+601165755151 [email protected]

Rahsia Bagaimana Pakar Mencuri Idea Iklan FB Ads Yang Berjaya

Kadangkala kita jadi buntu ketika memikirkan bentuk FB Ads yang akan kita bina. Bagaimana pakar pakar mengatasi masalah otak buntu ini? Jom lihat caranya ..

oleh | Sep 10, 2015 | Facebook

Iklan FB Ads adalah medium pemasaran yang menjadi pilihan ramai usahawan media sosial hari ini. Ianya merupakan satu platform yang terbukti sangat berkesan untuk mendatangkan jualan untuk para peniaga. Ada yang membelanjakan ribuan ringgit setiap hari di FB Ads dan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.

Untuk menjalankan sesebuah kempen FB Ads, setiap pengiklan perlu memerah kepala terlebih dahulu sebelum dapat membina kempen yang berjaya. Apa yang nak kena fikir?

Setiap unit iklan FB Ads secara asasnya mempunyai 4 bahagian – teks1, gambar2, pautan3 dan butang tindakan4.

bahagian bahagian iklan fb ads

 

Ke empat empat bahagian ini perlulah saling menyokong satu sama lain untuk menghasilkan iklan yang mantap.

Gambar FB Ads Yang Menarik Perhatian

Bahagian yang pertama dilihat oleh pengguna FB adalah bahagian gambar. Oleh itu, kita perlu pastikan yang gambar itu dapat menarik perhatian pengguna.

Penggunaan warna sangat penting dalam gambar iklan. Warna yang terang tentunya lebih baik dan menarik. Disamping itu, warna juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi orang yang melihatnya.

Gunakan gambar berikut sebagai panduan penggunaan warna dalam iklan anda nanti.

warna dan emosi dalam iklan fb ads

Posisi objek utama dalam gambar juga perlu kita berikan perhatian.

Paling mudah, gunakan konsep “Rule of Thirds” ketika membuat komposisi gambar iklan. Menggunakan konsep ini kita dengan mudah dapat menyediakan gambar gambar yang memang dah sedia menarik.

rules of thirds untuk gambar iklan fb adsSetiap kali membina gambar, kita pastikan subjek utama berada pada mana mana titik pertemuan garisan merah seperti gambar di atas. Secara mudah, pastikan subjek utama tidak berada di tengah tengah gambar.

Ini baru gambar. Ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Teks Iklan FB Ads Yang Menarik Minat Pembaca

Selepas tertarik kepada gambar, pengguna FB akan berminat untuk membaca apa yang tertulis di ruangan teks sesbuah iklan.

Gambar dah menarik perhatian, maka teks iklan pula perlulah menarik minat pembaca. Untuk itu, kita perlu memerah otak untuk membina Teks iklan. Kemahiran “CopyWriting” sangat berguna untuk tujuan ini.

Ayat pertama di bahagian Teks ini bolehlah dianggap sebagai tajuk utama “Headline” untuk iklan tersebut. Pastikan Headline kita ringkas, padat dan menarik. Boleh gunakan HURUF BESAR untuk memberi penekanan kepada perkataan perkataan tertentu.

Selepas ayat pertama itu, kita bolehlah pecahkan teks kepada perenggan perenggan yang kecil – satu atau dua ayat untuk setiap perenggan – 3 paling banyak. Ini akan memudahkan pengguna FB untuk membaca apa yang kita mahu mereka baca.

Mudahkan lagi pembaca dengan menggunakan kandungan berbentuk “Point Form”.

Kandungan yang panjang atau pendek? Dua dua pun boleh. Buat kajian dan pastikan sendiri format mana yang lebih berkesan dalam niche anda.

Gambar dah berjaya menarik perhatian. Teks pun dah berjaya menerbitkan minat terhadap produk/servis yang kita sediakan. Sekarang prospek tadi tentunya sudah bersedia untuk dibawa ke laman web kita melalui Link yang kita sediakan.

Di bahagian Link ini, kita diberikan ruang untuk tajuk (“Headline”) dan pembayang (“Description”) untuk laman web kita. Gunakan kedua duanya sebaik mungkin untuk membuat pembaca itu tertarik untuk klik pada pautan yang kita sediakan. Letakkan sebarang promosi atau diskaun di sini beserta dengan tarikh tamat promosi/diskaun tersebut.

BACA JUGA  Letakkan Squeeze Page Di Dalam Facebook Page Anda

Facebook juga menyediakan fungsi butang tindakan (“Call To Action”) untuk menarik pengguna supaya klik pada butang tersebut dan dibawa ke laman web kita.

Tidak Ada Idea Untuk Membina Iklan FB Ads?

Tidak dapat dinafikan, ada kalanya kita akan menghadapi masalah di mana idea nak buat FB Ads tidak muncul muncul. Apa orang kata… “Writer’s Block?”

Ya. ini ada berlaku kepada setiap seorang dari kita. Walaupun dah beratus atau beribu FB Ads sudah kita bina. Akan ada hari hari di mana idea itu tidak muncul muncul.

Bagaimana nak atasi masalah ini? Mudah sahaja. Kita gunakan iklan orang lain sebagai sumber inspirasi untuk iklan kita. Di sini saya kongsikan di mana kita boleh melihat iklan iklan yang dibina oleh orang lain dan gunakan sebagai panduan untuk membina iklan kita sendiri.

Dua website yang saya gunakan untuk melihat iklan orang lain (selain dalam FB sendiri):

  1. Adespresso.
    Laman web ini menyediakan pelbagai contoh contoh iklan FB Ads yang sedang berjalan di FB. Gunakan laman web ini untuk mencari idea buat iklan.
  2. Swiped.
    Swipe juga memberikan contoh contoh iklan FB Ads. Swiped turut memberikan analisis mengenai iklan tersebut. Memang banyak yang boleh kita pelajari dari analisis yang diberikan oleh Swiped.contoh iklan fb ads di swiped

Itulah dia secara ringkas, apa yang perlu kita lakukan untuk membina kempen FB Ads yang berjaya. FB Ads juga sangat sesuai untuk dijadikan strategi pemasaran untuk affiliate dan dropship. Nanti saya akan kupaskan bagaimana saya gunakan FB Ads untuk produk affiliate dan dropship. InsyaAllah..

Anda ada cara lain untuk mendapatkan idea membina FB Ads? Kongsikanlah bersama saya dan pembaca pembaca yang lain di sini.

Rahsia Bagaimana Pakar Mencuri Idea Iklan FB Ads Yang Berjaya was last modified: 2015-09-10T17:02:24+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan