Panduan VPS & VestaCP

Jun 16, 2019 | Review | 2 comments

Secara amnya, ada dua jenis hosting yang biasa digunakan oleh majoriti pemilik website hari ini – Shared Hosting dan VPS Hosting. Ramai yang menggunakan Shared Hosting kerana ianya mudah dan murah. VPS pula sesuai untuk mereka yang sudah faham dan berpengalaman dalam selok belok menjaga server. Itu dulu. Sekarang dah ada pelbagai kemudahan dan tutorial yang memudahkan penggunaan VPS Hosting, walau untuk yang tiada pengalaman.

Nak VPS Murah? Panduan VPS & Vesta CP sesuai untuk anda. Panduan ini memberikan penerangan lengkap langkah langkah yang anda perlu lakukan. Dari proses pemilihan dan pembelian VPS, sehinggalah ke pemasangan dan pengendalian website anda di daam VPS tersebut. Panduan ini adalah jawapan kepada anda yang mencari VPS Murah.

VPS Secara Ringkas

VPS (Virtual Private Server) adalah sejenis Hosting untuk website berkuasa tinggi. Anda menyewa satu bahagian dari server. Katakan penyedia VPS ada satu server dengan 64 CPU, 256GB RAM dan 1TB SDD. Penyedia menyediakan untuk anda satu VPS dengan 1CPU, 2GB RAM dan 50GB SDD. Ruangan VPS yang anda dapat itu boleh anda gunakan sepenuhnya untuk website anda. Anda tidak berkongsi dengan pengguna lain.

VPS bersifat seperti anda mempunyai server anda sendiri. Anda perlu install OS dan segala perisian yang diperlukan ke dalam VPS anda itu.

Vesta CP Secara Ringkas

Vesta Control Panel adalah sebuah Hosting Control Panel sumber terbuka yang boleh digunakan untuk mentadbir website dan email untuk domain di dalam sebuah server fizikal ataupun VPS. Di dalam Shared Hosting, biasanya ada CPanel atau Plesk. Lebih kurang samalah fungsinya.

Baiklah, den harap anda dapatlah tangkap, tak banyak, sedikit pun jadilah, penerangan ringkas den tentang VPS dan Vesta CP. Kalau tak faham, nanti ada masa, den ceritalah lebih mendalam dalam artikel lain .. InsyaAllah.

Sekarang, den nak cerita tentang Panduan VPS & Vesta CP pula.

Apa Anda Dapat Dalam Panduan VPS & Vesta CP?

Tuan Azham Zanal telah membahagikan tutorial ini kepada 8 modul – 5 modul utama dan 3 modul bonus:

  • Modul 1 – Panduan Membeli VPS
  • Modul 2 – Panduan Pasang Vesta CP
  • Modul 3 – Panduan Pasang DNS
  • Modul 4 – Panduan Tetapan Vesta CP
  • Modul 5 – Panduan Pasang WordPress
  • Bonus 1 – Panduan Pindah Website Dari CPanel ke Vesta CP
  • Bonus 2 – Panduan Pasang SMTP untuk Vesta CP
  • Bonus 3 – Panduan Keselamatan VPS dan Vesta CP

Modul 1 – Panduan Membeli VPS

Ada dua video tutorial dalam modul ini

  1. Intro
  2. Belian VPS.

Modul 1 menunjukkan cara nak beli VPS dari Digital Ocean (Dapat kredit $50). Selesai Modul 1, dan sekiranya anda buat sambil menonton, anda akan mempunyai sebuah VPS siap dengan OS sedia untuk pemasangan Vesta CP.

Modul 2 – Panduan Pasang Vesta CP

3 tutorial menunggu anda dalam Modul 2:

  1. Software Sokongan Yang Anda Perlukan
  2. Pemasangan Vesta CP
  3. PHP 5 ke PHP 7

Tak boleh tidak, bila anda bermain dengan VPS, anda akan perlukan beberapa perisian sokongan seperti putty dan winscp. Ini kerana anda perlu akses ke terminal server VPS anda untuk membuat beberapa tetapan awal sebelum pemasangan Vesta CP.

BACA JUGA  Tingkatkan Pendapatan Affiliate dan Lindungi Link Anda Dengan WP Link Shield

Tonton sambil buat dan di penghujung Modul 2 nanti anda akan mempunyai sebuah VPS yang siap dipasang dengan Vesta CP.

Modul 3 – Panduan Pasang DNS

DNS adalah perkara penting untuk mengendalikan website, lebih lebih lagi bagi konfigurasi VPS dan Vesta CP. Sekiranya tetapan DNS tidak betul, pengguna tidak akan dapat singgah ke website anda. Pastikan anda ikuti dan buat seperti yang ditunjuk di dalam tutorial modul ini.

