Quantcast
+601165755151 [email protected]

Tip Pantas hari ini adalah anda perlu ada dua theme dalam website WordPress anda. WordPress datang dengan beberapa Default Themes – Twenty Twenty, Twenty Nineteen, Twenty Seventeen, Twenty Sixteen sehinggalah Twenty Ten. Ya, nama theme itu menunjukkan tahun ia dikeluarkan (ada yang tak perasan). Boleh dikatakan setiap tahun, dari tahun 2010, WordPress keluarkan default theme baharu, kecuali tahun 2018.

Boleh ke delete “Default Theme” yang datang dengan WordPress?

Boleh. Tak salah pun. Dah tak guna. Delete la.

Tapi.. Ya.. Ada tapinya.

Kadang akan berlaku masalah “compatibility” dalam WordPress antara plugins dan theme. Terutamanya selepas buat update.

Bila ini berlaku, mungkin anda perlu “deactivate” theme yang sedang digunakan untuk memastikan bukan theme yang menyebabkan masalah.

Oleh itu, bila kena deactivate theme yang digunakan, sebaiknya gunalah mana mana “Default Theme” WordPress sebagai theme utama untuk sementara. Hanya untuk pastikan yang masalah anda itu bukan disebabkan oleh theme yang anda gunakan.

Ada kalanya, masalah itu menyebabkan anda tidak dapat nak login ke WP-Admin. Bila ini berlaku, anda tidak dapat nak activate theme melalui WP-Admin. So, cara untuk deactivate theme adalah dengan memadam folder theme tersebut melalui File Manager (kalau guna CPanel la).

Bila theme dah tak ada, WordPress akan menggunakan theme kedua yang ada sebagai Theme (sebaiknya default WordPress theme pilihan anda). Dengan itu sekiranya theme asal adalah punca masalah, masalah akan selesai bila theme itu tidak lagi digunakan.

Bukan apa, minggu lepas den baharu sahaja selesaikan masalah client yang tak boleh nak login selepas update theme dan WP5.5. Sangkut di login page walaupun dah gunakan userid dan password yang betul. WP dok ulang tayang login page. Den dah tukar password guna kaedah Admin lupa password, pun masih tak boleh masuk lagi.

So.. terpaksa troubleshoot plugin dan theme menggunakan File Manager.

Kena pulak client dah delete semua default theme. So tak bolehla nak troubleshoot theme.

Nasib baiklah setelah buat troubleshoot plugins, dapat jumpa plugin yang memberikan masalah.

Makanya.. Tip Pantas den hari ini adalah.. sentiasa ada dua theme dalam website WordPress anda. Theme kedua itu boleh lah gunakan mana mana “default” theme yang WordPress dah sediakan. Den biasa gunakan Default Theme terbaharu – sekarang Twenty Twenty la.

😀 😀 😀

* Dalam gambar adalah Theme Kubrick. Ia merupakan Default Theme WordPress sebelum kemunculan Twenty Ten. Lama juga Kubrick nih jadi default theme.

Ada lagi tak website yang masih menggunakan Kubrick?

[Tip Pantas] Anda Perlukan Dua Theme Dalam Website WordPress Anda was last modified: 2020-08-21T08:41:50+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan

Salam. Sila Install HadeeRoslan App ke fon anda

Install
×