+601165755151 [email protected]

Cara Nak Kawal Penggunaan RSS Feed WordPress Anda

Sep 2, 2017 | WordPress

Dalam post ini den nak tunjukkan bagaimana anda boleh kawal penggunaan RSS Feed WordPress anda. RSS Feed sesebuah website biasanya digunakan oleh aplikasi News Feed Reader. Ia juga turut digunakan oleh aplikasi perkongsian untuk kongsikan post post anda ke platform platform media sosial pilihan anda. Selain itu, RSS Feed website anda juga boleh digunakan oleh penggiat AutoBlogger.

Mungkin ada yang bertanya, “Apa benda RSS Feed nih? Izinkan den terangkan terlebih dahulu ..

RSS Feed Secara Ringkas

RSS itu adalah singkatan kepada “Rich Site Summary”. Ia juga turut dikenali sebagai “Really Simple Syndication”. Ianya adalah format “suapan” website yang memberikan kandungan dalam bentuk ringkas dan difahami oleh pelbagai applikasi News Readers.

Secara amnya, RSS Feed membolehkan kandungan website anda dibaca oleh News Feed Readers. News Feed Readers ini membolehkan pelanggan membaca post post anda tanpa perlu melawat website anda. Mereka hanya melihat kandungan anda sahaja. Segala iklan yang ada di website anda juga tidak akan muncul di paparan News Feed.

Servis Google Reader adalah antara News Feed Reader yang terkenal, suatu waktu dahulu, sebelum ianya dihentikan. Sekarang, den rasa tak ramai yang gunakan News Feed Reader. Antara sebabnya, mungkin kerana kelajuan Internet yang dah berganda ganda lajunya dari dulu. Salah satu News Feed Reader yang den ada gunakan sekarang (ya, den still gunakan News Feed Reader, untuk scan post post menarik dari pelbagai website yang den baca) adalah Feedly.

Feedly RSS Feed Reader

WordPress menyediakan fungsi RSS Feed secara automatik. Anda tak perlu buat apa apa, ianya dah memang sedia ada. Tak pernah lihat RSS Feed? Ini link RSS Feed blog Hadee Roslan. Klik dan lihat kandungannya. Nak lihat kandungan RSS Feed website WordPress anda? Gunakan domainanda.com/feed.

Dalam General Settings WordPress, anda boleh mengawal apa yang di paparkan dalam RSS Feed WordPress anda. Anda boleh pilih nak paparkan semua kandungan (Full text) atau hanya sebahagian sahaja (Summary).

WordPress RSS Feed Settings

Den rekomen gunakan option paparan separa kandungan. Lebih lebih lagi sekiranya anda seorang Amazon Affilliate dan ada membuat post yang memaparkan harga produk produk Amazon.

Baiklah, den harap penerangan serba ringkas den tentang RSS Feed ini cukuplah sebagai pencerahan tentang apa itu RSS Feed.

Sebelum den mulakan tutorial WordPress ini dan tunjukkan cara nak lewatkan paparan post anda dalam RSS Feed WordPress, elok juga kalau den terangkan serba sedikit faedah yang anda dapat menggunakan kaedah ini. Apakah sebab utama kenapa anda patut melewatkan paparan post di dalam RSS Feed anda?

Lewatkan Paparan Post Dalam RSS Feed Untuk SEO

Pada den, sebab utama den gunakan kaedah melambatkan paparan post di dalam RSS Feed adalah SEO. Mungkin ada yang keliru sekejap dengan statement den itu?

Apa kena mengena lewatkan paparan dalam RSS Feed dengan SEO?

Hehehe.. jangan konpius.. biar den cuba berikan penjelasan..

Biasa dengar term AutoBlog? AutoBlog adalah satu kaedah blogging di mana setiap isi kandungan blog tersebut ditarik dari website lain secara automatik. Hampir semua autoblog ini berfungsi dengan cara menarik kandungan menggunakan RSS Feed.

BACA JUGA  Panduan WordPress Multisite - Satu WordPress Pelbagai Website dan Domain

Setiap kali anda publish post anda, ia akan terus masuk ke dalam RSS Feed. Sejurus selepas itu, post anda akan terus muncul juga di dalam website AutoBlog yang menggunakan RSS Feed anda.

Biasanya, website website autoblog ini, akan mengambil RSS Feed dari banyak website. Oleh itu, kadar update di website mereka agak kerap. Google pula, sukakan website yang kerap diupdate. Lebih kerap kita update website dengan kandungan baru, lebih keraplah Google datang ke website kita.

Sekarang, berapa kerapkah anda buat kandungan baru untuk website anda? Bandingkan dengan kekerapan update yang berlaku dalam website AutoBlog. Agak agak, website siapa yang lebih kerap dilawati oleh Google?

Katakan anda hanya buat kandungan dua minggu sekali. Manakala website Autoblog pula mengeluarkan kandungan setiap hari. Bila anda publish post di website anda, website autoblog pun akan terus publish kandungan anda di website mereka (mungkin ada delay seminit dua la).

Agak agak, Google akan index kandungan dari website siapa dulu? Website anda atau website autoblog?

Ada kemungkinan yang tinggi, Google akan index kandungan anda yang berada di website autoblog itu terlebih dahulu. Sebab mereka mempunyai kadar update yang lebih kerap. Google mungkin hanya melawat website anda dua tiga hari sekali sekiranya anda tidak kerap mengeluarkan post post baru.

Untuk mengelakkan dari kandungan anda dicilok sebelum sempat ia diindex oleh Google, anda perlu pastikan kandungan tersebut tidak dipaparkan dalam RSS Feed dikala anda publish post tersebut. Letakkan sedikit “delay”. Ini untuk memberikan anda sedikit masa untuk melakukan pemasaran untuk post anda tersebut.

Pastikan juga tempoh delay ini mencukupi untuk anda membuat pemasaran. Dalam blog Hadee Roslan ini, den letakkan tempoh 48 jam sebelum post yang den publish masuk ke dalam RSS Feed.

So, den kena pastikan yang setiap post den telah berada dalam index Google dalam masa 48 jam.

Baiklah, sekarang den harap anda dah faham kenapa perkara ini perlu anda lakukan. Tentunya anda dah tak sabar nak tahu cara nak lewatkan post dari muncul dalam RSS Feed kan..

Jom den tunjukkan.

Kod Php Untuk Melewatkan Paparan Post Dalam RSS Feed

Cara pertama yang den tunjukkan ini memerlukan anda menggunakan kod Php. Berikut adalah kod Php yang perlu anda masukkan ke dalam file functions.php Child Theme anda. Ya, anda perlu ada Child Theme untuk masukkan kod Php ini.


//Delay post appearance in RSS Feed
//By 48 Hours to allow proper Search Engine Indexing of your content
//
function publish_later_on_feed($where) {

global $wpdb;

if ( is_feed() ) {
// timestamp in WP-format
$now = gmdate('Y-m-d H:i:s');

// value for wait; + device
$wait = '48'; // integer

// http://dev.mysql.com/doc/refman/5.0/en/date-and-time-functions.html#function_timestampdiff
$device = 'HOUR'; //MINUTE, HOUR, DAY, WEEK, MONTH, YEAR

// add SQL-sytax to default $where
$where .= " AND TIMESTAMPDIFF($device, $wpdb->posts.post_date_gmt, '$now') > $wait ";
}
return $where;
}

add_filter('posts_where', 'publish_later_on_feed');

Salah satu masalah penggunaan Child Theme ialah apabila anda menukar theme. Anda perlu pastikan kod kod tambahan yang anda masukkan dalam file functions.php turut disalin ke dalam functions.php Child Theme untuk theme baru anda.

BACA JUGA  Bagaimana Nak Meningkatkan Kelajuan Website WordPress Anda

Kalau anda macam den – tak kuasa nak main dengan functions.php, bolehlah gunakan plugin based solution. Anda boleh install plugin seperti My Custom Functions. Letakkan kod di atas itu ke dalam plugin tersebut.

Anda boleh ubah nilai yang digunakan untuk $wait dan $device mengikut keperluan anda.

Bagi yang tak nak, tak suka, tak gemar sentuh kod, den ada jumpa dua plugin:

  1. Feed Delay by Reza Moallemi
  2. Feed Delay by ram108

Cuma.. kedua dua plugin yang den jumpa ini dah lama bebenor tak di update. Den sendiri pun tak pernah guna. Hehehe.

Selain dari melewatkan kemasukan post anda di dalam RSS Feed, anda juga boleh menggunakan kaedah menambah kandungan khusus untuk paparan dalam RSS Feed.

Tambah Kandungan Khas Untuk RSS Feed WordPress

Kawal Paparan Post dalam RSS Feed WordPressOleh kerana kandungan post dalam RSS Feed biasanya dikongsi tanpa pemantauan, anda boleh meletakkan kandungan khusus untuk paparan di dalam post RSS Feed anda.

Apakah kandungan khas untuk paparan dalam RSS Feed ini? Anda boleh letakkan sedikit nota di penghujung post seperti “Post/Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di <link website anda>”. Berikut ada beberapa artikel lain yang mungkin menarik untuk anda – <letakkan link artikel artikel lain>”

Dengan meletakkan statement ini di penghujung RSS Feed, secara teorinya, anda tidak perlu lagi risau tentang website autoblog menandingi SEO anda kerana telah ada link ke artikel asal di dalam post autoblog tersebut.

Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu menggunakan plugin seperti WP Kill In Feed. Setakat ini, ini sahaja plugin yang den jumpa yang ada fungsi yang den maksudkan ini. Itu pun den dapat dari artikel WPBeginner ini.

Den sendiri tak pernah cuba lagi kaedah tambah kandungan untuk RSS Feed ini. Antara sebabnya ialah, den tak tahu apakah pandangan Google terhadap website autoblog tersebut. Mungkin baik, mungkin tidak. Oleh itu den rasa tak perlulah den dapatkan backlink dari mereka.

Jika anda nak gunakan kaedah ini, den rekomen anda jadikan link dalam RSS Feed itu sebagai “nofollow” (kalau bolehlah).

Akhir Kata ..

Itulah dia 2 cara yang dapat den tunjukkan buat masa ini berkaitan mengawal apa yang dipaparkan oleh RSS Feed website WordPress anda. Personally, den hanya gunakan cara yang pertama sahaja.

Anda ada website yang mengalami masalah kandungan dicilok oleh AutoBlogger? Cubalah kaedah yang den berikan ini. Berikan post post anda sedikit peluang untuk mendapatkan Google SEO juice yang sepatutnya.

Kalau anda ada kaedah lain yang boleh dimanfaatkan oleh para pembaca Hadee Roslan, sudi sudi lah kongsikannya di ruangan komen.

InsyaAllah

Cara Nak Kawal Penggunaan RSS Feed WordPress Anda was last modified: 2017-09-02T11:25:05+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan