Facebook Live Dari Desktop – Webinar Dalam Facebook

Facebook Live boleh digunakan sebagai platform webinar dari desktop anda. Ikuti langkah langkah untuk memulakan facebook live dari desktop anda.

by | Ogo 15, 2016 | Facebook | 2 comments

Anda nak buat webinar dengan Facebook Live dari desktop di rumah? Mudah sangat. Klik jer butang yang den paparkan di bawah ini.

Button Create Facebook Live

Dengan butang “Create Facebook Live” ini, anda boleh pilih untuk memulakan sesi Facebook Live anda di – Personal Profile anda atau Friends anda, Fanpage yang anda Admin, dan Groups yang anda sertai.

Tapi, sebelum anda boleh memulakan sesi Facebook Live dengan butang di atas, anda perlu ada:

1. Kamera (Kamera yang tersedia dalam Notebook pun boleh digunakan).
2. Notebook atau PC.
3. Akaun Facebook dengan Fanpage dan Groups – Namanya pun Facebook Live kan.
4. Software Streaming – WireCast atau OBS Studio.
5. Artikel ini.

Den percaya item item no 1 – 3 yang tersenarai itu tidak ada masalah untuk anda dapatkan. So tinggal item no 4 la yang mungkin ramai tidak ada lagi.

Software Untuk Video Streaming Ke FB Live

Alangkah baiknya jika kita boleh tekan satu butang dan terus buat sesi Facebook Live kan? Maaflah ya. Facebook belum lagi menyediakan butang istimewa seperti itu untuk desktop. Seandainya anda ingin memulakan Facebook Live dari Desktop/Notebook, anda perlukan salah satu dari Software berikut:

1. Wowza
2. Xsplit
3. Wirecast
4. ffmpeg
5. OBS Studio

Wowza, XSplit dan Wirecast adalah software berbayar. Sekiranya anda ada bajet, bolehlah dapatkan salah satu dari 3 software tersebut.

Dalam artikel den hari ini, den akan tunjukkan cara nak gunakan OBS Studio untuk buat sesi Facebook Live dari desktop anda.

Oleh itu, sebelum anda klik pada butang Facebook Live mana mana, download dan install dulu OBS Studio. Klik jer SINI untuk download software OBS Studio terkini dari website OBS sendiri.

OBS Studio Download Page

Sediakan OBS Studio Untuk Facebook Live

Dah download dan install OBS Studio? Haaa, boleh dah klik pada icon OBS Studio yang ada kat desktop tuh.

OBS Studio Desktop Icon

Kali pertama anda run, OBS Studio akan kelihatan lebih kurang seperti berikut.

OBS Studio First Run

Sebelum anda mulakan sesebuah Webinar Facebook Live dengan OBS Studio, anda perlu sediakan beberapa perkara terlebih dahulu.

Facebook Live Intro Image

Mula mula anda perlu sediakan satu image untuk dipaparkan sebelum sesi FB Live anda betul betul bermula. Boleh lah anda paparkan image ini sementara menunggu lebih ramai orang masuk ke sesi FB Live anda itu.

Dengan adanya Intro Image, anda boleh “Go Live” dalam 15 minit lebih awal dan paparkan gambar Intro Image yang telah anda sediakan.

Ini contoh Intro Image yang den sediakan untuk sesi Facebook Live den.

On Facebook Live Into Image

Jom sediakan Intro Image untuk anda gunakan di Facebook Live dalam OBS Studio. Tentunya, anda perlu sediakan gambarnya terlebih dahulu. Gunakanlah apa apa “Image Editor” pilihan anda. Bila dah ada gambar yang sesuai, ikut langkah langkah seperti tertera dalam gambar berikut:

OBS Studio Add Scene - FB Live Intro Image

1. Klik pada butang “+” di bawah ruangan “Scene”.
2. Isikan nama “Scene” tersebut sebagai Intro Image (den guna “Intro” sahaja dalam gambar).

Anda kini ada Scene “Intro”. Sekarang anda perlu tambah “Sources” untuk “Scene” Intro tersebut. Rujuk pada gambar di bawah ini:

OBS Studio Add Source - FB Live Intro Image

1. Klik pada butang “+” di bawah ruangan “Sources”.
2. Dari senarai “sources” yang dipaparkan, pilih “Image”.
3. Berikan nama “Intro Image” dan klik “Ok” untuk mendapatkan paparan seterusnya.

OBS Studio Add Image Source - FB Live Intro Image

1. Klik “Browse” dan pilih gambar Intro pilihan anda.
2. Imej pilihan anda akan dipaparkan dan anda boleh ubah saiz paparan imej tersebut dengan menarik garis sempadan imej (berwarna merah) supaya selari dengan sempadan yang digunakan oleh OBS Studio.

OBS Studio Add Image Source - Resize FB Live Intro Image

“Intro Image” anda sudah sedia untuk digunakan dalam sesi Facebook Live anda.

OBS Studio Add Image Source - FB Live Intro Image Ready

Ok. Scene Intro Image anda dah siap. Sekarang anda add satu lagi “Scene” untuk gunakan kamera notebook/pc anda pula.

Sediakan “Scene” Kamera Feed untuk Facebook Live

Nama pun dah Facebook Live. Tentulah penggunaan kamera diperlukan. Anda boleh gunakan apa apa sahaja kamera yang bersambung dengan notebook/pc anda. Dalam artikel ini den tunjukkan cara nak gunakan kamera yang siap terbina dalam notebook/pc den.

OBS Studio Add Scene - Web Cam Feed

1. Klik pada butang “+” pada ruangan “Scene”.
2. Namakan “Scene” ini sebagai “Web Cam Feed” (den guna “Camera Shot”).

OBS Studio Add Scene Source - Fb Live Web Cam Feed

Setelah “Scene Web Cam Feed” tersedia:
1. Klik pada butang “+” pada ruangan “Sources”.
2. Dari senarai yang terpapar, pilih “Video Capture Device”.
3. Letakkan nama seperti “Web Cam” di dalam ruangan yang tersedia.

Paparan seterusnya membolehkan anda memilih sumber kamera yang ingin anda gunakan sebagai alat perakam video.

BACA JUGA  Letakkan Squeeze Page Di Dalam Facebook Page Anda

OBS Studio Add Video Source - FB Live Video Feed

Ubahlah saiz paparan Kamera Feed anda mengikut citarasa.

OBS Studio Web Cam Feed Ready

Anda kini sudah boleh meggunakan Kamera Feed ini untuk Facebook Live. Secara amnya, anda sudah boleh mulakan FB Live dah. Sekiranya anda tidak perlu kongsikan apa apa kandungan lain seperti Screen Share untuk apa apa applikasi atau apa apa powerpoint presentation, anda boleh terus ke langkah untuk mulakan FB Live di SINI.

Sediakan Video Feed untuk Facebook Live

Paparan Facebook Live dari desktop tidak terhad kepada video dari kamera notebook anda sahaja. Anda boleh juga menayangkan video dari apa sahaja kamera yang bersambung dengan komputer anda. Anda juga boleh menayangkan video yang telah sedia dirakam ke dalam Facebook Live.

Contoh video yang boleh anda paparkan adalah – Video Intro untuk Facebook Live anda. Den rekomen anda pun adakan satu “Video Intro” untuk jenama anda sendiri.

Untuk membina “Video Intro”, anda boleh:
1. Buat sendiri dengan mudah menggunakan software seperti VideoMakerFX.
2. Buat sendiri dengan mudah menggunakan website seperti Animoto dan WeVideo.
3. Upah mereka yang ada menyediakan servis bina Video Intro.

Berikut adalah contoh Video Intro yang den gunakan.

https://youtu.be/1NWWRbJBD4g

Jom kita tambah Video Feed untuk anda kongsikan dalam sesi Facebook Live anda. Video Feed pertama ini den gunakan untuk paparkan Video Intro den.

OBS Studio Add Scene - FB Live Video Intro

1. Klik pada butang “+” di ruangan “Scene”.
2. Berikan nama kepada “Scene” baru anda ini. Den guna nama “Video Intro”. Jangan lupa klik “Ok”.

Sekarang anda tambahkan “Media Source” untuk “Scene” anda ini.

OBS Studio Add Video Intro Source

1. Klik butang “+” pada ruangan “Sources”.
2. Pilih “Media Sources” pada senarai yang dipaparkan.
3. Berikan nama kepada “New Source” tersebut. Boleh guna “Video Intro Source”.
4. Klik Ok dan pilih “file” video anda dalam skrin seterusnya.

OBS Studio Add Video Intro Source Media File

Saizkan paparan video anda itu supaya ia memenuhi ruang paparan yang anda inginkan.

OBS Studio Video Intro Ready

Video Feed untuk Video Intro anda kini sedia untuk digunakan dalam sesi Facebook Live.

Sediakan Screen Share Feed untuk Facebook Live

Bila anda buat FB Live dari desktop dengan OBS Studio, anda boleh kongsikan paparan skrin anda di dalam FB Live. Tak perlu nak ubah ubah kamera.

Katakan anda nak tunjukkan cara anda gunakan Facebook Ads. Anda boleh kongsikan “Browser” anda di dalam FB Live. Berikut langkah langkahnya.

Oh ya .. Sebelum itu, pastikan applikasi yang ingin anda kongsikan sudah berada di atas desktop anda. Kalau belum run lagi, sila run applikasi anda itu sekarang.

Sekarang den tunjuk cara nak kongsikan skrin FireFox dalam FB Live.

OBS Studio Add Scene - Windows Capture Feed Firefox Browser

1. Klik pada butang “+” di ruangan “Scene”.
2. Berikan nama kepada “Scene” baru anda ini. Den guna nama “Window Share Firefox”. Jangan lupa klik “Ok”.

Tambah pula “Source” untuk “Scene” ini.

OBS Studio Add Window Capture Source - Firefox

1. Klik butang “+” pada ruangan “Sources”.
2. Pilih “Window Capture” pada senarai yang dipaparkan.
3. Berikan nama kepada “New Source” tersebut. Den guna “Window Capture Firefox”.
4. Klik Ok dan pilih window applikasi anda dalam skrin seterusnya.

OBS Studio Window Capture Selection

Klik pada pilihan “Capture Cursor”. Ini membolehkan pelawat dapat melihat pergerakan mouse anda ketika anda kongsikan Scene ini nanti.

OBS Studio Window Capture Firefox Ready

Saizkan Scene ini mengikut kesesuaian anda. Seeloknya penuhkan ruang paparan. Window Firefox anda kini sudah sedia untuk dikongsikan di dalam FB Live anda nanti.

Ada nak kongsikan Powerpoint Presentation yang telah anda sediakan?

Jom. Sebelum itu ..
1. Anda perlu ada Powerpoint Viewer. Kalau tiada, boleh download dan install dari SINI.
2. Run PowerPoint Presentation anda menggunakan PowerPoint Viewer. Tak perlu run dalam fullscreen mode.

Selepas itu, ikuti langkah langkah berikut.

OBS Studio Window Capture - Presentation

1. Klik pada butang “+” di ruangan “Scene”.
2. Berikan nama kepada “Scene” baru anda ini. Den guna nama “Window Share Presentation”. Jangan lupa klik “Ok”.

OBS Studio Window Capture Presentation

1. Klik butang “+” pada ruangan “Sources”.
2. Pilih “Window Capture” pada senarai yang dipaparkan.
3. Berikan nama kepada “New Source” tersebut. Den guna “Window Capture Presentation”.
4. Klik Ok dan pilih window applikasi anda dalam skrin seterusnya.

OBS Studio Window Capture Selection

Saizkan sesedap rasa.

OBS Studio Window Capture - FB Live Powerpoint Presentation Ready

Powerpoint Presentation anda kini sedia untuk digunakan di dalam FB Live.

Mulakan Sesi Facebook Live Dari Desktop di Dalam Facebook Page

Sekarang, anda dah bersedia untuk memulakan sesi Facebook Live Webinar anda. Jom mulakan sesi Facebook Live anda sekarang.

Secara amnya, anda hanya boleh memulakan Facebook Live dari Desktop melalui Facebook Page anda. Butang Facebook Live boleh di akses di dalam Facebook Page -> Publishing Tools -> Video Library seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah ini.

BACA JUGA  Membina Leads Dengan Facebook Lead Ads

FB Live Button for Fanpages

Klik pada butang +Live itu dan anda akan dapat melihat popup “Create Live Video” seperti berikut.

Create FB Live Popup

Anda hanya perlu klik pada butang “Preview”. Tapi, sebelum itu, baca dan fahamkan nota yang diberikan di atas butang “Preview”. Nota itu menyatakan:
1. Rahsiakan “Stream Key” anda. Sesiapa yang mempunyai stream key anda boleh menghantar video streaming ke post anda.
2. “Stream Key” anda ini hanya boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.
3. Anda hanya ada 4 jam sahaja untuk “Go Live” setelah anda klik butang “Preview”. Sekiranya anda perlukan lebih dari 4 jam, jangan klik pada butang “Preview” itu sekarang.

Dah sedia untuk ber FB Live? Klik butang “Preview”.

Create FB Live Go Live

Sekiranya anda biasa kongsikan post berbentuk video, tentu anda kenal popup ini. Lebih kurang sama dengan popup yang anda lihat bila nak buat video post.

1. Isikan ruang “What’s in your mind” dengan sedikit pengenalan tentang sesi FB Live anda. Berikan topik dan masa FB Live anda akan bermula.
2. Isikan ruangan “Video Title” dengan tajuk yang menarik untuk FB Live anda.
3. Isikan ruangan “Video Tags” dengan keyword berkaitan FB Live anda.
4. Salin butiran yang terdapat di ruang “Stream Key” ke dalam Notepad. Anda akan gunakan “Stream Key” ini di dalam OBS Studio nanti.

Tinggalkan window “Create FB Live” itu sebentar. Aktifkan pula window OBS Studio anda tadi.

OBS Studio Stream Key Settings

1. Klik pada butang “Settings”
2. Klik pada menu “Stream”
3. Masukkan “Stream Key” yang anda salin tadi ke ruangan “Stream Key”. Klik butang “Show” sekiranya anda ingin pastikan “Stream Key” yang anda masukkan itu betul.
4. Tekan butang “Apply” dan “Ok”

Ingat ya .. Setiap kali anda ingin membuat sesi FB Live dari desktop dengan OBS Studio, anda perlu masukkan “Stream Key” yang baru.

Menggunakan OBS Studio Dalam Studio Mode

Sekarang OBS Studio anda sudah bersedia untuk memulakan streaming ke server Facebook. Sebelum itu, ada baiknya anda tukarkan paparan OBS Studio ke “Studio Mode”.

OBS Studio - Studio Mode

Dalam “Studio Mode” anda ada dua paparan. Paparan sebelah kanan adalah stream yang dihantar ke Facebook Live. Paparan sebelah kira adalah scene yang anda pilih untuk sedia dipaparkan nanti. Setiap kali anda pilih sesebuah Scene, ia akan dipaparkan pada ruangan sebelah kiri. Klik butang “Transition” dan ia akan dipaparkan pada ruangan kanan.

Sebelum anda mulakan sesi FB Live, bolehlah anda “run through” segala yang bakal anda persembahkan menggunakan studio mode.

1. Ubah “transition” mengikut kesesuaian yang anda inginkan – Fade (boleh ubah masanya) atau Cut.
2. Urutan Scenes anda.

Bila sudah bersedia, anda boleh tekan butang “Start Streaming”. OBS Studio akan mula menghantar video ke server Facebook.

FBLive Fetching Video Stream

Anda belum “Live” lagi. Pada waktu ini, server Facebook Live dan OBS Studio sedang memulakan sesi komunikasi sesama mereka. Bila komunikasi telah terjalin, anda akan melihat paparan dari OBS Studio anda pada window Facebook seperti berikut.

FBLive Preview Stream

Tekan pada butang “Play” dan anda kini berada dalam “Preview Mode”. Anda boleh “run through” sekali lagi dan saksikan bagaimana setiap scene anda dipaparkan dalam Facebook. Kira macam “Full Dress Rehearsal” la. Ada apa apa nak kena “touch up”? Boleh buat sekarang.

Biasakan dengan “Lag” atau “Delay” yang wujud antara OBS Studio dan Facebook. Anda juga mungkin mahu “Mute” kan speaker notebook/pc anda. Nanti masuk pula audio dari Facebook Live ke dalam rakaman anda.

Dah betul betul bersedia? Tekan “Go Live”.

FBLive Go Live

Anda sekarang sudah Live!

Baiklah, anda kini sudah boleh menggunakan OBS Studio untuk memulakan sesi Facebook Live dari Desktop.

Oh ya, sebelum den terlupa .. Pastikan anda hanya run aplikasi aplikasi yang perlu sahaja ketika buat Live dngan OBS Studio ini. Den rekomen, “deactivate” segala browser extension yang anda telah install pada browser anda juga. Live streaming banyak gunakan CPU. Kalau CPU sibuk buat benda lain sama, nanti Live anda akan sangkut sangkut.

Nak mulakan FBLive dari Desktop di Profile atau FacebookGroup? Gunakan butang “Create Facebook Live” yang den sediakan di SINI.

Jangan lupa invite den bila anda buat FB Live ya!

Facebook Live Dari Desktop – Webinar Dalam Facebook was last modified: 2016-08-15T17:09:12+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan