Breakdance Builder Versi Percuma dan Dynamic Data

Jan 27, 2023 | WordPress | 1 comment

Hari ini den dapat tahu yang Breakdance Builder ada mengeluarkan plugin versi Percuma. Den pun terus pergi ke website Breakdance Builder untuk dapatkan plugin tersebut. Den nak test plugin Breakdace Builder versi Percuma ini dalam Dev website den.

Get Breakdance Free

Semasa den tulis artikel ini, plugin Breakdance Builder Percuma ini belum lagi berada dalam WordPress Plugin Repository. Oleh itu, ia hanya boleh di download dari website Breakdance Builder sahaja. Den rasa, ia boleh di install dari WordPress Plugin Repository juga nanti. Depa tengah buat apa yang patut la kot. Takde issue la kot. Kot mana pun, janji boleh guna.

Den bukan nak test fungsi Page/Theme Builder dalam Breakdance Builder Percuma nih. Den rasa semua builder lebih kurang sama jer. Hari ini den cuma berminat nak tengok jika Breakdance Builder Percuma nih ada berikan fungsi untuk access Dynamic Data atau tidak.

First Impression untuk Breakdance Builder

Orang kata First Impression itu penting. Den setuju, “to a certain extent” sebab den ada juga dengar orang kata “Don’t judge a book by its’ cover”. Apa pun, perkara pertama den buat selepas den install dan activate plugin Breakdance ialah pergi ke ruangan Breakdane > Home dalam WP-Admin. Terkejut badak jugak la den tengok ..

Breakdance Builder WP Admin Home

Apakah ini? Konpius sekejap den. Depa nih malas nak buat proper Home atau memang ini trend terkini?

Takpelah. Mungkin depa takde masa nak buat Home cantik cantik kot. Hopefully depa akan update la ruangan Home tuh nanti. Kita tengok fungsi yang kita nak godek jer la dulu.

BreakDance Builder Template

Dalam Dev site den nih, den tak setup Breakdance Builder untuk gunakan theme yang sedia ada. Den gunakan theme Twenty Twenty Three sebab nak test WordPress Full Site Editing. Walaupun den guna Twenty Twenty Three, fungsi Template dalam Breakdance Builder masih boleh digunakan.

Breakdance Builder Single CPT Template

Memandangkan den dah ada CPT untuk Cars dalam Dev Site ini, den pun buatlah Single Car Template khusus untuk Cars yang mengandungi Taxonomy Hatchback.

Kenapa buat Template untuk Taxonomy Hatchback?

Sebab Single Cars Template den dah buat guna FSE dan dibina menggunakan GenerateBlocks dan Kadence Blocks builders. Dengan cara ini, den boleh test templates untuk pelbagai Single CPT menggunakan pelbagai Builder dalam satu site tanpa perlu reset website den dan tak perlu nak gunakan WordPress multisite.

Semua Cars yang dalam Taxonomy Hatchback akan dipaparkan dalam template yang den buat di sini manakala yang lain lain akan kekal menggunakan template dalam FSE.

Breakdance Builder Dynamic Elements

Terkejut den sekali lagi bila den mula nak masukkan elements dalam Single Cars Hatchback Template den nih. Breakdance ada satu section untuk elements yang dikategorikan sebagai Dynamic.

Breakdance Builder Free Dynamic Elements

Ada pelbagai Dynamic Elements yang boleh digunakan. Tentunya, untuk Single Car Template ini, den akan perlukan Post Title dan Post Featured Image. Itulah yang den letakkan di bahagian Hero Section den.

BACA JUGA  4 Cara Hadkan Jumlah WordPress Revisions Untuk Setiap Post

Seperti yang den jangkakan, dia tak bagi semua elements dalam Breakdance Builder versi Percuma ini. Namun, pada den, dah boleh la kot, buat simple website dengan simple CPT dan ACF.

Breakdance Builder Dynamic Data di Basic Elements

Dalam page Cars, den perlukan Breakdance Builder Elements yang boleh paparkan data dari ACF. Daru apa yang den lihat di Dynamic Elements, Post Meta hanya boleh digunakan dalam versi Pro. Nampak gaya macam tak boleh lah den nak paparkan data dari ACF kan?

Sekali lagi Breakdance Builder membuat kejutan.

Dalam Basic Elements, ada element “Text”. Text element juga ada fungsi untuk paparkan data dari Custom Field. Cumanya, bila guna Custom Field nih nak kena tahu field name yang diperlukan. Itu tak jadi masalah. Boleh rujuk semula ke konfigurasi Custom Field tersebut dalam ACF.

Den pun masukkanlah semua Custom Fields yang menyimpan data untuk Cars satu persatu. Jenuh juga nak ulang alik antara Template Editor dan ACF fields tuh. Nasib baik tak banyak sangat Custom Fields.

Breakdance Builder Single Car Template Complete

Makanya, berjaya jugalah den membina Single Cars Template menggunakan Dynamic Data dalam Breakdance Builder Percuma ni.

Breakdance Builder Dynamic Data dan Archive Template

Single Template dah test dan berjaya. Macam mana pula dengan Archive Template? Boleh ke den bina Archive Pages untuk CPT meggunakan Breakdance Builder?

Den perasan dalam Dynamic Elements tadi ada satu element “Post Loop Builder”. Malangnya element itu untuk kegunaan Breakdance Builder versi Pro. Makanya tak dapek lah den nak gunakan dalam test den ini.

Betulke tak boleh nak bina Archive Pages?

Den nampak ada satu Element bernama Post List. Maka den pun tariklah element tersebut ke dalam Template den.

Cemerlanglah! Element Post List itu boleh digunakan untuk paparkan senarai Cars dalam Archive Page Template yang den bina ini. Tak perfect. Den tak boleh nak paparkan data dari ACF dalam list tersebut. Namun, ianya mungkin memadai sekiranya data itu tidak kritikal.

Agak tidak sesuai dalam konteks Cars CPT ini. Tapi boleh lah kalau nak bedal.

Rumusan Tentang Breakdance Builder berkenaan CPT dan ACF

So, apakah rumusan yang telah den capai selepas menggodek Breakdance Builder versi Percuma hari ini?

Pada den.. pekara utama yang menjadi penghalang pada den adalah limitasi pada Post Loop Builder. Tanpa Post Loop Builder, den tak boleh nak bina Archive page listing yang memaparkan data dari Custom Fields. Tanpa data tersebut, Archive Pages akan kelihatan terlalu generic.

Hujung hujung, sekiranya anda nak bina website yang menggunakan CPT dan ACF, Breakdance Builder Percuma bukanlah solusi yang terbaik untuk digunakan.

Setakat ini, den rasa GenerateBlocks adalah satu satunya Builder plugin percuma yang boleh digunakan untuk membina website yang ada CPT dan ACF. Tapi kena guna theme yang ada FSE lah sebab GenerateBlocks versi percuma tak ada Template/Theme Builder.

Klik sini sekiranya anda perlukan Breakdance Builder Pro .. :D

BACA JUGA  UTM Parameter, Google Analytics dan WordPress

Apa projek CPT/ACF yang anda sedang bina sekarang? Cerita la sikit kat ruangan komen.

Breakdance Builder Versi Percuma dan Dynamic Data was last modified: 2023-01-27T19:18:15+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan