Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Setiap marketer pastinya akan mengumpul senarai email prospek dan pelanggan. Ini biasanya dilakukan dengan membina satu page yang dipanggil “email optin squeeze page”. Hari ini den nak tunjukkan cara nak letakkan squeeze page tersebut di dalam Facebook Page anda (kena ada Facebook Page la eh).

Advertisement


Dalam HadeeRoslan.my ini den ada buat satu squeeze page di mana den berikan satu ebook percuma melalui email kepada pelawat. Den turut meletakkan page tersebut di dalam Facebook Page den. Macam mana den buat tu? Jom den tunjukkan..

Syarat Nak Letak Squeeze Page Dalam Facebook Page

Sebelum den mula tunjukkan langkah langkah yang diperlukan, elok den jelaskan dulu dua syarat yang perlu ada pada pada squeeze page anda itu.

  1. Perlu ada SSL. Ini tidak boleh tidak. Oleh kerana akses ke Facebook menggunakan HTTPS, maka setiap kandungan yang di paparkan dalam Facebook perlu datang dari sumber yang menggunakan HTTPS juga. Tiada SSL? Ada dua tiga pilihan untuk dapatkan SSL secara percuma sekarang. Tiada alasan untuk tidak gunakan SSL dalam website anda.
    Squeeze Page on HTTPS
  2. Saiz webpage. Saiz ruang paparan yang disediakan oleh Facebook mempunyai kelebaran 810px. Paling baik, pastikan squeeze page anda bersifat Responsive dan memberikan paparan yang baik pada kelebaran 810px. Tentu anda tidak mahu paparkan “Squeeze Page” yang buruk kan?

Tak susah mana pun kalau nak mematuhi syarat syarat Facebook seperti di atas tu kan.. Let’s move on.

Bina sebuah Facebook Application.

Langkah pertama untuk meletakkan Squeeze Page di dalam Facebook Page memerlukan anda membina sebuah Facebook Apps terlebih dahulu. Jangan risau. Tak perlu tulis sebarang kod. Ikut jer apa yang den tunjukkan di sini.

Pergi ke website Facebook for Developers – di SINI. Anda boleh login menggunakan login Facebook anda.

Facebook for Developers Add New Apps

Bila dah login ke dalam Facebook Developers, klik pada My Apps > Add a New App seperti yang den tunjuk dengan anak panak dalam gambar di atas. Paparan pada skrin anda mungkin sedikit berbeza jika anda tiada lagi Apps.

Facebook Developer Create New Facebook App

Isikan maklumat yang diperlukan:

  1. Display Name: Letakkan nama untuk Facebook App anda ini – maksima 32 huruf. Tidak mengandungi perkataan Facebook, FB (apa apa trademark FB la).
  2. Contact Email: Letakkan email anda.
  3. Category: Pilih kategori app anda (“Apps for Pages” sesuai la kan)
  4. Klik pada “Create App ID” dan selesaikan captcha (jika ada).

App anda kini sedia untuk menerima settings selanjutnya.

Facebook Developers Facebook App Settings
  1. Klik pada “Settings” di menu sebelah kiri.
  2. Klik pada “+Add Platform” di bahagian bawah skrin tersebut.

 Facebook App Add Platform

Anda nak buat Facebook Page Tab yang memaparkan Squeeze Page  anda kan.. maka kliklah pada icon Page Tab tersebut.

Faceboo Develepor Facebook App Page Tab Settings

Isikan maklumat maklumat yang berkenaan:

  1. Secure Page Tab URL: URL Squeeze Page yang telah anda bina (pastikan ada HTTPS)
  2. Page Tab Name: Nama yang akan dipaparkan dalam Facebook Page anda nanti
  3. Page Tab Edit URL: URL untuk edit squeeze page anda (biarkan kosong)
  4. Page Admin Control: Biarkan ON
  5. Wide Page Tab: Biarkan YES
  6. Page Tab Image: Kalau nak, boleh upload gambar bersaiz 111×74. Biar kosong pun takpe
  7. Klik “Save Changes

Siap dah Facebook Apps anda. Tapi, ia belum boleh digunakan lagi ..

squeezepage-facebooktabs-devfacebookapps-makepublic-795x416.jpg
  1. Klik pada menu “App Review” di sebelah kiri
  2. Klik pada “Make … Public” – Jadikan YES.
  3. Klik “Confirm” dalam paparan yang ditunjukkan kemudian.

Facebook Apps anda kini sedia untuk digunakan. Anda hanya perlu meletakkan Facebook Apps ini ke dalam Facebook Page anda.

Letakkan Facebook Apps Ke Dalam Facebook Page

Untuk meletakkan Facebook Apps ke dalam Facebook Page, anda perlu menggunakan URL yang khusus. URL nya berbentuk seperti berikut:

https://www.facebook.com/dialog/pagetab?app_id=YOUR_APP_ID&next=YOUR_URL

Facebook App Add To Page
  1. Copy Paste YOUR_APP_ID ke dalam link di atas
  2. Copy Paste YOUR_URL ke dalam link di atas

Dalam kes contoh den di sini, URL yang terhasil adalah:
https://www.facebook.com/dialog/pagetab?app_id=238614259881992&next=https://hadeeroslan.my/estore/panduan-facebook-ads/

Copy Paste URL yang terhasil itu ke dalam Browser anda

Facebook App Add Page Tab
  1. Pilih Facebook Page anda dari senarai “Facebook Pages” yang di paparkan
  2. Klik “Add Page Tab

Facebook App anda kini telah pun diletakkan ke dalam Facebook Page. Jika anda masuk ke Facebook Page anda, anda akan dapat melihat satu menu baru di sebelah kiri Facebook Page anda.

Squeeze Page Di Dalam Facebook Page

Anda boleh menyusun semula aturan paparan Facebook Page Tabs anda. Klik pada Manage Tab dan susun semua Page Tab anda mengikut kesesuaian anda.

Facebook Page Tab Hanya Untuk Desktop Sahaja

Satu perkara yang perlu anda ketahui. Penggunaan Facebook Page Tab ini hanya terhad kepada pengguna Desktop sahaja. Pengguna Mobile tidak boleh akses Facebook Page Tab. Usah tanya den kenapa ianya begitu.

“Feature” Facebook semenjak azali lagi.

Oleh itu, jika anda ingin melakukan promosi untuk tarik pelawat ke Squeeze Page Di Dalam Facebook Page anda ini, pastikan anda set supaya iklan tersebut dipaparkan hanya kepada Desktop audience sahaja. Kalau tak, nanti jenuh nak explain kepada pelawat mobile yang tak dapat akses kepada “gula gula optin” anda itu.

Nota Bonus: Anda boleh juga gunakan kaedah Facebook Tab ini untuk meletakkan website kedai online anda di dalam Facebook. Cuma perlu ingat, hanya untuk paparan pengguna Desktop.

Apa lagi yang akan anda letakkan dalam Facebook Page dengan kaedah ini? Kongsilah dengan den dan para pembaca lain.

Letakkan Squeeze Page Di Dalam Facebook Page Anda was last modified: 2017-02-05T14:41:43+00:00 by Hadee Roslan
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<