Quantcast
0123165553 [email protected]
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<

Dunia Pemasaran Media Sosial, terutamanya Facebook, kecoh awal tahun 2018 ini dengan pengumuman tentang Facebook Algorithm Update 2018. “Facebook Zero” dan “Facebook Apocalypse” adalah antara nama yang diberikan kepada algorithm terbaru Facebook ini. Hari ini den nak buat ulasan tentang Algorithm Update terbaru ini.

WCB Premium - Pemasangan WordPress

Sebelum den cerita lanjut, sini den kongsikan apa sebenarnya yang diumumkan oleh Mark Zuckerberg:

One of our big focus areas for 2018 is making sure the time we all spend on Facebook is time well spent.We built…

Posted by Mark Zuckerberg on Thursday, 11 January 2018

Apakah Algorithm Baru Facebook News Feed?

Secara ringkas, News Feed Facebook anda akan memaparkan lebih banyak:

  1. Posting dari kawan kawan dan keluarga.
  2. Posting yang mengandungi komen komen berbentuk perbincangan – komen pendek (pm, nak, emoji, dsb) tidak lagi diberikan nilai tinggi.
  3. FB Live
  4. Posting dari FB Page/FB Profile yang anda letak “See First”

Posting posting yang akan hilang dari Facebook News Feed:

  1. Posting yang meminta minta engagement
    • Komen “Nak” untuk dapatkan ..
    • Pukul berapa anda nampak post ini ..
    • Komen <Keyword> untuk ..
  2. Posting berupa peraduan
    • Like, Share dan Komen untuk menang ..

Ya, secara amnya, dalam 2018 ini, apa sahaja post yang cuba untuk “Game” kan algorithm Facebook akan terkena – mendapat paparan yang minima.

Kitar Aliran Setiap Post di Facebook

Setiap kali anda buat posting di Facebook, post anda itu akan melalui kitaran seperti berikut:

  1. Anda buat posting di Facebook
  2. FB akan lihat jenis post yang anda lakukan
    • Teks
    • Gambar
    • Video
    • Link ke Website
    • FB Live
  3. FB akan paparkan post anda tersebut kepada sejumlah kecil peminat/kawan anda.
  4. Sekiranya post itu berjaya menarik interaksi dari kumpulan pertama yang melihat post anda, FB akan meningkatkan lagi jumlah mereka yang dapat melihat post itu.

Kitar Aliran Setiap Post di Facebook Mengikut Facebook Algorithm Update 2018 Versi Simplistik

Berapa jumlah penambahan yang akan melihat post anda itu juga bergantung kepada jenis interaksi yang dikumpul.

  1. Like (1 markah)
  2. Komen pendek seperti :D, nak, terbaik, betul dan pm (2 markah)
  3. Share (3 markah)
  4. Komen panjang seperti “Betul, saya setuju dengan apa yang dikongsikan ini. Saya sendiri pernah … bla bla bla (4 markah)
  5. Share beserta komentari tentang apa yang dikongsikan (5 markah)

Lagi tinggi markah yang post tersebut dapat, post itu akan dipaparkan kepada lebih ramai pengguna.

Nota: Den main teka jer markah markah yang den letakkan di atas. Developer Algorithm News Feed sendiri pun mungkin tak dapat nak beritahu markah sebenar yang diberikan oleh Facebook Algorithm. Ada AI dalam algorithm tersebut.

Apa Kata Social Media Examiner?

Di dalam Social Media Marketing Talk Show baru baru ini, Michael Stelzner mengulas secara mendalam tentang algorithm baru ini. Beliau turut memberikan beberapa cadangan bagaimana anda boleh menghadapi perubahan yang ketara dalam Facebook tahun ini.

Saksikan rakaman tersebut.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Ok, apa nak buat sekarang? Takkan nak tinggalkan FB kot? Takde lah. Teruskan dengan pemasaran di FB. Cuma perlu ubah sikit mindset dan strategi pemasaran.

Kualiti dan Bukan Kuantiti.

Ramai peniaga sekarang ini dok pulun post sekerap yang boleh dalam Facebook. Secara amnya, setiap peniaga akan post sekurang kurangnya 5 – 7 kali sehari dalam Facebook.

BACA JUGA  Letakkan Squeeze Page Di Dalam Facebook Page Anda

Dengan Algo baru, adalah lebih baik untuk kurangkan kekerapan post. Jika sebelum ini anda dok perah otak nak keluarkan 5 – 7 post setiap hari, sekarang, anda luangkan lebih masa untuk keluarkan 1 – 2 post yang berkualiti setiap hari.

Senang ke Senang?

FB Live

FB sendiri mengakui yang mereka akan memberikan kelebihan kepada post post berbentuk FB Live. Kenapa? Kerana FB Live terbukti mampu membuat pengguna berinteraksi ketika FB Live dilakukan.

So.. apa kata? FB Live setiap hari Selasa dan Rabu? Penat juga nak cari topik untuk FB Live setiap hari kot. Boleh la kalau nak mula dengan seminggu sekali.

Jangan lupa untuk tanya soalan soalan pedas atau menarik dalam sesi FB Live tersebut. Kena bagi audience aktif. Jangan dok mintak Like Like Like dan Share Share Share jer.. Ini yang banyak den nampak orang buat dalam FB Live.

Kurang yakin nak buat Live? Rekod presentation anda terlebih dahulu sebagai video. Kemudian upload video tersebut sebagai FB Live dengan sistem seperti ini.

Galakkan Perbincangan Di Ruang Komen

Algo FB yang baru suka komen yang bersifat perbincangan. Kalau post anda setakat dapat komen macam emoji 😀 atau komen pendek seperti “terbaik”, “betulll”, “saya nak”, “pm” dan yang seangkatan, FB tidak akan memberi markah tinggi untuk dapatkan reach tambahan.

Bila buat posting, anda perlu tanya soalan yang membuat pembaca memberikan pendapat atau ulasan yang panjang.

Kalau boleh anda perlu buat post yang mengajak pembaca berbincang sesama sendiri.

Bincangkan? 😀

Hentikan Posting Yang Meminta Minta

Dalam Algo FB yang lama, ramai peniaga yang cuba “Game” kan FB NewsFeed dengan post yang meminta minta seperti:

  • Like dan komen “Nak” untuk saya berikan ilmu sekian sekian
  • Cukup 100 like saya kongsikan sekian sekian
  • Dapat 30 Share saya berikan anda sekian sekian
  • Nak maklumat sekian sekian, komen “Saya Suka”

Ya.. sebelum ini, post post seperti ini akan dapat reach yang banyak dengan mudah. Tidak lagi.

Facebook dah semakin pandai. Post post begini diklasifikasikan sebagai “Engagement Bait”. Facebook tak suka. Bila Facebook tak suka, dia tak bagi reach.

Kalau terus terusan buat “Engagement Bait” ada kemungkinan akaun atau Page terus dapat 0 reach. Huhuhu.. pecah kepala fikir posting tapi dapat 0 reach.

So.. elakkan jauh jauh.

FB Ads, FB Ads, FB Ads

Anda bersosial di Facebook untuk perniagaan? Buatlah FB Page dan gunakan FB Ads.

Reach awal untuk setiap post FB Page anda adalah dalam lingkungan 2% – 3% sahaja. Mungkin adalah yang boleh buat 5% – 10% sekiranya dapat fans memang aktif.

Dengan algo baru, tidak dapat tidak, and perlu gunakan FB Ads untuk mendapatkan reach awal untuk posting anda.

Belajarlah cara nak buat FB Ads dengan baik.

Gunakan FB Messenger

FB menggalakkan peniaga menggunakan platform FB Messenger untuk berinteraksi secara terus dengan pengguna FB.

Kenapa guna FB Messenger? Sebab, posting kepada pembaca dalam FB Messenger tidak akan melalui Facebook Algorithm Update 2018 ini. Setiap pesanan akan disampaikan secara terus ke dalam Inbox pembaca.

Ada banyak sistem sistem Robot FB Messenger yang boleh anda gunakan.

Anda juga perlu pastikan anda yang faham terlebih dahulu batas batas pemasaran dalam FB Messenger. Jangan main bedal hantar mesej jualan kepada pembaca. Nanti kena suspend pulak akaun.

Kenapa Perlu Ada Algorithm Baru Ini?

Tentu ramai peniaga yang akan berpendapat, Facebook sengaja ubah Algorithm supaya peniaga perlu gunakan FB Ads untuk menyampaikan mesej jualan kepada pelanggan.

Hmmm.. itu mungkin tuduhan paling mudah yang kita boleh berikan kepada Facebook. Mungkin ada kebenarannya, mungkin tidak. Tapi den tak rasa itu sebabnya.

BACA JUGA  Video Bina Fanpage

Den setuju dengan dengan pendapat Jon Loomer tentang kenapa Facebook ubah Algorithm.

Semuanya disebabkan oleh Marketers yang telah terus terusan menggunakan segala loophole yang ada untuk “Game” kan algorithm Facebook. Bermula dengan “Link Bait”, kini “Engagement Bait”. Memang apa yang Facebook lakukan adalah untuk mengurangkan post post yang tidak berkualiti tersebut.

Post yang meminta minta engagement memang patut dihapuskan dari Facebook.

Bila Facebook Algorithm Update 2018 Ini Akan Dilancarkan?

Ramai yang mengatakan Algorithm Baru FB ini belum lagi dilancarkan. Tapi dari apa yang den sendiri tengok dalam NewsFeed den, dah lama juga lah den tak nampak apa apa post dari mana mana Facebook Page yang den Like. Melainkan Sponsored Posts.

Tapi itu News Feed den la, News Feed anda bagaimana?

Ada satu lagi perkara yang perlu anda semua ketahui tentang update 2018 ini. Dalam update sebelum sebelum ini, update kepada content algorithm kebanyakannya tertumpu kepada content dari Facebook Pages. Update 2018 ini, akan dikenakan kepada semua jenis posting – tidak kira di mana posting itu dilakukan.

Kalau ada yang terfikir nak cuba Game Newsfeed menggunakan Personal Profile, takde maknanya.. 😀

Walau apa pun yang orang katakan (termasuklah den sekali), sebagai pemilik perniagaan yang mempunyai Facebook Page perniagaan sendiri, anda perlu buat kajian.

Test, test dan test segalanya.

Orang kata kena buat posting tarik komen panjang berjela. Anda buat dua dua – posting yang tarik komen panjang dan posting yang tarik komen pendek. lihat sendiri hasilnya.

Ya, Facebook memang pandai.. Pandaikah Anda? 😀

Facebook Algorithm Update 2018 – 6 Cara Menghadapinya was last modified: 2018-01-26T21:12:53+00:00 by Hadee Roslan
WCB Premium - Kajian Keyword
NAK CEPAT? DOWNLOAD POST INI SEBAGAI PDF >>KLIK SINI<<