+601165755151 [email protected]

Review Hijackrr – WordPress Plugin Untuk Tarik Trafik, Leads dan Jualan

Mei 27, 2017 | Review | 2 Komen

Hari ini den buat full review Hijackrr. Hijackrr adalah sebuah WordPress plugin. Ianya dikatakan mampu menarik Trafik, Leads dan Jualan untuk anda. Bagaimana ianya dilakukan? Hijackrr membolehkan anda menarik kandungan yang anda pilih dari website tersohor dan menyelitkan pelbagai jenis popup untuk meletakkan tawaran/produk anda di hadapan mata sasaran anda.

Hijackrr bukanlah satu satunya produk atau servis yang boleh digunakan untuk “Hijack” web page orang lain atas tujuan pemasaran ini. Banyak dah plugin dan sistem yang sedia ada. Antaranya:

  1. Sinfiltrator
  2. Cliks-It
  3. Jack Jacker
  4. Absolute Jacker
  5. WP Profit Redirector

Ya, semua sistem dan plugin yang den sebut di atas mempunyai fungsi fungsi webpage hijacking seperti Hijackrr. So, secara amnya, sekiranya anda telah pun menggunakan salah satu dari sistem/plugin di atas, mungkin anda tidak perlukan Hijackrr. Melainkan, anda tidak berpuas hati dengan fungsi yang ada di dalam sistem yang sedang anda gunakan itu lah..

Apa itu Web Page Hijacking?

Sebelum den cerita panjang tentang Hijackrr, den rasa ada baiknya den berikan mukadimah dulu tentang Web Page Hijacking. Apakah ia dan kenapa ia dilakukan?

Web Page Hijacking adalah satu perbuatan di mana anda mengambil kandungan dari web page orang lain (biasanya page yang sedang viral atau trending) dan menggunakan kandungan tersebut sebagai kandungan di web page anda sendiri.

Bukan setakat itu sahaja. Page Jackers juga boleh mengubah kandungan yang dicedok tadi dengan menambah Popup yang bertujuan memasarkan produk/servis mereka. Selain itu, Page Jackers juga boleh menukar URL di dalam setiap link yang terdapat di dalam kandungan page yang di jack itu.

Nak tengok contoh Page Jacking? Klik Sini

Review Hijackrr – Fungsi Fungsi Plugin

Jom kita lihat apa fungsi fungsi yang disediakan oleh Hijackrr.

WordPress Plugin Review Hijackrr - Add Campaign Step 1

Fungsi utama Hijackrr adalah untuk Hijack mana mana web page pilihan anda dan kemudian meletakkan 5 jenis Popup ke dalam page tersebut. Hijackrr juga boleh melakukan Page Redirect sekiranya itu yang anda mahukan.

Popup yang disediakan olhe Hijackrr adalah:

  • On Click Popup – Popup akan dipaparkan bila pembaca klik pada mana mana link di dalam page tersebut.
  • Delayed Popup – Popup akan dipaparkan dalam jangka waktu yang anda tetapkan
  • On Exit Popup – Popup akan dipaparkan bila pembaca cuba meninggalkan page tersebut.

Jom kita lihat fungsi fungsi tersebut satu persatu.

Hijackrr Image Popup

Bagi fungsi Image Popup ini, Hijackrr membolehkan anda meletakkan gambar di dalam Popup window yang dipaparkan. Bila pembaca klik pada gambar tersebut, mereka akan di bawa ke URL yang anda tetapkan.

Berikut adalah contoh Image Popup yang dihasilkan oleh Hijackrr.

WordPress Plugin Review Hijackrr - Image Popup

Nak lihat contoh Hijackrr Image Popup? Klik SINI

Hijackrr Video Popup

Fungsi Video Popup ini pula membolehkan anda meletakkan Popup yang mengandungi video pada page yang di hijack. Dari aspek pemasaran, fungsi ini hanya sesuai untuk branding sahaja. Ia tidak mempunyai fungsi untuk membawa pembaca ke website pilihan anda selepas video itu selesai ditonton.

WordPress Plugin Review Hijackrr Video Popup

Contoh Hijackrr Popup Video boleh anda lihat di SINI.

Hijackrr HTML Popup

Fungsi Popup ini membolehkan anda meletakkan Popup yang berasaskan HTML. Fungsi ini den lihat sebagai fungsi yang versatile dan paling fleksibel. Nak letak image, video, email optin, atau apa apa sahaja sekiranya anda tahu HTMLnya.

BACA JUGA  Hosting Review - Exabytes LiteSpeed WordPress Hosting

Di sini den gunakan HTML untuk paparkan Popup berbentuk video dan juga mempunyai pautan untuk membawa pembaca ke webpage pilihan den.

WordPress Plugin Review Hijackrr HTML Popup

Lihat contoh Hijackrr HTML Popup di SINI.

Hijackrr Social Popup

Fungsi Social Popup ini adalah untuk menarik trafik ke platform platform media sosial anda sendiri. Popup ini menyediakan tiga butang – Facebook Like untuk page, Twitter Share dan Google Plus +1.

Review Hijackrr WordPress Plugin - Social Popup

Perlukan traffik ke platform media sosial anda? Gunakannya seperti INI

Hijackrr Optin Popup

Haaa.. ini mungkin fungsi popup yang paling diminati ramai. Anda boleh meletakkan optin form anda ke dalam page yang telah anda hijack. Nak bina mailing list? Ini mungkin salah satu cara terbaik nak mula.

Review Hijacker WordPress Plugin - Optin Popup

Hijackrr boleh di integrate kepada pelbagai sistem Autoresponder yang sedia ada di pasaran (GetResponse, MailChimp, Aweber, dan lain lain).

Den dah cuba integrasi dengan MailChimp. Tiada masalah.

Den juga cuba dengan MailPoet. Tak menjadi. Nanti nak kena tengok semula.

Di samping itu, anda juga boleh menggunakan Facebook atau Google Plus untuk mendapatkan email pelanggan.

Pada den, kalau anda ingin gunakan optin ini, gunakanlah Facebook atau Google Plus. Pelanggan tidak perlu key in apa apa. Mereka hanya perlu klik pada butang Facebook atau Google Plus yang tersedia (dalam gambar contoh, den tak enable Google Plus)

Contoh penggunaan Optin ini boleh anda saksikan di SINI.

Hijackrr External Site Redirection

Ini fungsi terakhir yang disediakan oleh Hijackrr. Dengan fungsi ini, tiada Popup yang akan dipaparkan. Sebaliknya, pembaca akan di redirect secara automatik ke URL website pilihan anda.

Redirection akan berlaku apabila:

  1. On Click Redirection – bila pelawat klik pada mana mana pautan dalam page tersebut.
  2. Delayed Redirection – dalam jangkamasa yang anda tetapkan.
  3. On Exit Redirection – bila pelawat cuba meninggalkan page tersebut.

Pada den, sekiranya anda ingin menggunakan redirection, ada baiknya anda gunakan “On Click Redirection” atau “On Exit Redirection”. Beri peluang kepada pembaca membaca artikel yang anda kongsikan itu terlebih dahulu. Bila mereka nak beredar, barulah redirect ke URL pilihan anda itu.

Lihat Hijackrr External Site di SINI

Hijackrr = Absolute Jacker?

Den juga telah melihat ke dalam sumber kod plugin Hijackrr ini. Dari apa yang den lihat, Hijackrr mempunyai sumber kod asal yang sama dengan Absolute Jacker.

WordPress Plugin Review Hijackrr - Source Code

Melihat secara ringkas dari source code dalam paparan di atas, jelas menunjukkan Hijackrr diasaskan dari kod kod Absolute Jacker.

Tidak menghairankan kerana kedua dua plugin ini datang dari developer yang sama. Bezanya, Absolute Jacker dipasarkan secara berseorangan oleh developernya sendiri. Manakala Hijackrr pula dipasarkan secara berkumpulan.

Den tidak pernah menggunakan Absolute Jacker, oleh itu den tak dapat nak pastikan sama ada fungsi kedua dua plugin ini adalah serupa. Mungkin Hijackrr telah ditambah fungsinya, mungkin tidak.

Jika ianya serupa pun tak menghairankan. Memang fungsi Page Hijacker semua lebih kurang sama pun.

Makanya.. sekiranya anda sudah pun mempunyai Absolute Jacker, cuba bandingkan fungsinya dengan apa yang den dah ceritakan dalam review Hijackrr ini. Kalau sama, gunakan Absolute Jacker jer lah ya.

Kelemahan Hijackrr

Jom kita lihat pula beberapa kelemahan yang ada pada Hijackrr.

Delayed Popup Tak Berfungsi

Version Hijackrr yang den test ini ada bug yang menyebabkan Delayed popup dan redirection tidak berfungsi dengan betul. Popup dan Redirection tidak berlaku pada jangkamasa yang ditetapkan. Ianya berlaku sebaik page yang di Hijack itu telah load.

BACA JUGA  WP Download Express Review

Akibatnya, Popup atau redirection akan berlaku serta merta apabila page telah load sepenuhnya.

Harap developer Hijackrr akan dapat memperbetulkan bug ini dalam masa terdekat. Jika tidak, tak boleh la fungsi Delayed Popup ini digunakan.

Database Tidak Mesra MultiSite

Hijackrr juga agak tidak mesra MultiSite dan MultiNetwork. Ia boleh digunakan dalam multisite. Tapi hanya satu installation sahaja dalam multisite.

Ini adalah kerana database tablenya tidak multisite compliant. Ianya tidak menggunakan naming convention yang sesuai untuk penggunaan dalam multisite.

Review Hijackrr WordPress Plugin - Database

Dengan menggunakan nama table seperti dalam gambar, hanya satu instance Hijackrr sahaja boleh wujud di dalam multisite dan multinetwork. Sekiranya satu installation pun dah cukup untuk anda dalam multisite anda, maka kelemahan ini tentunya tidak memberi masalah kepada anda.

Taktik Page Hijacking Adalah Taktik Blackhat

Ini penting untuk anda ketahui dan fahami. Penggunaan taktik Page Jacking ini ada risikonya. Facebook telah beberapa kali ban beberapa domain yang melakukan Page Jacking. Makanya, jika anda ingin menggunakan taktik ini, den sarankan guna domain lain – jangan gunakan domain utama anda.

Pemilik web page yang anda Hijack pun mungkin kurang senang dengan tindakan anda mencedok kandungan mereka kedalam website anda untuk kepentingan dan keuntungan perniagaan anda tanpa kebenaran mereka. Lebih lebih lagi sekiranya page anda tiba tiba boleh muncul lebih tinggi dari mereka dalam Search Results Google.

Oleh itu, sekiranya anda menggunakan Hijackrr, pastikan anda letakkan Meta Robot Settings untuk page page Hijackrr sebagai noindex dan nofollow. Elakkan dari Search Engine meletakkan page page Hijackrr dalam index mereka.

Dan .. janganlah dok kerap sangat hijack page dari website website besar ya. Kalau depa ambik tindakan, anda boleh hilang website terus.. hahaha..

Rumusan Review Hijackrr

Oklah. Den dah ceritakan fungsi fungsi yang ada dalam Hijackrr. Den pun dah berikan beberapa kelemahan dan risiko yang ada sekiranya anda menggunakan plugin Hijackrr ini. Sekarang den nak berikan rumusan den tentang Hijackrr.

Pada den, Hijackrr nih sama jer fungsi dia macam Page Jacker lain. Oklah, dari segi penggunaan, Hijackrr ni mungkin lagi senang nak guna dari yang lain lain tuh. Den sebenarnya suka fungsi Cliks-It lagi tapi nak guna Cliks-IT agak complicated sikit. Sebab tuh den tak guna sangat.

Den juga suka yang Hijackrr ada Facebook integration untuk dapatkan email untuk bina mailing list guna Optin Popupnya.

So, perlukah anda mendapatkan Hijackrr?

Pada den… why not? Sekiranya anda belum lagi mempunyai Page Jacker yang lain lain tuh, boleh jer dapatkan Hijackrr nih. Blackhat taktik? Pandai pandaila cover dan gunakan secara berpada pada.

Cara terbaik nak gunakan.. Hijack artikel dari produk owner itu sendiri untuk promote produk owner artikel itu sebagai affiliate mereka.

Contohnya.. Hijack artikel dari website pakar FB Ads (tentang FB Ads) dan letakkan popup untuk promote produk dari pakar FB Ads itu sendiri (anda affiliate produk pakar tersebutlah).

Hijackrr Box

DAPATKAN HIJACKRR SEKARANG

Review Hijackrr – WordPress Plugin Untuk Tarik Trafik, Leads dan Jualan was last modified: 2017-05-27T11:18:44+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan