WP eStore adalah salah satu dari puluhan WordPress Plugin yang menyediakan fungsi kedai online dalam WordPress. Review WP eStore ini bakal memberikan pandangan den tentang WP eStore ini. Sekiranya anda sedang mencari plaform yang sesuai untuk membina kedai produk digital (satu produk atau banyak produk), baca ulasan den tentang WP eStore ini dan buat penilaian sama ada ia menepati apa yang anda inginkan.
Latar Belakang Tips and Tricks HQ
WP eStore dibina oleh Tips And Tricks HQ yang berpengkalan di U.S.A. Mereka menyediakan pelbagai produk berasaskan WordPress. Selain dari WP eStore, mereka turut menghasilkan WP Affiliate Platform dan WP eMember. Itu produk berbayar. Mereka juga turut menghasilkan beberapa produk percuma yang boleh didownload terus dari WordPress Plugin Repository seperti WP All In One Security, WP Video Lightbox dan WordPress Simple Paypal Shopping Cart.
Kos Penggunaan WP eStore
Sebelum den review segala fungsi yang terkandung dalam plugin WP eStore ini, ada baiknya den ulaskan tentang kos kos yang perlu anda keluarkan untuk menggunakan WP eStore. Tidak dapat kita nafikan, kos memainkan peranan penting dalam pemilihan sesuatu produk.
Plugin WPeStore termasuk dalam kategori “Plugin Premium”. Dalam ertikata lain, ianya plugin berbayar. Untuk menggunakannya, anda perlu membuat belian di laman web Tips And Tricks HQ. Harganya adalah USD49.95. Belian anda itu membolehkan anda menggunakan WP eStore tanpa had dalam seberapa banyak laman web kepunyaan anda sendiri.
Dengan USD49.95 itu juga, anda mendapat update seumur hidup. Dah lebih 5 tahun dah den beli plugin ini. Sehingga sekarang, plugin ini dah pun dalam versi 7.3.2 dan hampir setiap bulan, ianya diupdate. Den tidak perlu membayar sebarang kos tambahan tahunan atau bulanan untuk kekal menerima update.
Plugin WP eStore juga, dari pengalaman den, boleh digunakan dengan pelbagai theme WordPress. Sepanjang den menggunakannya, tiada apa apa masalah yang den hadapi dengan mana mana theme.
Maka, secara amnya, kos untuk anda menggunakan plugin ini hanyalah sekali bayaran untuk USD49.95. Untuk kegunaan dalam pelbagai website (tanpa had) – sangat sangat berbaloi pada pendapat den.
Khidmat Sokongan
Ramai yang berpendapat produk yang mahal, khidmat sokongannya tentu terbaik. Malangnya, itu tidak semestinya berlaku. Ada banyak produk digital berbayar yang mahal (bayaran tahunan) yang gagal memberikan khidmat sokongan yang baik.
Tapi tidak dengan WP eStore. Tips and Tricks HQ merupakan antara penyedia produk yang memberikan khidmat sokongan terbaik yang den alami sendiri. Walaupun hanya membayar sekali sahaja, anda mendapat khidmat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pemilik produk ini.
Boleh dikatakan, antara kekuatan WP eStore yang tidak dapat ditandingi oleh produk lain adalah khidmat sokongan yang diberikan. Cuba anda Google “WP eStore review”, boleh dikatakan setiap review akan memperkatakan tentang kehebatan khidmat sokongan untuk WP eStore ini.
Khidmat sokongan adalah perkara penting untuk dinilai ketika membuat perbandingan untuk memilih sesuatu produk digital. Tidak kira betapa hebatnya sesebuah produk itu, sekiranya khidmat sokongan yang diberikan tidak bagus, maka anda mungkin bakal menghadapi masalah dalam penggunaan produk itu nanti. Elakkan produk yang gagal memberikan khidmat sokongan yang baik.
Pemasangan dan Setup WP eStore
Dari segi pemasangan, WP eStore boleh dipasangkan ke dalam WordPress site anda seperti mana mana plugin lain. Dari WordPress plugin Dashboard, anda hanya perlu “Add New Plugin”, “Upload Plugin” dan kemudian “Activate Plugin”. Setelah di “Activate”, anda akan dapat melihat satu menu baru di ruangan sebelah kiri dengan tajuk “WP eStore”.
Anda perlu meletakkan beberapa settings sebelum WPeStore boleh digunakan. Untuk itu, anda perlu ke ruangan WP eStore > Settings terlebih dahulu.
Di ruangan Settings ini anda perlu meletakkan maklumat di dalam tab tab berikut:
- General Settings
- Payment Gateway Settings
- Email Settings
- Autoresponder Settings
- Advanced Settings
- Add On Settings
- Third Party Integration
Ada banyak juga settings yang perlu ditetapkan sebelum anda boleh menggunakan plugin ini. Mujurlah ada Tips And Tricks HQ ada menyediakan video video panduan untuk mengisikan tetapan yang perlu. Video video panduan yang disediakan itu memudahkan lagi kefahaman tentang tetapan yang diperlukan.
WP eStore untuk Produk Digital
WP eStore memang telah dibina khusus untuk pembinaan kedai produk digital. Maka ia mempunyai beberapa fungsi khas untuk membina kedai produk digital.
Antaranya adalah
- Penyediaan Download Link yang “Encrypted” – Pembeli tidak akan diberikan link sebenar dimana produk digital anda diletakkan. Pautan yang mereka terima berbentuk http://domainanda.com/download/Xodfgae2334sdsdfsd
- Download Link yang mempunyai had waktu – Anda boleh meletakkan tarikh tamat tempoh penggunaan Download Link anda. Jika anda letakkan tarikh luput link selama 24 jam, pembeli perlu membuat download dalam masa 24 jam. Selepas 24 jam, download link tidak boleh digunakan lagi.
- Download Link yang mempunyai had penggunaan – Anda boleh hadkan jumlah penggunaan download link. Sekiranya anda letakkan 10 kali, maka download link hanya boleh diakses sebanyak 10 kali. Selepas itu download link tidak boleh digunakan lagi.
- Produk digital dalam sebarang format – Anda boleh gunakan sebarang file sebagai download. EXE, ZIP, PDF, RAR, JPG, GIF, BMP, MP3, MP4 dan lain lain.
- Produk format Pay Per View tanpa membership – Anda menjual produk dalam bentuk video? Produk pay per view seperti video, biasanya memerlukan laman web sendiri sebagai laman melihat video. Untuk mengawal akses ke laman video tersebut, plugin membership diperlukan. Dengan WP eStore, anda tidak perlukan membership plugin. Boleh gunakan fungsi pay per view yang direka khas untuk produk Pay Per View.
- Penghantaran Download Link serta merta melalui eMail – Pembeli akan menerima download link mereka melalui email sebaik sahaja pembayaran disahkan (otomatik untuk pembayaran online, manual untuk pembayaran bank transfer)
- Penghantaran kod kod lesen secara otomatik (jika perlu) – Sekiranya produk digital anda menggunakan kod lesen digital, anda boleh sertakan kod lesen bersama dengan download link untuk setiap pembeli.
WP eStore untuk Produk Fizikal
Walaupun pada dasarnya, WP eStore dibina untuk menjual produk digital, ianya tetap boleh digunakan untuk produk fizikal. Sekiranya anda tidak memerlukan fungsi pengiraan penghantaran yang rumit, anda boleh gunakan WP eStore untuk menjual produk fizikal.
Den ada menggunakan WP eStore untuk laman web produk fizikal di mana kos penghantaran tidak diperlukan. WP eStore berfungsi dengan baik untuk laman web tersebut.
Tiada settings khas diperlukan untuk menjual produk fizikal.
Pengurusan Produk Dengan WP eStore
Untuk menguruskan produk produk anda dengan WP eStore, anda perlu menggunakan WP eStore > Manage Products. Di sinilah setiap produk anda disenaraikan.
Dari senarai ini anda dapat melihat beberapa maklumat berkenaan produk anda. Antaranya:
- Nama produk
- Imej produk
- Link download produk (link download sebenar) – produk boleh diletakkan di luar WordPress. Den gunakan Google Drive sebagai tempat menyimpan produk produk den. Pembeli akan download terus dari Google Drive menggunakan Download link yang diberikan dalam email mereka.
- Harga produk
- Jumlah Jualan
- Jumlah produk
Untuk Edit produk anda, laman Edit Product memberikan pelbagai tetapan yang boleh anda gunakan untuk setiap produk.
- Additional Product Details – Di sini anda tetapkan beberapa maklumat tentang produk anda seperti deskripsi, gambar produk, URL laman web produk, kategori produk, komisen untuk affiliate (jika menggunakan WP Affiliate Platform).
- Digital Content Details – Di sini anda tetapkan maklumat seperti lokasi download produk, tarikh luput download link dan had penggunaan download link.
- Variations – Di sini anda tetapkan variasi produk yang anda inginkan seperti, size (S, M, L, dsb), warna (hijau, biru merah, dsb) dan jenis lesen produk (Personal Use, Resell Rights, Private Label Rights, dsb)
- Shipping and Tax – Tetapkan nilai Tax dan penghantaran di sini.
- Inventory control – Kawal jumlah stok anda di sini.
- Serial Numbers / License Keys – Tetapkan lesen lesen produk yang diperlukan di sini.
