admin backend, pergi ke Tools > Network Setup dan akan melihat paparan berikut.

wpmultisitenetwork-tools-networksetup-createnetwork-795x416.jpg
  1. Isikan Network Title
  2. Isikan Network Admin eMail – eMail admin user yang sedang anda gunakan sekarang
  3. Tekan butang “Install”

Setelah itu anda perlu menambah beberapa settings ke dalam WP Config dan htaccess untuk “enable” Network Multisite anda.

wpmultisitenetwork-networkadmin-networks-enabling-795x416.jpg

Paparan di atas menunjukkan konfigurasi yang perlu anda masukkan ke dalam wp-config.php dan .htaccess.

Untuk file wp-config.php, anda perlu masukkan kod berikut. Letakkannya selepas kod yang anda masukkan awal tadi.

define('SUBDOMAIN_INSTALL', true);
define('DOMAIN_CURRENT_SITE', 'domainanda.com');
define('PATH_CURRENT_SITE', '/');
define('SITE_ID_CURRENT_SITE', 1);
define('BLOG_ID_CURRENT_SITE', 1);

Kandungan wp-config.php anda sepatutnya seperti ini.

wpmultisitenetwork-wpconfig-795x416.jpg

Setelah anda meletakkan kod yang diperlukan itu ke dalam wp-config.php, sekarang anda perlu masukkan kod ke dalam file .htaccess pula. Cari file .htaccess di dalam “File Manager”. Pastikan anda enable “Show hidden files” ketika melancarkan “File Manager” kerana .htaccess adalah “hidden”.

Berikut adalah kod yang perlu anda masukkan ke dalam .htaccess

#The New Multi Site
RewriteEngine On
RewriteBase /
RewriteRule ^index\.php$ - [L]

# add a trailing slash to /wp-admin
RewriteRule ^wp-admin$ wp-admin/ [R=301,L]

RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} -f [OR]
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} -d
RewriteRule ^ - [L]
RewriteRule ^(wp-(content|admin|includes).*) $1 [L]
RewriteRule ^(.*\.php)$ $1 [L]
RewriteRule . index.php [L]

Macam mana den buat? Lihat gambar yang den sediakan ini:

wpmultisitenetwork-htaccess-795x416.jpg

Selepas “copy paste” pastikan kod di dalam adalah seperti paparan yang den tunjuk. Sesudah itu, “Save” dokumen tersebut.

Selepas edit wp-config.php dan .htaccess, anda perlu login semula ke dalam wp-admin.

Tahniah! Anda telah pun berjaya activate WordPress Multisite.  Selepas ini anda akan Login ke dalam WordPress Multisite anda. Jom ..

Selamat Datang ke WordPress Multisite ..

Selepas melakukan penambahan kod pada file file tadi, anda kini perlu login semula ke dalam WP-Admin website anda. Kali ini, bila anda masuk ke ruangan wp-admin, anda akan melihat ..

wpmultisitenetwork-mysites-networkadmin-795x416.jpg

Sekarang sudah ada satu menu baru untuk anda – My Sites. Di dalamnya terdapat Network Admin dan juga site site anda yang lain (paparan ada satu, baru satu site yang wujud)

Jom kita ziarah setiap satu menu item di dalam Network Admin itu. Kita mulakan dengan

My Sites

wpmultisitenetwork-mysites-795x416.jpg

Di sini anda dapat melihat paparan setiap site yang anda miliki di dalam sistem Mutisite anda.

My Sites > Network Admin > Dashboard

wpmultisitenetwork-networkadmin-dashboard-795x416.jpg

Tidak ada apa sangat yang boleh anda lakukan di ruangan ini. Den pun jarang singgah sini.

My Sites > Network Admin > Sites

wpmultisitenetwork-networkadmin-sites-795x416.jpg

Di sini anda dapat melihat setiap site yang wujud di dalam sistem Multisite ini sekarang. Hanya ada satu site sahaja (primary site) buat masa ini. Ada tiga pilihan yang anda boleh lakukan ada primary site:

  1. Edit – Jika anda mahu melakukan sebarang edit pada konfigurasi site utama anda ini, anda boleh lakukan di sini.
  2. Dashboard – Jika anda mahu pergi ke Dashboard site utama anda ini, klik di sini
  3. Visit – Jika anda mahu melihat paparan website tersebut, klik di sini.

Apa kata kita lihat apa yang anda boleh buat di dalam ruangan Edit tersebut. Klik pada pautan “Edit” tersebut. Anda akan dapat melihat paparan berikut:

wpmultisitenetwork-networkadmin-sites-edit-795x416.jpg

Secara amnya, anda tidak perlu membuat apa apa editing di sini. Sekiranya anda membina website “Dewasa”, anda mungkin mahu tukar setting Attributes dari Public kepada “Mature”. Tab tab lain – Users, Themes dan Settings, anda tidak perlu ubah apa apa.

Tab Users memaparkan semua users yang berdaftar di dalam Network Multisite anda.

Tab Themes memaparkan semua themes yang tidak di Network Enabled di dalam Network anda.

Tab Settings memaparkan pelbagai settings yang digunakan di dalam Network anda.

My Sites > Network Admin > Sites > Add New

Nak tambah site baru? Klik pada link “Add New” di dalam Menu Sites anda.

wpmultisitenetwork-networkadmin-sites-addnew-795x416.jpg

Isikan maklumat tentang site baru yang anda ingin bina.

  1. Site Address URL – berikan nama subdomain yang anda ingin gunakan
  2. Site Title – berikan Tajuk untuk site baru anda ini
  3. Site Language – Pilih bahasa mengikut kesesuaian anda
  4. Admin eMail – isikan email untuk administrator site tersebut. Sekiranya email itu tidak wujud dalam sistem, WP akan create user baru dengan email tersebut. Username dan password akan di hantar terus ke email berkenaan
  5. Klik butang “Add Site”

Site baru anda itu akan tersenarai di dalam paparan My Sites > Network Admin > Sites.

wpmultisitenetwork-networkadmin-sites-newcreated-795x416.jpg

Cubalah akses website baru anda itu.

Dengan Multisite, anda boleh membina pelbagai subdomain dengan hanya satu installation WordPress. Sekiranya anda ingin membina  website untuk domain yang berlainan, anda ada dua pilihan:

  1. Gunakan Plugin Domain Mapping
  2. Gunakan Plugin WP Multi-Network

Hari ini, den akan tunjukkan cara membina WP Multi Network dengan plugin WP Multi-Network. Jom ..

Langkah 4: Dari Multisite ke Multi Network

Website den HadeeRoslan.my ini dibina menggunakan WP Multi Network. Dengan hanya satu install WP, den ada 3 network – maaxii.com, kodeexii.net dan hadeeroslan.my. Setiap satu domain itu den boleh juga bina lab.maaxii.com, sub1.kodeexii.net, sub1.hadeeroslan.my dan seterusnya. Tanpa perlu install WP sekali lagi.

Untuk “upgrade” Multisite anda kepada Muilti-Network, anda hanya perlu install plugin WP Multi-Network.

wpmultisitenetwork-multinetwork-plugin-795x416.jpg

Anda cuma perlu search “WP Multi Network” di dalam Repo WordPress. Install dan “Network Activate” plugin tersebut. Anda juga perlu membuat sedikit perubahan pada WP Config anda. Anda perlu ubah setting dalam WP Config dari

define('DOMAIN_CURRENT_SITE', 'domainanda.com');

kepada

//define('DOMAIN_CURRENT_SITE', 'domainanda.com');

Setelah anda lakukan ini, anda akan dapat melihat satu Menu baru di dalam WP-Admin website anda.

wpmultisitenetwork-networkadmin-networks-795x416.jpg

Menu ini akan memaparkan semua network yang wujud di dalam WP Multi Network anda. Dalam kes website den ini, den dah bina 3 Network – Maaxii, KodeeXII dan HadeeRoslan. Anda tentunya hanya ada satu sahaja buat masa ini.

Di dalam paparan ini juga anda boleh Edit sesebuah Network dengan menekan link Edit.

wpmultisitenetwork-networkadmin-networks-edit-795x416.jpg

Anda hanya akan menggunakan fungsi Edit Network ini sekiranya anda perlu mengubah subsite dari satu network ke network yang lain. Den sendiri pun hanya pernah gunakan fungsi edit ini satu kali sahaja. Untuk mengeluarkan site KodeeXII keluar dari network HadeeRoslan supaya den boleh letakkannya di dalam Network nya sendiri.

Menambah Network Baru

Sekarang anda sudah boleh membina network baru untuk domain domain anda yang lain. Ingat, satu domain satu network.

Sebelum anda menambah network baru di dalam WP Multi Network anda ini, anda perlu terlebih dahulu menambah domain tersebut ke dalam cPanel. Anda perlu menggunakan fungsi Parked Domain (cPanel versi lama) / Aliases (cPanel baru).

wpmultisitenetwork-cpanel-aliases-795x416.jpg
  1. Login semula ke dalam cPanel anda
  2. Klik pada ikon Aliases (cPanel baru) – Bagi yang masih menggunakan cPanel lama, gunakan “Parked Domains”

Sekarang anda boleh menambah domain baru sebagai alias (parked domain) di dalam cPanel anda

wpmultisitenetwork-cpanel-newaliases-795x416.jpg
  1. Domain – Masukkan nama domain yang anda ingin gunakan dalam cPanel anda.
  2. Tekan butang “Add Domain”

Anda juga perlu menambah wildcard subdomain untuk domain baru anda ini. Ikut langkah yang telah den tunjuk di atas nun.

Anda sekarang sudah bersedia untuk menambah domain baru ini sebagai Network baru di dalam WP Multi Network anda.

Untuk tambah Network, klik link Add New pada menu Networks di dalam WP Admin.

wpmultisitenetwork-networkadmin-networks-addnew-795x416.jpg
  1. Title – Title Network yang akan anda lihat di paparan All Networks
  2. Domain – masukkan nama domain yang ingin anda gunakan.
  3. Path – biarkan sebagai “/”
  4. Sitename – Berikan nama untuk Network anda ini.
  5. Tekan butang “Create”

Network baru anda akan di bina dan sedia untuk digunakan.

wpmultisitenetwork-networkadmin-networks-newcreated-795x416.jpg

Itulah dia langkah langkah untuk membina WordPress Multi Network di dalam web hosting anda. Sekarang anda tidak perlu lagi install WordPress banyak banyak kali dalam hosting anda. Cuma install satu WP dan gunakannya untuk membina seberapa banyak website yang mampu di tampung oleh webhosting anda.

Sebelum anda terus menggunakan Multi-Network ini untuk website pelanggan, ada baiknya anda gunakan ia untuk website anda sendiri terlebih dahulu. Biasakan dengan cara untuk Admin sebuah Multi Network.

Den akan buat satu lagi post berkenaan Multisite dan Multi Network. Dalam post itu nanti den akan perjelaskan perbezaan di antara Single Site, Multi Site dan Multi Network.

So, sekian dulu dari den buat kali ini. Kalau anda berjaya setup Multi Network menggunakan panduan den ini, harap dapat tinggalkan sedikit komen di sini ya.. 😀 😀 😀

WordPress Multisite – Rahsia Den Bina Pelbagai Website Menggunakan Satu WordPress was last modified: 2016-12-10T20:16:55+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 232 times, 1 visits today)
Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<