Jenis Website Serta Webpage dan Kegunaannya

Sep 30, 2016 | Pemasaran Online | 1 comment

Mr. Anderson nak bina website. Tapi, Mr. Anderson tiada kemahiran untuk membina websitenya sendiri. Oleh itu, Mr Anderson pergi berjumpa dengan Mr. Smith, seorang pereka laman web.

Mr. Smith pun bertanya kepada Mr. Anderson,

“Website jenis apa yang Mr. Anderson ingin saya bina? Nak Blog, eCommerce atau website Corporate? Kalau Mr Anderson nak bina website khas untuk jual produk, saya boleh binakan satu minisite. Dalam minisite itu nanti, saya akan buatkan beberapa Squeeze Page. Saya akan bina satu Lead Capture page dan satu Sales Page. Mr Anderson boleh lah gunakan Squeeze Pages itu sebagai Landing Page dalam FB Ads nanti.”

Terpinga pinga Mr. Anderson dibuatnya.

Anda pula bagaimana? Turut terpinga pinga? Atau tersenyum sendiri mengenangkan anda dulu pun seperti Mr. Anderson. Pening kepala memikirkan perbezaan setiap jenis website dan webpage yang disebutkan oleh Mr. Smith itu.

Kalau anda sekarang seperti Mr. Anderson, jangan risaulah. Hampir semua orang bermula seperti anda. Tak faham dan tak dapat bezakan apa itu Blog. Apa itu Minisite. Apa itu Landing Page. Dan pelbagai lagi.

Oleh itu, izinkan den cuba untuk memberikan kefahaman berkenaan perkara tersebut di dalam post ini.

Apa itu Website?

Sebuah website adalah satu lokasi di Internet yang mempunyai satu atau lebih halaman halaman informasi di dalam World Wide Web. Pendek kata, apa sahaja yang anda taip di dalam ruang lokasi dalam Browser anda itu adalah sebuah website.

  1. https://hadeeroslan.my adalah sebuah website
  2. https://cimbclicks.com adalah sebuah website
  3. http://maybank.com adalah sebuah website
  4. https://facebook.com adalah sebuah website
  5. http://hasrulhassan.com adalah sebuah website
  6. http://www.lazada.com.my adalah sebuah website
  7. http://radiusite.com.my adalah sebuah website
  8. https://yougotraining.com adalah sebuah website
  9. http://eqalam.my adalah sebuah website
  10. https://canva.com adalah sebuah website

Setiap satu yang den nyatakan di atas itu adalah sebuah website. Yang membezakannya antara satu sama lain adalah fungsi website tersebut. Di atas itu ada website blog, ecommerce dan corporate.

Apa itu Blog?

Blog Website - Hadee Roslan

Blog juga adalah sebuah website. Secara ringkas, Blog adalah sebuah website yang selalu di update dengan kandungan/artikel baru berbentuk informasi atau peribadi oleh pemilik blog berkenaan.

Gaya penulisan di dalam sebuah blog biasanya tidak formal dan bersahaja atau santai.

  1. Hadee Roslan adalah sebuah Blog yang dibina menggunakan self hosted WordPress.
  2. Hasrul Hassan adalah sebuah Blog yang dibina dengan Blogger.
  3. Facebook Newsroom adalah sebuah Blog yang dibina dengan WordPress.com (VIP).

Apa Itu eCommerce Website?

eCommerce Website - Haibibi

eCommerce website pun adalah sebuah website. Secara amnya, ia adalah sebuah website di mana pelawat boleh melakukan transaksi jual beli secara online di dalam website tersebut. Website eCommerce mempunyai payment gateway untuk memudahkan pelawat melakukan belian secara terus di website tersebut.

Hadee Roslan juga adalah sebuah website eCommerce. Kalau berminat, anda boleh melakukan transaksi jual beli di Kedai Online Hadee Roslan.

Namun demikian, secara kebiasaannya, apabila bercakap tentang website eCommerce, apa yang dimaksudkan adalah website kedai online. Website di mana pemiliknya menjual pelbagai produk dan menggunakan sistem Shopping Cart seperti WooCommerce dan Shopify.

  1. Fashion Valet adalah contoh sebuah website eCommerce.
  2. Amazon adalah contoh sebuah website eCommerce.
  3. AzzainMart adalah contoh sebuah website eCommerce.

Apa itu Corporate website?

Corporate Website - YouGo Training

Corporate website adalah sebuah website yang memaparkan maklumat tentang sesebuah organisasi perniagaan. Hadee Roslan bukan sebuah Corporate Website.

  1. Maybank (bukan Maybank2U) adalah sebuah Corporate website.
  2. YouGo Training adalah sebuah Corporate website.
  3. Mycrypto adalah sebuah Corporate website.
BACA JUGA  Letakkan Squeeze Page Di Dalam Facebook Page Anda

Apa itu Minisite?

Minisite - Teknik Jualan Instagram

Minisite ialah sebuah website yang mengandungi bilangan halaman yang sedikit – biasanya 5 halaman atau muka surat sahaja. Setiap halaman yang dibina di dalam sebuah minisite akan mempunyai satu matlamat tertentu sahaja.

Berikut adalah beberapa halaman yang biasa ada untuk minisite produk digital:

  1. Halaman Utama – Surat Jualan di mana pelawat dibawa/dipujuk/dipukau ke butang belian.
  2. Halaman Pembayaran – Pelawat akan difokuskan untuk membuat pembayaran.
  3. Halaman One Time Offer – Pembeli diberikan tawaran istimewa untuk upgrade pembelian.
  4. Halaman Download – Pembeli boleh download produk. Disertakan dengan iklan iklan untuk produk lain.
  5. Halaman Affiliate – Halaman untuk pelawat yang berminat untuk menjadi ejen affiliate dan promote produk tersebut.

Biasanya, sesebuah minisite itu dibina khas untuk menjual satu produk yang khusus. Biasanya hanya ada satu produk sahaja yang dipasarkan di dalam satu minisite.

  1. IM Lejen adalah sebuah minisite.
  2. Panduan Hotel adalah sebuah minisite.
  3. Starter eComm adalah sebuah minisite.

Website Pelbagai Fungsi

Tidak ada undang undang yang menyatakan website Corporate tidak boleh mengandungi blog atau eCommerce. Begitu juga tidak ada undang undang yang menyatakan website eCommerce tidak boleh mempunyai informasi tentang Corporate dan juga sebuah Blog.

Ianya bergantung kepada keperluan anda.

Anda ingin website yang hanya mengandungi blog? Tiada halangan untuk anda.

Anda ingin website yang hanya ada blog dan kedai online? Boleh, tiada masalah.

Anda ingin website yang mempunyai blog, kedai online dan juga profile syarikat anda? Pun boleh, tiada masalah langsung.

Namun demikian, sekiranya anda membina website untuk perniagaan, sama ada website Corporate atau eCommerce, ada baiknya anda wujudkan satu seksyen blog. Kajian membuktikan yang website perniagaan yang mempunyai blog akan menerima lebih ramai pelawat dari website yang tidak mempunyai blog.

Corporate Website dengan Blog

Anda digalakkan supaya kerap membuat blog post yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ini akan menarik lebih ramai pelawat yang mempunyai minat dalam apa yang anda niagakan. Anda akan menarik traffik yang relevan dengan perniagaan anda.

Jenis Halaman atau Web Page Di Dalam Web Site

Setiap website itu terbina dari pelbagai jenis halaman atau web pages. Setiap halaman di dalam web site anda tentunya mempunyai matlamat yang berbeza. Majoriti halaman tentunya dibina untuk memberi maklumat kepada pelawat.

Antara jenis halaman yang ada di dalam sesebuah web site:

  1. Landing Page
  2. Home Page
  3. Sales Page
  4. Squeeze Page

Apa itu Landing Page?

Landing Page adalah halaman di mana pelawat anda mendarat dari website lain. Sekiranya anda memberikan link ke halaman utama anda, maka halaman utama anda adalah Landing Page pelawat tadi.

Dalam erti kata lain, setiap halaman di dalam website anda boleh menjadi Landing Page.

Landing Page dari Search Engine

Dari gambar di atas, setiap pautan yang diberikan di dalam hasil carian Google adalah Landing Page di mana pelawat akan mendarat. Oleh itu, ada baiknya jika anda dapat mengoptimakan setiap web page mengikut matlamat halaman tersebut.

Bergantung kepada matlamat anda ketika menarik pelawat ke Landing Page, anda perlu membina Landing Page yang bercirikan Home Page, Sales Page atau Squeeze Page.

Apa itu Home Page?

Home Page adalah halaman utama sesebuah website. Ia adalah muka hadapan untuk web site anda. Sebuah Home Page yang baik akan mempunyai pautan kepada bahagian bahagian utama di dalam website. Ia menghubungkan pelawat kepada pelbagai maklumat yang terdapat di dalam web site.

BACA JUGA  Iklan Online Atau Iklan Offline

Home Page memberi gambaran ringkas kepada pelawat, apa yang terdapat di dalam web site anda.

Apa itu Sales Page?

Sales Page adalah sebuah Landing Page yang hanya mempunyai satu matlamat – Menjadikan pelawat yang singgah di halaman tersebut seorang pembeli/pelanggan.

Copy writing yang digunakan di dalam Sales Page perlulah di olah untuk menarik pelawat supaya membuat belian pada waktu itu.

Unbounce Course Sales Page

Di dalam Sales Page yang baik, seperti dalam gambar di atas,  pelawat akan hanya mempunyai dua pilihan:

  1. Klik pada butang BELI
  2. Keluar dari halaman tersebut.

Ini contoh Sales Page => Ejen Viral

Apa itu Squeeze Page?

Squeeze Page ialah sebuah Landing Page yang dibina dengan satu matlamat – Mendapatkan alamat email (untuk email marketing) atau no telefon (untuk sms/whatsapp marketing) pelawat.

Copy writing yang digunakan di dalam Squeeze Page biasanya sangat ringkas. Squeeze Page yang berkesan biasanya menawarkan satu produk percuma sebagai umpan untuk mendapatkan alamat email pelawat.

Selepas pelawat isikan alamat email, produk percuma itu akan dikirim melalui email. Ini dilakukan supaya pelawat tidak memberikan email palsu untuk mendapatkan produk anda itu.

Squeeze Page from Backlinko

Ianya juga tidak akan mempunyai pautan untuk ke halaman lain. Pelawat yang singgah di Squeeze Page akan mempunyai dua pilihan:

  1. Berikan Nama dan eMail (atau mungkin hanya eMail)
  2. Keluar dari halaman tersebut.

Lain Lain Web Pages

Selain dari Home Page, Sales Page dan Squeeze Page, ada juga beberapa jenis web page yang biasanya ada di dalam sesebuah web site. Halaman halaman ini, patut ada walaupun ianya mungkin jarang di lawati oleh pelawat.

Antaranya adalah:

  1. Policy Page – Halaman yang menerangkan polisi polisi yang perlu dipatuhi dan dipersetujui oleh pelawat yang singgah di website anda.
  2. Privacy Page – Halaman yang menerangkan bagaimana anda menggunakan maklumat yang anda kumpul (cookies, email, nama, ip address, etc) dari pelawat yang singgah di web site anda.
  3. Disclaimer Page – Halaman yang menerangkan hubungan anda (sekiranya ada) dengan mana mana pihak ketiga yang memberi pulangan kepada anda. Sebarang affiliate program yang anda sertai di mana anda mendapat komisen melalui link affiliate yang anda kongsikan.

Masih Konpius Lagi Tentang Web Site dan Web Pages?

Tak konpius dah kan .. Alhamdulillah ..

Itulah dia penerangan serba ringkas berkenaan jenis jenis web site dan web pages. Den harap penjelasan yang den berikan dapat memberi gambaran tentang perbezaan dan persamaan di antara jenis web site dan web pages.

Harapan den, bila anda pergi berjumpa web designer nanti, takde la terlopong bila mendengar perkataan perkataan seperti Corporate web site atau eCommerce web site. Jenis jenis pages tu, jarang designer gunakan. Itu terms terms yang digunakan oleh Internet Marketers.

Ada lagi yang masih kurang kefahaman tentang topik yang den kupaskan dalam post ini? No worries lah. Apa kata anda nukilkan di ruangan komen ini apa yang masih kurang di fahami. InsyaAllah den akan kupaskan nanti.

Oh ya.. sekiranya anda rasa post kali ini dapat memberikan faedah kepada rakan rakan taulan anda, sudi sudilah kongsikan post ini dengan mereka ya. :D :D :D

Jenis Website Serta Webpage dan Kegunaannya was last modified: 2016-09-30T12:35:46+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan