Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Kebanyakan pemilik produk digital, otai dan juga baru, tidak melindungi download page mereka dengan betul. Produk mereka boleh diakses dengan mudah. Dapat akses ke page tersebut, dapatlah anda download produk mereka ini.


Sebelum den teruskan dengan panduan WordPress hari ini, den nak ucapkan tahniah kepada sifu sifu Malaysia yang kini rancak melahirkan ramai orang anak murid yang berjaya menghasilkan produk produk digital untuk market Malaysia. Dari pemerhatian den yang tak seberapa nih, dalam beberapa bulan terkini ini sahaja, ada tidak kurang dari 3 orang baru yang berjaya mengeluarkan produk digital masing masing. Terbaiklah sifu sifu sekalian.

Secara amnya, jika anda ada membina page untuk download produk, anda perlu melindungi page tersebut dari tiga perkara ini:

  1. Pastikan Page Download tidak disenaraikan dalam Google Search
  2. Pastikan Page Download tidak disenaraikan dalam WordPress Search
  3. Pastikan Page Download anda tidak membenarkan download dari pelawat yang bukan pembeli.

Ok, jom ikut den.. Den tunjukkan cara nak lindungi Download Page anda.

Lindungi Download Page dari Carian Google

Nak lindung apa apa page (termasuklah download page) dari disenaraikan oleh Google tak lah susah mana pun. Anda cuma perlu pastikan dalam page tersebut ada diletakkan code yang memberitahu Google supaya tidak meletakkan page anda itu di dalam Google Index mereka. Code apa?

Pastikan code berikut ada di dalam ruangan <head> </head> page tersebut.

<meta name="robots" content="noindex, nofollow">

Code ini memberitahu enjin enjin carian supaya tidak meletakkan page ini di dalam database mereka. Kebanyakan Search Engine (Google, Yahoo dan Bing) akan mematuhi arahan itu.

Itu kalau anda tahu cara nak letakkan code ke dalam page anda la. Kalau tak tahu?

Den yakin, anda tentu ada menggunakan salah satu dari plugin berikut:

  1. YOAST SEO
  2. All In One SEO

Den gunakan YOAST. So berikut den tunjukkan settings yang anda perlu letakkan untuk melindungi Page Download anda dari Google Search dalam YOAST.

Setting NoFollow NoIndex dengan YOAST SEO

Bagi yang menggunakan All In One SEO, den yakin ada juga setting yang sama.

Ok, selesai satu perkara. Anda kini sudah melindungi Page Download anda dari disenaraikan oleh Search Engine.

Lindungi Download Page dari WordPress Search

WordPress mempunyai fungsi carian yang hebat. Hampir setiap theme yang ada, menyediakan satu ruang untuk memaparkan butang “Search” di dalam website anda. Apabila anda tekan butang search, WordPress akan menyenaraikan segala Page, Post dan Media yang berkaitan dengan search tadi.

Anda ada Page yang mempunyai perkataan “Download”? Masukkan perkataan “Download” di ruangan “Search” dan lihat apa yang tersenarai bila anda tekan butang “Search”

Paling best, boleh jer “Search” tanpa apa apa perkataan. Segala Page, Post dan Media yang terkandung dalam WordPress anda akan disenaraikan.

Ini apa yang tersenarai bila den “Search” di website den ini (selepas den disable search protection den la).

Paparan Search Hadee Roslan Tanpa Perlindungan

Hahaha.. 2 Download Page den tersenarai. Sempoi kan?

So, nak tahu macam mana nak lindungi Page Download anda dari WordPress Search? Jom ikut den ..

Kalau ikut den, den gunakan cara letakkan code supaya Search function WordPress hanya senaraikan Blog Post dalam website den sahaja. Pages tidak akan disenaraikan oleh WordPress Search.

Untuk buat lagu nih, den gunakan code berikut:

// Set search results to display only posts
if ( !is_admin() ) {
function searchfilter($query) {
if ($query->is_search && !is_admin() ) {
$query->set('post_type', 'post');
}
return $query;
}
add_filter('pre_get_posts','searchfilter');
}

Di mana nak letakkan code di atas? Den gunakan plugin “My Custom Functions”.

Kod Lindungi Pages dari WP Search Dalam MyCustom Functions

Selepas meletakkan code di atas ke dalam My Custom Functions, jangan lupa “Save”.

Bila dah “Save”, boleh lah cuba fungsi “Search” sekali lagi, dan lihat hasilnya.

Hasil WP Search Selepas Penambahan Kod

Lihat.. kedua dua Page Download den tidak lagi tersenarai dalam “Search Result”. Hanya blog post sahaja yang disenaraikan oleh WordPress Search.

“Alaaaaaa… nak kena tulis code ker? Kalau tak nak tulis tulis code nih tak boleh ker?”

Hehehe.. Bagi yang tak minat langsung nak tulis tullis code, jangan risau… ada jalan penyelesaian untuk anda juga.

Anda hanya perlukan plugin ini –> “Search Exclude”

Plugin Search - Search Exclude

Di ruangan “Add New Plugin”, masukkan “search exclude” ke dalam ruangan “Keyword” dan tekan “Enter”.

Bila dah keluar paparan plugin, “Install” dan “Activate” plugin “Search Exclude”.

Plugin ini membolehkan anda menukar setting Page Download anda secara pukal.

Search Exclude Bulk Edit

Dengan cara ini, anda boleh melindungi semua Page Downloads anda dalam satu masa. Tak perlu pergi ke setiap page satu persatu untuk menukar setting.

Selain dari itu, plugin ini juga membenarkan anda melindungi Page/Post semasa anda melakukan “Edit” pada page/post tersebut. Ada setting tambahan di sediakan seperti gambar berikut.

Search Exclude Page Editor

Mudah bukan?

Sekarang, Page Download anda sudah pun dilindungi dari terpapar di dalam senarai WordPress Search dan juga senarai Search Engine.

Tapi, dah selamatkah Download Page anda itu? Secara amnya, dah selamat dah. Cuma mungkin anda perlu fikirkan juga tentang masalah mereka yang berkongsi download link.

Note: Ini tidak sama dengan masalah mereka yang berkongsi produk anda yang telah mereka download. Ini masalah bandwidth yang mereka gunakan (anda bayar) bila produk anda di download dari download page anda itu. Masalah ini lebih ketara bagi yang meletakkan produk di “Cloud Storage” berbayar seperti Amazon, Google Cloud Platform dan sebagainya.

So, sekiranya anda tak nak menanggung beban membayar untuk bandwidth bagi mereka yang berkongsi Download Link, teruskan bacaan anda.

Lindungi Download Page dari Direct Access Sharing

Anda tidak boleh menghalang pembeli dari berkongsi produk yang telah mereka download. Yang nih, kira sedekah jer la. Anda juga tak boleh nak halang mereka dari berkongsi Download Link.

Apa yang boleh anda lakukan adalah pastikan hanya yang berkenaan (yang dah membeli) sahaja yang boleh download produk anda itu.

Ada dua link yang perlu anda perhatikan di sini:

  1. Link ke Download Page
  2. Link ke Product anda itu sendiri – download link yang sebenar.

Sekiranya anda menyediakan produk yang bersifat Pay Per View (produk berasaskan video), tentunya anda tidak mahu akses ke Page paparan video anda dikongsikan.

Untuk melindungi Download Page anda, anda perlu menghadkan akses ke page tersebut. Hanya pelawat yang telah membeli sahaja boleh melihat isi kandung yang terdapat di dalam page tersebut.

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk melindungi Page anda ini:

  1. Password Protected Page.
    Dalam WordPress, anda boleh meletakkan Password untuk setiap Page/Post yang anda bina. Setiap pelawat perlu masukkan password untuk melihat isi kandungan page tersebut. Den tak rekomen anda gunakan kaedah ini. Hanya ada satu password sahaja dan ianya perlu anda kongsikan bersama para pembeli produk. Mereka yang kongsikan page anda ini akan turut kongsikan password dan page anda tetap di kongsikan kepada umum.
  2. Membership.
    Anda boleh letakkan Download Page anda di belakang sistem Membership. Setiap pelanggan menjadi member di website anda. Mereka ada username dan password masing masing. Untuk mendapatkan akses kepada produk anda, pelawat perlu login menggunakan username dan password mereka sendiri. Antara Membership plugin yang boleh anda gunakan untuk tujuan ini adalah – s2Member, WPeMember, MemberSonic, dan pelbagai lagi. Chris Lema ada buat review untuk 30 produk membership. Anda patut baca jika Membership adalah pilihan anda. Sekiranya produk anda berupa Pay Per View (video), ada baiknya anda gunakan sistem Membership. Dengan sistem membership, anda boleh bina lebih dari satu Page untuk paparkan setiap video dalam produk anda. Setiap satu Page tersebut dilindungi oleh sistem Membership. Produk anda akan kelihatan lebih profesional.
  3. Gunakan Download Page Protector.
    Mungkin menggunakan Membership agak “Overkill” untuk anda yang hanya menjual satu atau dua eBook. Untuk anda, solusi yang lebih sesuai adalah dengan menggunakan Download Page Protector seperti WP DownloadExpress dan WP Rapid Protect.

Untuk melindungi Download Link pula, anda perlu menggunakan sistem/plugin yang mempunyai ciri ciri berikut:

  1. Seeloknya, download link tersebut turut mempunyai waktu tamat tempoh (expiry date). Selepas waktu yang anda tetapkan, download link tersebut tidak boleh digunakan lagi.
  2. Download link juga patut mempunyai had penggunaan. Anda boleh letakkan penggunaan maksima 10 kali. Selepas 10 kali download link itu digunakan, ianya tidak boleh digunakan lagi.
  3. Download link yang bagus adalah link yang tidak ada URL untuk di copy paste.

Den menggunakan plugin WPeStore di dalam website Hadee Roslan ini. Plugin ini membolehkan den melindungi Download Page dan Download Link den. Nak tengok cara ia berfungsi? Lihat di SINI.

Ini paparan yang anda akan lihat jika anda pergi ke link produk yang den kongsikan:

WPeStore Protected Page Bukan Pembeli

Pelawat yang membeli, atau menjadi subscriber akan diberikan link khas melalui email. Link tersebut mempunyai tarikh luput dan juga had penggunaan. Bila pelanggan klik pada link tersebut, mereka akan dibawa ke page yang sama, cuma paparannya berbeza.

WPeStore Protected Page Pembeli

Download link juga turut lindungi dengan sebuah “Download Button”. Tiada link kepada file download yang digunakan. Jika dilihat melalui fungsi “view source” pun tidak ada url yang boleh di copy paste.

Bagaimana Anda Melindungi Download Page Anda?

Oklah. Jom kita recap balik apa yang den dah cuba percerahkan dalam post hari ini.

  1. No Index & No Follow untuk lindungi Download Page dari Search Engines.
  2. Search Exclude plugin untuk lindungi Download Page dari WP Search
  3. Membership, DownloadExpress, atau WPeStore untuk lindungi Download Page dari perkongsian manual.

Anda pula, buat lagu mana?

Lindungi Download Page Anda Dari Akses Yang Tidak Berkenaan was last modified: 2017-01-25T08:54:04+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 217 times, 1 visits today)
Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<