Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Salam dan Selamat Sejahtera dari saya untuk semua pembaca Blog Affiliate Marketing dan Dropshipping Hadee Roslan – Klik Klik Cari Rezeki di Internet sekalian. Sempena tahun baru ini, saya akan memberikan fokus kepada usaha usaha mencari rezeki menggunakan kaedah Affiliate Marketing dan juga Dropshipping.

SEO Checklist 2019 - Apa Berkesan 2019

Kenapa fokus kepada kedua dua kaedah tersebut? Kedua duanya adalah kaedah pemasaran atau dalam erti kata lain, satu bentuk perniagaan yang boleh dilakukan oleh hampir sesiapa sahaja. Sesiapa pun boleh menceburkan diri dalam bidang Affiliate Marketing atau Dropshipping. Ianya tidak memerlukan modal yang tinggi. Malah ramai yang telah mula berkecimpung dalam bidang ini tanpa sebarang modal.

Dahulu kita sering disogok dengan kata kata seperti “Hendak berniaga, perlu ada modal” atau “Hendak buat duit banyak, perlu ada duit banyak dahulu”. Kini, dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam arena Affiliate dan Dropshipping, modal tidak lagi menjadi batu penghalang bagi sesiapa yang ingin memulakan langkah dalam bisnes online.

Affiliate Marketing

Affiliate Marketing adalah satu bidang bisnes di mana, seorang affiliate akan berusaha memasarkan produk produk orang lain. Seseorang hanya perlu mendaftarkan diri sebagai affiliate di laman web pengusaha produk atau mana mana program affiliate malaysia yang ada di Internet. Kebiasaannya, pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma.

Setelah mendaftar, affiliate akan diberikan satu link istimewa yang mempunyai kod pengenalan affiliate berkenaan. Affiliate hanya perlu mempromosikan link istimewa tersebut di mana mana laman web kepunyaan sendiri ataupun di laman laman sosial seperti Facebook, Google Plus dan Twitter. Sekiranya ada pelawat yang membeli produk yang di promosikan melalui link istimewa affiliate tersebut, pemilik produk akan memberikan komisen atas jualan berkenaan kepada affiliate.

Tugas seorang Affiliate Marketer hanyalah membuat promosi dan pemasaran untuk produk berkenaan. Mudah bukan?

Dropshipping

Dropshipping pula merupakan satu bentuk perniagaan di mana, kita bertindak seolah olah pemilik produk. Namun demikian, sebagai seorang ejen dropship, kita tidak perlu memiliki atau menyimpan stok produk berkenaan. Oleh kerana ejen dropship tidak menyimpan stok, maka proses penghantaran juga dilakukan oleh pihak pemilik produk.

Tugas seorang ejen dropship adalah:
1. Membuat pemasaran dan promosi produk.
2. Menyediakan platform dimana jual beli produk boleh dilakukan – sama ada menggunakan laman web sendiri, laman jual beli seperti Mudah dan Lelong atau platform platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.
3. Menerima tempahan dan pembayaran dari pelanggan.
4. Menyalurkan butiran pembeli dan bayaran (harga ejen dropship) kepada pemilik produk atau platform dropship yang disertai.
5. Membuat follow-up terhadap pembeli.

Affiliate Marketing dan Dropshipping sama dalam beberapa perkara:
1. Tidak perlukan modal tinggi (boleh mula tanpa modal).
2. Tidak perlu simpan stok.
3. Tidak perlu buat penghantaran.
4. Fokus kepada pemasaran dan promosi produk.
5. Kedua duanya boleh dilakukan dari rumah.

Perbezaan Affiliate Marketing dan Dropshipping:
1. Affiliate tidak perlu platform jualan. Dropshipping perlu ada platform jualan.
2. Affiliate tidak terima bayaran secara terus dari pelanggan.
3. Dropshipper boleh menentukan nilai keuntungan sendiri – boleh tentukan harga jual produk.
4. Affiliate bergantung kepada keberkesanan surat jualan yang disediakan oleh pemilik produk.

BACA JUGA  Keywords Everywhere - Chrome Extension Yang Mempercepatkan Proses Kajian Keyword Anda

Nak pilih yang mana? Affiliate Marketing atau Dropshipping? Terpulang kepada kesesuaian diri kita sendiri. Ada yang lebih meminati bidang Affiliate. Ada pula yang meminati bidang Dropshipping. Ada juga yang melakukan kedua duanya sekali. Lebih penting lagi adalah kita perlu mendalami mana mana bidang yang kita pilih untuk berjaya. Itulah yang akan diberikan dalam blog blog yang mendatang di sini – ilmu berkenaan Affiliate Marketing dan Dropshipping.

InsyaAllah. 😀

 

Fokus Kepada Affiliate Marketing Dan Dropshipping was last modified: 2014-01-01T23:57:24+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan
SEO Checklist 2019 - Pengenalan Keyword
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<