- Add On settings – Tetapan untuk penggunaan beberapa modul tambahan untuk WPeStore
- Autoresponder Settings – Tetapan untuk berinteraksi dengan Autoresponder pilihan anda (GetResponse, Aweber dan Mailchimp)
- Product Specific Instructions – Arahan tertentu untuk dipamirkan kepada pembeli produk
- Buy Now, Subscriptions or Donation Types – Tetapan untuk pembelian jenis Subsciption
- Recurring Payments – Tetapan untuk pembayaran bulanan. Di sini anda boleh menetapkan masa percubaan (trial period) untuk produk anda.
Membina Laman Produk
WP eStore tidak menyediakan sebarang laman produk untuk anda secara otomatik. Ini bermakna anda perlu membina sendiri laman web jualan untuk produk produk anda. Ada baik dan buruknya pendekatan ini.
Baiknya. Anda boleh membina laman web jualan anda sendiri dalam gaya anda sendiri dengan fungsi fungsi yang anda inginkan. Tiada halangan. Anda bebas menggunakan kreativiti anda sendiri.
Buruknya. Anda perlu membina laman web khusus untuk setiap produk yang wujud dalam sistem. Kalau ada banyak produk, penat juga nak bina laman jualan satu persatu.
Di sini den berikan beberapa contoh laman web jualan yang den dah bina menggunakan WP eStore:
- Produk Workshop
- Produk Pay Per View
- Produk Bonus Affiliate
- Produk Fizikal
Menggunakan Shortcode WP eStore
WP eStore tersedia dengan pelbagai shortcode yang anda boleh gunakan dalam membina laman laman web berkaitan produk anda. Penggunaan shortcode WP eStore memudahkan lagi pembinaan laman web produk. Contohnya, dengan menggunakan shortcode
[ wp_eStore_category_products_fancy id=1 style=3 order=1 type=1 ]
anda boleh menyenaraikan semua produk menggunakan paparan seperti berikut.
Butiran tentang penggunaan setiap shortcode ada terkandung di dalam PDF berkenaan shortcode WP eStore yang boleh anda download.
Rumusan Review WP eStore
Tiba masanya den membuat rumusan tentang plugin shopping cart dari Tips and Tricks HQ ini. Pada den, yang memang telah menggunakan WP eStore semenjak 2010 lagi, ia adalah antara pilihan plugin terbaik untuk membina kedai online. Walaupun dibina khusus untuk menjual produk digital, namun tetap boleh digunakan untuk produk fizikal.
Kekuatan produk ini tentunya pada harga dan khidmat sokongan yang diberikan. Den banyak membeli produk digital dari pelbagai sumber terutamanya dari para IM antarabangsa. Kebanyakan mereka mengenakan bayaran tahunan untuk mendapatkan khidmat sokongan dan update terkini produk. WP eStore, memberikan anda sokongan dan update tanpa bayaran tahunan.
Bayar sekali. Update bersilih ganti!
Begitu juga dengan penggunaan produk. Banyak produk menetapkan penggunaan hanya untuk satu website bagi setiap belian. Ada yang baik hati sedikit, memberikan keizinan untuk mengguna plugin mereka dalam 10 website. Dengan WP eStore, anda boleh pasangkan plugin ini ke dalam seberapa banyak laman web kepunyaan anda sendiri – tiada had.
Beli dan bayar satu kali. Gunakannya berkali kali. Menarik? Sudah tentu!
Dari segi fungsi, WP eStore memberikan hampir kesemua fungsi yang diperlukan untuk membina kedai produk digital. Antara fungsi yang paling den suka adalah fungsi produk pay per view. Untuk memperlihatkan fungsi ini den sediakan contoh berikut: (ikut langkah satu per satu)
- Pay Per View Surat Jualan
- Pay Per View Selepas Jualan (Klik pada link dalam email)
- Pay Per View Tamat Tempoh (akses sekali lagi selepas 10 minit / klik pada link dalam email 4 kali)
Pay Per View tanpa membership. Mudah.
Tiada produk yang sempurna di dalam dunia ini. Begitu juga dengan WP eStore. Terdapat beberapa kekurangan yang nyata dalam produk ini.
Salah satu kekurangannya adalah dari segi penetapan harga penghantaran bagi produk fizikal. WP eStore tidak boleh menetapkan kos penghantaran mengikut berat produk. Sekiranya produk fizikal anda memerlukan penetapan harga penghantaran yang kompleks seperti berat produk, WP eStore tidak sesuai digunakan.
Satu lagi kekurangan (bagi yang kurang mahir membina laman jualan) ialah WP eStore tidak membina laman jualan untuk produk secara otomatik. Anda mesti membina laman jualan anda sendiri. Kalau ada banyak produk, penat juga nak membinanya.
Baiklah, itu dia Review WP eStore dari den. Tanpa segan silunya, den memberikan rating 4/5 untuk plugin ini. Memang den gunakan dan mengesyorkan plugin ini kepada para pelanggan dan sahabat den. Sekiranya anda ingin turut menggunakannya, dapatkan plugin WP eStore ini terus dari Tips And Ticks HQ melalui pautan berikut: