Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Setiap Affiliate Marketer seharusnya menggunakan Link Shortening/Link Cloaking seperti Bitly, TinyURL, Goo.gl, Pretty Link Pro dan WP Link Shield untuk melindungi affiliate link yang mereka gunakan. Ada yang kurang jelas tentang fungsi Link Shortening? Ringkasnya, link shortening mengubah affiliate link seperti “http://jvz5..com/c/32192/216736” menjadi “https://hadeeroslan.my/go/wplinkshield”. Link yang mana lebih anda percaya?

Hari ini den nak buat review untuk satu plugin WordPress yang memberikan anda fungsi link shortening menggunakan domain anda sendiri. Plugin yang den review hari ini adalah WP Link Shield 2.0

Kaedah Perlindungan Affiliate Link WP Link Shield?

Fungsi utama WP Link Shield adalah untuk melindungi link link affiliate anda. Ia melakukannya dengan menggunakan beberapa kaedah:

  1. Cloaked
  2. Javascript
  3. Meta Refresh
  4. 301 Redirect
  5. 302 Redirect

Seorang Affiliate Marketer akan menggunakan “Cloaked” untuk melindungi affiliate link mereka. Itulah satu satunya kaedah yang akan melindungi affiliate link anda secara menyeluruh. Inilah kaedah default yang digunakan oleh WP Link Shield.

Ada juga program affiliate yang tidak mengizinkan para affiliate menggunakan kaedah Cloaked. Oleh itu, anda patut semak kaedah yang dibenarkan oleh program affiliate yang anda sertai. Namun demikian, anda boleh berterima kasih kepada WP Link Shield kerana ia mempunyai database mengenai beberapa program affiliate yang tidak membenarkan penggunaan “Cloaked”. Link link di dalam program ini akan ditukar secara otomatik menggunakan kaedah Javascript.

Perkongsian Link WP Link Shield Dalam Media Sosial

Ada juga affiliate yang memasarkan produk affiliate mereka dengan meletakkan terus affiliate link di dalam platform media sosial. Masalah utama bagi mereka ini adalah, platform media sosial seperti Facebook telah meletakkan filter untuk menghalang pengguna dari meletakkan link link affiliate dari beberapa program affiliate yang terkenal.

Antara program yang terkena tempias filter ini adalah JVZoo. Facebook tidak membenarkan link link JVZoo di dalam platormnya. Ini termasuklah, webpage yang mengandungi link link JVZoo.

Dengan menggunakan kaedah “Cloaked” link, anda kini boleh meletakkan link JVZoo ke dalam Facebook.

Malah, post anda itu akan turut mengandungi Gambar dan juga ringkasan tentang link. Sama seperti link link lain yang anda kongsikan di Facebook.

JV Zoo Link Post di Facebook Dengan WP Link Shield

Gambar di atas ini menunjukkan dua link “Cloaked” yang den kongsikan dalam Facebook menggunakan dua Link Shortening plugin yang berbeza. Sebelah kanan, menggunakan WP Link Shield. Post mana yang akan menarik lebih banyak engagement?

Tidak suka dengan apa yang dipaparkan secara default oleh laman web produk tersebut? Anda boleh mengubah gambar dan text yang dipaparkan.

WP Link Shield Facebook OpenGraph Settings

WP Link Shield membolehkan anda meletakkan gambar dan text anda sendiri untuk paparan di dalam Facebook. Gunakan ayat ayat copywriting anda sendiri. Ia mungkin lebih sesuai dengan target market anda.

BACA JUGA  Review ChromEngage - Bina Chrome Extension Untuk Website Dengan Mudah

Ia juga membolehkan anda meletakkan Retargeting Pixel ke dalam link link affiliate anda. Boleh lah anda membuat follow up kepada mereka yang telah klik pada link anda melalui Facebook Retargeting Ads dan Google Adwords.

eMail Mailling List Anda Tidak Lagi Di “Curi” Oleh Pemilik Produk.

Satu trend yang sangat merunsingkan para Affiliate Marketers adalah kehilangan komisen dan eMail list kepada pemilik produk. Ini berlaku apabila pemilik produk meletakkan eMail Capture Popup. Pelawat dari link anda (yang anda kirim dari mailing list anda) akan meletakkan email mereka di dalam email capture screen tersebut.

Pendek kata, anda telah memberi leads percuma kepada mereka. Ingat, dalam niche Internet Marketing, setiap leads bernilai sekurang kurangnya USD1 (RM1 kalau di Malaysia). Itu kalau ikut pasaran “Pay Per Lead”. Secara realistiknya, setiap lead bernilai lebih tinggi lagi.

Kebanyakan pemilik produk, menggunakan teknik “Exit Popup” untuk mendapatkan email pelawat yang singgah ke landing page mereka.

WP Link Shield melindungi anda dari perkara ini. Di dalam “Cloaked” mode, pelawat tidak akan melihat “Exit Popup”. Anda hanya perlu aktifkan Setting “Disable Exit Popup” – Ada di dalam gambar di atas.

Fungsi Fungsi Tambahan WP Link Shield

Kesemua fungsi yang telah den terangkan di atas adalah fungsi yang boleh anda gunakan di dalam WP Link Shield Diamond. Ianya fungsi asas. Anda tidak perlu membeli apa apa “One Time Offer” untuk menggunakan fungsi fungsi tersebut.

Sekiranya anda inginkan lebih dari fungsi fungsi asas tersebut, anda bolehlah mendapatkan OTO OTO yang disediakan.

WP Link Shield OTO 1 (+$37)

OTO1 menambah beberapa fungsi lagi kepada WP Link Shield.

Fungsi tambahan pertama membolehkan anda meletakkan “Scarcity Timer Countdown Call To Action Bar”. Dengan fungsi ini, anda akan mempergunakan sikap “FOMO – Fear of Missing Out” yang wujud di dalam setiap orang untuk bertindak segera.

WP Link Shield Timer Countdown OTO

Fungsi tambahan kedua membolehkan anda meletakkan “Notice Bar” untuk memberitahu pelawat akan wujudnya tawaran bonus yang anda sediakan.

WP Link Shield Bonus Reminder Bar

Satu lagi fungsi tambahan yang sangat berguna untuk para affiliate marketer adalah fungsi mengesan link link yang sudah “mati”. Anda boleh setkan supaya link link anda akan ditukar kepada link lain sekiranya link asal telah “mati”.

Sebagai Affiliate marketers, tentunya anda akan meletakkan link link anda di merata rata tempat. Sekiranya program program affiliate anda “mati”, anda tentu tidak mahu link link anda turut mati. Ubah link tersebut kepada program lain yang berkaitan atau kepada website/blog anda sendiri. Dengan itu link link tersebut tetap boleh menghasilkan pendapatan untuk anda.

Den suka fungsi ini. Tak perlu dah den nak monitor link link den satu persatu. Setkan supaya link pergi ke blog den terus kalau program affiliate itu “mati”.

WP Link Shield OTO 2 (+$27)

OTO 2 pula menambah fungsi viral kepada WP Link Share.

Dengan OTO 3, anda boleh meletakkan satu popup yang menggalakkan pelawat supaya kongsikan link anda itu ke dalam salah satu dari tiga platform media sosial – Facebook, Twitter dan Google Plus.

BACA JUGA  RunAWebinar Review

Sekiranya mereka “Share” kan link, mereka akan diberi akses kepada butang yang akan membawa mereka ke satu tawaran yang anda sediakan. Pastikan tawaran anda berbaloi untuk pelawat.

WP Link Shield Viral Popup

Sebagai Affiliate Marketer, anda dapat meningkatkan lagi pendapatan affiliate apabila anda:

  1. Tidak lagi kehilangan komisen bilamana WP Link Shield melindungi link link anda secara total.
  2. Meningkatkan kadar conversion dengan meletakkan “Scarcity Timer Countdown”.
  3. Menjadikan link anda viral dengan fungsi viral Popup.

Kegunaan Lain WP Link Shield

Apakah WP Link Shield hanya sesuai untuk Affiliate Marketers sahaja? Den rasa tidak. Den rasa setiap marketer boleh menggunakan WP Link Shield untuk tujuan pemasaran.

Anda boleh menggunakan WP Link Shield untuk kongsikan informasi dari website website authority lain. Sambil sambil, selitkan tawaran atau produk anda kepada pelawat.

Ya, untuk berbuat demikian, anda perlu dapatkan OTO 1 dan OTO 2 menjadikannya bernilai $103. Namun, pada den, ianya tetap satu pelaburan yang berbaloi untuk dibuat. Bayar sekali. Gunakan berkali kali di dalam pelbagai website WordPress yang anda bina.

Macam Mana Nak Dapatkan WP Link Shield?

Berminat untuk meningkatkan kadar conversion affiliate link anda dengan WP Link Shield? Mudah sahaja. Klik SINI atau pada butang “Thumbs Up” kat bawah nih.

4 Thumbs Up Dapatkan Akses

PS: Ya den gunakan WP Link Shield dalam link di atas nih. Den install dalam subdomain. Dia clashing dengan salah satu plugin dalam domain den nih. Tak sempat nak check.

UPDATE: Perhatian kepada pemilik website yang menggunakan HTTPS. “Cloaked” akan menghasilkan page yang kosong sekiranya link affiliate anda itu tidak menggunakan HTTPS juga. Ini kerana page anda HTTPS, dan semua browsers tidak akan memaparkan kandungan dari source yang tidak HTTPS di dalam page yang HTTPS.

Hahaha.. faham tak nih? Kalau tak faham, senang jer.. kalau website anda guna HTTPS, anda kena install WP Link Shield atau apa apa link cloaking plugin di dalam domain atau subdomain yang tidak menggunakan HTTPS.

Bukan bug atau masalah pada plugin. Ia memang fungsi terbina dalam semua browser bila memaparkan website HTTPS..

Tingkatkan Pendapatan Affiliate dan Lindungi Link Anda Dengan WP Link Shield was last modified: 2016-06-29T11:44:05+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<