Mengikut kata Google,
Bounce Rate is the percentage of single-page sessions (i.e. sessions in which the person left your site from the entrance page without interacting with the page).
There are a number of factors that contribute to a high bounce rate. For example, users might leave your site from the entrance page if there are site design or usability issues. Alternatively, users might also leave the site after viewing a single page if they’ve found the information they need on that one page, and had no need or interest in going to other pages.
Dalam Bahasa Jarman, maksudnya lebih kurang berikutlah……..
Bounce Rate adalah data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan website anda tanpa berinteraksi dengan kandungannya. Secara amnya, ia adalah bilangan pelawat yang masuk dan terus keluar.
Pelawat baca tajuk dari perkongsian yang anda lakukan (Share di Facebook, contohnya). Dia berminat nak tahu lebih lanjut. Dia pun klik pada link dan singgah ke website anda untuk membaca. Bila sampai, dia baca seketika. Habis baca, dia beredar. Tak berminat langsung untuk melihat lihat kandungan yang lain.
Itulah dia bounce rate – kadar pelawat yang singgah sebentar dan terus beredar.
Kenapa Perlu Monitor Bouce Rate?
Sebagai pemilik website, tentunya anda ingin pelawat yang singgah di mana mana halaman di dalam website anda untuk terus kekal berada di dalam website anda. Anda mahu mereka melawat, melihat dan membaca apa yang telah anda sediakan.
Yalahkan.. dah penat penat perah otak untuk menghasilkan pelbagai jenis kandungan. Tentu anda mahukan kandungan itu tadi dilihat dan dibaca. Kalau bounce rate ini tinggi, itu memberikan anda petanda bahawa pelawat seperti tidak berminat nak bersiar siar melihat apa yang anda sediakan untuk mereka.
Bolehlah anda mengkaji kenapa itu berlaku.
Antara punca bounce rate tinggi adalah:
- Anda menggunakan tajuk yang “Over Hype” tapi kandungan yang anda sediakan tidak seberapa
- Website anda tidak mempunyai struktur navigasi yang jelas dan mudah untuk pelawat
- Anda tidak menyediakan petikan petikan untuk kandungan berkaitan dengan artikel yang sedang pelawat baca (Related Post)
- Website anda memang hanya mengandungi 1 page sahaja (one page mini site)
- Web page yang disinggah itu merupakan landing page khas di mana pelawat hanya boleh melakukan “Call To Action” (CTA) yang tidak membawanya ke page lain. (CTA – “Sila WhatsApp NAKBELI ke 0123456789 sekarang untuk dapatkan 90% Diskaun”)
Makanya, kalau puncanya adalah 1, 2, atau 3 perlulah ia ditangani dengan segera. Rugi ooooo kalau dibiarkan.
Macam Mana Nak Monitor Bounce Rate?
Data tentang Bounce Rate ini boleh anda dapatkan dari skrip skrip statistik yang diletakkan dalam website anda. Dalam blog den ni, den gunakan Google Analytics untuk pantau bounce rate. So, kalau anda nak tahu berapa peratus dari pelawat ke website anda yang bounce, kenalah ada akaun Google Analytics terlebih dahulu.
Dalam Google Analytics, anda boleh melihat data bounce rate seperti yang den paparkan di bawah ini:
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-adTHEhIrIBY/WBcWrXeA9hI/AAAAAAABzZY/g44VxDDK_8o6UTHWAS-aeiu3Q1LKqUsKQCCo/s144-o/bouncerate-googleanalytics-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6347567134092097042″ caption=”Bounce Rate di Google Analytics” type=”image” alt=”Bounce Rate di Google Analytics” image_size=”1200×628″ peg_single_image_size=”w795″ peg_caption=”false” peg_img_align=”center” ]
Bila dah ada akaun Google Analytics (GA), bolehlah letakkan code GA di dalam website supaya boleh monitor statistik trafik yang keluar masuk ke website anda.
Gunakan Google Analytics Dashboard for WP Plugin untuk pantau Google Analytics
Bagi para pengguna WordPress, tak susah nak letak code GA dalam website. Ada banyak plugins yang boleh digunakan. Buat carian “Google Analytics” di page Add New Plugin. Anda akan dapat melihat lebih 900 plugin berkaitan dengan Google Analytics seperti yang den paparkan ini.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-Dfwns_9swhs/WBdm2e5lqoI/AAAAAAABzaY/IIrrs2ia8koTWWVFLSZtso8FyqdRvVEFQCCo/s144-o/googleanalytics-wordpress-plugins-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6347655285995580034″ caption=”Senarai WordPress Plugins berkaitan Google Analytics” type=”image” alt=”Senarai WordPress Plugins berkaitan Google Analytics” image_size=”1200×628″ peg_single_image_size=”w795″ ]
Di dalam post yang terdahulu (UTM Parameter, Google Analytics dan WordPress), den ada ceritakan cara cara nak setting plugin Google Analyticator. Ketika itu memang itulah plugin yang den gunakan. Sekarang den gunakan plugin Google Analytics Dashboard for WP (GADWP).
Kenapa den tukar kepada plugin GADWP? Plugin ini memberikan lebih banyak laporan. Banyak report yang boleh dilihat di dalam ruangan WordPress Admin. Den tak perlu nak ke Google Analytics kerap sangat untuk monitor data data Analytics buat website ini. Lihat sahaja paparan yang den sertakan di bawah ini:
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-M9FAUlX3oGo/WBdwoXherUI/AAAAAAABzaw/Vn6mzH4CKM86jwpmZ2YR4TB9wk6b568zgCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-wordpress-plugin-dashboard-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6347666038613519682″ caption=”Paparan Google Analytics Dashboard for WP di dashboard WordPress” type=”image” alt=”Paparan Google Analytics Dashboard for WP di dashboard WordPress” image_size=”1200×628″ peg_single_image_size=”w795″ ]
Ada lebih 10 jenis laporan Google Analytics yang boleh den lihat terus dari dalam ruangan WordPress Admin. Anda juga boleh melihat Analytics untuk setiap Pages , Posts dan juga Custom Post Types yang ada. Lihat gambar berikut ini.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-HmK_Oc3t2mo/WBeVa_QR6cI/AAAAAAABzbM/FTwJkrzadVkPzf5VdMbDVvVxxCcLfvg5QCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-wordpress-plugin-posts-analytics-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6347706490690857410″ caption=”Paparan Google Analytics Dashboard for WP di senarai Posts” type=”image” alt=”Paparan Google Analytics Dashboard for WP di senarai Posts” image_size=”1200×628″ peg_single_image_size=”w795″ ]
Laporan berkenaan analytics yang diberikan oleh plugin GADWP ini sememangnya menakjubkan. Tak hairanlah ianya telah di download oleh hampir 1 Juta pengguna.
Makanya, den memang rekomen supaya anda pun gunakan plugin GADWP ini dalam website WordPress anda. Install gunakan WordPress Plugin Repo. Cari “Google Analytics Dashdboard for WP”. Senyum, tak perlu bayar apa apa..
Selepas dah install, activatekan plugin tersebut dan anda akan dapat melihat satu entry tambahan di ruangan menu WordPress Admin anda. Menu tersebut akan kelihatan seperti dalam paparan yang den sediakan di bawah ini.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-XwGYJIrjeJU/WBmYT_enQFI/AAAAAAABzsE/ryahqLF-4sM6tXTKDhP2dc8DYlqwSnB5QCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-postactivation-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348272618980196434″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP Post Activation” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP Post Activation” image_size=”1200×628″ peg_single_image_size=”w795″ ]
Macam Mana Nak Setting Plugin GADWP?
Haaa.. sebelum boleh guna plugin nih.. kena lah setting dia elok elok. Perkara pertama yang perlu di Settingkan ialah .. kena dapatkan Google Authorization untuk plugin ini. Anda perlu klik pada menu Google Analytics > General Settings. Berikut adalah paparan yang anda akan dapat lihat.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-9QRzYcpTMsE/WBmYT6K6QzI/AAAAAAABzsE/vRn2AIAlPSQBEuuvDLniCLPynhn0OJlTwCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-generalsettings-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348272617555378994″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP General Settings” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP General Settings” image_size=”1200×628″ peg_single_image_size=”w795″ ]
Tak susah nak dapatkan Google Authentication. Tapi anda ada dua pilihan. Sama ada nak gunakan Google API melalui GADWP atau mendaftarkan Google API milik anda sendiri di Google Developer Console. Sekiranya anda ada masa terluang, bolehlah daftar di Google Developer Console untuk bina Project untuk website anda dan dapatkan Client ID dan Client Secret anda sendiri untuk GADWP ini.
Perlu ke dapatkan Client ID dan Client Secret sendiri? Kalau anda gunakan API GADWP, bermakna anda berkongsi API access dengan developer GADWP. Den tak tahu data apa yang dikogsikan di dalam Google Developer Console dan apa yang mereka boleh buat dengan data tersebut. So, kalau nak total privacy, gunalah API access sendiri.
Cuma dalam post ini, den tak ceritalah cara nak buat tu semua. Tengoklah.. ada masa nanti, den update la post ini untuk includekan cara nak register Google Developer Console dan dapatkan Client ID dan Client Secret anda sendiri. InsyaAllah.
So, untuk kali ini, boleh terus klik pada butang “Authorize Plugin“. Setelah itu, anda akan melihat ..
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-CFatqcTGt3I/WBmmZArui-I/AAAAAAABzs4/WmuHKRvmgaEs-yiA2elx4FVMuZL6sl7ugCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-generalsettings-googleauthorization-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348288098365770722″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP Google Authorization” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP Google Authorization” image_size=”1200×628″ ]
Anda perlu melakukan 5 langkah berikut untuk mendapatkan Authorization dari Google supaya plugin GADWP boleh mendapatkan akses Google API untuk Analytics:
- Tekan pada pautan “Get Access Code“
- Tekan pada butang “Allow“
- Copy Access Code yang dipaparkan
- Paste Access Code di ruang yang disediakan
- Tekan butang “Save Access Code“
Setelah itu, anda akan dapat melihat paparan seperti berikut.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-YF9YUKrnJvQ/WBmqPeZqdKI/AAAAAAABztQ/1CGutwqfIw4SCjsFPKy39ypkLgUwiYyDwCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-generalsettings-selectanalyticsview-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348292332590888098″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP Select Google Analytics View” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP Select Google Analytics View” image_size=”1200×628″ ]
Di paparan ini, anda perlu:
- Pilih view Google Analytics yang betul untuk website anda (sekiranya anda ada lebih dari satu website dalam Google Analytics.
- Tekan butang “Lock Selection” supaya anda tidak tertukar Analytics view tanpa sengaja. Kalau nak tukar, kena tekan “Clear Authorization” dan mula semula dari awal.
- Tekan butang “Save Changes“
Dengan itu, anda telah berjaya melakukan General Settings untuk plugin Google Analytics Dashboard for WP ini. Tahniah!
General Settings, dah selesai. Tiba masa kita semak settings di dalam Google Analytics > Tracking Code > Basic Settings.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-4AMEG7OhNS0/WBnll-dHR-I/AAAAAAABzvs/oVNWjKUd2zcoXp2Erhh_dmXHt8ZCDjcBACCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-trackingcode-basicsettings-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348357590338455522″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP Tracking Code Basic Settings” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP Tracking Code Basic Settings” image_size=”1200×628″ ]
Di sini, anda boleh:
- “Tracking Options” – Pilih untuk “Enable” atau “Disable” fungsi Tracking Google Analytics secara manual.
- “Tracking Type” – Pilih antara “Universal Analytics” atau “Classic Analytics”. Seeloknya gunakan Universal lah.
- “Enable remarketing .. ” – Pilih “On” sekiranya anda ingin melakukan Remarketing dengan Adwords.
Sekarang kita jenguk pula ke dalam ruangan Google Analytics > Tracking Code > Exclude Tracking.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-V7wdGJwKZvA/WBnNAnu1yGI/AAAAAAABzt0/8nsYFEv8afYMI9mazmO4-_rJEuh3PMc7wCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-trackingcode-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348330560304564322″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP Tracking Code Exclude Tracking” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP Tracking Code Exclude Tracking” image_size=”1200×628″ ]
Di dalam paparan ini, anda hanya perlu membuat pilihan untuk “Exclude tracking for:“. Dalam website den, hanya ada den seorang jer user dengan role Administrator, so itulah yang den “Exclude”. Sekiranya anda ada user user lain dan tidak mahu capaian mereka dimasukkan di dalam statistik Google Analytics, maka pilihlah role mereka untuk di “Exclude”.
Dengan itu. Lengkaplah setting untuk Google Analytics Dashboard for WP.
Bagaimana dengan Backend Settings dan Frontend Settings? Tak perlu usik. Kalau nak usik juga, pastikan anda tahu apa yang anda buat.
Ok, sekarang cuba lihat berapa tinggi nilat Bounce Rate untuk website anda sekarang. Bagi yang baru install plugin Google Analytics, besar kemungkinan belum ada data lagi untuk anda lihat. Mungkin ada baiknya anda tunggu sehari dua supaya lebih banyak data masuk untuk dikaji. Itupun sekiranya website anda mempunyai kadar trafik yang baik. Kalau website anda memang menerima trafik yang tinggi, mungkin hanya perlu tunggu beberapa jam sahaja.
Apa pun, izinkan den teruskan dengan panduan den ini.
Alang alang dah install GADWP, jom kita lihat kadar Bounce Rate untuk website den HadeeRoslan.my ini sepanjang tempoh satu tahun yang lepas.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-ESgO7QnIk4o/WBnTs3x0BeI/AAAAAAABzuU/0fqyyBR755Ak1URAdebbRaOXwKN444dyQCCo/s144-o/googleanalyticsdashboardforwp-bouncerate-oneyear-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348337917596009954″ caption=”Google Analytics Dashboard for WP OneYear Bounce Rate” type=”image” alt=”Google Analytics Dashboard for WP OneYear Bounce Rate” image_size=”1200×628″ ]
Cuba lihat pada graf Bounce Rate yang tertera di atas. Bounce Rate website ini pada bulan Januari 2016 adalah pada kadar 80%. Kadar tersebut berjaya den kurangkan menjadi 12% untuk bulan November 2016. Kadar telah mula menurun pada bulan Jun 2016. Pada bulan tersebut, den telah install satu plugin baru.
Jom kita install plugin tersebut ..
Turunkan Kadar Bounce Rate Dengan Plugin “Reduce Bounce Rate”
Untuk install plugin “Reduce Bounce Rate” ini anda perlu buat plugin search. Masukkan perkataan “reduce bounce rate” (tanpa quote) ke dalam ruangan carian plugin. Anda akan dapat melihat paparan seperti di bawah.
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-hB7BqqzAhxw/WBnYEIMD38I/AAAAAAABzuo/pAd3d4AsU3IoWa43nABlKkWsP5hChlM6wCCo/s144-o/reducebouncerate-pluginsearch-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348342715184570306″ caption=”Reduce Bounce Rate Plugin Search” type=”image” alt=”Reduce Bounce Rate Plugin Search” image_size=”1200×628″ ]
Di sini, anda hanya perlu:
- Install
- Activate
Setelah diinstall, anda perlu melakukan sedikit settings untuk memastikan bounce rate anda dapat diturunkan. Klik pada Settings > Reduce Bounce Rate dan anda akan melihat 3 paparan berikut:
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-64VTrnsz-4E/WBnbflQSs0I/AAAAAAABzvY/mxp2bFjo9PE77s1HeZmdwp6383OqjOeVgCCo/s144-o/reducebouncerate-options-01-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348346485378298690″ caption=”Reduce Bounce Rate Option 01″ type=”image” alt=”Reduce Bounce Rate Option 01″ image_size=”1200×628″ ]
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-fLahvhrwQdA/WBnbfpfD16I/AAAAAAABzvY/0EBT1RAFjLozihfAV24eaYo8tahYcw2QACCo/s144-o/reducebouncerate-options-02-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348346486513981346″ caption=”Reduce Bounce Rate Option 02″ type=”image” alt=”Reduce Bounce Rate Option 02″ image_size=”1200×628″ ]
[peg-image src=”https://lh3.googleusercontent.com/-poqxa4rzL9I/WBnbfvZ78JI/AAAAAAABzvY/_4pvpYBum2gFIJhHT7JS-jkjExCGARnUwCCo/s144-o/reducebouncerate-options-03-1200×628.jpg” href=”https://picasaweb.google.com/102310321892737169531/HadeeRoslan#6348346488103104658″ caption=”Reduce Bounce Rate Option 03″ type=”image” alt=”Reduce Bounce Rate Option 03″ image_size=”1200×628″ ]
Berikut adalah sedikit pencerahan berkenaan setiap satu “Settings” di dalam 3 paparan di atas:
- “Give this plugin a break” – Biarkan setting ini pada pilihan “No (default)“. Tukarkan kepada “Yes” sekiranya anda tidak mahukan script plugin ini berfungsi tanpa “Deactivate” plugin ini. Kira nak try tengok Bounce Rate tanpa plugin ini lah… nak test sekejap gitu.
- “Disable for Administrators only” – Den pilih sebab GADWP pun den disable untuk Administrators. So since tak ada Google Analytics, tak perlu lah nak ada script Reduce Bounce Rate sama.
- “Tracking Code” – Sekiranya anda pilih Universal Analytics pada bahagian Tracking Code dalam GADWP tadi, maka pilihlah analytics.js. Pililh ga.js sekiranya anda pilih Classic Analytics. Bagi yang menggunakan Google Analytics dari Monster Insight, pilih option ke tiga.
- “Code Placement” – Pilih “Footer (Recommended)“. Ini akan pastikan script Reduce Bounce Rate di letakkan di bahagian Footer website anda. Mengelakkan website anda load perlahan.
- “Scroll on page” – Pilih “Yes” sekiranya anda inginkan script ini menghantar “event” kepada Google Analytics bila pelawat menggunakan fungsi scroll di website anda. Den pilih “No” kerana tidak semestinya pembaca yang melakukan scroll yang pertama itu memang membaca artikel den. Kurangkan “False Positives”. Dengan itu, jika pelawat scroll satu kali dan terus keluar, dia tetap dikira sebagai Bounce.
- “Scroll percentage of page” – Pilih yes sekiranya anda ingin script ini menghantar “event” kepada Google Analytics bila pembaca scroll pada kadar kadar tertentu di website anda. Den pilih “No“. Seperti yang den nyatakan di atas, den tak ambil fungsi scroll sebagai engagement event. Pelawat mungkin scroll dua tiga kali dan terus keluar tanpa membaca. Memang patut biarkan ia dikira sebagai bounce.
- “Fire an event” – Script akan menghantar “event” kepada Google Analytics setiap “30” saat. Kira kalau user keluar dari page itu sebelum 30 saat, dia akan dikira sebagai bounce.
- “Maximum tracking time” – Had masa untuk script ini track setiap pelawat adalah selama “900” saat. Selepas itu, script tidak lagi menghantar apa apa “event” kepada Google Analytics.
Itulah dia segala Settings untuk Reduce Bounce Rate yang perlu anda lakukan. Oh ya! Jangan lupa klik pada butang “Save Options“. Hehehe
Selesai sudah segala installation dan settings yang perlu anda lakukan. Website anda kini telah siap dipasang dengan script Google Analytics untuk memantau trafik yang singgah. Bounce rate pun dipantau dengan betul.
Apa Nak Buat Sekarang?
Sekarang hanya perlu berikan sedikit masa untuk Google Analytics mengumpul data supaya plugin GADWP dapat memberikan anda graf yang efektif. Nak tengok Bounce Rate tanpa plugin Reduce Bounce Rate? Setkan “Give this plugin a break” kepada “Yes”.
Biar sehari dua.
Kemudian setkan kembali kepada “No”. Lihat laporan Bounce rate selepas sehari dua lagi. Tentu ada perbezaan.
Kalau anda ada subscribe khidmat Annual WordPress Suppot & Management den, tak perlu risau tentang benda nih. Ianya memang den masukkan dalam servis den.
Jika sudi, tinggalkanlah komen berapa banyak beza Bounce Rate di website anda sebelum dan selepas (atau ketika deactivate dan ketika activate) adanya plugin Reduce Bounce Rate ini.
Ada rakan yang mempunyai website WordPress? Kongsikanlah artikel den ini kepada mereka. InsyaAllah.