Setiap perniagaan online, tidak dapat tidak, perlu mempunyai senarai email dan menghantar email promosi secara berkala. Dalam artikel iniĀ (Tetapan SPF, DKIM dan DMARC), den ada menerangkan tentang pentingnya membuat tetapan SPF, DKIM dan DMARC untuk mengawal penghantaran email dari domain anda. Hari ini pula, den ingin memperkenalkan anda kepada 3 penyedia SMTP percuma yang den gunakan untuk menghantar email berkala dari WordPress.
Kebiasaannya, untuk menjimatkan kos, peniaga akan menggunakan server webhosting untuk menghantar email. Pada den, itu satu tindakan yang kurang wajar. Adalah lebih baik jika digunakan servis dari pihak ketiga untuk menghantar email.
Sebelum den mulakan, ada baiknya den berikan sedikit info tentang SMTP dan kenapa perlu gunakan khidmat penyedia servis SMTP ini.
SMTP Secara Ringkas
Simple Mail Transfer Protocol atau SMTP adalah satu standard atau protocol yang digunakan dalam sistem penghantaran email di Internet. Setiap perisian email, sama ada server atau client, akan menggunakan SMTP dalam komunikasi ketika menghantar email.
Boleh dikatakan semua penyedia servis webhosting ada SMTP di dalam server mereka. Oleh itu, secara amnya, anda boleh sahaja menggunakan server webhosting anda untuk menghantar email.
Kalau boleh hantar email guna server webhosting, kenapa tak nak hantar email dengan server webhosting?
Kenapa Mesti Guna Servis Penyedia Khidmat SMTP Server?
Den memang sangat sangat memberi saranan supaya anda menggunakan khidmat penyedia SMTP kerana:
- Penyedia SMTP adalah pakar dalam servis penghantaran email. Fokus mereka adalah dalam menyediakan infrastruktur penyampaian email.
- IP server penyedia SMTP jarang sekali disenaraikan dalam blacklist. Jika masuk pun, mereka akan bertindak pantas untuk mengeluarkan IP mereka dari senarai tersebut.
- Penyedia SMTP memberikan had penghantaran email yang lebih besar.
- Email berkala yang anda hantar mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk sampai ke dalam Inbox penerima.
- Jadual penghantaran email berkala anda tidak terjejas sekiranya server webhosting anda menghadapi masalah.
- Anda tidak perlu membuat tetapan berkaitan penghantaran email setiap kali anda menukar khidmat webhosting.
- Anda boleh menggunakan satu penyedia servis SMTP untuk setiap domain dan webhosting yang anda ada.
- Optimakan penggunaan webhosting khusus untuk mendapatkan kelajuan terbaik website WordPress anda.
Baiklah, den kira anda sudah sedikit sebanyak sudah faham tentang fungsi SMTP dan juga kenapa anda patut gunakan khidmat penyedia SMTP.
Sekarang, tiba masanya den perkenalkan kepada anda penyedia khidmat SMTP percuma yang boleh anda gunakan dalam pengurusan website dan domain yang anda kendalikan.
MailGun
MailGun membolehkan anda menghantar sehingga 10,000 email dengan akaun percuma. Anda boleh menghantar email menggunakan SMTP atau pun API. Untuk menggunakan MailGun di dalam WordPress, anda boleh gunakan plugin MailGun yang ada di dalam WordPress Plugin Repo.
Dapatkan akaun percuma MailGun anda di SINI.
SendinBlue
Dengan akaun percuma dari SendinBlue, anda boleh menghantar 300 email setiap hari (9,000 email/bulan). Untuk menggunakan SendinBlue dengan WordPress, anda boleh install plugin SendinBlue dari WordPress Plugin Repo.
Dapatkan akaun percuma SendinBlue anda di SINI.
ElasticEmail
Pada masa artikel ini ditulis, ElasticEmail adalah penyedia SMTP yang memberikan jumlah penghantaran email terbanyak kepada pengguna akaun percuma. 150,000 email setiap bulan. Sekiranya anda ada 1000 email subscribers, anda boleh hantar 150 email kepada mereka setiap bulan.
Tapi, janganlah buat lagu tuh pulak. Lari subscribers nanti. :D
Sekiranya anda ingin menggunakan servis ElasticEmail dalam website WordPress anda, aktifkan plugin Elastic Emai dari dalam WordPress Plugin Repository.
Dapatkan akaun percuma Elastic Email anda di SINI.
Penyedia SMTP Percuma Mana Patut Anda Gunakan?
Pada den, tak perlu lah nak pening pening kepala nak pilih pekhidmatan mana yang anda nak gunakan. Ini baru tiga yang den senaraikan. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi den senaraikan 3 yang ada sediakan servis percuma untuk jumlah email bulanan yang banyak la.
Ada juga khidmat yang dulu berikan percuma, tapi sekarang dah jadi premium seperti mandrill dan sparkpost.
Senang jer.. register akaun dalam ketiga tiga perkhidmatan. Guna tak guna tuh, belakang kira dulu. Bukan apa, bergantung kepada sistem mailing list yang anda gunakan, mungkin anda boleh menggunakan ketiga tiganya sekali gus dalam satu sistem penghantaran email pukal seperti EasySendy.
Bukan susah mana pun nak register. Tekan taip, tekan taip, dah siap dah akaun. :D
Penyedia SMTP percuma manakah (sekiranya lain dari yang den berikan ini) yang anda gunakan?
Tak berapa nak boleh buat pemasangan dan tetapan untuk semua ini? Den ada tunjukkan segalanya dalam versi terkiniĀ Workshop WordPress den.
InsyaAllah :D