Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Biasa tengok ruangan Revisions setiap kali anda menulis Post atau Page di dalam WordPress?

Advertisement


Fungsi Revisions ini sebenarnya bagus. Dengan adanya fungsi Revisions ini, anda tidak perlu risau sekiranya anda melakukan kesilapan dalam penulisan dan hanya tersedar selepas dah “Save”. WP ada sediakan backup untuk anda dalam bentuk Revisions…

Yalah.. Kalau anda jenis yang menulis artikel panjang sampai dekat 2000 patah perkataan. Tentunya setiap artikel itu berpuluh, mungkin beratus kali dah save.

Bila dah “Save” banyak kali, banyaklah entri dalam ruangan Revisions tuh.

WordPress Post Revisions Tanpa Had

Ada masalah ke kalau banyak revisions? Bila banyak entri dalam revisions, banyak jugak la data dalam database WP. Bila banyak data, maka database WP pun kena lah kerja lebih keras untuk dapatkan data bila diperlukan.

Sebenarnya, den tak rasa bilangan revisions ini akan menyebabkan website anda jadi lembab. At least tidak pada halaman yang di akses umum la. Cuma, pada den, nampak macam semak bila ada revisions banyak sangat. Data Revisions nih pulak, bukanlah data yang penting untuk kita simpan banyak banyak. Oh ya, ada la kot kos pada storage dalam webhosting kalau anda tidak menggunakan webhosting dengan unlimited storage.

Oklah, jom ikut den.. kita buat supaya hanya 3 Revisions terakhir sahaja disimpan dalam database WordPress. Ada beberapa cara yang den nak tunjuk. Anda boleh pilih nak guna cara yang mana.

Cara Pertama – Letakkan Kod Dalam WP Config

  1. Login ke CPanel hosting anda
  2. Lancarkan File Manager CPanel anda
  3. Cari file wp-config.php dan buka menggunakan fungsi “Code EditorWebhosting CPanel FileManager WPConfig
  4. Tambahkan kod berikut di dalam file tersebut seperti yang tertera.
    // Limiting Post Revisions to 3
    define('WP_POST_REVISIONS', 3);

    WordPress WPConfig Limit Post Revisions
    Pastikan kod itu dimasukkan sebelum baris yang mempunyai ayat berikut:
    /* That’s all, stop editing! Happy blogging. */
  5. Pastikan anda “Save” dokumen tersebut sebelum anda keluar/tutup screen berkenaan.

Anda tak nak simpan walau satu Revisions? Boleh.. tukarkan angka 3 itu kepada “false” seperti berikut:
// Disable WP Post Revisions
define('WP_POST_REVISIONS', false);

Satu lagi setting yang sering digunakan bersama Post Revision adalah AutoSave. WordPress secara amnya, melakukan AutoSave setiap 2 minit.

Jika anda ingin mengubah setting AutoSave, anda boleh menggunakan kod berikut:
// WordPress AutoSave
define('AUTOSAVE_INTERVAL', 300); // seconds

Jika anda gabungkan kedua dua kod, ia akan menjadi seperti berikut:
define('AUTOSAVE_INTERVAL', 300); // seconds
// Limiting Post Revisions to 3
define('WP_POST_REVISIONS', 3);

Dengan setting di atas, WordPress akan melakukan AutoSave setiap 5 minit. Manakala hanya 3 revisions sahaja yang disimpan di dalam database.

Den rekomen anda gunakan cara ini sekiranya anda ada akses kepada file wp-config.php di dalam webhosting anda. Jika tidak, jangan risau, ada dua lagi cara yang boleh anda cuba gunakan.

Cara Kedua – Letakkan Kod Dalam functions.php Child Theme

Bagi anda yang tidak mempunyai akses ke file wp-config.php, jangan risau. Anda tetap boleh menghadkan bilangan Revisions. Cuma anda kena buat banyak kerja sikit.

Masih berminat? Ok jom kita teruskan. Anda perlu:

  1. Buat “Child Theme” sekiranya belum ada. (Tak tahu apa itu Child Theme? Mungkin cara ketiga lebih sesuai untuk anda)
  2. Tambahkan kod berikut ke dalam file functions.php di dalam Child Theme anda.
    // Limit number of Revisions in WP Database
    add_filter( 'wp_revisions_to_keep', 'mxii_limit_revisions', 10, 2 );
    function mxii_limit_revisions( $num ) {
    $num = 3;
    return $num;
    }
  3. Save file functions.php anda.

Baiklah, jom kita lihat pula cara seterusnya.

Cara Ketiga – Letakkan Kod Dalam My Custom Functions

Cara terakhir ini cara yang den suka gunakan sebab tak perlu nak kecoh kecoh edit file itu ini. Anda boleh buat ini dari dalam halaman WP-Admin anda sahaja.

Jom kita buat sekarang. Berikut langkah langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Install dan Activate Plugin My Custom FunctionsWordPress Add New Plugin My Custom Functions

  2. Masukkan Kod berikut ke dalam ruangan Custom Functions seperti yang tertera:
    // Limit number of Revisions in WP Database
    add_filter( 'wp_revisions_to_keep', 'mxii_limit_revisions', 10, 2 );
  3. function mxii_limit_revisions( $num ) {
    $num = 3;
    return $num;
    }

    WordPress Limit Revisions Dalam My Custom Functions

  4. “Save Changes” selepas anda selesai ber kopi pasta.

Cara Ke Empat dan Paling Mudah Untuk Hadkan WP Post Revisions

WordPress tak boleh lari dari plugins. Apa sahaja yang anda perlu WordPress lakukan, den rasa dah ada dah pluginnya. Sama ada plugin premium atau pun percuma. Begitu juga dalam kes ini. Bagi anda yang memang tak suka langsung nak sentuh kod, walaupun hanya dua tiga baris, anda bolehlah menggunakan plugin.

Ada banyak (terlalu banyak kot) plugin untuk Revisions. Anda hanya perlu lakukan carian dengan keyword “revisions” dan anda akan disediakan dengan lebih 600 plugins.

WordPress Revisions Plugins Search

Tapi macam banyak sangat pulak pluginnyakan? Mana satu nak pilih?

Terus terang den cakap, den tak pernah cuba mana mana plugin revisions nih. Pada den, tak berbaloi nak install satu plugin yang mungkin mempunyai beratus ratus barisan kod bila tugas plugin itu boleh dilakukan dengan satu baris kod dalam WPConfig. Itu den la ya.

Apakah anda pun berfikiran seperti den juga?

Macam den cakap, kalau tak boleh akses WPConfig, gunakan My Custom Functions. Ada banyak lagi kod yang boleh diletakkan dalam plugin tersebut. Ianya bukan hanya untuk Post Revisions ini sahaja. Letak kod kawal RSS Feed pun boleh.

Kalau anda tetap nak gunakan plugin juga, carilah plugin yang sering di update dan mempunyai jumlah pengguna yang ramai. Kalau plugin dah lebih 6 bulan tak update, cari lain la.

Peringatan Buat Yang Guna Kaedah Child Theme

Den ada satu peringatan nak beri kepada anda yang bercadang nak gunakan cara kedua – Child Theme. Pada hemah den la kan, kod ini tempatnya bukan di dalam functions.php, walaupun, ia boleh di letakkan di situ.

Jika anda menggunakan cara kedua (Child Theme), anda perlu ingat untuk “copy paste” kod ini semula ke dalam Child Theme yang baru sekiranya anda membuat keputusan untuk menukar theme.

Den rasa, ada kemungkinan yang sangat besar anda akan lupa tentang kod ini di dalam functions.php Child Theme anda ini nanti. Unless ada cara nak letak reminder pasal nih dalam WordPress Push Notification settings la kot.

Ok.. tunggu apa lagi? Cepat cepatlah pergi clearkan WP Revisions tuh. Hehehe..

4 Cara Hadkan Jumlah WordPress Revisions Untuk Setiap Post was last modified: 2016-11-05T10:43:00+00:00 by Hadee Roslan
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<