Review FB Cash Profit – Pakej Utama

Dis 15, 2015 | Review | 1 comment

. Produk digital dari seorang Internet Marketer yang tidak asing lagi – Tuan Affendi Hussin. Nak tahu dengan lebih mendalam lagi tentang produk ini? Terimalah Review FB Cash Profit ini dari saya.

Sebelum itu, saya ingin memanjangkan ucapan tahniah kepada Affendi Hussin kerana telah berjaya menghasilkan FB Cash Profit ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada beliau kerana telah sudi memberikan saya akses penuh kepada produk beliau untuk membuat review ini.

Baiklah. Mari kita mulakan Review FB Cash Profit ini.

Pakej Utama FB Cash Profit

Apakah FB Cash Profit ini? Secara ringkasnya, ia adalah pakej panduan memulakan perniagaan Internet. Kandungannya berupakan video video pendek yang merangkumi topik topik berikut:

  • Chapter 1: Pengenalan
  • Chapter 2: Bagaimana Nak Bermula
  • Chapter 3: Formula Asas 5P
  • Chapter 4: Niche vs Produk
  • Chapter 5: Lubuk Produk
  • Chapter 6: Affiliate
  • Chapter 7: Dropship
  • Chapter 8: Distributorship
  • Chapter 9: Fanpage
  • Chapter 10: FB Ads

20 video dalam 10 chapter. Ini adalah apa yang anda akan dapat dalam pakej utama FB Cash Profit. Jom kita lihat apa yang bakal anda pelajari dari video video ini.

FB Cash Profit Members Area

Chapter 2 – Bagaimana Nak Bermula

Chapter Bagaimana Nak Bermula ini membantu anda menjawab soalan “Macam mana nak berjaya macam …”

Soalan yang sering bermain di kepala setiap bakal bakal usahawan. Tentunya anda pernah berfikir seperti itu jugakan? Anda pun ingin menjadi hebat seperti usahawan usahawan yang telah berjaya. Ingin berjaya seperti nama nama terkenal  – Affendi Hussin, Raja Kamil, Irfan Khairi, Gero Azrul, Adly Mokhtar dan lain lain.

Chapter ini juga mengajar anda supaya mengenali masalah masalah dan halangan yang sering dihadapi oleh semua yang baru nak mula berniaga.

Anda turut diperkenalkan kepada model model perniagaan yang boleh anda pilih untuk mula berniaga. Dari model model tersebut, anda diberikan penerangan tentang cara terbaik untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai untuk anda.

Chapter 3 – Formula Asas 5P

Chapter 3 memperkenalkan anda kepada konsep 5P – Produk, Platform, P.., P.., P..

P yang ketiga merupakan antara yang terpenting. Ramai yang menggunakan cara yang susah dalam menguruskan P ke tiga ini.

P keempat merupakan perkara yang paling sukar untuk ramai usahawan. Di sini, ilmu dan tindakan itu perlu berada pada tahap yang sama. Silap percaturan di sini, anda boleh rugi besar.

P kelima.. anda perlu lihat dan dengar dengan teliti pesanan terpenting yang diberikan. Haaaa… Kalau tak buat seperti yang disarankan memang rugi la.

Chapter 4 – Niche vs Produk

Bagi yang masih keliru tentang apa itu niche dan apa itu produk, Chapter 4 bakal meleraikan kekeliruan anda itu. Anda bakal faham perbezaan di antara niche dan produk. Anda juga akan faham apa hubungan di antara pelanggan, niche dan produk. Kalau tak faham, kerja kerja pemasaran anda boleh menjadi sia sia.

Nak tahu apakah niche niche yang popular? Ada dalam chapter 4.

Chapter 5 – Lubuk Produk

Saya jangkakan tentu ramai yang akan menghabiskan masa di sini. Chapter 5 memberikan anda lubuk lubuk di mana anda boleh mendapatkan produk produk yang boleh anda niagakan. Anda diberikan:

  • 3 lubuk produk digital pasaran tempatan
  • 3 lubuk produk digital pasaran antarabangsa
  • 3 lubuk produk fizikal pasaran tempatan
  • 3 lubuk produk fizikal pasaran antarabangsa

12 lubuk produk kesemuanya. Setiap satu menyediakan ratusan malah ribuan produk untuk dipilih. Tiada lagi alasan “Saya tidak ada produk untuk dijual”.

BACA JUGA  FB Messenger AutoResponder Percuma Dengan ChatFuel

Chapter 5 dibahagikan kepada 4 video. Setiap video merangkumi setiap jenis produk dan pasaran. Anda diberikan penerangan ringkas tentang cara cara mendaftar dan memilih produk dari setiap lubuk yang diperkenalkan.

Chapter 6 – Affiliate

Chapter 6 memberikan fokus kepada perniagaan Afiliate. Dalam chapter ini, anda diberikan penerangan tentang:

  • Apa itu affiliate
  • Kenapa program affiliate
  • Di mana nak cari program program affiliate
  • Jenis jenis program affiliate

Anda juga diberikan cara cara untuk memulakan perniagaan affiliate. Dapatkan tip tip berkenaan cara memilih program affiliate yang terbaik untuk anda.

FB Cash Profit Chapter 6 III

Chapter 7 – Dropshipping

Fenomena dropship telah melanda Malaysia. Sekiranya anda selalu membeli produk fizikal secara online, kemungkinan besar, produk yang anda beli itu diniagakan oleh seorang usahawan dropship. Ramai pengedar pengedar produk yang memasarkan produk dengan teknik dropship.

Chapter 7 ini menerangkan segalanya tentang dropship. Di dalam chapter ini, anda diberi pencerahan tentang langkah langkah yang perlu dilakukan untuk berniaga sebagai ejen dropship. Ianya merangkumi:

  • Pemilihan produk
  • Kajian produk
  • Pemasaran produk
  • Pemilihan pembekal produk
  • Cabaran cabaran yang dihadapi dengan pelanggan, pembekal dan pesaing

Chapter 8 – Distributorship

Chapter 8 menerangkan kepada anda konsep berniaga sebagai distributor atau stokis. Sekiranya anda mempunyai minat untuk mula berniaga sebagai seorang stokis, inilah chapter yang perlu anda dalami. Anda akan diberikan maklumat tentang cabaran cabaran yang dihadapi oleh seorang stokis.

Terdapat juga beberapa tips yang sangat berguna untuk anda sekiranya stokis adalah pilihan perniagaan anda.

Chapter 9 – Fanpage

Tentunya chapter 9 adalah salah satu chapter yang menjadi tumpuan ramai. Dalam era Facebook dan social media ini, tentunya kita tidak mahu ketinggalan. Facebook, tidak dinafikan, adalah platform yang menjadi pilihan ramai usahawan.

Dalam Chapter 9 ini, anda akan menerima penerangan lengkap berkenaan Fanpage. Perbezaan di antara Personal Profile, Group dan Fanpage ada diterangkan supaya anda jelas akan fungsi ketiga tiganya.

Sekiranya anda tidak menggunakan Fanpage sebelum ini, Chapter 9 akan menerangkan kepada anda kenapa Fanpage adalah platform yang lebih baik untuk anda gunakan dalam perniagaan.

Anda juga diberikan langkah langkah untuk membina fanpage perniagaan anda. Ikut sahaja dan Fanpage anda akan tersedia di akhir video ini.

Chapter 10 – FB Ads

Chapter 10 memperkenalkan anda kepada teknik pemasaran menggunakan FB Ads. Dalam chapter ini anda akan belajar menggunakan 2 jenis Ads:

  • Clicks to Website
  • Page Post Engagement

Anda tidak pernah buat FB Ads sebelum ini? Tidak apa. Ikut sahaja apa yang diajar di dalam video video ini. InsyaAllah.

Kelebihan Pakej Utama FB Cash Profit

28 video panduan yang padat dengan ilmu berkenaan mula berniaga. Tentunya banyak yang boleh anda pelajari dari video video ini. Anda juga diberikan penerangan tentang 3 model perniagaan Internet yang menjadi pilihan sekarang – Affiliate, Dropship dan Distributorship.

Langkah langkah untuk menggunakan platform platform mendapatkan produk juga turut diberikan. Ada penerangan tentang cara cara memilih produk. Ada penerangan berkenaan cara cara memilih pembekal. Ada penerangan berkenaan cara cara menghadapi cabaran dan halangan.

Ini, pada saya adalah penting kepada bakal bakal usahawan. Ramai usahawan baru yang sering melakukan kesilapan pada peringkat memilih produk dan pembekal. Kesilapan ini bakal memberi kesan negatif terhadap perjalanan perniagaan mereka.

Pakej Utama ini memberikan fokus kepada teknik pemasaran menggunakan FB Ads. Dan hanya dikhususkan kepada 2 jenis FB Ads sahaja. Dengan pengkhususan ini, anda fokus menggunakan hanya teknik pemasaran yang diajarkan ini.

BACA JUGA  Review Produk FB Live Wire

Ramai usahawan baru menjadi terlalu ghairah untuk melakukan setiap jenis pemasaran yang mereka pelajari dalam satu masa. Akhirnya kesemua usaha pemasaran mereka tidak menghasilkan pulangan yang setimpal.

Di sini, anda hanya belajar 2 jenis FB Ads. Fokus. Timba pengalaman dan buat kedua duanya sehingga berjaya. Kemudian baru belajar teknik pemasaran yang lain.

Siapa tahu? Mungkin Affendi Hussin akan membuat penambahan pada FB Cash Profit di masa hadapan?

Kelemahan Pakej Utama FB Cash Profit

28 video panduan. Mana mungkin FB Cash Profit tidak mengandungi sebarang kelemahan. Pada saya, kelemahan paling ketara produk ini adalah pada nama produk itu sendiri.

FB Cash Profit namanya. Namun jika kita lihat pada isi kandungan yang diberikan, kurang dari 20% isi kandungannya mempunyai kaitan dengan FB. Pada hemah saya, mungkin nama seperti Internet Cash Profit lebih sesuai. Tapi itu pandangan saya la. Mungkin Tuan Affendi Hussin ada sebab tersendiri untuk menamakannya FB Cash Profit.

Selain itu, saya juga merasakan yang video video berkenaan lubuk lubuk produk (Chaper 5) perlu diperkemaskan sedikit. Tuan Affendi Hussin cuba memuatkan tiga lubuk dalam satu video. Itu bukanlah satu masalah.

Dalam setiap video, saya rasakan seperti beliau telah mengambil masa terlalu panjang untuk menerangkan tentang lubuk yang pertama. Penerangan tentang dua lubuk yang seterusnya menjadi seperti terkejar kejar.

Saya juga merasakan ada satu kekurangan lagi tentang produk ini. Tiada video yang membuat ulasan mengenai langkah langkah yang patut dilakukan untuk mula berniaga.

Chapter 6 ada video tentang memulakan perniagaan Affiliate. Namun, saya rasakan video tersebut akan membuat orang yang baru nak bermula dengan affiliate menjadi keliru. Banyak sangat upsell dan downsell dalam program affiliate tersebut. Bagi yang baru nak mula, mungkin lebih baik gunakan program yang tiada upsell downsell dalam flow nya.

Saya dapat tahu ada video yang merupakan “Case Study” untuk memulakan perniagaan dalam 7 hari. Mungkin video itu belum diupload lagi pada ketika saya menulis review ini. Nanti saya tanyakan kepada beliau. InsyaAllah.

Update: Tuan Affendi telah menerangkan yang video “Case Study” dan video Chapter 6 yang saya ceritakan di atas adalah video yang sama.

Apa Kata Hadee Roslan Tentang Pakej Utama FB Cash Profit?

Baiklah, terima kasih kerana anda masih lagi sudi membaca coretan saya tentang ini. Kini tiba masanya saya memberikan “Verdict” saya tentang produk ini.

Semua produk ada kelebihan dan kelemahan masing masing. Pada saya, kelemahan yang terdapat pada produk Affendi Hussin ini tidak menjejaskan kemantapan ilmu yang terkandung di dalamnya.

Sekiranya anda benar benar ingin memulakan perniagaan Internet, pakej FB Cash Profit ini memang patut menjadi salah satu rujukan anda. Saya memberikan produk ini rating 4/5!

Sekarang ini Affendi Hussin ada membuat tawaran. Anda boleh download 3 Chapter terawal dengan PERCUMA! Maka downloadlah 3 Video tersebut terlebih dahulu. Dengan info yang sudah anda perolehi dari Review FB Cash Profit ini dan tiga video percuma itu, buatlah penilaian anda sendiri sama ada anda ingin mendapatkan pakej penuh produk ini.

Nota: Sekiranya anda mendapatkan FB Cash Profit dari pautan di atas, saya akan menerima komisen affiliate dari pembelian anda.

Ini link tanpa affiliate untuk ke FB Cash Profit jika itu pilihan anda.

Review FB Cash Profit – Pakej Utama was last modified: 2015-12-15T08:37:53+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan