+601165755151 [email protected]

Review Produk FB Live Wire

Jun 8, 2016 | Review

Ini adalah artikel review produk FB Live Wire. FB Live Wire adalah sebuah produk tutorial  panduan menggunakan Facebook Live dengan Notebook/Desktop.

Facebook Live. Satu lagi fungsi terkini dalam laman media sosial Facebook yang sedang hangat digunakan sekarang. Secara amnya, Facebook Live membolehkan pengguna Facebook untuk berkongsi video dari kamera smartphone secara live di Facebook.

Sebagai usahawan, tentunya anda ingin menggunakan fungsi terbaru ini untuk tujuan pemasaran. Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk mengadakan Live Streaming Webinar  di Facebook. Anda juga boleh mengadakan Live Streaming Interviews di Facebook.

Persoalannya, takkan nak guna camera smartphone untuk buat live webinar? Agak kurang profesional la rasanya.

Jangan risau. Facebook Live boleh juga dijalankan dengan menggunakan kamera notebook/desktop. Itulah yang den nak perjelaskan dalam review post hari ini. Den berpeluang untuk mendapatkan satu produk tutorial tentang Facebook Live. Produk yang den maksudkan di sini ialah ..

FB Live Wire

Apa Ada Dalam FB Live Wire?

FB LIve Wire adalah satu produk tutorial berkenaan fungsi terbaru Facebook iaitu Facebook Live. Setakat yang den dah research, FB Live Wire ini adalah tutorial paling lengkap yang ada dalam topik Facebook Live buat masa ini.

FB Live Wire terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. eBook
  2. Video
  3. Bonus

eBook FB Live Wire

Berikut adalah Isi Kandungan eBook FB Live Wire.

FB Live Wire eBook Table of Content

Dari sejarah hinggakan ke cara menjana pendapatan dengan Facebook Live. Semuanya anda akan pelajari dari eBook ini. Den paling suka chapter 6, 7, 8 dan 9. Den rasa anda pun pasti akan sukakannya.

Video FB Live Wire

Video FB Live Wire terbahagi kepada 5 segmen:

  1. Penyediaan software desktop untuk video streaming ke Facebook Live
  2. Penyediaan Facebook Live di dalam Facebook Fanpage menggunakan dekstop.
  3. Menunjukkan cara memulakan Facebook Live dari desktop.
  4. Menggunakan PowerPoint, mempersembahkan software dan meletakkan Lower Third Image dalam sesi Facebook Live anda. (3 video berasingan)
  5. Ini adalah OTO. Tambahan $17 untuk mendapatkannya. Ada dua video yang menunjukkan cara memulakan Facebook Live dari desktop dalam Facebook Group dan Personal Profile anda.

FB Live Wire Video

Kalau anda jenis yang tak berapa minat membaca, anda boleh sahaja mulakan dengan layan video video ini dahulu. Khatam video, insyaallah, anda dah boleh mula gunakan Facebook Live dalam perniagaan anda.

Tapi kalau tak ada idea, kenalah refer pada chapter chapter 6,7,8 dan 9 dalam eBook.

OTO2 yang bernilai $24 itu mungkin nampak macam tak berapa penting. Tapi bagi anda yang mempunyai ramai pengikut dalam group dan personal  profile, ianya sangat berguna. Nanti anda boleh mulakan Facebook Live dalam group group yang anda join.

Ingat, bukan semua orang akan dapat buat Facebook Live dalam group sekiranya mereka tidak tahu akan teknik ini. Sementara FB belum benarkan ia secara terbuka la.. So, anda akan jadi antara orang terawal yang boleh buat Facebook Live dalam group.

Bonus FB Live Wire

Selain dari eBook dan video, FB Live Wire turut menyediakan beberapa produk digital yang boleh digunakan dalam Facebook Live yang anda buat. Anda diberikan:

  1. Grafik untuk “Lower Third”
  2. Grafik untuk “Background”
  3. Koleksi “Acoustic Rock”
BACA JUGA  Review ChromEngage - Bina Chrome Extension Untuk Website Dengan Mudah

Ketiga tiga pakej ini sebenarnya adalah sebahagian dari produk FB Live Wire. Tapi den klasifikasikan sebagai bonus la.

Satu bonus istimewa yang turut diberikan adalah satu laporan “Case Study” bagaimana seorang IM telah menjana $1435 dari dua video yang simple.

Siapa Yang Perlu Dapatkan FB Live Wire?

Facebook Live adalah fungsi terbaru yang semakin mendapat sambutan orang ramai. Facebook juga telah membuat perubahan di dalam sistem Newsfeednya. Post Facebook Live akan mandapat paparan lebih tinggi di dalam NewsFeed.

Apa yang den perhatikan, buat masa ini, belum ada lagi paparan Facebook Live dari para IM. Mungkin kerana ianya masih terlalu baru. Ramai juga yang belum tahu cara menggunakannya dengan desktop.

Webinar dengan smartphone, mungkin agak kurang sesuai. Untuk buat ala ala vlog, mungkin tiada masalah.

Makanya, sesiapa yang mendapatkan FB Live Wire sekarang, akan menjadi antara “First Mover” dalam menggunakan Facebook Live sebagai webinar di Facebook. Sekiranya anda ingin menjadi “First Mover”, anda patut mendapatkan produk tutorial ini sekarang.

Sekiranya anda ingin menjadi antara orang pertama yang membuat Facebook Live dalam group, anda patut dapatkan produk ini sekarang.

Sekiranya anda inginkan idea idea untuk Facebook Live, anda patut dapatkan produk ini sekarang.

4 Thumbs Up Dapatkan Akses

PS: Sebagai tanda terima kasih den pada anda kerana telah sudi singgah dan membaca review den ini, den nak berikan Bonus kepada anda. Den ada satu plugin yang mungkin berguna untuk anda. Plugin ini membolehkan anda meletakkan “Scarcity Countdown Timer” pada webpage yang anda pilih.

ClickBar Countdown Timer

ClickBar Free Edition File Download
ClickBar Free Edition membolehkan anda menggunakan fungsi "Tawaran Waktu Terhad" untuk produk produk anda..

 

Review Produk FB Live Wire was last modified: 2016-06-08T01:27:24+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan