Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Dropship merupakan salah satu Buzz Word yang terkini dalam pasaran Internet Marketing dalam tahun tahun kebelakangan ini. Pelbagai program dropship tumbuh bak cendawan. Boleh dikatakan hampir semua pemilik produk, stokis produk sehinggakan ejen dropship produk pun ada program dropship masing masing. Ejen atas ejen atas ejen.

Advertisement


Dengan adanya program program dropship ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat menceburi bidang perniagaan. Model perniagaan Dropship tidak memerlukan modal yang besar. Malah, ianya boleh dimulakan tanpa modal langsung.

Apakah Perniagaan Gaya Dropship?

Secara ringkas perniagaan dropship adalah model bisnes dimana anda menjual produk orang lain sebagai ejen. Ya, sama jer macam perniagaan model ejen, stokis, dan pengedar yang biasa. Bezanya, sebagai ejen dropship, anda tidak perlu pegang produk. Pengurusan produk dan penghantaran dikendalikan oleh vendor dropship itu sendiri, bagi pihak anda.

Aliran Perniagaan Model Dropship

Gambar di atas memberikan gambaran jelas tentang aliran proses jualan dalam perniagaan model dropship.

Nampak mudah bukan? Tak perlu simpan stok. Tak perlu buat penghantaran. Cuma perlu fokus kepada buat jualan.

Tentu ada yang dah tak sabar nak mula berniaga gaya dropshipkan?

Macam yang saya katakan di awal post tadi, terdapat banyak platform dropship yang sudah wujud dalam Malaysia. Macam mana nak cari platform platform tersebut?

Teruskan membaca ..

Platform Dropship Malaysia Untuk Mula Berniaga Tanpa Modal

Bukan semua program dropship membenarkan anda mula tanpa modal. Ada di antaranya yang menetapkan harga pendaftaran untuk menjadi ejen dropship. Oleh itu, untuk memudahkan anda memulakan perniagaan dropship anda, saya menyediakan 4 platform dropship di mana anda boleh mula berniaga tanpa sebarang modal.

1. Program Dropship Malaya Street

Malaya Street merupakan sebuah program dropship yang dikendalikan oleh La Onda Trading. Program ini menyediakan produk produk yang di import dari Tanah Besar China. Anda boleh menyertai program dropship Malaya Street ini dengan membuat pendaftaran di laman web Malaya Street.

Malaya Street menggunakan platform yang disediakan oleh Squarelet. Ianya sebuah platform eCommerce yang lengkap dengan shopping cart.

Selepas pendaftaran akaun anda akan di upgrade kepada akaun ejen dropship dalam masa 24 jam. Ejen ejen dropship boleh menggunakan gambar gambar produk dari dalam website untuk melakukan pemasaran. Sekiranya anda inginkan sebuah kedai online, anda perlu membinanya sendiri.

Malaya Street Dropship Platform

La Onda Trading (pembekal/dropshipper) ada menyediakan group sokongan di Facebook dan juga WhatsApp. Ejen ejen dropship boleh mendapatkan maklumat terkini dan bantuan lain di dalam Group dan WhatsApp.

Nak jual kasut kasut sukan dari China? Gunakan Malaya Street sebagai pembekal dropship anda. Mulakan sekarang, tanpa modal.

2. Platform DropshipMalaysia.My

DropshipMalaysia.My adalah platform dropship yang disediakan oleh syarikat Visionice Trading. Program ini menyediakan pelbagai produk tempatan. Pada ketika ini, terdapat lebih kurang 80 jenis produk yang boleh anda pasarkan sebagai ejen dropship. Produk kecantikan dan kesihatan adalah dua jenis produk utama yang disediakan.

Produk Produk Dalam Platform DropshipMalaysia

Sebagai ejen dropship, anda diberikan kemudahan untuk membina website kedai online anda sendiri. Klik klik dah ada kedai online yang tersedia dengan produk dropship. Anda cuma perlu memasarkan laman web anda sahaja. Contog kedai online ejen adalah seperti Kedai Online Anggun Niaga.

DropshipMalaysia Kedai Online Ejen

DropshipMalaysia.My menggunakan platform yang mereka bina sendiri. Untuk menjadi ejen dropship anda boleh daftar di laman web mereka.

3. Platform Dropship Yosh

“Your Online Shopping Hub” atau Yosh.my adalah platform dropship yang disediakan oleh pasukan FlareBiz Network. Antara produk yang disediakan oleh Yosh adalah pakaian muslimah dan makanan kesihatan berasaskan madu. Pada ketika ini, terdapat lebih kurang 80+ produk di dalam platform Yosh.my

Platform Dropship Malaysia Yosh

Yosh turut menyediakan laman web kedai online khas untuk setiap ejen dropship. Sebagai ejen, anda hanya perlu memasarkan kedai online anda melalui platform platform media sosial. Segala transaksi jualan kepada pelanggan akan dilakukan melalui kedai online anda.

Selepas itu anda hanya perlu memanjangkan transaksi jualan tersebut kepada pembekal, juga melalui platform Yosh yang disediakan. Laman Kedai Online Anjung Niaga adalah satu contoh platform kedai online yang terbina menggunakan platform Yosh.

Platform Dropship Malaysia Yosh Kedai Ejen Anjung Niaga

4. Platform Dropship Edymall

Edymall yang diasaskan oleh Shamsurizam Norsham ini merupakan salah satu platform dropship terbesar di Malaysia. Menyediakan pelbagai jenis produk dari sekecil kecil brooch tudung sehingga sebesar besar rumah banglo. Platform dropship ini sekarang menyediakan produk dari lebih 200 pembekal.

Platform Dropship Malaysia Edymall

Setelah mendaftar sebagai Ejen Pemasar, anda akan mendapat akses ke dalam platform Edymall di mana anda dapat melihat harga Ejen yang diberikan kepada anda untuk setiap produk. Ejen ejen Edymall tidak disediakan dengan kedai online sendiri. Sebagai ejen anda boleh mendapatkan bahan bahan promosi produk di dalam laman web Edymall itu sendiri.

Sekiranya anda inginkan platform yang menyediakan pelbagai produk, daftarlah sebagai ejen pemasar Edymall terlebih dahulu.

Platform Dropship Malaysia Pilihan Anda?

Ini baru 4 platform yang den ketengahkan. Di luar sana ada puluhan lagi platform yang dibina oleh para pemilik produk itu sendiri. Ada juga yang dibina oleh stokis stokis produk.

Macam mana nak pilih?

Mungkin den boleh cuba bantu ..

Anda ada laman web/kedai online sendiri? Jika ada, daftar sebagai ejen pemasar Edymall atau ejen dropship Malaya Street. Masukkan produk produk yang berkaitan dengan laman web anda ke dalam kedai online anda.

Anda lebih suka bina kedai online sendiri? Jika ya, daftar sebagai ejen pemasar Edymall atau ejen dropship Malaya Street. Kalau nak den buatkan kedai online pun boleh juga. 😀

Anda nak kedai online otomatik? Daftar sebagai ejen dropship di Dropship Malaysia atau Yosh.

Anda seorang ejen dropship? Platform manakah yang sedang anda gunakan sekarang? Boleh kongsikan bersama den dan pembaca lain?

Den akan buat review yang lebih detail lagi tentang platform platform yang den sebutkan di sini. Nak den review platform dropship tertentu? Tinggalkan nama dan url platform di ruangan komen.

InsyaAllah.

Platform Dropship Malaysia Untuk Mula Berniaga Tanpa Modal was last modified: 2016-02-08T22:25:07+00:00 by Hadee Roslan
(Visited 1,133 times, 42 visits today)
Workshop WordPress
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<