Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

WordPress dan GPL, plugins and themes developers mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan lesen yang digunakan oleh WordPress ini. Tapi bagi users yang kecil kecilan macam den, GPL adalah penyelamat akaun bank. Hari ini den nak kongsikan cara den mendapatkan pelbagai premium plugins dan themes untuk test sebelum membeli untuk digunakan dalam website pelanggan.

Advertisement


Sebelum itu, ada baiknya den cerita sedikit tentang WordPress dan GPL.

.. WordPress is Free Software and grants users four essential freedoms:

1) You have the freedom to run the program, for any purpose.
2) You are free to access the source code, study how the program works, and have the freedom to change it in any way you see fit.
3) You have the freedom to distribute copies of the original program to other people.
4) If you modify the program you are free to distribute copies of your modified versions to others provided it is under the same GPL license.

Mengikut WordPress, setiap plugin yang hendak diletakkan di dalam WP Repository hendaklah menggunakan lesen GPL. Begitu juga dengan WordPress themes.

Malah, sekiranya theme developer mahu terlibat dengan mana mana event WordPress, theme yang mereka keluarkan perlulah 100% GPL.

Ini antara sebab kenapa ThemeForest kini mempunyai bahagian 100% GPL WordPress Theme.

Apa Masalah WordPress dan GPL?

Lesen GPL adalah lesen yang membenarkan setiap produk yang terhasil itu diedarkan semula tanpa halangan. Pendek kata, sekiranya anda telah membeli mana mana themes 100% GPL, anda boleh mengedarkannya semula tanpa halangan.

Anda boleh ubah sekiranya perlu. Tak nak ubah apa apa pun tidak mengapa. Anda boleh edarkan secara percuma atau pun berbayar.

Bagus ke GPL?

WordPress wujud kerana adanya lesen GPL ini. WordPress sendiri dibina dari kod yang berasal dari b2 oleh cafelog. b2 juga telah diedarkan dibawah lesen GPL. Maka WordPress hanya mengikut susur galur ciptaannya sahaja.

Jika tidak kerana GPL, WordPress tidak akan terhasil. Jika tidak kerana GPL, mungkin WordPress tidak akan dapat berkembang seperti sekarang ini.

Dengan menggunakan lesen GPL, WordPress membenarkan kodnya diguna semula oleh sesiapa sahaja tanpa syarat yang ketat. Bukan setakat guna, produk tak terhasil juga boleh diedarkan tanpa syarat yang ketat. Cuma ianya perlulah diedarkan dibawah lesen GPL juga.

Kebaikan Sampingan GPL

Satu kesan sampingan dari penggunaan GPL inilah yang paling tidak digemari oleh para developers. Dengan GPL, maka wujudlah website website GPL yang menjadikan themes dan plugins premium lebih “affordable”.

Oleh kerana plugin dan themes premium ini menggunakan lesen GPL, maka muncullah website website GPL yang mengedarkan plugins dan themes premium pada kadar yang sangat rendah.

Pada masa ini, kebanyakannya meletakkan harga membership USD15 sebulan. Dengan USD15 sebulan itu, anda boleh download pelbagai plugin dan themes premium dari website mereka.

Cuma kalau gunakan plugin/themes dari GPL sites, anda tidak mendapat support dan automatic updates la. Ini sebenarnya agak berisiko untuk website anda itu. Lebih lebih lagi sekiranya anda membina website untuk pelanggan.

Support mungkin tidak diperlukan kerana ada banyak Forum dan FB Group yang boleh membantu sekiranya ada masalah teknikal. Namun demikian, updates adalah sangat penting untuk memastikan plugin/themes anda tidak mempunyai “vulnerabilities” yang boleh digunakan oleh orang orang jahat.

GPL Sites Semakin Maju

Trend terkini yang den perhatikan dalam website website GPL nih.. depa sekarang sedang membina plugin sendiri. Plugin ini membolehkan subscribers mereka melakukan update plugins/themes secara automatik dari website mereka.

Selesai satu masalah.. kalau dulu leceh nak update banyak banyak GPL plugins/themes secara manual.. sekarang dengan plugin yang disediakan ini, kita juga dah boleh dapatkan automatic updates.

So tinggal support jer la yang tak dapat. Ini bermakna kalau ada masalah apa apa, terpaksa la mengadu kat group group WordPress seperti Group Kedai Kopi WordPress di Facebook.

Den Ada Gunakan ke GPL Sites?

Terus terang den katakan, ya, den ada gunakan GPL sites ini. Den gunakan GPL Plugin di dalam demo site den. Plugin yang den gunakan ini memberikan den akses kepada plugins premium, themes premium dan juga WooCommerce Extensions.

Dengan adanya plugin ini, den dengan mudahnya dapat mencuba plugins woocommerce dan juga premium. Den hanya perlu install plugins yang diperlukan dari dalam GPL Plugins tersebut. Sekiranya plugin tersebut sesuai untuk kegunaan dalam website pelanggan, barulah den akan membeli plugin tersebut untuk kegunaan dalam website pelanggan den.

Plugin WP ToolKit

Jom den tunjukkan plugin GPL yang den gunakan dalam demo site den sekarang.

Plugin ini bernama WP ToolKit. Di dalam plugin ini, anda disediakan dengan tiga bahagian:
1. Premium Plugins
2. WooCommerce Plugins
3. Premium Themes

Di dalam WP ToolKit, anda mendapat akses kepada lebih 250 plugins dan lebih 380 themes.

wptoolkit-themes-1080x565.jpg

Gambar di atas menunjukkan sebahagian kecil dari premium themes yang boleh anda gunakan dari WP ToolKit. Antara themes yang den boleh nyatakan di sini adalah dari – ElegantThemes. iThemes, StudioPress, SomoThemes dan WPMUDev.

wptoolkit-woo-1080x565.jpg

Gambar ini pula menunjukkan sebahagian dari WooCommerce plugins yang boleh anda dapatkan dari dalam WP ToolKit ini. Dynamic Pricing, Product Vendors, Min and Max, dan pelbagai lagi plugins. Semuanya sedia untuk digunakan.

wptoolkit-plugins-1080x565.jpg

Ini pula sebahagian dari premium plugins yang terdapat di dalam koleksi WP ToolKit. Antara plugin yang boleh anda gunakan – BackupBuddy, GravityForms, Events Ticket Plus, dan Sensei.

Kenapa WP ToolKit?

Sebelum den jumpa WP ToolKit, leceh juga. Setiap kali nak update plugin atau themes, nak kena:
1. Download plugins/themes dari GPS Site
2. Remove deactivate plugin/theme dalam website
3. Delete plugin/theme dalam website
4. Install semula plugin/theme dalam website

Dengan adanya WP ToolKit, installation dan updates boleh dilakukan di dalam WordPress Admin sahaja. Macam update plugin biasa. Sempoi.

Sekiranya anda pengguna GPL Sites dan melanggan secara bulanan, WP ToolKit akan memberikan anda penjimatan dalam jangka masa panjang. Jom kita buat kira kira sikit.

Secara amnya, GPL sites mengenakan bayaran USD15 setiap bulan. Untuk langganan selama setahun, anda perlu mengeluarkan bayaran berjumlah USD180. Itu untuk tahun pertama. Bagaimana pula tahun tahun seterusnya? Banyak USD tuh nak kena keluar setiap tahun.

WP ToolKit pula hanya mengenakan bayaran UDS97 setahun untuk langganan secara tahunan. Di sini, anda telah berjaya jimat hampir 50%.

Lebih menarik lagi, WP ToolKit turut menyediakan pakej bayaran satu kali sahaja bernilai USD197. Sekali bayar dan anda boleh menggunakan plugin tersebut secara berterusan sehingga akhir hayat servis WP ToolKit.

USD197? Dah RM800+ dah tuh. Ya, agak la.. tapi.. kalau anda melanggan USD15 sebulan pun hujung hujung nanti setahun dah USD180 jugak. Lebih kurang jer lepas setahun. Tapi dengan WP ToolKit, itu sahaja yang perlu kita keluarkan. Tidak ada bayaran tambahan selepas itu.

Gambar tak berapa jelas? Saksikan video berikut.

Berminat nak dapatkan WP ToolKit sebagai salah satu senjata untuk membina website pelanggan anda?

Anda boleh Klik Sini dan dapatkannya hari ini juga.

Apa pandangan anda tentang GPL dan WP ToolKit?

WordPress, GPL dan WP ToolKit Plugin was last modified: 2017-06-08T14:12:59+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 201 times, 5 visits today)
Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<