+601165755151 [email protected]

Iklan Online Atau Iklan Offline

Jun 24, 2016 | Pemasaran Online

Ada usahawan yang tertanya tanya dan berkira kira tentang platorm iklan yang patut digunakan untuk memasarkan produk atau servis mereka. Apakah patut mereka gunakan iklan offline atau iklan online?

Artikel den hari ini memberikan sedikit gambaran tentang kedua duanya. Gunakan sebagai panduan pantas untuk memilih iklan online atau iklan offline.

Apa itu Iklan Offline?

Iklan yang anda letakkan pada papan iklan di tepi highway, iklan dalam TV, tampal pada pokok, flyers, etc.

Apa itu Iklan Online?

Iklan yang anda letakkan dalam platform platform Online seperti website, blog, media sosial dan enjin carian.

Kebaikan Iklan Offline?

1. Iklan anda boleh sampai kepada pengguna walaupun pengguna tidak mempunyai saluran internet.

2. Anda bayar sekali. pengguna boleh melihat iklan anda berkali kali.

3. Iklan TV/Radio membenarkan anda membuat iklan mengikut minat – iklan kepada peminat cerita tv atau segmen radio berkenaan. Buat iklan khas untuk drama, berita, rancangan radio tersebut.

4. Iklan Flyers membolehkan anda membuat iklan mengikut minat bacaan seseorang – pembaca Utusan, pembaca Berita Harian, pembaca, Metro, dan sebagainya. Buat dan letakkan flyers khusus ke dalam akhbar majalah tertentu.

5. Dengan Flyers dan Papan Iklan. Anda boleh membuat iklan khusus untuk pengguna mengikut lokasi tertentu – Buat iklan/flyers khas untuk penduduk sekitar Ampang dan letakkan flyers dalam akhbar yang diedarkan sekitar Ampang. Letakkan iklan khusus untuk penduduk Ampang pada papan iklan sekitar Ampang.

Kebaikan Iklan Online?

1. Iklan anda boleh sampai kepada pengguna walau di mana mereka berada. Asal ada gajet dan juga akses Internet.

2. Anda hanya bayar bila ada orang klik pada iklan anda – Iklan CPC.

3. Anda hanya bayar mengikut jumlah pengguna yang dipaparkan iklan anda – iklan CPM.

4. Anda boleh paparkan iklan mengikut pelbagai kriteria – minat, umur pengguna, jantina pengguna, lokasi pengguna, kata carian yang digunakan, website yang dilawati dan pelbagai lagi. Iklan anda lebih targeted.

5. Anda boleh paparkan iklan mengikut laman web yang pelawat website anda lawati. Bagi pelawat halaman produk A, anda tunjukkan iklan produk A kepada mereka. Bagi pelawat halaman produk B, anda tunjukkan iklan produk B kepada mereka.

6. Anda boleh dapatkan pelbagai data dan statistik tentang keberkesanan iklan iklan anda. Berapa ramai nampak iklan. Berapa ramai yang klik pada iklan. Berapa ramai yang lawat website anda dari iklan. Berapa ramai yang beli produk anda melalui website dari iklan.

7. Anda boleh letakkan iklan anda di hadapan pengguna TARGETED melalui laman laman web media sosial – Facebook, Instagram, LinkedIn, Twitter, dan lain lain di mana jutaan pengguna berada setiap hari.

Iklan Mana Yang Patut Anda Gunakan?

Kedua dua jenis iklan (online dan offline) ada kebaikan masing masing. Bagi yang baru nak mula beriklan, iklan online adalah pelaburan yang lebih berbaloi untuk diterokai.

Anda boleh mulakan dengan kos yang rendah. Anda boleh buat iklan yang betul betul TARGETED kepada prospek yang sesuai untuk produk anda sahaja.

BACA JUGA  Fokus Kepada Affiliate Marketing Dan Dropshipping

Platform Iklan Online

Ada pelbagai platform iklan online yang boleh anda gunakan. Antaranya:

  1. Facebook Ads
  2. Google Adwords
  3. LinkedIn Ads
  4. Twitter Ads

Satu perkara penting untuk anda ketahui sebelum anda mula membuat iklan menggunakan platform platform tersebut.

Sekiranya anda tiada kapasiti untuk berkursus untuk belajar platform iklan online, mulakan iklan anda dengan kos kecil dahulu. Jika tak kena gaya, anda boleh habiskan ratusan, malah ribuan ringgit tanpa mendapat pulangan yang sewajarnya.

Belajar Iklan Online Dari Sifu Sifu Tersohor Malaysia

Nak belajar menggunakan iklan online? Ada ramai di luar sana yang mungkin boleh mengajar anda cara cara menggunakan platform iklan online. Di sini, den nak rekomen 2 program yang terbaik untuk belajar mengenai pengiklanan menggunakan 2 platform iklan – Facebook Ads dan Google Adwords.

Platform Iklan Online Facebook Ads

Dengan Facebook Ads, pada dasarnya, anda boleh memaparkan iklan kepada pengguna platform Facebook dan Instagram.

Anda boleh membuat iklan khas untuk pengguna mengikut umur, jantina, lokasi, pekerjaan, fanpage diminati, status perkahwinan, jumlah anak, jenis gajet, dan pelbagai lagi.

Nak belajar Facebook Ads? Hadiri kelas Facebook Ads Untuk Newbie yang di anjurkan oleh sifu FB Ads tersohor Malaysia – Tuan Fidaus Azizi.

Facebook Marketing Untuk Newbies

Platform Iklan Online Google Adwords

Dengan platform iklan Google Adwords, pada dasarnya, anda boleh memaparkan iklan kepada pengguna mengikut carian yang mereka lakukan melalui Google Search.

Bergantung kepada kata carian yang anda pilih, potensi untuk menghasilkan jualan dari iklan Google Adwords adalah sangat tinggi. Ini adalah kerana pengguna memang sedang mencari produk anda menggunakan kata kunci tertentu.

Nak guna Google Adwords memang den syorkan anda pergi berguru terlebih dahulu.

Nak berguru dengan siapa? Den cadangkan anda mengikuti Kursus G Step Up oleh sifu Google Adwords Malaysia – Tuan Wan Mus.

Seminar Google Adwords G Step Up Tuan Wan Mus

Den harap artikel kali ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam mengenali fungsi fungsi tertentu yang terdapat dalam iklan online atau iklan offline.

Anda pernah gunakan kedua dua jenis iklan – online dan offline? Apa pengalaman anda? Sudi berkongsi dengan den dan para pembaca den di sini?

Iklan Online Atau Iklan Offline was last modified: 2016-06-24T10:31:08+08:00 by Al-Hadee Mohd Roslan