Affiliate Program Hadee Roslan
Affiliate Program Hadee Roslan
Selamat datang ke laman web Affiliate Program Hadee Roslan ini. Anda berada di laman web ini kerana anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program affiliate yang den sediakan. Untuk itu, den ucapkan Terima Kasih.
Oleh itu, di bawah ini den berikan maklumat terperinci tentang program affiliate den ini, InsyaAllah.
Secara amnya, den menggunakan dua platform affiliate. Satu untuk pasaran Malaysia (Program Affiliate RM) satu lagi untuk pasaran antarabangsa (Program Affiliate USD). Program pasaran Malaysia, den jalankan di website ini. Manakala, program antarabangsa, den gunakan platform JVZoo.
Anda boleh sertai salah satu atau kedua duanya sekali.
Program Affiliate RM
Program ini untuk mereka yang berminat untuk memasarkan produk dan servis yang den sediakan dalam website Hadee Roslan ini. Program ini adalah program Affiliate 2 Tier. Setiap produk yang terjual dari affiliate link anda sendiri memberikan komisen 30%. Anda juga mendapat sehingga 15% komisen dari jualan yang terhasil dari link sub affiliate anda.
Komisen akan dibayar melalui akaun paypal setiap bulan dari 1hb – 7hb.
Untuk mendaftar sebagai affiliate dalam program ini, sila klik SINI dan daftarkan akaun anda.
Program Affiliate USD
Program ini untuk mereka yang berminat untuk memasarkan produk yang den pasarkan melalui platform JVZoo. Setiap produk yang den letakkan dalam JVZoo, den berikan komisen 50% kepada affiliate den.
Berikut adalah produk produk yang den letakkan dalam JVZoo. Anda akan diberikan 50% komisen untuk setiap jualan yang anda berjaya lakukan. Komisen dalam USD dibayar terus ke dalam akaun Paypal anda oleh JVZoo (tertakluk kepada syarat syarat JVZoo)
Clickback Rewards
Clickback Rewards adalah sistem peraduan yang membolehkan anda menarik trafik ke mana mana URL pilihan anda.
Profit Canvas
Profit Canvas adalah sistem bantuan pemasaran yang membolehkan anda membina perniagaan Internet anda dengan mudah.
Link Master WordPress Plugin
Link Master adalah sebuah plugin WordPress dibina khas untuk affiliate marketers. Jangan biarkan pemilik produk membina list mereka dari traffik yang anda hantarkan tanpa membayar satu sen pun kepada anda.
Super Jacker Pro
Super Jacker Pro adalah sebuah website yang membolehkan anda meletakkan iklan “Overlay” di atas mana mana website pilihan anda.