Modul 4 – Tetapan Asas Vesta CP

Modul ini menerangkan tentang pelbagai tetapan asas untuk Vesta CP. Ada 11 video di dalam modul ini:

  1. Penetapan Pakej Hosting
  2. Pasang SSL
  3. Penggunaan File Manager
  4. Tetapan Php
  5. Penggunaan Softaculous
  6. Penambahan Akaun Pengguna
  7. Penambahan Domain
  8. FTP
  9. FTP vs File Manager
  10. Subdomain
  11. EMail

Modul 5 – Panduan Pasang WordPress

Dah ada VPS. Dah ada Panel Kawalan Hosting. Mana websitenya? Inilah modul yang anda perlukan untuk membina website di dalam VPS dan Vesta CP anda.

Modul ini mempunyai 2 tutorial. Anda akan diajar cara nak pasang WordPress secara manual menggunakan File Manager dan FTP.

Bonus 1 – Pindah Website Dari CPanel ke Vesta CP

Tentu ramai di kalangan anda yang biasa menggunakan CPanel di dalam akaun Shared Hosting anda. Bila dah ada VPS dan Vesta CP, tentu anda nak bawa website anda itu ke VPS anda yang lebih berkuasa. Betul tak?

Khas untuk anda, tuan Azham Zanal memberikan tutorial Bonus yang membantu anda melakukan pemindahan website dari CPanel ke Vesta CP ini.

Bonus 2 – SMTP Untuk Vesta CP

Setiap website perlu menghantar dan menerima email. Ada dua jenis email yang digunakan oleh peniaga online:

  1. Email Traksaksi – eMail yang dihantar oleh server untuk tujuan seperti terlupa password, pendaftaran pengguna dan pembelian produk.
  2. Email Promosi – eMail yang dihantar oleh peniaga untuk tujuan pemasaran. Biasanya secara pukal dan berkala.

Tutorial di dalam modul ini merangkumi penciptaan akaun email dan juga tetapan untuk SPF, DKIM dan DMARC bagi memastikan email yang dihantar tidak masuk Spam.

Bonus 3 – Panduan Keselamatan Server dan website.

Setiap pemilik website perlulah memastikan yang website anda tidak mudah dicerobohi “geng jahat”.  Anda akan diperkenalkan kepada beberapa plugin dan perkhidmatan yang boleh menjada keharmonian website hosting anda.

Pastikan VPS dan Vesta CP anda terpelihara dari godaman geng jahat.

Ulasan Den Tentang Panduan VPS Dan Vesta CP

Pada den, produk tutorial ini memang lengkap. Sesuai dan mudah untuk diikuti oleh mereka yang baru nak mengenal VPS. Dengan mengikuti tutorial yang disediakan ini, anda akan dapat membina dan menyelenggara VPS dan Vesta CP untuk website website anda. Tak perlu ada pengetahuan teknikal.

Ikut sahaja apa yang ditunjukkan dalam video. Kalau tak berapa nak faham, tidak apa. Buat jer. Pelan pelan kayuh.

Setiap video tidak begitu panjang. Lebih kurang 10 minit sahaja. Boleh rewind dan play balik kalau terlepas atau tak boleh nak ikut sangat.

Setiap video boleh anda download terlebih dahulu. Oleh itu, anda boleh tonton video video itu tanpa Internet.

BACA JUGA  Review FB Cash Profit - Pakej Utama

Boleh Jadi Lebih Mantap Sekiranya ..

5 Modul. 3 Bonus. Dengan jumlah 31 Video kesemuanya. Panduan VPS dan Vesta CP ini boleh jadi lebih mantap sekiranya ia memberikan lebih sikit info pada topik topik tertentu.

Den rasa topik DNS boleh dan perlu dikembangkan lagi supaya pelanggan faham fungsi DNS dan rekod rekod yang ditetapkan di dalam DNS tersebut.  Mungkin akan ada panduan follow up untuk topik DNS nanti. :D

Satu lagi topik yang turut boleh dikembangkan, sama ada dengan produk sokongan ialan CloudFlare. Macam mana pelanggan nak guna CloudFlare sebagai NS untuk domain?

Mungkin den terlepas keretapi kot, tapi den tak pasti sama ada tutorial ini dibuat untuk pengguna yang nak buat khidmat webhosting atau untuk menyelenggara website sendiri. Dua dua mungkin?

Dalam modul membeli VPS, mungkin boleh disenaraikan beberapa pilihan penyedia VPS lain selain Digital Ocean.

Begitu juga untuk module SMTP. Terdapat pelbagai penyedia SMTP yang boleh digunakan selain Elastic Email (den pun suka Elastic Email sebenornya – pay as you go plan dia memang menarik).

Bonus Khas Untuk Pembeli Panduan VPS & Vesta CP

Sekiranya anda memang sedang berkira kira untuk mendapatkan VPS Hosting untuk website perniagaan anda, den cadangkan anda dapatkan Panduan VPS & Vesta CP ini.

Bagi pembeli yang mendapatkan tutorial ini melalui link yang den sediakan di sini, den ada sediakan sedikit BONUS untuk anda.

Panduan VPS & VestaCP was last modified: 2019-06-16T18:50:46+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan