Quantcast
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Produk yang den nak review hari ini diberi nama ChromEngage. Ia membolehkan anda membina Chrome Extension untuk mana mana website yang anda mahukan. Kenapa nak buat Chrome Extension? Salah satu sebab adalah untuk leverage populariti Google Chrome Webstore di kalangan pengguna Google Chrome. Satu lagi sebab ialah untuk mendapatkan backlink dari sebuah website yang mempunyai authority tinggi di mata Google. Jom baca Review ChromEngage den ini..

Advertisement


Bina Chrome Extension Tanpa Sebarang Kod

Dengan ChromEngage, anda tidak perlu mempunyai sebarang pengetahuan tentang programming. Anda tidak perlu menulis walau sebaris kod pun. Anda hanya perlu berikan maklumat tentang website anda dan sediakan beberapa gambar untuk digunakan di dalam Google Chrome Webstore.

Mengikut demo video yang dipaparkan pada sales page ChromEngage, anda boleh menyiapkan satu Chrome Extension dalam masa 2 minit. Den dah cuba dah. Den berjaya bina Chrome Extension untuk website Hadee Roslan ini. Siap dalam masa tak sampai satu jam. Satu jam sebab den buat sambil sambil rujuk video training yang disediakan. Rasanya lepas dah buat 2 – 3 extension nanti, boleh la kot den siapkan satu dalam 5 – 10 minit.

ChromEngage Campaigns Dashboard

Dua minit siap satu extension? Mungkin boleh, dengan syarat anda dah siapkan segala bahan bahan yang diperlukan. Copywriting untuk letak dalam Extension Description dan sedia. Gambar gambar untuk paparan dalam Google Webstore dah tersedia siap untuk setiap saiz yang diperlukan.

ChromEngage Edit Extension Form

Inilah dia borang yang perlu anda isikan di dalam ChromEngage untuk membina Chrome Extension anda. Di samping ini, anda juga perlu mengisi butiran berkenaan extension anda di dalam Google Chrome Web Store.

So, 2 minit mungkin agak ada sedikit unsur unsur hype la pada den. 5 – 10 minit lebih praktikal rasanya. Oklah, tentunya berganda lebih cepat dari nak kena buat programming bagai. 😀

Nak tengok Chrome Extension yang den buat? Klik Sini untuk download dan install pada Chrome Browser anda.

Apakah Fungsi Utama Chrome Extension Anda?

Fungsi yang terdapat pada Chrome Extension anda adalah bergantung kepada apa yang boleh website anda lakukan. Pada dasarnya, Chrome Extension yang dibina menggunakan ChromEngage adalah bersifat seperti pelancar website sahaja. Bila pengguna klik pada extension anda, website anda akan dipaparkan dalam tab chrome yang sedang aktif.

Namun, dengan adanya Chrome Extension khas untuk website anda ini, anda dapat meletakkan jenama website anda di dalam Chrome Webstore.

Semasa membina extension, anda digalakkan untuk meletakkan Keyword sasaran sebagai sebahagian dari nama extension. , Ada kemungkinan extension anda akan dipaparkan kepada pelawat Webstore yang membuat carian berkenaan keyword sasaran anda itu. Kira macam buat SEO untuk Google Webstore la lebih kurang.

Google Chrome Web Store Search

Bina 2 List Dengan Chrome Extension Anda

Selain dari branding dan backlink, chrome extension anda juga menjadi salah satu senjata untuk membina list. 2 list boleh dibina apabila extension anda ditambah ke dalam browser Google Chrome – list email dan juga list web push notification.

Makanya, lebiih ramai pengguna yang download dan install extension anda ke dalam browser mereka, lebih besarlah list anda tersebut.

Macam mana nak tarik lebih ramai orang untuk download dan install extension anda? Mudah, ChromEngage turut menyediakan fungsi widget yang boleh anda letakkan di dalam website anda. Widget ini akan memaparkan pesanan tentang kewujudan Chrome Extension anda kepada pelawat website. Anda boleh menawarkan gula gula yang hebat untuk menarik minat pelawat. Gula gula tersebut akan anda kirimkan melalui email, setelah mereka membuat email verification.

Pada ketika ini, ChromEngage boleh mengumpul email untuk sistem GetResponse, Aweber dan Mailchimp. Bagi pengguna autoresponder yang lain, boleh lah menggunakan fungsi HTML form yang disediakan.

ChromEngage Chrome Web Store eMail Optin

Selain dari membina eMail List. ChromEngage juga membolehkan anda membina Chrome Push Notifications List. Anda boleh menghantar Push Notifications kepada setiap orang yang telah download dan install Chrome Extension anda di dalam Chrome Browser mereka.

ChromEngage Chrome Push Notification

  1. Butang untuk menghantar Chrome Push Notification kepada pengguna yang telah install Extension pada Chrome.
  2. Interface menghantar Chrome Push Notification.
  3. Chrome Push Notification yang dipaparkan pada skrin pengguna.

Apa Pandangan Den Tentang ChromEngage?

Chrome Web Store adalah salah satu Web Store yang sering digunakan oleh pengguna Chrome Browser. Fungsinya lebih kurang sama lah dengan application web store yang lain – Google Play Store, Apple App Store dan lain lain. Tempat di mana pengguna mencari app app menarik untuk platform yang mereka gunakan.

Makanya, sekiranya anda boleh membina sebuah Chrome Extension dan meletakkannya di dalam Chrome Web Store, anda akan dapat menambah exposure brand anda kepada pengguna. Lebih lebih lagi sekiranya anda meletakkan Keyword Utama Niche anda di dalam nama extension anda itu.

Macam yang den buat untuk Extension den la.. Den tak rasa ada orang nak search “Hadee Roslan” dalam Chrome Web Store. Tapi, mungkin ada yang akan search untuk WordPress atau Pemasaran Internet. Maka, itulah nama yang den gunakan. Kita tengoklah nanti apa hasilnya..

Dari segi, fungsi extension, takde apa fungsi sangat. Bila klik pada icon extension, Chrome akan buka website anda. Kira pengguna tak perlu nak type URL website anda dah la.. klik jer pada icon extension kat Chrome Browser tuh. Kalau pengguna tersebut ada gunakan fungsi Chrome Sync antara semua PC/Notebook dia, semua chrome browser dia akan ada extension anda secara automatic.

Den juga rasa dengan adanya script untuk paparkan pesanan tentang kewujudan Chrome Extension anda di website, ia turut membantu menaikkan jumlah pengguna yang berminat nak mencuba install extension anda tersebut.

ChromEngage Website Popup

Dengan adanya popup tersebut, anda tidak perlu berharap kepada pengguna yang melakukan Search dalam Chrome Web Store untuk mendapatkan Extension anda. Anda boleh umpan pengguna untuk install seperti anda umpan untuk membina eMail list anda – dengan gula gula download. 😀 😀 😀

Den juga merasakan yang fungsi Chrome Push Notificaion yang disediakan oleh ChromEngage agak terhad fungsinya. Ini kerana ianya terhad kepada penghantaran Push Notification kepada pengguna Chrome sahaja. Ialah, dah tuh, extension pun untuk Chrome sahaja kan.

So, sekiranya anda berminat untuk menggunakan fungsi Browser Push Notiication, mungkin solusi Push Notification (Post ini dah lama, mungkin banyak paparan yang dah berubah) ini lebih baik untuk anda.

Namun, pada den, sekiranya anda ingin mendapatkan sebahagian dari traffik yang wujud di Chrome Web Store, ChromEngage adalah cara termudah untuk mendapatkannya.

Dapatkan ChromEngage Di SINI
Dapatkan Akses ke ChromEngage Sekarang

Bonus Untuk ChromEngage Dari Hadee Roslan

Apa bonus den nak bagi untuk semua yang dapatkan ChromEngage dari link den kat atas tuh? Hmmmmm…

Memandangkan ChromEngage nih membolehkan anda kumpul Chrome Push Notification list, den tambah satu lagi list untuk anda. Den berikan satu akaun LetSocify untuk anda bina satu unlimited FB Notification List. So, anda dah boleh bina 3 list serentak – eMail, Push Notification, dan FB Notification.

Nota tambahan: Kalau nak tambah satu lagi list secara percuma.. cuba baca post den tentang FB Messenger List.

Review ChromEngage – Bina Chrome Extension Untuk Website Dengan Mudah was last modified: 2017-08-24T19:01:50+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 95 times, 3 visits today)
Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<