Tahun 2016 menyaksikan penutupan salah sebuah Platform Affiliate Malaysia yang tersohor. Ashadee.com telah mengumumkan di lewat 2015 yang mereka tidak lagi menerima sebarang pendaftaran baru dan akan menutup tirai pada 20hb March 2016. Persoalan yang bermain main di kepala para penggiat Affiliate Malaysia tentunya apakah ada Platform Affiliate Malaysia yang lain seperti Ashadee.com?
Affiliate Marketing Secara Ringkas
Affilate Marketing merupakan salah satu cabang perniagaan Internet yang semestinya dilakukan oleh sebilangan besar usahawan Internet. Macam mana jana income dengan Affiliate Marketing?
Secara ringkasnya anda jana pendapatan menggunakan produk orang lain. Setiap seorang affiliate akan diberikan affiliate link oleh penyedia program affiliate. Contoh affiliate link:
- http://jvsecurepay.com/affiliates/jururawat/26584
- http://www.ashadee.net/go/49882/kodeexii
- http://www.fbcashprofit.com/hop.php?ref=kodeexii
Link link affiliate ini biasanya akan dipendekkan dan kemudian dikongsikan oleh para affiliate di dalam blog, facebook, twitter, google plus, youtube, email dan lain lain medium pemasaran yang mereka pilih. Sekiranya ada pelawat yang klik pada link tersebut dan membuat belian, affiliate tersebut akan menerima komisen dari pemilik program itu. Nilai komisen bergantung kepada jenis produk dan program affiliate tersebut.
Platform Affiliate Marketing Ashadee.com
Ashadee.com yang bermula sebagai JomNiaga.com adalah salah satu dari beberapa platform affiliate yang termasyhur di Malaysia. Ia adalah sebuah platform yang menyediakan ruang niaga untuk produk produk digital dari dalam dan luar Malaysia. Pelbagai produk digital dalam satu website.
Platform yang disediakan oleh Gobala Krishnan ini sememangnya salah satu platform yang menjadi pilihan kebanyakan affiliate marketer tempatan. Ini kerana dengan hanya menjadi ahli (percuma), seorang affiliate boleh mempromosikan pelbagai jenis produk. Satu login. Satu report. Macam macam produk dalam pelbagai jenis kategori.
Bagi pencipta produk pula, ashadee.com menyediakan bagi mereka ruang niaga beserta dengan rangkaian affiliate yang besar untuk melakukan pemasaran. Pemilik produk tidak perlu bersusah payah membuat kempen menarik rakan rakan affiliate untuk melakukan pemasaran. Boleh fokus kepada membina produk terbaik dan juga bahan bahan pemasaran yang boleh digunakan oleh para affiliate.
Selepas memberikan perkhidmatan selama 5 tahun, akhirnya Ashadee menutup tirainya dalam tahun 2016. Bagi usahawan affiliate yang berpengalaman, tentunya mereka memang mempunyai lebih dari satu sumber platform affiliate yang digunakan.
Pelbagai jenis platform affiliate yang muncul dan tenggelam setiap tahun. Maka, untuk mengharapkan pendapatan dari hanya satu platform affiliate adalah satu tindakan yang kurang bijak. Apakah platform affiliate yang dimaksudkan?
Platform Affiliate Malaysia Pengganti Ashadee.com
Pengumuman tentang penutupan platform Ashadee.com menyebabkan ramai usahawan Affiliate Malaysia yang tercari cari platorm pengganti Ashadee. Ya. Sekiranya anda menggunakan Ashadee.com sebelum ini, tentunya anda turut bertanyakan soalan yang sama. Di mana nak cari produk affiliate selepas Ashadee.com?
Sekiranya anda ada mengikuti mana mana guru IM Malaysia seperti Raja Kamil, Gero Azrul, Aqif Azizan dan Shuth, tentu anda tahu platform platform affiliate yang mereka gunakan.
Jika anda tidak mengikuti nama nama yang den sebutkan itu, tidak mengapa, biar den terangkan tentang platform platform affiliate Malaysia yang sedia ada sekarang iaitu:
- Aztetic (tiada lagi)
- JVSecurePay
- Klikjer
- OnPay
- Order Sini (terbaru)
Platform Aztetic.my (TIDAK LAGI BEROPERASI)
UPDATE: Platform Aztetic telah pun tenggelam di dalam lautan Affiliate Marketing. Hehehe.. Link ke domain Aztetic kini membawa anda ke Onpay.
Aztetic.my adalah salah satu platform yang menyediakan khidmat Software as a Service (SaaS) untuk membina kedai online bagi menjual pelbagai produk fizikal dan digital. Pasaran sasaran Aztetic sebenarnya adalah para pemilik produk.
Aztetic menyediakan platform yang mudah bagi pemilik produk memantau jualan. Antara tarikan buat pemilik produk adalah sistem affiliate yang siap terbina yang boleh terus digunakan oleh para pelanggan Aztetic.
Sebagai seorang affiliate, den dapati, sistem Aztetic tidak begitu affiliate friendly. User interface untuk affiliate agak terhad.
Kekurangan paling ketara adalah ketiadaan ruang niaga (marketplace) di mana para affiliate boleh melihat kesemua produk yang boleh di promosikan. Untuk mengetahui produk apa yang ada, affiliate perlu dapatkan link kedai dari pemilik kedai itu sendiri.
Namun, walaupun tanpa adanya ruang niaga (marketplace), ada satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan senarai produk yang dijual menggunakan sistem Aztetic ini. Caranya – gunakan pakcik Google.
Pergi ke website google dan gunakan kata carian “site:aztetic.my” (tanpa pembuka/penutup kata). Anda akan diberikan senarai subdomain yang wujud dalam domain aztetic. Semua kedai dalam Aztetic menggunakan URL subdomain.aztetic.my.
Jika dilihat dalam senarai muka pertama carian Google, ada terdapat dua nama besar IM yang menggunakan Aztetic – WriteToWealth dan Jootawan. Ada beberapa IM Malaysia yang turut menggunakan platform Aztetic seperti tuan Faisal Abdullah, Gero Azrul dan Rahman Basri.
Antara produk yang boleh anda promosikan di Aztetic adalah:
- Teknik Pukau Pelanggan oleh Jootawan
- Story Selling oleh WriteToWealth
- Close Sales 6 Langkah oleh Nasihat Niaga
Ingin menjadi affiliate produk produk sifu IM di Aztetic? Lawati laman Aztetic mereka ini:
- Write To Wealth (Aqif Azizan) (UPDATE: Sekarang di OnPay – Suspended)
Jootawan (Amar Zahar)(Website Jootawan pun dah tak berjaga)- Nasihat Niaga (Faisal Abdullah) (UPDATE: Sekarang di OnPay – Suspended)
- Gero Azrul Marketing (Gero Azrul) (UPDATE: Sekarang di OnPay – Suspended)
Platform OnPay
Selain Aztetic, ramai juga sifu sifu IM yang kini menggunakan platform OnPay untuk menjual produk produk digital mereka. Onpay secara amnya menyediakan khidmat yang sama seperti Aztetic. Pasaran sasarannya adalah para pemilik produk digital.
Onpay juga tidak menyediakan ruangan marketplace yang menyenaraikan kesemua produk yang boleh dipromosikan sebagai affiliate. Kita harus mendapatkan link program affiliate dari setiap pemilik produk itu sendiri.
Den gunakan Google untuk mendapatkan senarai pemilik kedai dalam Onpay
Den nampak beberapa nama sifu IM Malaysia yang bertapak di Onpay.my. Antaranya – Firdauz Azizi, Wan Mus, dan Cikgu Hafiz.
Berikut adalah antara produk mereka yang boleh di perolehi di Onpay.my:
Update Jun 23 2017 – OnPay kini menyediakan ruangan Marketplace untuk mempromosikan produk yang dijual melalui platform tersebut.
Platform Affiliate JVSecurePay
JVSecurePay adalah sebuah platform pemasaran affiliate yang digunakan oleh Tim InfoKerjaya yang diasaskan oleh Muaz Hadi, Ikhwan Fahmi dan Syed Faiz. Tim InfoKerjaya menyediakan pelbagai produk digital dalam niche kerjaya. Ada lebih 10 produk yang boleh anda pasarkan di dalam platform JVSecurePay.
Produk produk yang di tawarkan pun telah terbukti mempunyai permintaan tinggi setiap tahun. Ada produk yang bermusim. Ada produk yang boleh dipasarkan sepanjang tahun.
Antara produk yang boleh anda pasarkan adalah:
Tim Infokerjaya turut menyediakan bahan bahan promosi seperti artikel dan gambar banner untuk anda gunakan dalam kempen promosi anda. Ini memudahkan kerja kerja promosi terutamanya bagi yang baru bermula. Gunakan sahaja bahan bahan promosi yang disediakan dahulu. Bila dah pandai, boleh buat bahan promosi sendiri.
Berminat untuk menjadi affiliate Tim InfoKerjaya? Daftar di JVSecurePay sekarang.
Platform Affiliate Klikjer
Platform Affiliate Klikjer adalah website yang disediakan oleh seorang lagi IM terkemuka Malaysia yang dikenali sebagai Shuth. Tak kenal Shuth? Dialah pengasas WangCyber.com. Forum IM tersohor di Malaysia.
Klikjer sangat mudah untuk digunakan. Anda dapat melihat produk produk yang tersedia untuk dipasarkan melalui pautan “Produk”. Pada ketika ini, ada hampir 20 buah produk digital yang boleh anda pasarkan dari Klikjer.com.
Klikjer turut menyediakan bahan bahan berupa gambar yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk produk pilihan anda. Terdapat pelbagai banner gambar dalam bermacam saiz untuk anda letakkan di dalam laman web anda bagi tujuan promosi.
Sekiranya Platform Affiliate Klikjer.com ini kelihatan menarik untuk anda, bolehlah mendaftarkan diri sebagai affiliate di SINI.
Platform Order Sini
Beberapa tahun kebelakangan ini, den nampak satu platform semakin mendapat perhatian para penjual produk fizikal dan digital. Platform yang semakin meningkat naik ini adalah Order Sini.
Order Sini menyediakan platform jualan untuk produk digital, fizikal dan juga servis. Ia memberikan penjual platform untuk membina ejen pemasaran bagi produk dalam bentuk affiliate dan juga dropship.
Pendaftaran untuk Ejen Affiliate dan Dropship adalah percuma. Ejen Affiliate dan Dropship boleh memilih produk untuk dipasarkan di dalam ruangan Marketplace yang disediakan.
Satu fungsi menarik yang disediakan oleh OrderSini untuk para affiliate ialan Bonus. Anda boleh meletakkan pautan ke halaman Bonus yang anda sediakan untuk pembeli dari affiliate link anda.
Antara produk yang boleh anda dapatkan dari OrderSini sekarang:
- SEO Algo Fix
- Persona Pelanggan
- DBKing Viral Service
- Bina Website Dengan WordPress
- Pakej Lengkap Video Panduan eCommerce
Order Sini memberikan para affiliates satu halaman yang menunjukkan produk yang mendapat jualan tertinggi. Melalui halaman “Best Product” anda boleh melihat jumlah jualan bagi setiap produk.
Dengan adanya halaman ini, anda boleh memilih untuk membuat promosi untuk produk yang mudah dijual – mempunyai jumlah jualan tinggi.
Namun demikian, anda perlu ingat, jumlah jualan yang dipaparkan adalah untuk sepanjang kewujudan produk. Mungkin produk tersebut sudah tidak terjual lagi hari ini. Mungkin lebih baik bagi Order Sini untuk memberikan tempoh masa untuk jumlah jualan yang dipaparkan. Apa pun. data yang dah ada nih pun dah cukup bagus la.
Order Sini ternyata sebuah platform affiliate yang menepati kehendak ramai affiliate marketers hari ini. Jika anda ingin mula menjana pendapatan dari Order Sini daftarlah sebagai affiliate DI SINI
Platform JVWarrior
Sekiranya anda biasa bermain affiliate antarabangsa, tentu anda kenal platform JVZoo dan Warrior Plus. Kedua dua platform yang den sebutkan itu adalah antara affiliate platform paling terkenal untuk penggiat Internet Marketing. Tapi, den bukan nak cerita pasal dua dua platform tersebut. Den nak cerita tentang platform affiliate terbaru (pada den la) iaitu platform JVWarrior.
Sebagai platform affiliate, JVWarrior mempunyai dua fungsi yang den suka:
- Marketplace untuk mendapatkan produk affiliate.
- Jadual “Product Launch” yang membolehkan den membuat persediaan awal untuk melancarkan kempen bila produk dilancarkan.
Satu kekurangan di platform JV Warrior ini sekarang adalah.. ia kekurangan produk affiliate untuk dipasarkan. Pada ketika den menulis ini, hanya ada dua (2) sahaja produk affiliate untuk dipasarkan:
- Export Mudah – Strategi Jual Barang Tempatan Ke Pasaran Antarabangsa Pada Harga Berganda!
- Panduan Hotel – Rahsia check in hotel pada harga serendah RM1/day!
- Ejen Viral – Mula berkenalan dan akhirnya terjebak dalam bisnes affiliate
Produk produk lain, semuanya sudah tidak lagi dipasarkan.
Sebenarnya, den agak kurang minat untuk memasarkan produk yang hidup tak lama nih. So, den harap agar lebih ramai pemilik produk digital yang membuat produk untuk jangka masa panjang.
Nak mula pasarkan produk dari JVWarrior?
Platform TUDUNGSICOMEL
Bagi mereka yang lebih berminat dengan produk fizikal, boleh intai intai platform TudungSiComel (TSC). Ia adalah platform jualan produk pakaian kanak kanak. Tudung Si Comel lebih fokus kepada produk tudung sekolah untuk kanak kanak. Walau fokus utama mereka di TSC adalah dalam niche tudung kanak kanak, namun, mereka turut menyediakan tudung untuk orang dewasa juga.
Antara sebab kenapa den rekomen program affiliate TSC ini adalah:
- Niche yang “Evergreen”.
- Niche yang sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi.
- Ada “Jaminan 180 Hari”.
- Platform yang aktif membuat pemasaran. Website turut menyajikan pelbagai kandungan berbentuk artikel untuk memastikan mereka kekal relevan dalam pasaran. Ini contoh artikel yang mereka sediakan dalam website – “Bagaimana Latih Anak Memaafkan, Tidak Berdendam“
- Platform menyediakan pelbagai bahan latihan dan promosi untuk ejen. Ini contoh bahan latihan untuk ejen – “Cara Promosikan Produk Affiliate Di TikTok Shop“.
- Platform TSC menyediakan program Affiliate Multi Level.
TSC juga ada menyediakan program untuk menjadi Ejen Dropship. Jika anda berminat dengan model perniagaan Dropship, silakan daftar sebagai Ejen Dropship Tudung Si Comel.
Dalam artikel ini den lebih berminat untuk rekomen model perniagaan Ejen Affiliate. Pada den, ianya lebih mudah dan sesuai bagi anda sekiranya anda baru nak mulakan perjalanan dalam dunia pemasaran digital.
Daftarlah sebagai Ejen Affiliate Tudung Si Comel.
Platform Affiliate Mana Untuk Yang Baru Nak Mula?
Baiklah. Den dah berikan 5 Platform Affiliate Malaysia yang boleh anda gunakan untuk jana pendapatan sebagai affiliate. Dari ke empat empat plaform itu, yang mana paling sesuai untuk anda yang baru nak mula sebagai affiliate?
Pada den, kesemua platform yang den senaraikan ini adalah bagus. Tapi bagi yang baru bermula, mungkin platform Klikjer dan JVSecurePay adalah yang terbaik. Kedua duanya adalah lebih friendly kepada affiliate baru kerana ada menyediakan bahan bahan promosi yang boleh anda dapatkan di dalam platform itu sendiri.
Platform Onpay dan Aztetic, walaupun ada menyediakan ruang untuk bahan promosi, rata rata pemilik produk tidak meletakkan apa apa di ruangan berkenaan. Mungkin mereka ada menyediakan bahan promosi di tempat lain seperti di dalam laman web produk itu sendiri ataupun di dalam facebook group masing masing. Tanyakan berkenaan bahan promosi kepada pemilik produk itu sendiri.
Lain Lain Platform Affiliate Malaysia?
Cukup ke 4 platform affiliate Malaysia ini? Buat yang baru nak mula berniaga secara affiliate, rasanya 4 yang den senaraikan ini sudah lebih dari cukup. Tapi, tidak mustahil sekiranya tiada produk yang mungkin sesuai untuk niche kemahiran anda. Jika itu keadaannya, macam mana nak cari program affiliate dalam niche anda?
Gunakanlah pakcik Google. Di ruangan carian Google, taipkan “niche anda affiliate program”. Contohnya, “tudung affiliate program”. Anda akan diberikan laman laman web dalam niche anda yang menyediakan program affiliate. Lawati dan kaji program affiliate tersebut. Cari review dan komen orang lain tentang program tersebut. Sekiranya anda berpuas hati dengan kajian yang anda lakukan, sertai program tersebut dan lakukan promosi.
Selain dari menggunakan pakcik G, anda juga boleh menggunakan pengalaman anda sendiri. Pernahkah anda membeli produk secara online? Lawati semula website website di mana anda pernah membuat belian. Pemilik website tersebut mungkin ada menyediakan program affiliate. Cuba lihat di muka depan website berkenaan. Cari pautan “affiliate”, jika ada.
Salah satu contoh website produk yang menyediakan program affiliate adalah website produk Formula Income Seumur Hidup. Produk hasil kerjasama tuan Zamri Nanyan dan Razif Yusof ini ada menyediakan program affiliate dua level. Anda boleh sertai program affiliate mereka di SINI (Klik Sini). Dengan komisen berjumlah RM100 (level pertama) dan RM50 (level kedua), ini merupakan antara program affiliate terbaik masa kini (May 2017).
Baiklah. Semoga anda berjaya menjana pendapatan affiliate dari program program yang den nyatakan di sini.
Jika anda baru nak memulakan langkah sebagai seorang Affiliate Marketer, den rekomen anda gunakan Panduan Affiliate Marketing ini sebagai rujukan.
Anda ada platform affiliate yang anda rasa bagus untuk dikongsikan kepada orang ramai? Atau anda adalah seorang pemilik program affiliate? Kongsikan program tersebut di sini.
InsyaAllah dan Terima Kasih kerana sudi membaca sehingga ke penghujung artikel ini. :D