Quantcast
+601165755151 [email protected]

[Tip Pantas] Cara Nak Bersihkan Media Yang Tidak Digunakan Dalam WordPress

Feb 8, 2021 | WordPress

Antara perkara yang den akan buat bila dapat job UrusWP adalah membersihkan website dari “media files” yang tidak digunakan. Kebanyakan website yang dah lama online akan mempunyai pelbagai media yang tidak digunakan. Dalam Tips Pantas WordPress hari ini, den nak kongsikan bagaimana anda boleh bersihkan website anda dari file media yang tidak digunakan ini.

Mana datangnya media yang tidak digunakan ini?

Mungkin anda pernah gunakan “plugin image optimization” yang menyimpan file asal media yang telah dioptimakan. Bila tukar optimization plugin, file asal tersebut kekal dalam sistem. Ia kini menjadi file yang tergantung tanpa pemilik

File original ini pula biasanya bersaiz besar (belum optimize).

Big Sized Media Files in cPanel File Manager

Satu lagi cara bagaimana media tidak digunakan ini tercipta adalah apabila anda tukar theme dan plugins. Themes, secara amnya akan mendaftarkan saiz saiz gambar yang digunakan di dalam theme. Setiap kali anda upload gambar, thumbnail untuk saiz saiz yang digunakan oleh theme tersebut akan dibina WordPress secara otomatik.

Bila anda tukar theme, gambar yang dibina dalam saiz theme yang lama akan kekal dalam website tetapi ia tidak akan digunakan dalam theme yang baharu. Size gambar tak berapa sesuai dengan theme baharu.

Kenapa perlu bersihkan Media?

File media yang tak diperlukan ini perlu dibersihkan kerana ia makan storage space yang besar.

Bayangkan, setiap gambar yang anda muat naik ke dalam WordPress akan ada sekurang kurang 3 – 5 file “thumbnail” yang dibina secara otomatik oleh WordPress. Setiap media “thumbnail” ini pula akan anda “optimize” menggunakan “plugin image optimization” pilihan anda tadi. Oleh itu, setiap gambar asal akan turut mempunyai sekurang kurangnya 3 – 4 gambar “thumbnail” asal yang tidak di optimize.

Gambar gambar asal ini tentunya tidak akan digunakan oleh WordPress. Ia hanya sebagai simpanan untuk gambar yang telah dioptimize. Akibatnya, ruang storan hosting anda akan penuh dengan file yang anda tidak perlukan.

Kesan Dari Media Yang Berlebihan Ini

Bila storage bosar, backup akan jadi lama dan bersaiz besar. Backup yang bersaiz besar akan memberikan impak dari segi simpanan dan masa untuk transfer.

Jika Backup dah terkesan, maka fungsi Restore juga turut terkesan. Nak restore akan ambil masa yang lama. Sekiranya berlaku sebarang kegagalan sistem, anda tentunya mahukan ia dibaik pulih dengan segera. Bila file backup terlalu besar, ia akan membuatkan fungsi baik pulih menjadi lambat.

Ia akan menyebabkan anda kerugian kerana tidak dapat membaik pulih website dengan segera. Lagi lama masa nak restore, lagi besar kerugian kerana tiada jualan boleh berlaku

Kos simpanan backup secara remote juga akan meningkat kerana anda akan memerlukan ruang menyimpan yang besar.

Cara Nak Bersihkan WordPress Media

Antara solusi yang den gunakan untuk membuat pembersihan Media adalah dengan plugin WordPress Media Cleaner (https://wordpress.org/plugins/media-cleaner/)

Media Cleaner WordPress Plugin

Media Cleaner akan “Scan Media Folder” dan senaraikan file yang tidak digunakan dalam website WordPress. Anda boleh delete file tersenarai, jika perlu.

Anda boleh aktifkan Trash Folder. Ini membolehkan anda membuat ujian untuk memastikan media yang anda “Trash” tadi betul betul tidak digunakan. Jika ada halaman yang kehilangan gambar selepas anda “trash” media tadi, maka anda masih boleh “restore” media tersebut semula.

Media Cleaner Trash

Bila anda dah puas hati yang tiada gambar hilang dari pages anda, anda boleh “Clear Trash” dan media di dalam “Trash” itu akan dipadam secara kekal.

Sekiranya website anda telah aktif bertahun tahun lamanya, kemungkinan besar terdapat banyak file media yang tidak tersenarai dalam Media WordPress. Untuk membersihkan file media yang tiada dalam Media WordPress, anda perlu melakukan “File system Scan”

Scan FileSystem Dalam Media Cleaner

Setelah membersihkan segala media yang tidak digunakan dalam Media WordPress. Sekarang anda beralih pula kepada langkah membersihkan folder folder uploads anda dari file yang tergantung – tiada dalam Media WordPress.

Jika tadi anda menggunakan fungsi “Scan Media Folder”, kali ini anda gunakan pula fungsi “Scan FileSystem”. Proses ini mengambil masa yang lebih lama dari “Scan Media Libary”.

Den run “Scan Filesystem” di website client den, makan masa dekat 3 jam baru keluar senarai. 16K file media. Sempat lena depan notebook tunggu keluar senarai. Hehehe.. 😀

Media Cleaner Scan File System

Setelah Media Cleaner memproses semua file media yang terkandung dalam folder uploads, anda akan diberikan senarai file yang tiada dalam Media WordPress. Anda boleh lah buat keputusan sama ada nak trash atau tidak file file tersebut.

Bila dah delete, file akan masuk dalam “Trash”. Boleh lah anda semak semua halaman dalam website. Jika ada yang kehilangan gambar, anda boleh pergi ke ruangan “Trash” dan “restore” semula gambar tersebut.

Perlu Guna Media Cleaner Pro?

Anda perlu dapatkan Media Cleaner Pro sekiranya ingin menggunakan fungsi “Scan File System”. Versi percuma hanya membolehkan anda menggunakan Media Cleaner untuk file yang terkandung dalam WordPress Media sahaja.

Anda juga perlukan versi Pro sekiranya anda menggunakan “Page Builder” seperti Divi dan Elementor. Tanpa versi Pro, media yang digunakan di dalam “Page Builder” tidak dapat dikesan oleh Media Cleaner.

Media Cleaner Pro juga mempunyai fungsi untuk mengesan media yang digunakan di dalam plugin seperti ACF, Uber Menu dan pelbagai lagi.

Menggunakan Media Cleaner Pro semasa membuat pembersihan media di website client, den berjaya membuang 16K file media yang tidak diperlukan. 1GB berjaya dijimatkan.

Sesi backup kini menjadi lebih pantas dan saiz backup juga lebih kecil.

So, sekiranya anda mempunyai website WordPress yang dah berusia lebih dari 3 tahun atau anda sering menukar theme dan plugin, kemungkinan tinggi, sebahagian besar dari file media yang ada dalam akaun web hosting anda adalah media yang tidak digunakan dalam website anda lagi.

Gunakanlah Media Cleaner Pro untuk memastikan website anda bebas dari file media yang tidak berfaedah ini.

Apakah plugin yang anda gunakan untuk menguruskan file media dalam website WordPress anda sekarang, jika ada?

[Tip Pantas] Cara Nak Bersihkan Media Yang Tidak Digunakan Dalam WordPress was last modified: 2021-02-08T21:42:18+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan

Salam. Sila Install HadeeRoslan App ke fon anda

Install
×